CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 26, 2013

DIY : Baju Raya Merah Macam Mak Ngah

Assalamualaikum.


Ya allah, baaarruuuu ada kesempatan nak menulis beserta bahan. Sebelum ni taktau nak tulis apa, sebab takde motif dan bahan. Cerita biasa-biasa suami isteri ada la. Pastu? Muntah la semua yang membaca? Huwaaaa.. Alasan utama aku jarang giler berblog sebab aku enjoy dengan kerja-kerja baru aku dekat sini. Leka. Sampaikan pernah aku tak login blog. Sedar-sedar dah petang. Tiap kali ada idea nak share dekat sini terus lupa, sebab seharian melayan kerja semata. Dengan itu tak produktif lah aku berblog. Huhuhuhu.

Harini dah 17 ramadhan kan, alhamdulillah.. Masih ada 12 hari lagi untuk berdoa banyak-banyak masa berbuka :) Kejapnya lah kan.. Tau-tau dah 17 hari berpuasa.. So aku pun all out la menyiapkan baju raya malam tadi.. Kesian Suami tengok tv sorang-sorang sebab aku fokus giler-giler menjahit. Haha. Dan alhamdulillah, akhirnya siap jugak baju raya aku yaayyyy!

At first nak suruh Suami beli baju melayu warna hitam, tapi dia taknak. Dia cakap macam nak pergi konvo. Errrrr.. Betul jugak. Dia nak beli baju melayu warna merah sama macam baju aku. Of course cannot. Tak kuasa aku nak merah-merah laki bini. Huhuhuhu. Nampaknya kena tukar plan lain.. Tak jadi pakai baju merah ni masa raya pertama. Hmmmm.. Malam tadi jugak dapat idea baru, sooo? Tunggu jelah. hewhewhew.

Nampaknya baju yang aku diy ni kena pakai masa rumah terbuka sedara mara atau kawan-kawan lah okay..






Actually baju ni aku dah pakai sekali pergi ofis. Sebab tu aku diy untuk bagi nampak lain, at first aku taknak buat apa-apa dekat baju ni sebab kain dia aku buat jenis flowy/payung. Sama macam kain baju resepsi aku. Sukaa! Gila tak baju raya kain pun nak flowy. Sekarang ni baju raya dah macam baju kawen, baju kawen? Huhuhuhu. Pastu aku pun berjangkit jugak.. Ampun maaf dipinta T______T

Bahan yang aku guna untuk detailing cuma :
   1. Lace
   2. Swarovski Crystal Beads
   3. Pearls
   4. 3D Flowers saiz paling kecik

Untuk bahagian bawah baju aku just letak lace sahaja, taknak letak crystals, pearls dengan 3D flowers sebab taknak sarat sangat. Dah la kain jenis flowy, kang ada pulak kata aku hover (over)! Huhu. So aku letak bahan-bahan lain dekat hujung lengan je. Letak sikit-sikit sekadar ada hiasan, baju raya kannn.. Bukan baju kawen. Tak payah nak hooooverrrrrr..


close up the detailing :)

Malam ni insyaallah aku nak siapkan terus shawl untuk baju merah ni. Hampir siap sebenarnya tapi malam tadi dah lewat kang tak bangun sahur pulak aku. Over tak over lah siap ada shawl, itu pun diy jugak.. heeeeeee T___T jangan pitam eh. sobsob.

Ada lagi sehelai baju kerja yang aku nak diy supaya jadi baju raya. Nanti aku update yer. Doakan :)




Love,
Nursaila Norman!

15 comments:

Unknown said...

cantik saila.. walaupun tak nampak gambar penuh.. sy xbeli pun lg baju raya.. sob sob sob

♥ Chacha said...

Baju rayakita sama tema lah siala. Eh? Tak nak sedondon ke dgn husband? Hahahha

Nursaila Norman said...

shizan : tu pun tempah lama dah bulan feb..x consider baju raya sst pun..huhu

chacha : taknak sedondon..nak nmpk matching je..hihi..saya prefer bju melayu suami ikut warna lace or corak baju saila..hehe :D

cha said...

cantiknyaaa. i tak berapa berani pakai merah. konon tahun ni berazam nak pakai baju kaler terang tapi tak taula berani ke tak. alih2 nanti i mesti ambik kaler hitam/kelabu/dull haha. husband i plak tak suka pakai merah ke pink ke mcm husband u. dia nak hitam je huhu T__T

Nursaila Norman said...

cha : eh,best tu husband u nak pakai itam..i suka..nmpk klasikkk je :D husband i pulak xnak itam..huhuhuhu!

Han Hanni said...

saila.. canteknya detailing kat baju merah ni..
sangat suka kan nya..

saila tempah kain flowy katne?
Guna kain pe?
Cik hani ada masalah sikit nak pilih material kalau nak buat kain flowy..

LiNda said...

cantik..suka gabungan hitam n merah. :)

Nuriesya Nadia said...

Merah mak ngah ! Kurlas Kak Saila kiteww niii. Kite baju raya pon takde lagi ni ohooiii. Pitam. :D

Zul fattah said...

cantik gak baju tu..merah..my feberet color.. huhu tp garang r utk popuan..

ayut said...

:) cantik! kak saila mmg hebat bab diy...hahaha

Nursaila Norman said...

cik hani : nak bt kain flowy kena guna kain chiffon, lagi lembut lagi cantik kedut dia :) mcm baju saila ni bkn fully chiffon, tapi still boleh bt kain flowy..cuma kedut x la cantik sgt..

saila tempah dekat tailor yg sama saila tempah baju resepsi n baju nikah :))

Nursaila Norman said...

zul : siyes??! x sesuai eh, nampak garang eh? a'ah jugak kan.. aiyooo..huhuhu

s h a said...

Saila...sep2.Sha pon merah tahun ni (bj hantaran).Tapi tengah terfikir jgk nk suh HB beli bj warna ape.Haha.Cantikla saila.Saila lg pandai menjahit siap boleh buat kain flowy lg.Nak menuntut ngan saila lepas ni la.Boleh x? ;)

Rina Hamid said...

cantek okeh..i suka merah! mmg plan dis year nak merah.. asben pulak jenis xsuka sedondon..dia dah ada kaler purple..memang jadi keling r kitorg taun ni..hahaha

Anonymous said...

tema kita sama KA ada 2 satu merah/hitam dan satu lagi gray/hitam utk satu family hehehe