CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday, April 26, 2013

Review #9 : Outdoor #2 : Ulu Yam

Assalamualaikum.


Huhuhu, nak bagitahu beberapa perkara...

1. Tempahan untuk tasbih sudah dibuka, boleh email untuk harga yer;
2. Kepada yang request tutorial untuk buat tasbih, insyaallah i will do it as soon as possible. Sekarang ni kejar dateline tempahan, tetiba je customer request nak awal sebulan! pitam aku. nakal okeh customer nihh;
3. Ampun la u olls, aku terhegeh-hegeh nak share Outdoor kedua kami, sedangkan sudah 5 bulan lebih, hampir 6 bulan kawen! Gila lemsss (lembab) aku nih!


Hewhewhew.. Berkurun lamanya picha-picha Outdoor kedua kami ni dalam PC Ayah. Errr, actually, semua picha kawen aku sejak nikah sampai la Outdoor kedua masih belum dibuat apa-apa. sobsobsobsob!! Ayah busy dengan picha kawen orang lain! huwaaaaa..

Harini berkesempatan nak share dalam FB dan jugak blog.. Rasa macam ntah apa-apa lak kan share benda dah berhabuk. Hukhukhuk! Tapi takpe, share tetap share.. heeeeeeee....

Sebenarnya Outdoor kedua ni aku yang request, sebab aku macam tak puas hati buat Outdoor pertama tu, sebab masih penat dan terkejar-kejar kan matahari terbenam. So aku request untuk second outdoor ni. Ayah setuju, sampai masa aku demam pulak. Ha,ha,hammpehhh. Makanya picha tak semenggah. Posing pun malassssss.. Huhuhuhu. Ada banyak lagi sebenarnya picha outdoor nih, tapi tak sempat nak copy semua, nak select masa terhad sangat. Macam busy sangat je kannnn.

Ni jelah yang sempat aku copy dari PC ke pendrive aku.. Selebihnya nanti aku update lain lah yer.. T__T Macam Outdoor #1 : Kuala Selangor, still makeup sendirian berhad. Sila abaikan.













Lepas photoshoot kitorang ramai-ramai mandi dekat Sungai Ulu Yam, disebabkan aku demam, aku tak join. Gila sadis.. sobsobsob!

Nak request third outdoor agak-agak Ayah aku layan tak? hikhikhikhik!



Love,
Nursaila Norman!

Saturday, April 20, 2013

DIY Tasbih Sebagai Sourvenir

Assalamualaikum.


Ini hanyalah auto publish entry, kalau ikutkan time ni aku sedang berada di Kedah, kampung halaman Suami! Siapa orang Kedah angkat tangan.. Hello! :)

Harini nak share diy tasbih, baru terhegeh-hegeh nak keluar dari oven. sobsobsob. Sebelum ni tengok B2B 2012 ramai jugak yang buat tasbih ni untuk doorgift majlis kahwin diorang. Just tengok jelah diorang diy, sampai berbisnes diorang dengan tasbih-tasbih tu, gogochaiyok!

Dan aku? Haha.. Baru nak belajar cara-cara buat tasbih T___T 

Tasbih ni aku buat sebagai untuk sourvenir kepada kawan-kawan ofis Jumaat lepas. Kebetulan diorang buat farewell untuk En Big Boss dan aku. Oleh kerana aku pun tahu benda tu last minute, so Khamis tu jugak aku amek halfday untuk balik KL awal semata-mata nak beli barang-barang untuk buat tasbih. Dengan itu, ini lah hasilnya!






Secara jujurnya aku memang tak tahu langsung cara-cara nak buat tasbih ni, bila google ada la tutorial.. Tapi disebabkan masa sangat terhad, aku cuba simple kan cara pembuatannya. ceewaaah. Malas nak guna separator/stopper sebab harga agak mahal, aku guna cara lain.. Aku guna donut crystal sebagai separator/stopper. hikhik :)

Warna pun dilema gilerrr.. Yelah, nak buat satu warna sahaja kan, kalau ikutkan nak je buat untuk staff perempuan warna pink, untuk staff lelaki biru ke, gold ke.. Tapi kang aku lak yang dilema. Over kan, diri sendiri yang dilema. Huhuhu! So aku pilih satu warna sahaja. Aku berkenan dengan warna aqua ni, rambu ramba (tassel) aku match dengan purple. Lelaki perempuan pun okay dengan warna ni kan? Ke nampak macam girlish sangat tasbih ni? T___T




Apa-apa pun memang sangat enjoy buat tasbih ni, sampai dalam kereta aku buat. Nak cepat siap punya pasal. 



