CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Wednesday, February 27, 2013

Minta Bantuan : Hal Supplement :(

Assalamualaikum.


Huhuhuhu! Nangis dulu sebelum start bercerita. ihik! Actually, ehemm.. Nak buat pengakuan ni.. Huhuhu.. Actually aku bukan lah seorang gadis (itu dulu), wanita (sekarang ni) yang menjaga kulit wajah. Dari zaman sekolah lagi aku banyak join aktiviti sekolah. Especially kawad kaki. Aku aktif dengan Pandu Puteri sekolah sampai hitam legam. Sila ambil maklum hitam yang macam mana.. Macam kena bakar pastu terbakar. Tahu? Huhu! Pernah sekali tu aku balik dari hari sukan sekolah, sampai-sampai rumah je Ibu aku marah sangat sebab aku hitam legam. Sedih tau masa tu.. Terhina sangat. Uhukuhuk! Aku pun gigih la cari petua, tips macam mana nak cerahkan balik kulit muka. Berbelak okay muka aku.. Masa sekolah kan pakai tudung, korang mesti tahu kan berbelak macam mana. Huhuhuhu, nangis lagi. Last-last aku jumpa petua iaitu mandi susu. Ini susu betul-betul tau, bukan Johnson's Milk Bath tau. Susu tepung budak kecik kat rumah aku jadi mangsa kehkehkeh. Cerah la sikit, takde la berbelak macam kuda belang, lega la sikit hati. Tapi pastu kawad lagi.. Dah tu bila nak cerahnya?

Cut it short (sakit lak hati aku mengenang sejarah silam tu), sampai sekarang pun aku langsung tak pernah pakai produk pencerah kecuali untuk badan. Motippp?? Untuk muka aku guna set BodyShop je, itu pun bukan untuk pencerah. Okay la set tu, errrr.. Actually okay sangat.. Nanti lah citer pasal set tu eh.

Bila dah kawen ni macam lain lak perangai aku.. Aku sendiri pelik. Aku jadi macam nak cerah lah, nak cantik lah, nak kulit licin lah, jerawat naik satu dah kecoh susah hati (padahal dulu masa bercinta aku tak kesah lak En Gaban tengok jerawat aku banyak :P). Cemana? Huhuhu.

Ingat tak pasal SevenSeas yang aku review tu? SevenSeas tu memang terbaik, aku memang penat, penat otak, penat hati, penat badan.. Tapi sejak makan SevenSeas tu daya tahan badan jadi lain, kalau dulu mudah sangat rasa nak demam. Rasa nak demam ni la yang tak best nya kan.. Kalau demam boleh MC terus, ni NAK demam. Payah benar nak describe kat doktor supaya aku boleh MC. Hehehe! So aku macam taknak stop la SevenSeas tu, sebab best :)

Tambahan lagi aku memang ambil minuman Cocoa Collagen. Yang ini aku prefer taknak stop kecuali mengandung memang kena stop.

So kalau aku nak ambil supplement tambahan lain especially Vit C, boleh ke? Aku tau benda ni kena rujuk doktor, tapi mana lah tau kat sini ramai yang berpengalaman, pernah ambil 2 atau 3 supplement serentak, lagi pun rasa selesa sikit tanya pendapat korang hehehe :D Boleh ke eh? Maksud aku ambil SevenSeas (minyak ikan), minuman Cocoa Collagen lepas tu ambil Vit C. Haritu masa beli SevenSeas dah pegang dah supplement Vit C, tapi letak balik sebab tak confident. Takut jadi lain. sobsobsob.

Ada tak sesiapa yang terbaca entry ni, yang terbukak blog ni, tersesat kat sini ada pengalaman ambil beberapa supplement serentak, please, pleasee, pleaseee let me know.. Aku macam terjatuh hati dengan Fellina Vit C, tapi dah tanya dekat 2 orang blogger (secara random) ni tapi takde stok. Ada tak yang masih ada stok? Kalau takde sangat aku boleh ambil Vit C dekat Watson's atau Guardian kan.. Tu la, just nak tau boleh ke? Boleh ke?

