CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday, June 30, 2014

KKBOX - Muzik Di Hujung Jari Anda

Assalamualaikum.


Selamat berpuasa semua! Semalam puasa pertama, alhamdulillah dapat sehari. Harini puasa kat ofis, harap bertahan, amin.

Kalau dah boleh Ramadhan ni mesti lah lemauuuu je kan. So nak kena lah ada benda yang boleh buat rasa fresh ke, tak boring ke.. Disebabkan aku ni tak lah up to date dengan lagu-lagu semasa, dah tu tak suka nak download lagu sangat sebab malas.. Huhuhuhu! Pilihan aku cuma lah dekat Youtube. Tapi kena play satu satu. Kalau pergi kat playlist pun artis yang sama jelah nyanyi. Jadi aku mudah boring jugak dekat situ.

Eh, banyaknya masalah aku kan? Haha. Hakikatnya aku memang jauhhhhh ketinggalan kalau bab lagu-lagu, website mana yang bagus nak dengar lagu, applikasi apa yang syok kalau nak layan lagu. Memang gagal habis! Takyah lah korang cerita dengan aku pasal hal-hal ni, memang aku blur. Huhuhuhu.

Tadi boleh pulak terjumpa dengan KKBOX ni. Kot-kot lah best kan, aku pun saje-saje lah try download apps KKBOX tu. Lepas dah download eh, senangnya.. Senang nak tukar apa yang kita suka, senang nak pilih lagu apa yang kita suka. Lagi satu dia play pelbagai lagu dan artis. Takde la satu-satu artis je.

Setiap lagu yang kita play pulak dia terus save dekat library KKBOX :)

Lepas try, aku terus suka. Kebetulan takde idea nak update blog.. Pasal ni pun boleh lah. Sedih sangat blog ni pun. Makin lama makin senduuu. Haha.




siap ada lirik lagi. seronok la miming tadi :D


Itu je nak update. Hikhik! Okay lah bye!





Love,
Nursaila Norman!



Monday, June 23, 2014

We Are Expecting....

Assalamualaikum.





EDD : 04 Sept 2014
73 days to go!


Dah tak lama mana pun kan? Excited, takut, risau, tak sabarrrr semua ada. Hewhewhew. Tengok tajuk dengan gambar pun dah faham kan? kan? kan? Hiks! Aku harap gender masa scan dengan lahir nanti sama lah. Sebab aku dah galak membeli baju untuk saiz 3-6mo, 6mo above kebanyakannya pink kalerrrr. Tapi ada jugak baju yang macam baby boy aku beli. Takkan semuanya nak pink pink pink kannnn.. Hehehe! 

Mula pregnant dulu orang teka baby boy. Taktau lah atas alasan apa. Aku pun standby lah nak dapat boy. Tapi dah masuk 5 bulan orang tegur baby girl pulak. Aku macam konfius tiba-tiba. At first tak kisah langsung pun baby boy atau girl, asalkan sihat sempurna je kan :) Suami macam biasa mesti feeling-feeling nak boy, ada lah kawan dia main bola katanya. Tapi bila kitorang dah dapat agak macam girl, Suami okay je.. Kekok lah dia nanti. Sebab adik beradik dia semua boy.. Tetiba nak dapat girl pulak. Wink! Wink! Tapi Suami lebih excited nampaknya nak dapat girl. Nak dapat bunga kannnn :)

Tiap-tiap bulan kan aku scan, tapi masa pregnant 6 bulan baru Doc Ezeta check jantina. Memang tak nampak ball, maybe girl doc cakap. So aku rasa gerak hati aku macam nak betul dah. Scan untuk 7 bulan kitorang buat semalam (Ahad). Padahal hari Sabtu sehari sebelum check up aku dah memborong baju baby kaler pink. Haha. Masa beli tu tawakal jelahhh.. Sampaikan aku nak beli baju untuk boy pun Suami cakap takyah lah, amek je girl semua. Tapi aku amek jugak kaler boy, cantik kot kaler biru navy. Huhuhu.

