Hai!
Assalamualaikum.
Sebelum ni aku ada share pasal DIY dulang hantaran, tapi masa tu teaser jelah kan. Kali ni aku buat entry DIY (bukan la full explanation pun huhu) sebab blogger nama Rina Ellisa ada request. Oh malunya! Ada jugak yang bertanya pasal cermin yang aku guna sebagai alas barang hantaran.
Hakikatnya aku taktau nak mulakan entry macam mana, sebab takde picha nak di attach. Tak best la kalau takde picha. Korang mesti bosan takde pencuci mata kan. Tapi memang takde picha, aku pun dah tak boleh dan tak berpeluang nak diy semula. Barang-barang dekat rumah Ibu, aku dekat 'rumah kita'. So, masa dan ruang tak mengizinkan.
Dengan itu terpaksa lah recycle picha. Ingat sampah je boleh recycle? Haha. Picha-picha dalam entry ini adalah picha yang sama seperti entry lepas, dan harap korang tak bosan lah ye. Huhu!
Sila rujuk picha di atas ya, cermin yang dalam picha tu aku beli dekat IKEA. Empat (4) keping Rm25. Aku beli lapan (8) keping. Sebab aku nak guna tujuh (7) keping sahaja. Tapi sayang, dua (2) dah sumbing. HUHUHU! Sekeping xtau la macam mana boleh sumbing. Yang lagi sekeping sumbing masa dah siap majlis nikah. Maybe terlanggar dengan kuat kot. Sedih. Nanti nak pasang dekat dinding macam mana la aku nak sorokkan yang sumbing tu. Cis! So please, berhati-hati.
Hiasan yang aku guna dekat cermin hantaran tu boleh refer sini :)
Cara aku lekat barang hantaran? Aku guna double sided tape, beli yang tebal ya.. Jangan beli yang nipis warna putih tu. Memang menakutkan bila nak tampal guna double sided tape yang tebal tu, sebab nak tampal dekat cermin kan, mesti lah sayang. Takut cermin rosak. Tapi jangan risau, aku dah buat, memang tinggal kesan tape dekat cermin, tapi masih boleh tanggal. Kena usaha sikit lah kopek-kopek guna kuku.
Untuk lekat kan bunga/hiasan, aku guna double sided tape yang nipis. Sebab bunga je kan.. Tak perlu double sided tape yang tebal, yang nipis pun dah okay. Just nak bagi lekat je. Kenapa warna kuning? Mak Mertua yang request warna kuning. Hiks! Plus aku memang suka kuning :p
Takde la comot dengan kesan gam :) Itu jelah cara aku. Tak susah kan? Boleh lah try!
Cermin aku recyle untuk hiasan dinding rumah kami. Ntah bila ntah nak menampal. Cepatlah rajin.
Harap membantu ya!
A very short entry sebab kepala berpusing-pusing memikirkan kerja. Psssstt, ni curik2 update tau. Jangan bagitahu boss eh!
thanks korang!
Love,
Nursaila Norman!
kreatifnya :)
ReplyDeleteohh..da dpt jawapan mne saila beli cermin tu..hehe, baru nk tnye sebenarnye :)
ReplyDeleteaaaaaa!!! Thanks so much saila.. :)
ReplyDeleteBerguna tipss ni.. :)
bestnye gune cermin tapi memang kene berhati2 la bile bawakkan :) boleh pulak guna hiasan tuk rumah takla membazir :) saila ni kreatf sangat
ReplyDeletememang nak tunggu sila update cerita pasal kawin2 ni. hihi.
ReplyDeletehaha..curik2 update demi korang yg ohsem2 ni.. :))
ReplyDeletenuha letak bunga guna hot glue! huhu. x kesah la kan asal senang tanggal :)
ReplyDeletememang saya teringin sangat nak buat macam ni..tapi bila ye? huhu
ReplyDeletemmg cntik..kemas je tgok...xpe..yg sumbing tu saila boleh cover punyalah...hehhee....wow..suka kuning ek..ceria je...mmg cntiklah..suka tgok...
ReplyDeletemak arissa betul2 kagum dengan auntie saila arissa nih...uhuhuhu...
ReplyDeletemmg cantik & terbaiklah dear
ReplyDeleteComel je.Saila memang kreatif. :)
ReplyDeletekreatif la awak ni.
ReplyDeleteumi berkenan benar dengan diy hantaran nie tau ..cantik n smart (^_^)
ReplyDeletewane kuning nek seri! :) syg ye 2 dh sumbing..huhuhu..nnt ltak sembunyi2x ckit ea time nk ltak kat umah..hihihi
ReplyDelete