Please eh?




thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!

Wordless Wednesday : Lepaking @ 1am

Assalamualaikum.































thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, February 26, 2013

my 'new' baju kurung : POLKALACE

Assalamualaikum.


Hello!

Dah lama rupanya tak camwhoring haha! Aku berhenti buat kerja-kerja rasa muda tu sejak decided nak kawen. Taktau la sama ada busy, tak terfikir atau secara naturalnya aku rasa 'eww, camwhoring? suami kan ada.. paksa la dia snap picha kita' Hehehehehe! Dulu lain, dulu takde sape nak layan aku snap picha.. Sendiri snap lah kannn.. Ingat adik-adik aku nak layan kakak dia ni ke? kehkehkeh ;p

Opps, bukan nak cerita pasal camwhoring.

Psssstt, harini aku pakai baju diy. hik! Tak sabar-sabar kannn.. Pagi-pagi lagi staff yang aku cakap baju dia sama macam aku tu tegur. Dalam toilet pulak tu, taktau nak nyorok mana. Huhuhu! Lepas tu on the way ke cafe, sorang lagi staff tegur. Lelaki pulak tu. Tau dia cakap apa??

'baju dalam FB eh? kehkehkeh'

Jahanam. Ni lah akibatnya masukkan picha dalam FB. Tak boleh cover line sungguh. Cover line la sikit, buat-buat tak nampak ke kan.. Jatuh saham aku pagi tadi.



Ini Mr. Boboi. Hangin je aku tengok dia tidur atas baju aku. Dah la dah iron. Kuasam sungguh! Lepas iron aku letak baju kat belakang aku sebelum sangkut dalam bilik, malas nak hantar sehelai2, konon nak lump sum la masuk bilik.. Toleh belakang tengok dia tidur macam tu. Nasib tak kedut. Kalau kedut malam tadi, memang aku suruh dia iron balik baju aku. Suka la tu dengan baju iolls.



camwhoring!!
bulatnya muka aku T____T'



harus tutup muka bulat :(

Selalu pakai tudung warna hitam kalau dengan baju ni, tapi kali ni pakai dengan tudung putih supaya macthing, supaya aura lace lebih menonjol. Wink! Wink! Tak kisah la orang nak cakap apa pun, tapi tau la kenapa aku suka giler dengan baju ni. Maybe selesa kot. Yup, memang selesa gila.. Semuanya terletak elok je. Baju ni baju siap, beli dekat Jln TAR Kuala Lumpur. Dah 2 tahun baju ni berbakti. And know, sudah ada imej baru iheee :)

Adik aku Leha dah booked nak pakai ke ofis dia. Main booked2 pulak ehh.. Nak charge lah macam ni. Hehehehe! Sape lagi nak book? Meh book meh. Hihihihi :D

Till then, wish me have more, moree, moreee ideas for all of you eh :)

p/s : Polkalace is Polkadot plus Lace. Haha!



thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!



DIY : Doily Paper

Assalamualaikum.


Hello peeps! Hello lovelies!

Baru aku teringat dan tersedar, rupanya masa majlis kawen aku dulu, aku takde pun guna doily paper untuk any kind of diy's project kan? Orang lain comel-comel je diy doily paper dekat brown paper untuk goodies, buat kad kawen pun ada.. Lagi apa eh? Ohw, centerpiece.. Centerpiece aku tak beriya pun, so consider tak tersenarai dlm diy's project lah eh. Boleh pulak macam tu. 

Doily paper ni memang praktikal kan? Banyak cara kita boleh pelbagaikan dia.. Meh sini nak share untuk B2B yang nak kawen tahun ini atau tahun depan.. Still 'in' lagi doily paper ni, sebab dia comellll sangatsss!






www.landeeseelandeedo.com

Warna-warni dari yang biasa, cantik! Boleh try ya B2B :)

tetiba teringat, dekat fan flower! kan aku guna doily paper.. rindunya dekat pelamin nikah :(

thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!