** kepada yang tinggalkan komen dengan kata-kata semangat, doakan aku, terima kasih tak terhingga semua. terima kasih banyak-banyak.



Love,
Nursaila Norman!

Thursday, April 18, 2013

Resign : Bukan Mudah Sebenarnya

Assalamualaikum.



Entry ni mungkin panjang, maaflah :(

Dengan lafaz




Aku tau mungkin tajuk dekat atas dah cukup menerangkan segala-galanya atau mungkin masih belum cukup. Tak tau nak mulakan dengan ayat apa. Sebenarnya ada satu draft yang masih belum habis ditaip, memang aku dah agak, aku akan terhenti dan kemudian tak tau nak sambung bila. Masih kekal sebagai draft. Dalam draft tu aku meluahkan segala isi hati aku kenapa aku resign. Tapi aku asyik berfikir, kalau-kalau draft tu menjadi entry, dan kemudian memalukan orang lain. Niat aku cuma mahu meluahkan, tapi mana tahu, tetiba lain pulak yang jadi. Tapi itu lah, aku masih terkesan sampai sekarang. Saat ini.

Kita mulakan dengan harapan lah ya..
Sebelum aku ambil keputusan untuk resign aku dah cukup berbelah bagi. Terlalu berbelah bagi. Terlalu. Hanya Allah sahaja yang tahu, betapa beratnya pilihan yang aku perlu pilih. Teruskan atau tamatkan. Aku dah mula berniat untuk resign sejak bulan Januari. Tapi Suami pujuk supaya bersabar, bertahan, bertabah. Sehingga lah Suami izinkan bila tengok aku dah tak tertahan-tahan menanggung sakit jiwa.

Bila Suami dah izin, aku masih belum kuat untuk buat surat. Aku refer dengan sorang boss perempuan dekat division aku. Actually dia bukan lah boss aku, tapi sebab aku nak berbicara hati ke hati, kenalah jugak tebalkan muka jumpa dia. Sepatutnya aku tak perlu bercerita tentang apa yang telah berlaku (sesuatu yang peribadi) untuk menjaga air muka orang lain. Tapi Mrs.Boss ni memang dah boleh agak dari awal. Tekaan dia buatkan aku tak boleh lari. Aku jadi tergamam, nak elak tapi mata aku tak boleh bohong masa berdepan dengan dia. Lain yang jadi, Mrs.Boss pulak yang bukak cerita. Cerita yang aku sendiri tak tahu.

Lepas jumpa Mrs.Boss, aku jadi lebih yakin. Aku terus buat surat. Dalam pada tu aku mintak jugak pendapat dan nasihat kawan-kawan rapat. Alhamdulillah, diorang menyokong. You know who you are :) Dari awal diorang tahu segala-galanya walaupun diorang takde bersama-sama aku menanggung apa yang aku rasa. Masa nak hantar surat tu memang berdebar-debar. Apa yang paling aku takut bila pilihan aku adalah salah. Tapi jauh disudut hati aku, aku yakin aku buat pilihan yang betul.

Aku kena bagi notis satu bulan. Dalam tempoh tu mungkin ada kerja baru, mungkin takde. Sebaiknya tunggu dapat kerja baru berhenti kan? Tapi company mana nak layan kalau aku request bagi tempoh satu bulan baru boleh mula bekerja. Kebanyakannya nak kemasukan segera. And of course, keputusan aku untuk bagi surat tanpa ada backup kerja sangat, sangat, sangat, sangat menakutkan. Sepanjang tempoh aku dalam dilema, alhamdulillah ada je panggilan temuduga. Dekat situ aku tak la risau sangat, at least bagi aku, aku masih ada peluang.