Check up semalam, doc check kat celah paha baby sekali lagi sebab nak tengok gender, still tak nampak ball. Weeehuuu! Lega hati sebab terkenangkan baju pink kat rumah. Haha. 

Insyaallah girl. 

Kalau ikutkan sebelum kitorang conceive lagi kitorang dah ada nama untuk anak. Hover kan. Kalau boy mula dengan huruf H (suami pilih). Cuma girl je aku lambat decide. Dah dekat 3 bulan ke 4 bulan, baru aku confirm. Bagitahu dekat Suami, dia okay! Kalau girl mula dengan huruf M.

Suami tanya nak letak dua perkataan ke sebelum M atau selepas M. Tapi aku lebih suka kalau satu perkataan je. Itu lah nama, itu jugak lah panggil. Kebetulan mak mertua pun saje-saje je tanya letak nama anak panjang-panjang ke, kalau boleh tak payah lah. Mak mertua pun saje-saje je cadang macam tu.. Kitorang suami isteri senyummmmm jelah siap cakap kat mak mertua dont worry.. Satu nama je. Hikhikhik.

Sebelum scan gender lagi Suami dah start  panggil baby dengan nama. Konfident teruk kan Suami. Now, dah confirm girl lekat lah nama tu sampai lahir nanti insyaallah :) Itu pun Suami panggil nama manja (nama pendek) walaupun nama baby satu je! sobsobsob!

Kalau sape-sape follow aku kat ig mesti perasan ada akak-akak ofis aku panggil baby aku dengan nama Elsa kan. Hahaha. Aku layan kan saje, akak-akak ofis ni excited nak buat macam mana. So nanti dah lahir konfirm jugak lah lekat nama Elsa tu baby. Layan jelahhhh :)

Alhamdulillah, dapat jugak curik-curik update blog.





Love,
Nursaila Norman!



Friday, June 20, 2014

Customer dengan Pearl Hand Bouquet

Assalamualaikum.



Alhamdulillah, i am happy bila customer happy!! Customer tagged pics ni dekat FB. So aku pun share lah dekat sini :)




















Banyak lagi pics customer ni cantik-cantik, tapi cukup lah 3 keping ni.. 

Selamat Pengantin Baru Fira :)






Love,
Nursaila Norman!



Monday, June 16, 2014

DIY : Barut Baby

Assalamualaikum.


Dah lama kita tak share benda-benda DIY kan?kan?kannn? Setelah sekian lama, baruuuuuu lah siap 13 helai barut baby. sobs! Punya lah lama ambil masa. 

Untuk barut baby aku sengaja pilih kain sendiri.. Ada je barut siap kat luar sana, tapi aku tak berkenan dengan corak dia. Huhuhu! Cerewet. Jadi aku pilih sendiri kain dekat KAMDAR Jalan TAR. Walaupun ramai yang mengeji service SA Kamdar, termasuklah aku (sebab dah terkena), aku pedulik apa. Janji aku dapat kain cotton untuk buat barut baby. Haha.

Expectation aku tinggi lah jugak masa nak cari kain.. Tapi agak hampa sebab takde corak yang menarik. Dah tu, aku pun banyak sangat menyogok diri sendiri dengan corak-corak kain ohsem dari luar negara siapa suruh kan?! Ingat tak aku pernah share satu blog ni MayMayShop dekat SINI. Semeter je rm20. Baru-baru ni aku nak tambah lagi barut, sebab Ibu aku bising cakap barut baby aku tu kecik sangat. Salah sendiri. sobs! Jadi aku nak tambah sikit dengan saiz yang lebih besar. Aku email lah MayMayShop, tapi sebab dia lambat reply beberapa hari, dan aku pun jenis tak penyabar.. Aku ulang balik ke Kamdar mencari kain. Kali ni comel sikit, buah stoberi. Hikhik!