Monday, February 25, 2013

Mandi Susu Cara Cepat dan Ringkas :)

Assalamualaikum.


'Saya sedang memegang lesen L!'

Ya, ya.. Dah tu kenapa? Hikhik.. Sape tak gembira kalau bakal mendapat lesen kereta kan?kan?kan? Same goes with me wehuu! Even umur sudah menghampiri tua (syhhhhhh), tapi semangat perlu muda kan?kan? Cut it short, masa tahun 2010 aku dah pernah dapat L, dan jalani ujian JPJ. Tapi failed. Lepas tu malas sudah nak ulang. Sampai la L mati sebab dah lebih 2 tahun. Bila dah ada kereta sendiri, mesti perasaan berkobar-kobar macam jumpa Tom Cruise kan.. Macam Tom Cruise cakap 'i love you' kat aku.. Perasaan mesti la macam urghhhhhhh!

Tu satu, hal yang keduanya, aku ambil lesen dengan Suami. Takde la kera sumbang macam dulu. Siap cikgu bagi kami berdua drive sendiri belajar parking, tiga penjuru dengan bukit. Sokati kami je. Cikgu pergi buat kerja lain, takde la nak mengadap kami je. Untung la cikgu dapat kami, rileks je buat macam kereta dan institut memandu ayahanda kami. Hahaha!

Well known, bila dah belajar memandu Bahagian II, dengan tingkap kena bukak, ada matahari pulak.. Boleh bayangkan tak hitam dan melekitnya macam mana. Dah la diri sendiri tak cerah-putih-melepak. Bertambah la sedih melihat diri sendiri. Huhuhuhu. Kami pulak macam tak reti-reti nak stop buat latihan (dah cikgu bagi chance, Suami pulak duduk sebelah menemani Isteri belajar drive haruslah lupa diri), terus menerus buat Bahagian II macam takde muka lain.

Bila dah selesai kelas sabtu baru ni, terus tersedar tengok kulit jadi merah-merah gelap. Nak nangis. Dah la memang tak cerah, lagi mau tambah ke? No, no, no. Secara jujurnya aku bukan jenis mementingkan kulit sangat, nak cerah ke nak gelap ke lantak pi. Huhuhu. Tapi ntah, sejak kawen ni macam malu la pulak kat Suami. Tetiba Suami lagi cerah dari gua apa kes? Tercabar nih!

Balik dari kelas memandu, aku ajak Suami singgah Speedmart99 beli mandian susu. Speedmart99 murah, benda yang sama kan? Better masuk kedai yang murah sikit, untuk kepentingan poket sendiri. kehkehkeh! 




Johnson's Baby Milk Bath dan Johnson's Baby Milk Lotion for myself lately iheeeee ;p Dapat-dapat je terus mandi susu dan sapu losyen supaya tak terus menerus gelap. Huhuhu! And it's working yaw! Sabtu guna 2x, Ahad pun guna 2x alhamdulillah kulit kembali ke warna asal - warna sebelum dibakar matahari masa lupa diri belajar parking. ihehehe.

Aku tau benda ni bukan tips terbaru yang muncul di tahun 2013, tapi ianya sangat baru untuk aku yang tak pernah kisah untuk putihkan kulit ke, licinkan kulit ke apa ke. Sedihnya lahhai. Kalau si Johnson ni tau lah aku baru beli produk dia ni, mesti dia kecewa gila kan? Sorry Johnson, i baru tersedar erti kecerahan kulit T__T! Sebelum ni aku layan Shower Cream Lux, lepas tu nak menghindari bakteria aku layan Lifebuoy. Sejak dah kawen ni aku curik-curik pakai sabun buku Johnson's yang warna pink Suami punya. Suami pun pakai Johnson's product. Aku atau dia yang pelik? Hmmmm.. (^.^')

Kepada yang memang pakai mandian susu Johnsons' ni, i would like to say 'hello,senior'. Kepada yang masih terfikir-fikir mandian apa yang best, aku cadangkan ini memang best! Sebab ia tak berbuih, memang khas untuk mandian susu, plus wangi dan kulit rasa lembutttt sepanjang hari. Yang bekerja dalam aircond macam aku ni, kulit rasa kering kan? Tapi hari ni first day pergi kerja selepas ber'milk bath', kurang rasa kering kat tapak tangan. Kalau tak, asyik pakai losyen je kat office. Macam poyo lak kalau orang nampak. Huhu!