Cut it short, tempoh notis sebulan dah nak sampai. Sepanjang notis tu aku berharap sangat akan ada pengganti untuk jawatan yang aku akan tinggalkan ni. Tapi macam biasa lah, dugaan takkan datang  semudah kacang goreng. Hanya Allah je yang tahu, betapa risaunya hati ni.. Tapi aku rasa, aku lebih rela terima dugaan Allah macam ni daripada sakit jiwa dengan perangai-perangai manusia. Setiap hari pujuk hati sendiri, cakap rezeki Allah yang bagi., kita kena yakin dengan Allah. Walaupun ramai yang cakap rugi berhenti sebab aku kerja dengan government, tapi aku bukan staff tetap pun, kontak je. Ramai jugak yang cakap sayangnya walaupun kontrak, tapi sayangnya division aku bukan lah tempat yang sesuai. Mungkin rezeki orang lain dapat duduk tempat senang, mudah.. 10 tahun kontrak pun takpe.. Tapi aku tak. Makin lama makin mengarut. So aku nekad. Mungkin sini bukan tempat aku :) Bak kata En Big Boss yang dah takde dekat division kami (buat masa ni kami takde Big Boss), rezeki ada di mana-mana. Kesian dia. Itu pun aku tak tahu kenapa, mungkin satu lagi hal mengarut yang aku jumpa dalam division aku. Mungkin.

Ah! Division aku macam puzzle. Bila dicantum jumpa bom.

Esok aku last. Notis satu bulan dah nak habis.

Semalam aku masih meneruskan misi mencari kerja, tapi memang kelakar la semalam. Aku apply dengan kadar malas yang sangat maksimum, senang kata tak ikhlas sungguh apply kerja. Haha. Pilihan aku memang swasta lah kan. SPA aku tu dah 2 tahun tak renew. Merasa lah jugak joined exam PTD tahun 2010, muda remaja lagi time tu. Pastu dah malas. So semalam masa apply-apply kerja tetiba dapat call. Itulah kot, kalau kita yakin dengan Allah, jangan was-was dengan Allah, in shaa Allah, Allah tolong. Semalam boss dia sendiri yang call. Gila tak terkejut? Huhuhu.. Alhamdulillah lepas perbualan yang agak panjang dalam fon, dia setuju untuk set appointment dengan aku. Harap adalah rezeki kali ni. Doakan ya :) Plus, dapat email dari company lain suruh datang interview jugak. Ya Allah, lega sikit hati :)

Mungkin ramai yang tak bersetuju dengan keputusan aku, tapi aku mohon, hormatilah pilihan aku. Kita mungkin berbeza, sudah pasti langkah aku tak sama dengan langkahmu. Pilihan kita juga jauh sangat bezanya. Mohon ya kawan-kawan, janganlah pertikaikan lagi keputusan aku ni. Bukan mudah sebenarnya, tapi dalam sukar itu aku yakin segala-gala yang dah berlaku, terjadi semuanya dengan izin Allah swt semata-mata.


  
mungkin Adele tak biasa dengan perkataan 'hikmah'
tapi aku sangat yakin, ianya sama maksud dengan hikmah :)


Sesuatu, sesuatu yang aku tak pernah share, yelah aku kan bukan Mommy to Be pun, takkan nak share.. Uhukhukhuk.. Sejak bulan pertama aku kawen, aku buat saving 20% daripada gaji aku sebab nak backup kalau-kalau aku cuti bersalin since aku kan pekerja kontrak je.. Kalau aku apply cuti untuk 3 bulan langsung takde gaji, nak taknak aku kena la buat saving dari awal. Sekarang dah 5 bulan aku saving, bayangkan another 9 months kalau sampai rezeki aku untuk jadi M2B bayangkan ada berapa. Kalau lah aku ada gaji masa cuti bersalin macam orang lain, sure aku buat saving kekal untuk unexpected case. Kan? Bukan mudah sebenarnya.. Mungkin bagi orang lain semuanya mudah, tapi bukan aku. Banyak benda kita perlu ambil tahu dan get ready.. Huhuhu. Dengan harapan menggunung dalam hati ni, adalah rezeki untuk dapat kerja tetap walaupun swasta. At least, cuti bersalin aku bergaji. Huhuhuhuhu.

Pasal draft aku tu ntah lah.. Risau sebenarnya.. Tengoklah. Dengan izin Allah nanti. Harini halfday, nak cari sesuatu untuk esok. Esok kan last day aku kat sini, ingat nak buat sesuatu untuk diorang-diorang. Walaupun bukan semuannya indah, tapi yang perit itu jugak lah ubat kan? Takpe lah, ikhlas nak bagi sesuatu esok. Doakan :)




Dalam banyak-banyak barang yang aku kemas, taktau la kenapa blazer ni jugak yang menyentuh hati aku. Masa ambil dari almari rasa nak nangis. Terfikir untuk snap, aku tau, last kot aku pakai nametag tu. Picha ni kenangan lah kan. Yang pahit, yang manis semua ada tiap kali aku sarung blazer ni. Takpe lah, semua pun indah sebenarnya :) Rindu tugas aku handle lawatan antarabangsa. Kebetulan, last aku handle, dapat pulak sesuatu dari Nepal. Macam tau-tau je aku last. Huhuhu.

