CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Pertama Kami : Milo Nestum versi Nursaila Norman

Assalamualaikum.


Ya Allah, Ramadhan sekali lagi. Alhamdulillah, besar rahmat Allah untuk kita hari ni sebab dapat berpuasa, dapat jumpa Ramadhan sekali lagi. Alhamdulillah.

Tahun ni lebih seronok sebab berpuasa untuk pertama kali dengan Suami. Wink! Wink! Sebelum ni 6 tahun berpuasa jauh tapi dekat. Sahur pun dalam sms je, berbuka pun dalam sms. Beberapa kali je berbuka sama itu pun kalau kawan-kawan ajak berbuka sama. 

Alhamdulillah sekali lagi, perasaan tak tau nak gambarkan macam mana. Macam takde perasaan pun ada. Haha. Macam blur-blur je.. Malam tadi lepas solat isyak Suami cakap 'tahun ni kita sahur sama'. Masa tu tak rasa apa-apa.. Rasa seronok jela sebab bersahur satu rumah, dah tak sahur dalam sms macam dulu. Hehehe! Malam tadi ajak Suami pergi beli Mushroom Soup nak buat sahur. Tapi akhirnya membeli milo sachet dengan nestum sebab milo cereal habis. Wahhh, ramai rupanya buat milo cereal untuk sahur.

Untuk pengetahun (haha!), aku malas bangun sahur sebenarnya.. Aku akan makan sahur pukul 12 malam macam tu pastu tak bangun dah. Dulu ibu bising jugak, sebab tak dapat pahala kan.. Pastu aku gagahkan jugak la bangun untuk 3 biji kurma dan air masak segelas. Oh, aku tak boleh sahur nasi atau sahur benda berat-berat, nanti aku cepat lapar (cepat pedih ulu hati). Bangun sahur pun ibu kejutkan. Errrrr.. Takpe kan?

Tapi tahun ni, pagi tadi.. Semuanya jadi lain. Lain sangat, sangat. Sepatutnya bangun pukul 4.30am (tak tau kenapa decided nak bangun time tu). Tapi Suami bangunkan aku pukul 4.45am. Itu pun sebab aku tak bangun-bangun. Errrrr.. Melompat turun dari katil sebab dah lewat 15 minit, dah la kena siapkan apa yang patut. Dulu ibu buat semua. Teruk kan! Itu lah. Huhuhu.

Pagi tadi aku bancuh milo nestum versi Nursaila Norman. Haha! Siapa suruh milo cereal habis kan? Guna milo sachet pastu letak nestum 2 sudu besar. Lepas isi air panas masih rasa manis, so tambah air dan lagi satu sudu besar nestum. Masih manis, tambah lagi air dan sedikit nestum. Aku buat untuk 2 mug. Satu untuk aku, satu untuk Suami. Ta daaaaa.. Kenyang! Sebab mug tak besar tapi lebar sikit, ruang dalam besar rupanya. Tiap kali buat air panas takleh buat penuh 1 mug, buat separuh pun dah kenyang. Tapi pagi tadi kitorang dapat 1 mug milo nestum. Haha. Suami pulak wajib sahur nasi.. Ibu dah pesan bulan puasa tapau nasi dekat rumah dia. hikhik.

Malam tadi lepas makan malam dekat rumah ibu, aku tapau nasi dengan rendang ayam untuk Suami. So pagi tadi keluarkan dari bekas letak dalam pinggan. Ta daaaa.. Suami dapat sahur nasi dan rendang ayam pagi tadi. Rupanya aku ambil nasi banyak, tak sedar sebab bekas kaca tu kecik, aku lak g mampat2 kan nasi tu. Erk! T___T Pitam Suami nak habiskan. Errr..

Tak buat pun mushroom Soup, sebab malas. Lagi pun dah kenyang sangat minum milo nestum versi sendiri. 

Sahur pagi tadi rasa janggal sebab Suami berlegar-legar dalam rumah tak tau dia buat apa, aku pulak keep asking him supaya makan cepat, makan cepat. Aku pun tak tau apahal aku suruh dia makan cepat. Haha. Pastu aku bancuh air panas untuk 2 orang. Pastu aku tunggu Suami makan, milo aku dah habis dah, Suami baru nak minum milo nestum dia. Aku dah super mengantuk, aku suruh dia minum laju-laju.. Haha hadoilah aku ni.. Kesian dia. Last-last aku cakap aku tido dulu boleh? Haha. Dalam 3 minit macam tu Suami masuk. Subuh lambat lagi so nak lelap-lelap kejap. Tapi Suami tak boleh lelap-lelap sebab kenyang sangat. Salah aku lah tu kan.. Huhuhuhu.