Nak lagi best? Guna berus badan!


Ini berus badan feveret aku rm9.90 sahaja dari Watson's. Senang nak gosok bahagian belakang badan :) Ini pun semua sedia maklum kan? Tak perlu review pun takpe, tapi tulah, kadang-kadang kita tahu, tapi tak terfikir (itu aku, orang lain tak rasanya uhuu!). Belakang badan pun kena jaga tau, jadi macam satu kes baru-baru ni.. On the way balik dari belajar memandu, berhenti dekat trafik lite sebab lampu merah. Depan kami ada pasangan naik motor. Yang menjadi ketakutan kepada diri sendiri ialah, perempuan itu memakai baju open back dress. Masa tu dah la lepas Zohor, boleh bayangkan tak terik dia macam mana? Macam mana la dia boleh terfikir nak pakai baju jenis itu. Lagi-lagi pulak naik motor straight away kena matahari kan, adakah dia lupa atau tak perasan cuaca tengah panas terik? Huhuhu. Satu perkara lagi, kalau lah nak pakai sangat baju jenis macam tu, sila pastikan belakang badan anda sangat mulus okay. Kasihan lah kepada yang melihat. Kesian perempuan itu. Harap lepas ni dia tak pakai dah baju tu. T__T

Sesampai je kat rumah, dengan Johnsons' Milk Bath ditangan, lebih galak gua menggosok belakang badan. Pergh! Semangat. Sebelum ni guna Lifebuoy, semoga dengan Johnsons' Milk Bath, effect lebih baik dan terbaik. kehkehkeh.

Ikhlas sharing dari Nursaila Norman, anyone? Dapatkan segera kepada yang masih mencari mandian terbaik :)


thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!

Sebelum & Selepas : Polka Dot + Lace

Assalamualaikum.


I know, i know.. Ini bukan benda baru. Tapi ianya baru untuk aku sebab baju feveret sudah bertukar wajah! Aku mengaku aku sangat suka baju polka dot hitam putih kepunyaan aku ni. Kenangan manis sangat sebab aku beli baju ni dengan kawan baikkkk aku-Ifah :) Kitorang beli sama warna sebab ni je yang cantik di mata kami. Lagi pun office kitorang lain-lain, so takpe la beli sama-sama. Hiks!

Boleh dikatakan seminggu sekali aku nak pakai baju pokla dot ni ke office. Kalau ikutkan mesti la rasa sadis giler pakai baju sama tiap-tiap minggu ke office kan. Lagi-lagi baju corak polka dot, macam kanak-kanak je. Tapi nak buat macam mana, suka. Kalau dah suka tu, hari-hari pun takpe. Hehehe.

Itu cerita SEBELUM kawen, baju tu aku rajin pakai ke office. Mesti orang office tengok rasa muak je kan? Sampai satu tahap aku simpati giler dengan baju tu. sobsobsob! Kesian dia, kena berbakti kat tuan dia yang annoying ni. Bila dah kawen aku nekad nak bagi dia rehat dalam almari.

SELEPAS kawen, aku dapat idea nak tampal lace supaya nampak macam 'wahhh'. Tapi kat office aku ni ada sorang staff baju dia sama macam aku. Tapi dia ada lace. So dia punya lebih cantik la dari aku. Pernah kitorang terrrpakai baju sama. Sampai orang dalam office terkejut and confius. Tadi kat sana, tetiba ada kat sini pulak.. Hehehehe! Tapi dia punya cantik lagi :) So alang-alang nak bagi nafas baru kat baju feveret aku ni, maybe akan nampak sama la dengan staff tu.. Cuma beza corak lace.. Tapi takpe la kan?kan?kan? i tiru idea kat baju u yang cantik tu eh,eh,eh? iheheee ;p

Takkan nak letak manik, dah la polka dot.. Takut jadi serabut lak. Lace jela yang aku nampak sesuai. 