Jangan dipertikaikan lagi apa-apa, sesungguhnya aku ketemu dengan banyak jawapan selepas aku bagi surat resign. Dan kemudian aku bersyukur aku resign.

Yakin Allah ada, Allah ada, Allah ada.




Love,
Nursaila Norman!

Wednesday, April 17, 2013

Wordless Wednesday : Loading 27%

Assalamualaikum.






















baju tunang orang.
aku usaha jadikan dari sebelum kepada selepas.
masih jauh lagi perjalanan.
harap menjadi, amin.





Love,
Nursaila Norman!

Monday, April 15, 2013

Simple Update : OUR BIRTHDAY!

Assalamualaikum.































Terima kasih banyak-banyak kepada yang wish birthday dekat previous entry. Terima kasih tak terhingga. Yang doakan macam-macam, hanya Allah je yang mampu balas. sobsobsob!

Malam tadi sempat celebrate birthday kami secara aman dan terkawal. kehkehkehkeh!

Celebrate dekat rumah family aku, kalau nak celebrate kat rumah kami, ada nuget dengan sosej je. Muahahahaha. Aku tunggu Suami pulang dari konvoi pastu pergi rumah family aku sebab diorang dah suruh datang. Katanya ada kompang, gendang, bunga api bagai. Tapi tipu. Time-time tengah makan tetiba ada la bunyi bunga api. Taktau la macha mana yang main bunga api. Tau-tauuu je kami dengan celebrate. Terima kasih macha. Haha.

Kek, Leha buat suprise. Satay, Ayah buat suprise. Spaghetti, Ibu buat suprise. Kami, buat-buat macam oh, ada suprise ke. Cenggituuuu..

Aku rasa aku lah manusia paling bertuah sepanjang 27 tahun potong kek. Sejak umur setahun, sampai la umur 27 tahun.. Tak pernah lagi sekali pun takde picha potong kek. Dulu masa kecik, tiap-tiap tahun buat birthday party.. Picha Ibu dengan Ayah aku buat satu album. Lengkap tiap-tiap tahun. Boleh tengok muka sendiri memang jenis tak tahu malu depan camera. Muka selamber badak je. Janji potong kek pastu partyyyy! Dah kawen, dah besar panjang pun still family aku do something walaupun satay dan spaghetti sahaja. Terima kasih korang. Suami kena biasakan la aktiviti family aku, setiap birthday termasuk Hari Ibu dengan Hari Bapa biasanya kami mesti celebrate simple-simple. Janji duduk dan makan sama-sama.

Hadiah? No need.
Big celebrate? No need.
Romantic dinner? No need.

Dah cukup dah Suami, Ayah, Ibu, Leha, Miza. Enuf.

Hadiah boleh dibeli.
Big celebrate bila-bila pun boleh.
Apa yang orang tersayang kita cuba dapatkan walaupun harga rm3.50 lebih bermakna dari romantic dinner.

kan?

Walaupun hadiah cuma satu kiss, mesti la suka sampai bila-bila kan korang? ihikhikhik...

Dalam kenangan :

oh! birthday kami yang ke-27. tiada rahsia :p




Love,
Nursaila Norman!

Friday, April 12, 2013

Luahan Perasaan : OUR BIRTHDAY sobs!

Assalamualaikum.


Tajuk takleh blah kan, kan, kan.....

Okay sebenarnya sabtu dengan ahad ni birthday kami Suami Isteri.. Selepas bertahun-tahun berkawan, akhirnya ini lah tarikh yang ditunggu-tunggu.. First time jatuh hari Sabtu dan Ahad, gila tak suka? Sebelum-sebelum ni memang la celebrate 2 hari berturut-turut, tapi belum pernah lagi jatuh pada weekend. Lagi pun celebration sebelum-sebelum ni ala kadar jelah.. Makan dekat Kg. Bharu.. Tu kira jauh okeh, kang Ibu aku carik mati aku.. Takkan nak kissing-kissing, peluk-peluk, laga-laga pipi 'babyyyy, epy birthdayyyyy..taaaayang baby angat-angat' Gila?

