CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday, October 11, 2013

Stop

Assalamualaikum.



Maaf lah kalau entry-entry aku sejak kebelakangan ni asyik complain pasal masalah orang lain je. Huhuhuhu! Macam aku ada masalah mental ye tak? Wuwuwuuuu!

Aku amek tindakan untuk delete entry pasal adik kita yang baru nak berjinak-jinak berniaga tapi guna gambar ehsan dari google tu. Kesian dia. Orang baru nak buat duit sampingan. Tak baik pulak aku bercerita dekat sini. Kepada yang bagi kata-kata semangat.. Taktau nak cakap apa, aku tak pernah ada kawan sebaik korang dalam alam maya ni. sobs! Tapi niat asal aku bukan nak malukan adik tu tau, aku sangat-sangat-sangat risau kalau orang lain (b2b) kena tipu. Aku pernah jadi b2b. Walaupun aku bukan lah kategori bridezilla tapi aku faham perasaan b2b nak cantik nak sempurna, tapi still under budget. Kalau kaya, ayah aku Dato' Seri takde aku herannya nak search kat google kat mudah kat fb cari barang-barang kawen. Hentam je kat wedding planner. Tau-tau catwalk je. Huhuhuhuhu.

Sebab tu lah aku asyik membayangkan macam mana perasaan b2b bila dapat hasil tak seperti yang diharapkan. Duit dah bayar, kalau jadi apa-apa pun duit burn. Benda kat tangan tak serupa macam dalam gambar. Apa korang rasa? Nak lempar ke dinding? Nak simpan bawah katil? Haihhh..

Macam apa yang aku buat takpe lah, bukan cantik mana. Bodoh bodoh je. Cuba macam Fabric hb yang Intan Norazam buat tu? Boleh ke sama sebijik sebijon macam Intan buat? Jawablah sendiri.

Perkara dah jadi kan.. Nak bising-bising pun karang pandai pulak cakap 'kenapa tak letak watermark?'. Paling sedap didengar bila tukang mengambil hak milik orang lain cakap 'ambil dari google, sape-sape boleh ambil, benda tak boleh control'. Nak tergelak pun malas. Tapi memang kelakar lah kan! Haihh, tak malu sungguh. Kawan-kawan advise supaya aku watermark besar-besar lepas ni.. Tengok lah, rasa nak stop ambil tempahan. Malas dah nak terhegeh-hegeh memikir mampu ke aku buat ni, suka ke customer nanti.. Nak stop rasanya. Malas dah. 

Ramai yang boleh buat, ramai yang nak berniaga.. Tempah lah kat diorang. Diorang yang copy dari google lepas tu gain duit buat makan kenyangkan perut. Aku bukan berniaga, aku buat suka-suka. Ada orang order aku ambil, kalau takde aku tak promote 'mari-mari order untuk majlis anda!' 'promo! cepat tempah!'. Maaf lah, bunyi macam kasar.. Tapi hakikat. Kita-kita yang betul-betul berniaga hasil tangan sendiri faham kan? Tak terhegeh-hegeh cari customer kan? Kita cool je kan? Huhu!

Lepas ni apa yang aku buat cuma untuk kegunaan sendiri je. Hal-hal kawen ni sila cari peniaga-peniaga yang berkenaan eh. Nak stop.

Macam Syamsul Yusof lak tetiba. Erk!

I repeat again, tolong lah kepada yang baru nak berjinak-jinak berniaga, kepada yang buat duit sampingan, kepada yang rasa dengan meniaga barang-barang kawen ni boleh buat jadi kaya raya, silakan.. Melayu jauh ketinggalan dalam dunia business ni. Melayu kena support Melayu. Kalau bukan kita-kita yang Melayu ni nak support, siapa lagi? Tapi tolonglah.. Kamu yang peniaga Melayu ni jangan lah buat tahi. Bila Melayu sendiri tak percaya dengan peniaga Melayu, janganlah tanya kenapa. 

Sedih lah. Susah sangat ke nak jujur? Susah sangat ke nak rajin? Usaha lah sikit kalau nak berniaga. Bukan ambil hak orang lain sambil goyang-goyang kaki ambil tempahan. Senangnya? Agak-agak peniaga macam ni boleh pergi jauh ke? Boleh kot.. Kita doakan jelah yang baik-baik untuk mereka ye.

Aku? Malas dah nak ambil tahu. Baik aku buang masa dengan Suami dari bersengkang mata buat tempahan last-last orang lain ambil dengan alasan google yang punya. Good job!


























Flew to customer already, harap customer suka, amin. Dalam kata nak stop ada jugak tempahan. Huhuhu! Tak sampai hati tolak rezeki. Tak sampai hati tolak permintaan orang. Huhuhuhu. 

Hah, sape nak copy picture ni? Pastu buat berniaga? Nah, ambil. Tu watermark tu crop je. Pastu cakap la ambil dari google. Tak dosa pun. Tapi ingatlah, ia jadi dosa bila kamu menipu customer.

*tabik*






Love,
Nursaila Norman!


10 comments:

  1. naseb sempat baca post tu..hehe..cuma xsempat nk komen..tapi siyes bc komen dak tu cm bongok je kan.. sabar ea sailaa

    ReplyDelete
  2. alaa...kalau stop niaga nanti tiada la hasil2 tangan saila yang kami blogger nak tgk.

    ReplyDelete
  3. Ala jgnlah stop....huhuhu....rindu nnti tau...

    ReplyDelete
  4. Ala jgnlah stop....huhuhu....rindu nnti tau...

    ReplyDelete
  5. Jyeahh ! Baik punya besar watermark tu. Takkan lepas ni nak cakap watermark kat tepi. Tak nampak. Tumbuk nanti ! Hahaha. Kakak , please kalau kita tempah jangan reject. Y____________Y

    ReplyDelete
  6. Betul..xsalahpun nak niaga benda yang sama sebab rezeki masing2 cuma sebolehnya gunala hasil kreativiti sendiri kan.

    ReplyDelete
  7. jgn la stop saila..sy suggest awk buat full time bisnes terus..mesti boleh pegi jauhh :)

    ReplyDelete
  8. janganlah stop..masih ada org yang nak kan hasil kerja tangan saila..biarkan mereka2 tu..Allah Maha Mengetahui..

    ReplyDelete
  9. macam2 peel ada kat donia ni...sabor je kans..;)

    ReplyDelete
  10. ayoo ayat pedas yg akhir skali tu! pedassssssssss berasap... sib bek la nox mak ni keras tangan hahahaha kalo x dh lame dh mak curi hasil ko (padahal satu opis kejadah nk curi hahahaha)

    ReplyDelete

mmuah! mmuah!