Harga pun murah, setimpal lah dengan corak yang ada.. Macam kat MayMayShop corak diorang memang gempaks! Berbaloi lah dengan harga semeter rm20. Postage rm6. So pilihan di tangan anda :)

Bagi aku, untuk buat barut baby tak perlu lah mahal-mahal kot.. Tapi kalau buat barut gantung yes, sebab barut gantung kira macam baju baby.. Sesuai lah dengan cuaca panas berpanjangan nih. Huhuhu. Barut gantung boleh buat nanti, tunggu baby besar sikit dalam 2 - 3 bulan macam tu. Masa tu sila lah membeli di MayMayShop!

Okay lah, cukup lah membebel tu.. Fokus dengan cerita barut baby versi Nursaila Norman ya!


































Aku beli kain corak kereta tu semeter, corak love dengan kain purple tu aku beli setengah meter. Tapi kain corak kereta tu aku tak guna pun sebab kain dia terlalu lembutttt susah aku nak gunting. Plus sususan kereta tu pun memainkan peranan. Membuatkan barut macam senget padahal tak. So kain corak kereta kita buat sarung bantal lah kot.




































Oh, jangan lupa kain cotton putih ye untuk bahagian dalam. Yang ini gambar aku dah gunting kain ikut ukuran (5 inci lebar x 17 inci panjang). Aku lebihkan panjang supaya baby boleh pakai lama sikit. Tapi sayang, 5 inci lebar agak kecik Ibu aku cakap. Tapi sementara nak tunggu tali pusat baby tanggal, okay lah 5 inci lebar tu. Sebab tu aku tambah lagi 7 helai barut dengan ukuran (6 inci lebar x 17 inci panjang).

Aku tak buat bentuk lekuk kat tengah2 barut, tak buat pun takpe. Especially bila tali pusat dah tanggal, okay je barut baby tanpa lekuk tu. Sebenarnya aku pun malas nak gunting lekuk tu.. Hehehehe!

Jangan lupa tali barut (tali untuk barut). Buat panjangggg sikit ya, supaya bila baby dah membesar, takde la susah nak ikat barut.. Takde la isu ikat ngam-ngam. Ini semua pengalaman Ibu aku. Jadi aku ikut jelah orang yang lebih berpengalaman.. Tali barut beli lebih sebab memang pakai banyak. Panjang tali barut kalau tak salah dalam 30 inci jugak lah aku buat.




































Dah siappp! Tali barut pun aku tak jahit style pelik-pelik. Bentangkan je tali barut atas kain, jahit kat bahagian tengah je. Ada orang jahit tali kat bahagian tepi barut. Bahagian tengah barut kosong takde tali. Tapi untuk mudah, jahit je kat bahagian tengah pastu biar je lebihan tali kat area kiri dan kanan barut.

Faham kot apa aku mengarut ni.

Ada lagi 7 helai barut akan disiapkan. Corak lain pulak. Hehehehe! See, over kan ibu baby. Takpe, nanti boleh pakai untuk adik pulak. Buat lebih apa salahnyaaaa. Hewhewhew!

Selimut baby pun dah siap jugak, yang itu nanti lah kita share eh. Selimut baby senang je.





Love,
Nursaila Norman!



Friday, June 13, 2014

Daisy Crepe Hand Bouquet : Putrajaya

Assalamualaikum.



Another Daisy Crepe Hand Bouquet (dchb). Phewww! Ini last minute order jugak, sama macam hb yang baru je siap baru-baru ni. Entah kenapa lah aku boleh ambil 3 hb last minute. Sumpah aku terkejut dengan diri sendiri. Hohohoho! 

Tapi dchb ni paling seksa nak buat, sebab aku kena suntikan ATT pada hari Selasa! Huhuhuhuhuhuhu.. Patutnya kalau aku paksa diri, dalam 2 hari dah boleh siap. Tapi taktau lah kenapa lepas dapat suntikan ATT, aku jadi lesu dan mengantuk yang teruk selama 2 hari. So 2 malam aku tidur awal tanpa siapkan apa-apa. Buat sikit dalam 30 - 45 minit aku dah letih teruk. Sobs!