Ni dah kawen u oll, dah kawen.. Haruslah menyimpan hajat nak celebrate sampai ke pagi walaupun hanya di McD membuang masa sambil makan fries. Uhukhukhuk.. Tapi apa kan daya, Suami ada konvoi ke Pahang pulakkkkk. Hangin je aku.. Siap ugut pun still pergi jugak memandangkan dia sudah bayar dan kononnya dia adalah orang penting dalam konvoi itu. Konon. Cis. Aku nak ikut tapi semua yang pergi hanyalah lelaki semata-mata dan duduk satu rumah dipanggil homestay. Bukan lah sebuah hotel. Damn di situ. Pastu aku ada hati pulak suruh Suami stay hotel, yang hado.. Felda katanya.. Berangan jelah aku nak ikut.

Mesti la kecewa yang amat kan.. Dah la dah kawen, birthday pulak jatuh pada weekend. Yo, yo je nak celebrate manja-manja kat tengah-tengah KL bajet macam anak muda berpeleseran.. Yang hadoooo T___T

Baru je i olls nak buat suprise, terus cancel. Suprise sudah ditarik balik. Padan muka. kehkehkehkeh.. 

Errr...... Nampaknya kena celebrate sendiri lah.. Suami call guna hotlink free call untuk birthday i olls taknak angkat. Perghh, siap bagitahu kat sini.. Bocor lah rahsia. Hadiah pun tak payah. Kek pun tak payah. Kiss pun tak payah. Semua tak payah. Edisi sentap. Huhuhuhu!!























Happy birthday untuk diri sendiri on Sunday. Untuk Suami on Saturday TAK PAYAH. Sentap lagi ni.  Huhuhuhu.. Sedap pulak pop cake.. 

Eh? Sudah tua?!! Damn T____T



Love,
Nursaila Norman!

Monday, April 8, 2013

Second Hand Furniture #2

Assalamualaikum.


Hello peeps!

Semangat berkobar-kobar nak share pasal second hand furniture, wehuuu! Akhirnya dapat jugak terjah satu-satu kedai shf untuk review dekat sikit. Punyalah lama aku ambil masa untuk review sobsobsob! Maaf sangat-sangat, masa sangat tidak mengizinkan, tapi alhamdulillah sabtu baru ni kami Suami Isteri pusing-pusing pastu menyinggah. hiks!

Lets start!

Kedai pertama yang kami singgah ialah kedai shf dekat Taman Melati, Gombak. Kalau aku tau sini best, awal-awal lagi aku dah singgah. Sebenarnya kedai ni kami cuma tengok sekali lalu je, sebab kami kerap guna jalan situ untuk pergi makan-makan. Huhu! 


nampak tak cermin berbingkai putih tu? rm250 sahaja!
saiz? gedabak gila, cantik buat hiasan dinding.
boleh masuk 3/4 orang kalau nak betul2kan rambut ke tudung ke..
ada 3 biji lagi!



rm160 sahaja!!
nak ini, tapi Suami cakap warna tak sama dengan theme rumah.
sobsobsob!




rm450.
kayu tough okeh, memang puas hati kalau beli :)



cermin ni lebih besar dari cermin tadi.
harga rm220 sahaja!
siapa-siapa yang suka cermin bersaiz besar dekat rumah, ini memang cantik.
bentuk memanjang ke bawah :)


 alamak! tak ingat harga.. Huhuhuhu!
suka jugak yang ini.
kayu jati, yup memang puas hati. laci pun smooth je.. takde sangkut-sangkut.



























yang ini pun sama, lupa harga :(
ada sedikit kerosakan, tapi harga memang murah, dah kata second hand :)



kalau siapa-siapa yang berbakat dalam seni pertukangan, boleh ubah meja ni jadi cantik macam ni okeh :



gila lah!!!






Alamat takde, yang ada cuma ini sahaja :
Membeli dan menjual perabot terpakai
Nizam : 016-9715473 / 016-3431276
* Depan Masjid Salahuddin Al Ayyubi Taman Melati.



Kedai kedua kami singgah dekat sini


Yang ini betul-betul bertentangan dengan Batu Caves. Siapa-siapa orang Selayang, Gombak, Kepong, tahu kot deretan kedai bertentangan dengan Batu Caves ni. Nanti cari yer!



yang ni je yang aku berkenan, harga pulak rm350.
aku tak cadangkan korang beli dekat sini, harga mahal tak macam perobot second hand.
Suami tengok lebih kurang je, pastu kat luar kedai Suami cakap 
'mesti kos bayar sewa kedai tu yang mahal'
kan?!