Tak sabar nak pakai baju 'baru' ke office. Haha. Baru lah sangat ye. Oh ya, lace murah je walaupun saiznya agar lebar.. Rm4.90 semeter :) Murah kan? Aku beli 2 meter, ada  lebih sikit lagi. Okay la, dengan rm10 dah jadi baju 'baru'. Hehehehehe. Memang ada baju polka dot siap beserta lace, tapi kalau buat sendiri harga lebih murah dan merasa la pakai dua jenis design yang berbeza tapi dalam satu baju yang sama.




Siapa yang ada baju polka dot dan dah bosan pakai berulang kali, boleh lah jahit lace sendiri :) Beli lace dan jahit! Perasaan : happy, seronok giler bila baju dah berubah wajah walaupun tak seberapa. hik!






thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!

Monday, February 18, 2013

First Order : Small Pilliow

Assalamualaikum.


Untuk pertama kalinya aku buat small pilllow untuk B2B, ambil masa lah jugak nak buat benda ni. Tapi hakikatnya buat untuk diri sendiri masa nak kawen dulu lagi teruk dari yang ini. Yelah, buat tempahan orang kena la komited lebih. Hehe :D

Dah selamat pun sampai ke tangan B2B tersebut. Alhamdulillah siap, dah harap sangat-sangat B2B Wanie suka. Memang ada cacat cela jugak small pillow tu, sebab B2B request nak bersaiz 3'x3'. Comel sangat saiznya pun :) Lastly aku request kat tuan punya badan supaya pillow turqouise buat saiz 4'x4'. Untuk mengelakkan lebih cacat cela terhaap pillow. Shian pillow tu nanti. Huhuhu.

Tetiba rasa macam rapat pulak dengan B2B berkenaan memandangkan kitorang asyik ber'sms'. Macam adik dengan kakak pulak. Awwww! Gedik sudah datang ;p


Ini lah dia cute pillow (aku je panggil cute, ntah ye ke tidak cute) tempahan B2B Wanie :) Dia request tiga warna. Which the colors sangat lahhhh comel. Aku pulak yang geram. See, pillow pink dengan cream bersaiz 3'x3'. Pillow turqouise bersaiz 4'x4'. At least first time pillow dekat hantaran bersaiz variasi :)) Memandai aku je. Tetiba warna pilliow beliau seangkatan dengan warna cadar lak kan?? Hahaha..

Disebabkan aku hantar sendiri pillow ni ke tuan punya badan, sempat lah jugak aku jumpa B2B dengan mak dia. Pastu aku macam menyesal lak aku borak macam mak-mak wehh. Tak comel langsung. Huhuhu!!

B2B Wanie, nice to know you (silent reader nih), many thanks sebab percaya kat akak untuk jahit pillow kecik ni. Harap sangat hantaran awak nanti jadi super gojes, amin :)

Berminat untuk tempah? Rm1.50/pc. Minimum order 35biji :)
Just email je eh :)

Dulang hantaran available starting Mac 2013. Rm5/pc sahaja :)


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Kesihatan : I am back :)

Assalamualaikum.


Woo hoo!

Lama tak menaip di 'new post' rasa kekok sangat. Haha. Firstly terima kasih banyak-banyak kepada yang wish 'get well soon' sebab aku tak sihat hari tu. Sehari selepas tu aku mc sebab dah tak boleh nak bertahan dengan sakit kepala tersebut. Huhuhu! Masa jumpa doktor, lepas dia dah soal siasat macam polis dekat aku, last-last doc cakap aku stress. Siap tanya ada mimpi buruk-buruk tak sejak kebelakangan ni.. Aku cakap takde. Padahal ADA. Memang betul la pun, aku yang jenis susah nak mimpi masa tidur, boleh tak mimpi hal-hal kerja? Tak boleh ke mimpi pergi Disneyland ke, pergi Paris ke... Pastu semua mimpi pasal kerja pulak tu. Bila terjaga 'mimpi rupanya..fuhhh'. Nak muntah semata-mata sebab kerja. Sedihnya hidup.