Akhirnya malam tadi jugak aku siapkan, itu pun lepas rajin nak masak nasik makan dengan ikan bakar tapau lunch, hantar Ibu ke Damansara sebab subuh-subuh ni nak ke KLIA. Daaaaa, pukul 11.30mlm kot baru aku start complete kan dchb nie. 

Sorry, banyak pulak membebel. Well, entry aku kalau nak tepek picha bunga pun tetap nak membebel. Haha.

Customer mintak pemegang tebal macam Pearl hb. Nak nangis ahkak noxx bila customer mintak cenggitu. Sebab part pemegang tu lah yang sukar. Hukhuk! Tapi customer nak kan, tetap ahkak usaha kan. Poyo. Tapi aku charge sikit untuk harga gabus, usaha memotong gabus dan aku tambah lebih sikit kuntuman bunga supaya nampak besar sikittttt dari yang biasa.







Customer request warna-warna pastel. Aku takut nak decide sebab semua warna-warna pastel cantik-cantik belaka. Don't make me confused babeh. Hehehehehe! Kaler-kaler hb memang customer yang request, aku cuma add on bagi nampak soft atau highlight sahaja. Main color customer akan pilih.

Kali ni customer mintak :

- Soft Purple
- Soft Peach
- Soft Pink
- Cream

Hasilnya terjadi lah seperti di atas. Sweet kan? Aku sukaaaaaaaa la combination ni. Super sweet! Selalu buat dua kaler je, kali ni tiga kaler pulak.

Okay lah, Daisy Crepe Hand Bouquet murah! Bunga tisu, bunga crepe murah murah! Dah masuk 7 bulan pregnant ni aku taknak ambil tempahan lagi kononnya. Tapi mana lah tau kot-kot aku free, ada cukup masa untuk sempurnakan tempahan, kira rezeki u olls lah ye.

Just wassap me @ 019-2290413






Love,
Nursaila Norman!



Entry Pasal Nuffnang Jew

Assalamualaikum.


Boleh tahan jugak CPUV yang Nuffnang bagi sejak kebelakangan ni. Walaupun tak stay lama, tak banyak pun syiling-syiling yang masuk.. Tapi OK la dari beberapa bulan lepas. Sunyi sepi. Anyway, Thank you Nuffnang!























Ada la 4 CPUV baru. Rasanya CPUV ni blogger lain pun dapat. Taktau lah berapa lama dia bertahan. Kemain ciput sekarang ni. Hamboi, komplen kah? Aku tak kisah pun, sebab benda ni datang pun bukan dengan usaha gigih aku. So kalau ada, ada. Kalau takde pun takpe lah.

Duduk lah lama-lama sikit CPUV. Tak salah pun duduk situ lama-lama kan? kan? kan?




Love,
Nursaila Norman!



28weeks : Suntikan ATT & Breastmilk

Assalamualaikum.


Dah 7 bulan dah?? Homaiiiii.. Macam tak percaya T__T' Lajunya masa berlalu hoi! Rasa macam banyak benda lagi tak buat ni. Masuk 7 bulan ni rasanya busy sikit lah dari bulan-bulan lain kan? Salah satunya mesti lah nak packing bag letak dalam kereta kannnn. Sebelum packing mesti lah nak kena basuh semua barang-barang baby. Suami, awak tolong basuh kan? kan? kannn? hiks!

Okay itu nanti, sekarang ni nak cerita apa yang dah berlaku dulu ya..

Masa usia kandungan 27w4d aku dah dapat Suntikan ATT (Anti Tetanus) atau Suntikan Kancing Gigi dari KKIA. Kebetulan, masa check up dengan Dr Ezeta, doc tanya dah dapat suntikan ATT belum. Aku cakap lah belum. Rupanya suntikan ni tak wajib untuk swasta. Tapi patient boleh pilih untuk ambil. Cuma kalau dengan gov, suntikan ni wajib lah kot. Aku tak sure.