Kedai last kedai yang aku beli barang shf kami tu. Tapi lately abang tu selalu tak bukak kedai, maybe takde stok kot. Ke dah kaya.. Hahaha!


hujan kau, beriya singgah kedai shf, sampai hujan.. kehkeh!
see, tutup.. hampeh je kan abang tu.
maybe dia berusaha mendapatkan stok dari harvey norman.
T_____T


Secara kesimpulannya, aku suka dan cadangkan kedai dekat Taman Melati tu.. Banyak pulak tu.. Takkan aku nak selongkar semua pastu snap-snap tapi tak beli kannn.. Kang kena halau lak. Huhuhuhu! Kepada yang email, bertanya pasal kedai shf.. Harap ini dapat membantu anda.. Sila terjah kedai yang pertama tu eh.. Stok memang banyak.. Jangan tengok dari luar, masuk, belek, nilai kualiti kayu baru buat keputusan. Ikea pun kalau meja rm29.90 memang habuk kayu je dek non, aku siap beli 2 lagi.. Takleh kena air okeh. Kang jahanam. Huhuhuhu! Nak lap habuk pun payah. T____T

Rasanya dah beberapa entry aku review pasal perabot second hand ni.. Dengan itu aku dah buat label baru 'Perabot 2nd Hand' untuk memudahkan pembaca mencari info tak seberapa yang aku share dekat sini. Boleh tengok dekat situ entry-entry sebelum ni eh :) 



Love,
Nursaila Norman!

Veil : Bride 2 Be From Selangor

Assalamualaikum.


Selamat pagi!


Alhamdulillah berjaya jugak siapkan tempahan sorang lagi b2b. Kali ni lain sikit, huhuhu.. b2b tak suka dengan hasil veil yang dia tempah.. Aku kena bukak balik patching asal pastu patch lace baru (lace b2b beli sendiri) dan beaded! Fuhhh.. Agak mencabar jugak sebab dia tak suka dengan hasil lama, so aku kena buat better sedangkan aku pun amatur je.. Huhuhuhu! Untuk veil kali ni b2b nak fully cream color.






























Aku design lain sikit kali ni, aku buat lace dari hujung ke hujung. Sebab geram sangat dengan lace tu, sayang nak letak sikit-sikit (macam kebiasaan aku patch atas kepala sahaja). Nak bagi nampak heavy lace and beaded sikit hikhik! 




























Yang ini full version! Errrm, tak ful sangat pun kan.. Sebab tak nampak hujung veil kiri dan kanan. Huhuhuhu! Takpe, boleh refer picha kat atas yer :) Kualiti picha tak menarik sangat. sobsobsob! Taknak edit, takut warna asal berubah. Harap bride 2 be dari selangor ni suka lah ya.. Amin :)

psst : aku update dekat fb jugak :)




Love,
Nursaila Norman!

Friday, April 5, 2013

#1 : My New Header

Assalamualaikum.


Hahaha.

Ini lah header ke-3 sepanjang aku berblog. Sumpah tak up to date sungguh T___T. Ada header pun sejak kawen. Sebelum ni header gambar cincin merisik. Ada siapa-siapa ingat? Takde sape nak ingat header kau lah. Still tema kawen. 

Dari yang ini...



























Kepada yang ini...







Cover FB pun dah ada. Dulu takde, tak berkesempatan nak mengedit. Kemain lagi update gambar. Jangan ada yang muntah dah la. Eh, tapi bila jumpa sedara mara, jiran tetangga, diorang masih panggil kitorang pengantin baru. lalalalalalala. blushing! so masih boleh la mengupdate picha tawen tawen kan?kan? hikhik!


oh,oh sedihnya.. Profile picha dengan cover blog sama! Kalau dah suka tu, sanggup apa saja :p


Love,
Nursaila Norman!

Idea : TV Console

Assalamualaikum.


Salam jumaat! Bersemangat lebih hari ni sebab last day kerja kan? Yayyyy!

Pagi-pagi ni nak mencuci mata sendiri dan anda juga, boleh kan?

Eh?! Teringat pulak.. Ingat tak iklan Oreo budak perempuan dengan ayah dia tu? Ada skrip budak perempuan tu sebut 'boleh kan?'. Sweet! Suami suka tiru, dan sama! Hahaha.. boleh kan?

Okay, enuf. First of all, saya minta maaf kalau ada yang bertanya alamat kedai second hand furniture tu.. Maaf sangat-sangat, belum berkesempatan nak ke kedai-kedai itu ambil alamat. Maklumlah, bukan kedai gempak macam IKEA yang boleh di google. Kedai-kedai picisan je, insyaallah hujung minggu ni kalau berkesempatan, kami Suami Isteri akan ke kedai-kedai tersebut dapatkan alamat dan no. telefon sekali yer. Amin, insyaallah.