Ok buang cerita pasal kerja, nanti aku stress semula T____T!

Doktor bagi ubat tahan sakit dan ubat tegang urat. Yang bermaksud 'kamu stress'. Sekarang ni tak boleh stress sangat bila buat kerja, mesti sakit kepala dengan tiba-tiba dan sakit tengkuk. So kena berhati-hati dan cepat-cepat cool. 

Sebelum jumpa doktor iaitu sebelum sakit kepala jadi semakin teruk, Suami bawak aku pergi beli supplement. At first aku malas nak amek tahu sebab aku tau aku tak sihat, badan jadi lemau, malas, nak tidur sepanjang hari macam beruang kutub utara sebab aku dalam mood period. Haruslah aku bermalas-malas tak mengemas rumah, tak menjahit tempahan, tak makan.. Asyik nak tidurrrr je. Huhu. Tapi Suami berkeras nak beli jugak. Berkeras disini bermaksud dia dah membebel kat aku macam mak-mak. Haihhh.

Sebagai Isteri yang mendengar kata, aku pun ikut la dia masuk Watson's. Cari supplement yang dia dok promote kat aku setiap hari tu. Huhuhuhu.. Macam salesman T__T




Seven Seas. Suami panggil 'ubat pemanjang hayat'. Sila jangan layan ayat-ayat pelik yang keluar dari mulut beliau. Aku pun dah naik annoying. Nasib baik Suami. Pitam. Sehari makan 2 biji. Setakat ni okay je, takde la cepat malas (haha). Bangun pagi macam okay, takde rasa malasnya nak bangun pagi pergi kerja.. Lain-lain aku taktau apa beza sebelum makan dengan selepas makan. Teruk sungguh, tak boleh jadi salesgirl langsung. Cuma kalau sakit sikit-sikit tu cepat je sembuh. Tu yang bagus tu :)

Tu hal Seven Seas, cerita tambahan untuk lebih sihat ialah 'banyakkan minum air kosong'. Sejak kawen dengan En Gaban ni kan, baru aku tau dia ni kuat sungguh minum air masak. Macam kucing yang kami bela nama Boboi tu.. Sama. Hikhikhik!! Boboi tu kuat minum air. Kalau takat air dalam mangkuk bagi kat dia, sikit tak heran.. Nak dalam gayung kat bilik air jugak. Konon nak banyak. Cis.


ini Boboi :)

Eh! Tetiba citer pasal kucing pulak.

Suami kuat/rajin minum air masak. Aku malas atau erti kata lain tak suka air masak. Kalau haus sebab berlari 200meter baru aku minum. Kalau tak memang tak la aku minum air masak. Suami selalu paksa aku minum air masak, selalunya dia akan membebel macam mak-mak (lagi sekali kehkeh). Kalau aku degil taknak minum jugak dia akan ambil air masak pastu bawak kat aku supaya aku minum. Tak payah nak cakap Suami aku romantik ke hape ke.. Tu sebab dia paksa aku minum. Kejam tak? Kejam kan.. Huhuhu!

Pagi-pagi masa aku tengah bersiap nak pergi kerja, Suami akan siap-siapkan SevenSeas untuk aku. Yang ni pun bukan sebab romantik, tapi sebab dia tau aku malas nak makan lepas tu suka mengelat. Pagi tadi tak sempat nak makan hehehehe, tapi sempat dia tanya 'dah makan sevenseas?' 'tak' kehkehkeh. Kalau tak kena suruh memang tak makan ;p

So far kesihatan baik-baik je.. Cuma stress kerja, sebab tu tak sihat. Agak sadis jugak bila dapat perkabaran begitu dari doktor. Tapi takpe, semuanya masih terkawal. Kalau teruk sangat berhenti je. Hehehe! Kepada yang wish supaya pregnant tu pun terima kasih jugak (haha) :D