Suntikan ni untuk elak kancing gigi semasa proses bersalin. Tapi jangan risau, risiko sangat rendah sekarang ni, sebab alatan dalam LR pun dah tiptop. Jangkitan kuman tu rendah lah. Tapi sebab aku check up dengan KKIA, so tak terlepas lah kena suntikan ni. 

Kalau ikutkan entry dari blog-blog lain, diorang cakap suntikan ni sakit, kebas. Tak cakap pulak suntikan ni rasa dia macam zaman kita sekolah dulu.. Lenguhhhh! Aku ingatkan suntikan ni sakit masa masuk jarum, tapi masa nurse cucuk jarum kat bahu takde lak rasa sakit. Tetiba rasa eh! apakah ini?! tengok-tengok nurse tengah tolak ubat masuk dalam lengan. Ohhhhh! Ubat itu yang sakit masa beliau masuk ke dalam lengan. Cis! Dan selepas itu bermula lah episod lengun bahu sampai ke bawah siku. Urgh! 

Cakap kat Suami, teringat zaman sekolah. Lenguhnya, malas nak masuk ofis. Hehehehehe!

Malam tu pulak, aku paksa diri lah buat bunga (last minute order), Suami pulak asyik geram tak habis-habis (awwwww), dia pergi cium lengan kiri aku yang kena suntikan tu! Damn! Seharian aku bertabah jangan bagi apa-apa pun sentuh lengan aku. Nak galas bag laptop pun hazab. Malam tu dia cium. Cium itu bagus, tapi yang tak bagusnya kenapa? kenapa? kenapa dekat situuuuuu?

Rasa nak demam. Huhuhuhuhu!

Pagi semalam masa aku tengah bersiap, Suami pun sibuk bersiap jugak. Takpe lah. Pastu dia pergi pegang lengan aku kiri dan kanan. Alasan tak sengaja, sebab dia geram lagi. Haihhh! Dah la aku tidur lasak. Asal bangun pagi je aku mesti rasa nak demam. Bila bagitahu Suami, Suami cakap mana taknya, aku tidur suka hati, selamber mengiring belah kiri. Really???? Mana sedar. Hikhikhik.

Sekarang ni aku risau sungguh kalau Suami dekat-dekat. Haha. Bukan apa..bahayaaaaaa.

Kalau tak salah aku ada terbaca, untuk anak pertama kena suntik 2x. Betul ke? Haiyo.

Habis cerita pasal suntikan ATT yang lenguh. Nak cerita pasal breastmilk pulak. Al-maklum lah, ramai blogger2 yang aku kenal kat sini, dah pun bersalin, dah pun lalui pengalaman menyusukan anak. So slowly aku noted lah beberapa hal tentang penyusuan, especially bab memperbanyakkan susu badan. Risau dan risau bila tau yang bukan mudah nak menyusukan baby di hari pertama - sebab susu tak keluar. Itu belum lagi susu takde lah, susu kurang lah. Siapa tak risau.

Baru-baru ni, aku nampak dekat ig blogger Schanur dia share picture Horlicks. Pastu blogger Cik Mah cakap Horlicks bagus untuk susu badan. Yeke? Sejak awal pregnant aku memang amalkan Horlicks sebab ada malasah perut kan. Horlicks je baik untuk perut sebab dia malt. Alhamdulillah, no wonder seawal usia kandungan 6 bulan aku start urut-urut breast, dah keluar cecair. Kalau ikutkan aku nak berurut macam bestfren aku, dia berurut masa preggy 5 bulan. Supaya saluran susu tak tersumbat, alhamdulillah, baby dia lahir2 je terus dapat susu badan. Aku pun mesti lah teruja kan. Huhuhu.

Tapi sampai sekarang aku tak berurut, aku tengok teknik marmet dalam buku merah je. Pastu aku try lah buat. Jadi! Yang penting ada saluran/laluan untuk susu keluar. Atau bahasa pasar nya taknak saluran tersumbat. Ada jugak kawan cakap takpe ke, nanti rugi lah colostrum. Bukan urut sampai dapat 1oz pun. Huhuhuhu! Dia keluar macam titisan peluh je. Colostrum paling jarang keluar, yang kerap keluar ialah cecair jernih.

