Assalamualaikum.
Pertama sekali saya minta maaf kalau menyinggung mana-mana hati, tapi saya perlu bersuara jugak memandangkan isu ini isu lama tetapi masih wujud. Huhuhuhuhuhuhu!
Awal petang tadi, aku terrrnampak satu FB ni, disebabkan aku ada masa untuk menggodek godek, aku pun saje lah cuci-cuci mata.. Cuci punya cuci, tiba-tiba muka aku jadi sejuk giler macam orang takut. Pearl hb majlis resepsi aku ada dalam FB tu! Huhuhuhu.. Lama aku tengok, berdebar-debar jantung aku.. Betul ke aku punya? Aku bukak blog, nak double confirm.. Sah! Aku punya. Huhuhuhu! Masa kan aku silap, kerusi dalam pic tu kerusi rumah Ibu. Wuwuuwuuuuu!
Siasat punya siasat, rupanya bukan sekeping pic Pearl hb aku dia amek, ada lagi sekeping dia copy jugak. Lepas tu terjumpa lagi veil yang aku jahit untuk customers. Sedihnya.. Mentang-mentang aku bukanlah super rajin nak buat watermark di setiap gambar. Kalau ada masa aku buat, kalau tak sempat aku upload je togel-togel. Kalau yang ada watermark memang aku letak hujung-hujung, konon taknak ganggu gambar. Ye, memang aku tak suka buat watermark dekat tengah-tengah gambar. Rasa semak. Tapi akhirnya jadi macam ni.. Aku tak lah kedekut, setakat copy gambar tanpa kebenaran ambil lah.. Pusing-pusing orang jumpa jugak.. Tapi tak malu ke ambil gambar orang lain pastu gain money from that?
Oh, aku terperasan, katanya gambar-gambar dalam FB tu dia memang ambil dari google dan blog.
Okay lah part yang itu, tapi rasanya berapa ramai yang akan baca statement tu? Ada dekat 'About' FB tu. Kebiasaannya aku tak baca pun, sebab bagi aku semua orang jujur berniaga. Huhuhuhu! Tapi bila dah jadi macam ni, macam-macam la aku godek. Tu yang terjumpa statement dia tu.
Tapi bagi aku, kalau dia nak copy dari google dan blog, dia wajib credit kan pic tu kepada owner. Macam yang kita selalu buat dekat blog.. Copy pic pastu credit kepada blogger berkenaan. Tapi ini tak, copy pic Pearl hb tu satu hal takpe lah, dia crop watermark aku, takpe lagi. Dia watermark dengan brand dia tu yang tak tahan tu! Tengah-tengah pic dia watermark. Sedihnyaaaaa lah :(
Bila dah jumpa hak milik aku dalam FB tu, aku pun pm beliau... Tapi sampai sekarang dia tak reply :(
Nampak tak mana satu Pearl hb aku? Huhuhu.. Dan pastinya korang akan nampak Fabric hb Intan Norazam kan? Haihhh.. Banyak lagi sebenarnya. Actually tak salah sebenarnya ( ye kot) nak amek pic aku, tapi jangan lah macam ni.. Huhuhuhu.. Ni dah lain dah ni.. Hmmmm..
See? Kalau nak tipu Pearl hb tu dia yang punya, tapi kerusi tu kerusi rumah Ibu. Macam mana tuuu? Huhuhuhuhu.. Nampak tak watermark tu? Maaf lah, saya tak berniat untuk memalukan sesiapa, nak menutup periuk nasi sesiapa. Maaf, maaf, maaf. Tapi saya berhak menegur memandangkan hasil kerja saya, susah payah saya try and error, orang taknak tempah nak jimat duit (mesti lah kan? duit susah nak dapat sekarang), saya buatkan tutorial. Alih-alih orang lain selamber badak-badak je copy, watermark pastu jana duit.
Niat aku supaya bride to be berhati-hati lepas ni. Jangan sampai ter'order' dekat orang yang tak pernah buat, tapi ambil order. Macam mana tu? No wonder lah dulu, ramai sangat customers marah-marah, cakap hasil tak sama macam dalam gambar. Rupanya ini lah dia :(
good luck yaww!
Love,
Nursaila Norman!
Eeeeee sakitnya hati kita baca. Macam ni pun boleh eh ? Nak cari duit punya pasal sekalipun takpayahla sampai macam ni.
ReplyDeleteAkak disable right click jela kalau macam ni. :)
aiyaaa... nak berniaga pun biarlah jujur.
ReplyDeleteanyway dia dah buanke belum gambar itu
Amboii sesuka hti dia je.. Psni nmpknye saila kna watermark setiap pic
ReplyDeleteDieorng ni dah lebihlah kan..bnci btul..amik kesempatan btul..
ReplyDeleteSabar je la Saila..Orang ni macam-macam ragam. InsyaAllah ada hikmah disebaliknya...
ReplyDeleteEeeiii..tak malu la org tu amik irg punya tp mengaku hasil kje dia
ReplyDeletexpatut mcm tu..saila buatla watermark..wlaupun gmbar terganggu tu lebih baik dr dicuri org mcm ni..
ReplyDeletesabar ya..tak ke mana perniagaan tanpa kejujuran begitu..di akhirnya nanti kebenaran jgk yg pasti menang! insyaaAllah..
ReplyDeleteteruknya perangai org tu..bila jadi macamni rasa takut pulak nak beli online..takut kes-kes ginilah..kalau dah byr, tp barang tak dpt, naya jek..semoga dapat pengajaran org tu nanti..
ReplyDeleteImah kan klu setakt tunjuk gambar tunjuk suka hb mcm ni ke apa ke..xpe. Ni dah buat jadi barang niaga plk. Tak patutla..patutnya wat sendiri benda tu, muat naik gambar baru betul hasil kreativiti sendiri. Org pun xlah rasa tertipu nak beli. huhu...mencuri hasil kerja org tu mmg xpatutkan. Apa2 mintakla izin dulu.huhu
ReplyDeleteeee..jahatnya org tu. busuk ati. meh sini nama dia, nak usha lak.
ReplyDeletetak suka org jahat cam ni.
(tertiba emo lak)
gila kejam.ramai dh org mcm ni yg buat keje mudah cm ni babe.kalau ko tiru xpe gak.ni amik buh watermark sendiri.gila x bleh blah kot.haih~ sbr eh.
ReplyDeletegambar saya pun die ada curi jugak.. dah kene sound.. dan2 taknak mengaku curi pic orang.. sian cousin saya ni..
ReplyDelete