CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday, October 7, 2013

Berwayang

Assalamualaikum.



Kalau ada movie best atau pun movie tu favorite Suami baru kitorang pergi berwayang, kalau tak, wayang bukan pilihan kami. Huhuhu. Kalau ikutkan masa bercinta dulu, ada la 3x kami berwayang, itu pun dengan kawan-kawan club Suami, kawan-kawan ofis Suami. Nampak tak? Kalau bukan sebab kawan-kawan Suami, memang tak merasa la kami berwayang. sobs! 

Sejak dah kawen baruuu kami berdua rajin berwayang. Takde la rasa takut rasa bersalah masuk tempat gelap gelap. Huhuhu.. Mulanya serba salah nak pergi ke tak nak pergi ke tak.. Sebab memikirkan tempahan dan benda-benda yang aku nak buat sewaan. Sampai la hari khamis malam tu.. Aku cakap dekat Suami takyah tengok wayang lah kot.. Aku kejar masa nak siapkan barang sewaan ni.. Pastu Suami cakap aku asyik fokus dengan tempahan je sejak-sejak kebelakangan ni, sampai kitorang dah lama tak lepak-lepak, jalan-jalan waktu malam.. Bila difikir-fikir balik memang betul pun.. Pukul 8.30pm je aku dah start buat tempahan, selalunya sampai pukul 12.30am. Baju kerja pun gosok esok pagi. Sampai satu tahap baru-baru ni aku cakap dekat Suami aku nak close tempahan. Huhuhu.

Kejap, bila dah taip ni baru aku perasan, aku bukan nak menunjuk-nunjuk yang aku ni kononnya dapat banyak sangat tempahan, konon bajet-bajet macam dah hebat sangat, TAK. Tak niat pun nak bagitahu semua orang yang kononnya aku ni gempak giler. TAK. Itu pun ada tempahan yang aku tak share dekat sini sebab itu edisi tolong tolong b2b. Cumanya aku tersedar, baru sedar sebenarnya.. Sejak dah kawen ni hidup kami berdua tak macam yang aku bayangkan dulu (masa belum kawen).. Totally different. Aku banyak habiskan masa dengan tempahan. Itu alhamdulillah, nak kata merungut memang macam merungut lah kannn.. Hehehe.. Tapi tak baik tolak rezeki. Ahh, konfius! Banyak habiskan masa dengan tempahan berbanding Suami?? 

Okay abaikan!

Akhirnya kami Suami Isteri berwayang jugak lah Jumaat baru ni. Balik kerja kami rehat-rehat dulu, aku sempat menjahit veil untuk dibuat sewaan (tengok!!), pukul 11malam baru gerak ke OU. Saje amek wayang yang lasttt sekali. Sebab taknak berebut parking satu hal, sempat la kami berehat-rehat dulu kan? Hehehe! Lagi pun dulu tak merasa nak berwayang, apatah lagi lewat malam punya wayang.. Sekarang dah halal lantak la nak berwayang pukul berapa pun. hikhikhik!

KL Gangster 2 memang terbaik. Lantak la walaupun ada yang free punya.. Tetap nak ke wayang, sebab masa KL Gangster dulu kitorang tengok dekat wayang, so yang KLG2 ni pun wajib la di wayang jugak. Bagi aku tak rugi tengok.. Berbaloi la rm13 sorang.



suami cakap dia Haron Ajis.
kalau Haron Ajis aku percaya la.
kalau Aaron Aziz aku tak peluk macam tu.
muahahahahaaaa!
first time bergambar peluk beriya2 macam ni!
*sukasuka*




hello!
ingat tak shawl orange tu?
ingat tak? ingat tak?
kata nak pakai 13hb kan? ye, tak sabar dah aku..


Berwayang salah satu cara kami Suami Isteri berdating selain melepak. Sementara belum ada anak ni.. Esok dah ready nak ada anak, angkut anak pulak. hiks! Dapat la sejam dua bersama Suami.. Kat rumah bersama jugak.. Tapi versi lain lah kannnn.. Ni versi luar rumah.. Lama sungguh tak berdating.

Nah, overnight dengan Suami melayan gangster gangster KL.. 






Love,
Nursaila Norman!


6 comments:

  1. sarah dah sarat ari tu pun suami sempat lagi ajak cinema.sekarang tgk movie lepak rumah aje la.hehe

    ReplyDelete
  2. sy ni pulak bukan kaki wayang. wayang la bnd plg last buat kalau kuar dgn suami. sian dia. kalau nak tengok pun sebab tringin popcorn. hahaha. sedapnya popcorn tu saila!

    ReplyDelete
  3. haha..btl tu,bila teringin nak pop corn mmg kuat la semangat nk tgk wayang :))

    ReplyDelete
  4. ktorg tgk kt WWM mlm ahad..

    mmg terbaik la KLG2 kan..good job shark!heehhehe

    ReplyDelete
  5. Dija last tgk cite dengan encik suami cite the smurf 2, ni tunggu ade baby, pas ade baby xdpt bayangkan la nak tengok wayang cam ne nanti hee

    ReplyDelete

mmuah! mmuah!