Maybe aku minum Horlicks. Maybe. Tapi Ibu aku dulu pun susu tak keluar jugak, lepas urut breast baru susu keluar. Aku berusaha je mana yang boleh. Ni nak minum air longan kering + kurma merah pulak. Harap-harap beberapa usaha kecil aku ni membuahkan hasil, amin. Kebetulan, aku suka minum air longan kering, tak salah kan kalau aku minum dari sekarang. Wink! Wink!

Gambar ni sangat mendebarkan jiwa. Sumpah tak sabar nak tunggu balik ni beli bahan-bahan pastu buat minum di hari minggu. Cuaca El-Nino pulak.. Haihhh.

Resepi dia pun senang je dari resepicitarasawan.blogspot
- Longan kering
- Kurma merah kering atau tak
- Halwa kundur kering
- Honey dew
- Air
- Gula batu

Aku berusaha mana yang mampu dulu, rezeki semua datang dari Allah. Saya budak baru belajar :)




Love,
Nursaila Norman!



Thursday, June 12, 2014

Pearl Hand Bouquet dari Customer

Assalamualaikum.




 Majlis Nikah


























Majlis Sanding



Pandai customer pakai satu Hb untuk dua majlis. Good job! Entry pic pearl hb di SINI. 

Terima kasih Eisya, terima kasih tempah pearl hb dengan akak, terima kasih sudi share pic kawen awak jugak :) Selamat Pengantin Baru, semoga kekal hingga Jannah :)




Love,
Nursaila Norman!



Friday, June 6, 2014

Daisy Crepe Hand Bouquet : Perlis

Assalamualaikum.




over contrast pulak



Soft Peach + Cream





selamat sampai ke tangan customer lama dah
alhamdulillah




Murah murah. Kalau nak postage kena tambah harga postage lah ye. COD lebih digalakkan. Taknak Daisy Crepe HB kemek. Huhuhuhuhu! Wassap 019-2290413.




Love,
Nursaila Norman!



Pearl Hand Bouquet : Bride 2 Be Subang Jaya

Assalamualaikum.



Fuhhh! Ini lah Pearl Hand Bouquet paling laju aku pernah buat. Hari Isnin orang order, nak pakai hari Sabtu. Maknanya? Aku kena siapkan hari Khamis.Dalam masa 4 hari mesti siap. Oh, kenapa Khamis? Sebab Jumaat nak hantar dah.

Selalunya aku berat hati nak ambil tempahan last minute. Sebab takut tak mampu nak kejar masa. Tapi entah kenapa kali ni aku ambil. Kun fayakun.

Alhamdulillah, siap jugak satu lagi Pearl HB Nursaila Norman. Walaupun production Pearl HB kita sangat slow. Masih ada lagi 2 Pearl HB. Insyaallah akan siap seperti yang dijanjikan (customers : Wangsa Maju & Bt Caves).

First time aku buat pearls kaler purple. Teruja gila masa snap pic HB. Hehehehehe! Jom lah cuci mata petang-petang ni. Malam ni nak hantar dah ke tuan empunya :)



teaser sikittttttt....



*********************************************************













Color : Pink & Purple.

Kalau ada yang nak tempah, masih boleh lagi. Postage tak buat ya, COD only. Area Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Wassap 019-2290413. Booking + Security Deposit 50%. Balance lagi 50% bayar masa ambil HB. Pearl Hand Bouquet murah!



UPDATE!!




Love,
Nursaila Norman!



Wednesday, June 4, 2014

26+ Weeks Update

Assalamualaikum


Sebenarnya nak masuk 27weeks dah, sobs! Punya lah busy, sampai tak sempat nak update pasal diri sendiri dekat blog. Nak update pasal diri sendiri dan baby nih, kesian.. Nanti takde kenangan pulak. Huhuhu!