Ada banyak benda nak share, tapi slow-slow eh, kalau ada masa free aku cuba update. Insyaallah. Malam ni mak dengan ayah mat (keluarga mertua) tidur rumah, yayyyyy! Singgah sekejap sebelum pergi ke Mekah buat Umrah. Nak kirim kurma banyak-banyak boleh? Alangkah bestnya kalau boleh hantar mak dengan ayah mat ke KLIA esok. Huhuhu! Tapi takpe lah, malam ni spend masa dengan diorang puas-puas :)

Jumpa lagi next entry, jaga kesihatan baik-baik :)


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, February 5, 2013

Tak Sihat :(

Assalamualaikum.


Dah seminggu tak sihat, bukan tak sihat apa.. Sakit kepala a.k.a migrain. Pelik pulak, selalunya sehari dua je tapi ni dah berlarutan seminggu. Paling teruk semalam dengan hari ni pusing kepala pulak. Eh! Kepala pusing ke pusing kepala eh? Ala, macam nak pitam tu.. Huhuhu. Bangun pagi bila duduk je terus satu bilik rasa berpusing-pusing. Kena bangun slow-slow kalau laju-laju rasa tak balance nak jatuh. Masa bujang dulu selalu jugak pusing macam ni, tapi itu kalau perut kosong. Tapi kali ni makan okay je. Hmmmmm..

Pagi ni agak teruk, dengan migrain + pusing. Pagi-pagi dah cover badan dengan shawl. Nampak sangat macam sakit. Wu! Wuu! Gagahkan jugak pagi-pagi buat tagging dekat paper slide. Nak muntah tenung lama-lama paper tu. Huhuhu! Pukul 9.15am ikut En Big Boss dengan En Boss pergi pajabat Timbalan Menteri. Dengan harapan jangan la aku nak pitam dekat situ. Huhuhu! Naik lif kan pening. Huhu.

Siap bawak koyok datang ofis, macam dah tua sangat! Huwaaaaa :( Nak letak minyak angin lagi la malu, kang satu pejabat bau.. Tak pasal-pasal orang tegur. Huhu. Malam tadi tampal koyok banyak-banyak pastu terus mamai-mamai ngantuk. Siap tanya Suami dia takpe ke bau minyak angin, bau koyok semua tu. Nasib baik dia suka bau, kalau dia tak suka kesian aku kena tidur sorang. Hahahaha ;)

Ni pun masih pening, kejap-kejap sakit dekat mata sebab pandang skrin, pandang keyboard. Taktau dah nak buat apa. Minum air masak dah, buat air milo panas-panas dah, sarapan pun dah (roti jala lagi hihi), koyok je belum tampal. Possible ke kalau tampal kat tepi mata ni? Kang nampak sangat tenat. Tak payah lah kan..

Ada petua tak macam mana nak hilangkan pusing kepala? Petua untuk hilangkan migrain ada tak?

Eh, chop! Amaran keras, jangan nak wish tahniah pulak.. Aku belum ada pape lagi eh.. Huhuhuhuhu.. Tetiba kang ramai pulak wish tahniah kat aku. Tak pasal-pasal.. Sentap mak! sobsobsob!


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Sunday, February 3, 2013

Veil : Bride 2 Be From Perak

Assalamualaikum.


Taktau nak describe macam mana.. Nak kata puas hati memang tak, rasa macam nak touch up lagi, tapi taktau nak touch up apa dan kat mana. Takut jadi lain pulak. Huhuhuhu..

B2B dari Perak, this is your veil. Harap sangat anda suka T______T Ini first task aku ambil tempahan jahit veil + beading + patch lace, alhamdulillah :) Maaf sangat-sangat, picha tak cantik. Huhuhuhuhuhuhuhu! Warna sebenar lain sikit dari yang ini. Pencahayaan tak cukup. So bad :(

Oh, lupa nak mention, ini adalah tudung half moon. Bakal pengantin nak aku buatkan veil versi tudung half moon :)






thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!