Keduanya, kalau ada yang berbakat, boleh upgrade kan sahaja barang-barang lama atau barang-barang terpakai supaya menjadi barang baru. Macam TV Console ni......









Cantik kan? Aku berkenan dengan style basket tu.. Dah usha harga, dan ada jugak basket yang sedia ada dekat rumah Ibu. Dari tak guna baik ambil untuk letak barang + hiasan. hikhik! Tapi tak la sebiji sama macam basket dalam gambar, apa-apa basket tak kisah. Dekat Romantika ada almari kecik, siap ada basket warna putih, cantik yang amat. Boleh singgah Romantika untuk tengok harga ya. Kalau pilihan lain, boleh beli basket sahaja di kedai-kedai bunga, harga tak mahal pun. Boleh letak barang-barang supaya kemas!

Bagi aku rak tv kepunyaan lizmarie ni memang terbaik, ada yang berbakat buat baru serupa macam rak tv ni? Atau ada yang bertuah, ada rak lama-lama serupa macam ni? 

Sharing with you!



Love,
Nursaila Norman!

Thursday, April 4, 2013

Surirumah untuk 3 Hari :)

Assalamualaikum.


Merasa lah jugak jadi surirumah sepenuh masa walaupun 3 hari je. Siapa surirumah sepenuh masa kat sini? Bestnya lah kamu.. Dapat berbakti kepada Suami dan rumah sepenuhnya. Uhuhuhu.. Rasa puas dapat buat yang terbaik untuk rumah, kan?

Kisah jadi surirumah untuk 3 hari ni terjadi bila Suami demam dari Ahad malam, ingatkan demam biasa-biasa je, nasib baik aku amek EL Isnin tu, dah pergi klinik panel pun dia masih demam panas yang teruk. At least bila aku ada takde la sorang-sorang je Suami kat rumah kan. Dah la orang lelaki ni kalau demam/sakit mengada dia lebih dari orang perempuan. Kan? kan? Huhuhu. Baru ku tahu. Huhuhuhuhuhu!

Cut it short, kerana Suami demam aku pun merasa la jadi surirumah 3 hari straight dari Isnin sampai Rabu. ihehehehe.. Seronok memang la seronok duduk rumah, jaga rumah.. Tapi hati tak seronok memikirkan kerja-kerja kat ofis. Apa jadi dengan ofis, apa jadi dengan kerja-kerja ofis, okay ke tidak.. Macam company sendiri lak kan nak risau-risau.. Hahaha.. Patutnya lantak jela kan? kehkehkeh.

Sambil jaga Suami yang demam, dapat la aku pay attention dekat tempahan aku 100%. Sementara Suami tidur, baru la boleh buat kerja-kerja sendiri. Alhamdulillah, bergerak jugak la tempahan aku. Hal-hal rumah pun aku dapat jugak lah ambil alih, kalau sebelum ni Suami yang bertugas sebagai pembasuh kain baju, tapi sebab dah dia demam, aku pun pakai name tag 'Surirumah', haruslah aku buat semua. 

Disebabkan dah terjadi surirumah ni, haruslah memanfaatkan masa sebaiknya.. Sampai kan aku rasa banyaknya kerja jadi surirumah ni. Hehehehe.. Padahal hidup berdua je, apahal aku rasa macam ramai je dalam rumah tu. Ke sebab dah lama sangat tak 'bersenam' mengemas rumah, tu yang rasa mengah gilerrr. Uhuhuhuhu. Dulu zaman muda remaja rilex je aku kemas rumah family aku siap ruang tamu ada dua lagi, kali ni ruang tamu satu pastu saiz pun sekangkang kera je apahal mengah tercungap-cungap wehh? Masa mengemas tu baru la teringat zaman-zaman bujang dulu, boleh gak main pass-pass kerja kat adik beradik.. Hahahaha! Agak-agak malas je, pass bab menyapu kat adik, atau mop lantai kat adik. Sekarang dah kawen kau nak pass kat sape? Uwaaaa..

