CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 17, 2013

Short Update : Juadah Berbuka

Assalamualaikum.


Sejak tahun 2013 ni memang tak banyak benda yang aku share dekat sini kan.. Makin lama makin bosan pulak blog aku ni haha! Keji blog sendiri takpe kan? kan? kan? Life as husband and wife susah nak dikongsikan dekat sini kan? Kadang-kadang nak tulis dekat sini, tapi takut orang salah anggap. Niat nak berlawak, kang ada pulak ingat kita saje nak menunjuk-nunjuk. So baik tak payah. Kan?

Banyak nya 'kan' !

Sekarang bulan puasa, baru puasa ketiga aku dah demam. Demam tiba-tiba yang tak best. Duduk dalam ofis dengan ekon sejuk nak mati bila keluar panas-panas redup. Itu kot penyebab aku demam. Baru hari ni sihat walafiat. Macam biasa lah, Suami akan jaga hikhik.. Sahur pun bersuap sebab aku malas gilerrr nak sahur untuk makan ubat. iheeeee.. Hari ahad gigih nak puasa, pastu teringin nak makan bubur nasi campur lobak masih goreng dengan ikan bilis goreng. Damn! Teringin terus.


Bubur versi Nursaila Norman (edisi pemalas tahan En Gaban)
-Bubur 
-Lobak masin (digoreng)
-Ikan bilis (digoreng garing)
-Bawang (digoreng)
-Kicap pedas (hand made by Ibu)

Motip letak resepi bengong-bengong??

Orang demam tapi makan sampai 2 mangkuk. Tapi mangkuk kecik laaa.. Hehehe! Malam tu tapau bawak balik rumah, pastu sambung makan lagi. Muahaha. Suami pulak request kuih buah melaka / onde-onde. Aku dengan sangat rajinnya setuju je nak buatkan kuih tu untuk dia. Tetiba.. Motip aku rajin buat kuih-muih ni? 


Sebelum aku start buat, Suami cakap dia taknak besar-besarrrr macam yang orang lain buat. Ntah sape yang buat ntah. Pastu aku bantai buat kecik nak mati. Hahahahaha. Kecik gila wehhh. Pastu Suami tanya nape warna dia tak hijau macam kat kedai.. Aku cakap la sebab aku buat guna daun pandan, tak guna pewarna. Risauuuuu je aku.. Banyak pulak persoalan dia.. Tapi nasib baik dia makan banyak giler onde-onde kecik cinonet aku tu. kehkehkeh!!

Okay lah, Suami dah tunggu.. Nak balik. Aku saje update time-time begini, supaya aku tak membuatkan tekak dan perut kamu dan juga aku teringin-ingin hehehehe!

Bazaar mana nak singgah jap lagi eh? 




Love,
Nursaila Norman!

5 comments:

D Yatie said...

Hehehe. Alhamdulillah dah sihat. Kte Alhamdulillah dapat lepas rindu nak bersama husb n arissa. Kalau x makan hati bc entri ni. Hahaha.

s h a said...

So sweet en gaban suapkan saila sahur.Hehe.En gaban byk soal.HB sha plak memang x bersuara.Makan je ape sha masak.Ekeke.Macam2.

Kesuma Angsana said...

best nampak kuih onde2 tu yg penting air tangan kita sendiri kan.. & take care ye

cha said...

sedapla bubur. sian dia dh elok demam ke? i pun tak buat2 lagi buah melaka husband i suka jugak hehe

ayut said...

kecik2x letak gula tu mmg payah la cikit jawab ye..ayut pernah bt kecik2x sampai tkuar2x gula ye :D