Ohhhh memang super malas and super puteri beradu giler aku ni. Huhuhuhuhu....

Esok nak tukar time sahur.. Supaya solat subuh terus lepas tu.

Kalau ada orang baca entry ni dia mesti cakap 'rugi kawen dengan dia'. Yelah, tak masak sahur, bangun sahur pun Suami kejutkan.. sobsobsob. Kannn.. This is me.. Tak pandai la nak tipu aku bangun pagi masak rendang ayam sedangkan aku tapau je kat rumah ibu malam tadi.. Haha.. Dan aku memang manja giler (teruk ah! malu nak mengaku), dulu-dulu bangun sahur ibu dah siapkan semua, ibu kejutkan supaya sahur.. See betapa over nya aku. Tapi aku kan dah kawen, first time berpuasa dengan Suami, kena la rajin bangun, kalau tak sahur nasi pun kena la teman Suami sahur.. Dah alang-alang teman takkan tengok je dia makan kan.. Makanya aku akan belajar lah buat air panas ke, mushroom soup ke, makan kurma (wajib).. Tapi kalau Suami kejutkan Isteri bangun sahur itu sweet kan? hiks.

Macam mana pengalaman ister-isteri yang baru first time berpuasa dengan suami hari ni? Seronok kan..

p/s : picha milo nestum tak boleh di upload. itu akan membuatkan diri sendiri tak sabar-sabar nak maghrib.


Love,
Nursaila Norman!

9 comments:

Amalina Ali said...

biasa lah sila. nana pun gitu gak. kalau tak dok dengan MIL ntah mcm manalah MHZ agaknya. Tak makan agaknya dia. kehkehkeh.

Anonymous said...

takpe baru hari pertama, sehri dua nanti oklah tu ! hehehe

DYatie ABakar said...

Hahahaha. Lebih kurang aje kite saila. Dulu kite cmner tah eh? Hahaha. Yg pasti ms tu lauk tunjuk petang khas untuk sahur. Hahahahaha. Gila malas. :p

Unknown said...

Ini br sehari puasa ni..
Kita tgk apa jd pd hr kdua :p

Unknown said...

sy pon mcm saila..sahur ssh nak bgn, sllu mak yg paksa bangun..dah kawen nnt xtau lah mcm mane :P

khadijah said...

Kan dija masa 1st sahur encik suami jugak kejutkan macam mana ntah dija boleh tak sedar bunyi alarm dia yang sedar pulak..hehw tapi ari ke 2 dan 3 ni dija la yg bangun dulu. Same je ngan dija sebelum kawin pun pemalas semue mama buatkan. Dah kawin ni baru sedar dan kne buat sendiri. Dija dulu pun tak sahur, tapibila preggy ni cepat lapar jadi kene jugak sahur. :) selamat berpuasa saila :)

cha said...

u i ni lg la nama je dh kawen tp kitorg dua mmg jenis tak bangun sahur. yela dua2 pun jenis tido lambat pkl 2,3 pagi tido cmne nk bgn sahur kang ada yg tak keje kang haha. mmgla tak dpt pahala sbb tu sunnah kan tapi takpela. befire tido i mmg mkn kurma alas perut sbb i gastrik. gastrik pun tak bgn sahur camne hahah

btw selamat berpuasa u :)

ayut said...

ok..ayut masih lg sahur dan berbuka dalm tepon jer..hihihi..ayut tahu 1 hari nnt mesti kak saila mampu masak dan serve utk suami akak kan...kan sayang.hihihi ^^ jgn kecewa sgt tau..skrg masih blaja..nnt lpas ni msak apa je mesti expert ^^

Unknown said...

haha.. 1st time bersahur dgn somi..
harusla cik bin msk...
goreng ikan n telur je pun .. yg pntg mmg kene bgn laaa..
sblm2 ni hrp mak je yg wt sume..

kali ni mmg kene buat sumenya sendiri.. tp yg bestnya, bile dh 6 ari pose ni ade la jg, laki cik bin tlg sediakn ape yg patut... terlajak bgn pn ade aritu dkt2 5.30.. perh!..makan laju2..huhu.