Semalam rabu aku dah takleh blah duduk rumah, bila dah biasa bekerja ni agak lain jugak la rasa bila nak tukar name tag dari 'Nursaila' kepada 'Surirumah' kehkehkehkeh.. Semalam gak settle kemeja-kemeja kerja Suami aku iron. Fuhhh, tabah tak tabah jugak la aku menggosok. Fikirkan ini jelah masa yang aku ada untuk all out sebagai surirumah, aku gosok jugak. Bila dah siap, gantung baik je dalam almari, rasa puas! Rasa wahhhh, aku iron semua baju kerja Suami wehhh.. Rasa nak sms Suami time-time tu jugak. Tapi macam menggelabah la pulak kan. Lepas menggosok, aku mop lantai sampai 3 round okeh. Geram punya pasal. Mop sekali dua macam tak bersih je, so semalam apa lagi cuba 3 round lak, agak-agak bersinar tak lantai rumah aku. Lepas mop baru sapu, puas hati aku.

Cadar pun sempat tukar, sempat gosok sebelum pasang, sempat pilih nak cadar mana.. Kebetulan, ramai pulak yang hadiahkan cadar masa kawen haritu.. Seronok la bertukar cadar je kan. Suami balik suka je tengok cadar baru. Hehehehe.. Pastu sempat cakap rumah bersih macam masuk rumah baru. Cisss. Sila ambil perhatian yer, nampak sangat Suami macam tak komplen sebelum-sebelum ni, tapi bila dah kemas, dah bersih, dah cantik, tetiba dia puji maknanya kena amalkan selalu sikap rajin mengemas sebelum dia start komplen. Tetiba aku macam malu sendiri.. Huhuhuhu! Nasib baik dia tak sound masa aku malas-malas, kemas rumah pun cincai-cincai asalkan rumah kemas. Puji ada makna tuuu.. Hmmmm T_____T

Ada satu malam tu aku siap membasuh, sidai la depan tv, oh! satu perangai aku, kalau boleh semua benda aku nak buat depan tv T___T. Sambil-sambil sidai baju tu aku tengok apahal la Suami aku sengihhh je pandang-pandang aku, tak padan dengan demam. Bila aku tanya nape pandang-pandang, dia cakap suka tengok aku macam surirumah real. Suka tengok aku berkeliaran dalam rumah buat kerja rumah. Dia kata comel. Okay, okay anda boleh pengsan sekarang.

***

Okay, sila bangun sebab cerita belum habis lagi.

Dah la pakai baju kelakar, you know baju kelawar? Atau lebih sedap lagi baju kaftan, rambut pun ikat style mak-mak je, boleh dia cakap comel. Aku rasa dia macam perli atau ejek aku je. Uhuhuhuhu.

Takpe lah kalau dia suka. Pasni tukar, jangan pakai baju kelawar time buat kerja rumah.. Sila pakai boxer dan top sahaja. wink! wink!

Pendek kata, seronok jadi surirumah.. Kita buat yang terbaik untuk rumah, bila Suami balik semuanya dah siap. Baju kerja Suami pun takyah la nangis-nangis dulu sebelum iron. Kalau ada anak lagi seronok, tak payah hantar anak dekat orang lain. Sendiri jaga. Lebihhhhh puas hati. Tapi aku masih sayangkan dunia bekerja.. Dapat ringankan beban Suami, dapat shopping berlebih-lebih muahahahaha! Takde lah, bekerja pun sebab alang-alang ada peluang, ada kelayakan, at least kerja la sampai puas, sampai rabak mata ni.. Kurang-kurang dapat tolong Suami dari segi simpanan. Sebab duit Suami kan untuk dihabiskan. kehkehkeh!! Tapi kalau Suami bagi green light suruh jadi surirumah, alhamdulillah tak terkata sebab yang penting nak jaga anak depan mata. Huhuhu. Insyaallah.

Bagi yang sememangnya menjadi surirumah, tahniah.. Anggap lah itu rezeki paling baik untuk anda. Segala kesempurnaan Suami dan anak-anak memulakan hari baru bermula dengan anda. Bagi yang bekerja macam saya, teruskan menjadi surirumah part time. Kadang-kadang macam tak sempurna je keja part time kita tu kan, tapi takpe lah.. Kita dah cuba sehabis baik. Surirumah full time ke part time ke sama je.. Cuma peluang tu je yang berbeza.

Harini i pakai baju kurung, duduk depan pc, reply email, jawab call, menaip kerja tertunggak.
3 hari sebelum ni i pakai baju apa yang i suka, nak baring tergolek depan tv pun boleh, i hadap manik sampai rabak mata.. Mana best u ollssss?

hikhikhikhik!





Love,
Nursaila Norman!