CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 2, 2013

Kittens AND Rezeki

Assalamualaikum.


Harini nak cerita pasal kucing lak eh,eh,eh..

Selalu tak dengar orang cakap macam ni "kucing ni pembawa rezeki ke dalam rumah kita". Rezeki datang dari Allah, Allah menghantar kucing kepada kita untuk menguji sanggupkah kita berkongsi rezeki dengan makhluk lain selain manusia? Makhluk yang tidak mendatangkan keuntungan, tidak membantu kita dalam banyak hal.. Tapi mereka mampu jadi penghibur hati kita di kala duka. Kan?

Dekat rumah kitorang ni kitorang ada la bela 3 ekor kucing dewasa, kucing jalanan je. Yang sekor tu betina, nama dia Bobby, baru-baru ni dia pregnant. Aku nekad nak bela anak-anak dia, Suami pun. Kebetulan Suami biasa bela kucing betina, so dia tau la apa kucing pregnant nak. Aku memang tak pernah bela kucing pregnant. Eh, takpe kan aku guna 'pregnant' untuk kucing? Hewhewhew. Bila Suami aku pandai lebih hal2 kucing pregnant ni haruslah aku excited lebih, tergedik-gedik.

Haritu 6/6/2013 kitorang pun dapat la kittens! Ada 4 ekor semuanya. Hari-hari belek diorang. Suami sampai pening kepala nak larang aku jangan asyik belek babies 4 ekor tu. Hehehehe. Geram. Sikit-sikit angkat belek-belek pastu letak. Mak dia bengangggggg je dengan aku. Haha.

Bila hari-hari belek mesti la aku rasa apasal lambat sangat budak-budak ni nak besar. Suami cakap tggu telinga diorang besar sikit, bukak mata, kuku x keluar.. Lambatnyaaaaa! Tiap kali aku belek budak2 tu mak dia mesti buat muka tension tengok aku. Aku paling suka masa mak dia takde.. Hahaha! Seronok aku belek perut dia, ekor dia.. Masa tu diorang belum bukak mata lagi. Bila mak dia balik je mak dia cepat-cepat lompat masuk dalam kotak impit anak-anak dia. Mak dia stress kalau nampak aku. Hohohoho.











Masa ni diorang baru seminggu, belum bukak mata lagi. Baikkkk je semua.













Masa  ni dah 3 minggu. Dah pandai bergerak gigil-gigil macam orang tua.
Hehehehe.


So tiap kali balik kerja kitorang akan masuk bilik cari diorang dulu. Lagi-lagi kalau mak dia takde, kitorang akan buli diorang teruk-teruk sampai mak dia balik. Bila mak dia balik nampak je aku tengah buli anak-anak dia, laju je mak dia lompat masuk dalam bakul. Masa awal-awal dulu diorang duduk dalam kotak, pastu aku saje alihkan anak-anak dia main dalam bakul, sampai sekarang dioarang suka pulak bakul tu. Now, diorang stay dalam bakul merah. Sekarang dah pandai jengah kepala tengok kitorang masuk bilik. Bilik tu bilik pakaian kitorang, khas untuk pakaian semata. Budak-budak tu dah pandai usha aku pakai baju. Haha. Kalau aku masuk bilik je diorang mesti jengah kepala kat tepi bakul pastu tengokkkkk je aku. Comellll sangat time tu.

Semalam Suami dapat berita gembira, Suami cakap kucing kat rumah doakan rezeki dia. Sebab kita jaga dia, Allah pun murahkan rezeki kami suami isteri. Alhamdulillah.

Haritu pun masa duduk rumah tggu dapat kerja, kitorang tolong sekor ibu kucing ni. Dia menyusukan 7 ekor anak. Lepas bawak g klinik doktor suggested aku tolong susukan anak-anak dia guna botol susu. Diorang amek masa nak pandai isap susu guna botol, beberapa hari lepas tu diorang dah start pandai. Banyak diorang minum. Seronok sangat masa tu. Tapi tiba-tiba sekor-sekor mati. Sampai la tinggal sekor je. Aku bawak balik rumah nak jaga, tapi selamat dua hari je. Kebetulan hari dia mati aku dapat keja. Ibu diorang pun mati jugak at last. Suami cakap rezeki kita tolong kucing jalanan pastu aku terus dapat kerja. Alhamdulillah.

Sekarang ni Oyen pulak luka teruk kat mulut dia, tapi dah okay dah.. Taktau la kenapa pukul atau apa. Oyen ni pun kucing luar, tapi tak kisah lah.. Janji kucing, mana yang kitorang boleh bagi makan kitorang akan bagi selagi mampu. Sekarang ni melayankan kerenah diorang yang suka sangat minum susu Fernleaf kitorang dengan cheesedale aku. Huhuhuhu. Sibukkkk je kalau aku tengah makan cheese sambil baring-baring, mesti Bobby datang mintak jugak. Haha. Pastu kitorang share. Nyum, nyum, nyummmm.

Okay lah say byebye to Kiki, Gegurl, Jorro and Nell!

Harapan aku untuk hari ini : Berkongsi lah sedikit makanan dengan mereka, walaupun sedikit nanti diorang akan doakan rezeki untuk kita, terima kasih!




Love,
Nursaila Norman!

10 comments:

Iera'ra Nordin said...

btol - btol ...
kita pon bela kucing jgak ..
kucing parsi sekor sekor , mix sekor ..
itu pon iera adopt dr officemate sbb dia alah time pregnant...
sorang gemoookkkk sorang lg active sgt ...
alhamdulillah , sekali kita memberi , berlipat ganda kita dpt balik .. sm juga la dgn bela kucing ..
kucing kan kesayangan nabi ..
heeee
comel tgk kitten tuh ...
eeee...gerammm
hehehhe

Diyana said...

comel giler yg oren tu....

Amalina Ali said...

kemain comel kucing saila. tapi malangnya nana takut kucing. adeh... ~.~

SFaezah said...

cute nya baby kittens..hihi
bagus nya sailaa..jg kucing jalanan..sllu org nak jg yg cantek2 je..hihi

Kesuma Angsana said...

comel .. even KA ni mmg penakut kat kucing sikit hehehe

oshinz said...

suka tengok kucing mata besar. ada satu anak kucing kat sini tu mata dia besar. comel sangat.. hehe.

ayut said...

hahaha..seronok kan tgk kucing ni...lg klu yg baru nk membesar tu..mmg best la tgk :) rmai ckp mcm tu....kita share rezeki nnt Allah pon limpahkan rezeki bt kita :)

Kesuma Angsana said...

singgah jgk & selamat menjalani ibadah puasa dan mudah2an amalan kita diterima Allah swt hendaknyer !

Alyn said...

suke gile nak bela kitten tapi abah x kasik bela hmmmmm

cha said...

husband kan suka kucing pastu asyik guna ayat cam u nilah kucing pembawa rezeki nak pujuk i bela kucing huhu tapi i tak bolehla u takutttt >.<