Oh, sebelum tu.. Set tilam kekabu dah sampai!! Jumaat lepas dah sampai ngam-ngam baby 26weeks. Hiks. Of course lah Ibu dengan Abah baby yang excited.. Puas hati sangat sebab kualiti memang A. Cuma bantal baby je tak sesuai untuk baby baru lahir. So kena buat bantal lain, isi dengan foam supaya lebih lembut dan nipis. Ada jugak yang suggest pakai kekabu, tapi aku malas nak membeli kekabu, lagi pun kat rumah ada foam. Kalau beli set tilam kat outlet Manjaku ke, pun diorang guna foam kan. So dah beli kain cotton plain kontra dengan warna tilam untuk buat bantal baby baru lahir. Bantal kekabu tu boleh guna masa baby dah besar sikit :)



































ta daaaaaaa~
tak sabar nak tumpang baring dengan baby.. hiks!


Bagi aku murah lah untuk jangka masa panjang. Sebab tilam ni pun tebal, ambil masa jugak lah nak menipis. So sempat lah baby guna se'maksimum' yang boleh. Aku pernah cerita sikit dekat SINI pasal set tilam yang aku nak order. Akhirnya kekabuonlinedotcom jadi pilihan. Masa sampai je tilam kat rumah Ibu, Ibu tanya tilam ni ada jahit kat tengah-tengah tak? Aku cakap lah ada, bagus rupanya supaya baby tak mudah bergerak (menggelongsor).

Alhamdulillah, settle part tilam baby. Maybe playpen cancel sebab dah ada tilam ni. Lepas tanya pendapat Suami, kitorang dah fikir masak-masak, banyak jugak kebaikan, maybe playpen cancel.

Nursing pillow tu aku dah rasmi dah, buat sandar sambil tengok tv. Hehehehe

***********************************************



Update untuk 26weeks :

1. Perut dah okay sikit. Rupanya bukan masalah angin yang aku hadapi, rupanya gastrik. Patut lah aku abnormal dari korang. sobs!

2. Tidur malam agak mudah sejak masuk 6 bulan. Dulu seksanya nak tidur (start 4 bulan), tidur nak kena lapik perut dengan bantal. Tapi sekarang dah okay! Seksa jugak sakit gastrik ye.

3. Kuat gila makan benda-benda manis. Aiskrim dengan coklat memang feveret. 24jam pun boleh. Tapi so far check up KK belum kena minum air gula lagi. Harap tak kena minum, amin.

4. Kuat jugak minum air masak. Dulu masa bujang ke dah kawen ke, kalau nak minum air masak tu susahnyaaaaaa. Sekarang ni air masak panas-panas adalah sedap!

5. Dah start consume Obimin Pluz. Kenapa Obimin Pluz? Beza sikit dengan Obimin yang biasa tu (kotak warna pink), doc swasta yang aku check up tiap-tiap bulan suggest ambil Obimin Pluz sebab ada minyak ikan, bagus untuk baby dengan Ibu.


6. Check up 26w3d dengan doc Ezeta, maybe girl! Sebab doc cakap tak nampak 'ball' dia. Hewhewhew! Double confirm dengan doc, obvious ke 'ball' dia tu? Doc cakap obvious. Memang dah tengok celah kangkang baby takde 'ball'. Suami dah start panggil baby dengan nama. Excited abah! Tapi aku nak tengok bulan depan punya check up. Baru boleh confirm.

7. Masa awal-awal pregnant dulu orang teka baby boy, tapi lama-lama orang teka baby girl. Sekarang ni majoriti teka its a girl. Korang rasa?

8. Baju banyak tak muat, sekarang ni tengah membeli dress jelah. Senang and flexible. Lepas bersalin masih boleh pakai. Tak tau lah kenapa tak minat pakai seluar. Malas sungguh nak beli seluar mengandung. Mood nak pakai dress je. So kita layan je ya.

Itu je kot untuk update 6 bulan. Masih ada 3 bulan lagi baby nak sampai. Suami orang paling tak sabar. Hari-hari cakap dengan baby bila baby nak keluar. Huhuhuhu!





Love,
Nursaila Norman!