CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday, October 27, 2014

Pro-Long Jaundice : Dilema Ibu Berdarah O

Assalamualaikum



Entry ini mungkin terlalu panjang and I don't need a negative comment ya :)


Semasa aku pregnant 3rd trimester aku sempat TERRbaca dekat buku merah antara punca-punca baby akan menghidap jaundice. Salah satunya ialah ibu berdarah O. Aku just terdetik 'macam mana kalau aku berdarah O eh?'. Beberapa minggu kemudian, nurse KK bagitahu jenis darah aku. Dan aku ibu berdarah O. Masa tu aku konfiden yang anak aku nanti mesti jaundice. Tapi aku tak amalkan minum susu kambing sebab aku gastrik masa pregnant, aku tak boleh langsung ambil susu. Tapi aku cuba jugak minum sepaket.. Tak berjaya teruskan. Nanti rasa sakit mencucuk-cucuk.

Hari ke-2 baby lahir aku dah nampak macam kuning muncul. Orang tua-tua cakap 'bayang-bayang'. Aku tak pay attention sebab orang asyik datang rumah, baby pulak asyik tidur sampai tak menyusu, jadi aku kena usaha lebih paksa baby menyusu. Hari ke-3 aku dah tak senang hati bila tengok kaler kulit baby berubah jadi kuning dengan agak drastik. Tengahari tu jugak kitorang ke HKL semula.

Petang tu masuk wad sebab bacaan kuning 256 umol. Baby pulak masa on the way pergi hospital baru nak menyusu. Huhuhuhu. Masa tu happy sangat, tapi dah terlambat. Aku duduk wad Pediatrik 3 hari 3 malam. Sedih tak payah cakap la.. Masa duduk wad bersalin tak emo sangat.. Bila masuk wad Pediatrik ni emo sangat sangat sangat! Maybe sebab ada anak kot. Bila malam pukul 10 Suami dah balik je, baby menangis.. Dengan aku sekali menangis beriya-iya.

Baby kena duduk bawak lampu biru, bogel pakai pampers je, mata tutup pulak.. Malam pertama tu baby menangis sampai beberapa kali dia menangis macam kena cubit. Ya Allah, time tu aku rasa nak lari balik rumah je! Malas lah pulak nak cerita.. Sebab rasa nak nangis. Huhuhuhuhu!

3 hari tu aku berdua dengan baby (siang 10 pagi sampai 10 malam Suami teman) rasa lonely sangat, rasa sayuuuu sangat, rasa stress gila, sebab tertekan kena bagi baby susu supaya boleh balik.

Selepas sehari masuk wad, doc tak bagi balik lagi sebab baru satu malam stay wad.. Lagi pun bacaan turun 1 je. Jadi 255 umol. Sebab baby taknak duduk bawah lampu malam tu. Baby just menyusu je. Lagi satu doc junior lupa nak take note yang berat baby dah drop. Dari 3.34kg jadi 3.05kg! Doc suruh stay satu malam lagi sebab doc nak pantau kenaikan berat baby.

Hari kedua duduk wad baby dah okay sikit duduk bawah lampu.. Berat dah naik jadi 3.1kg (anggaran, dah lupa!). Bacaan kuning turun jadi 240. Hati ada sikit gembira. Tapi doc tak bagi balik lagi sebab report awal masa warded hari pertama, urine baby dah kaler kuning pekat. Kekurangan air. Yelah, sebab baby tak menyusu. Masa tu doc macam nak bagi balik dah. Even baby nampak ok, takde tanda-tanda kekurangan air, tapi still doc tak bagi balik. Sedih lagi!

Hari ketiga bacaan turun jadi 200 umol. Berat baby naik jadi 3.2kg. Urine OK! Then doc bagi balik. Happy takyah cakap.. Best duduk wad, tapi semua kena buat sendiri, hidup berdua je dengan anak.. Rasa sayu gila! Tapi kawan-kawan katil sebelah menyebelah, nurse, docs semua baik, bagi kata-kata semangat. Bayangkan lah, hari ke-4, pukul 7.30am dah kena tolak baby cot nak mandikan baby. Tak boleh mengelat.. Sepanjang tolak baby cot pergi tempat mandi baby, macam-macam aku fikir. Seumur hidup mana aku pernah mandikan baby umur 4 hari?! Sampai je kat tempat mandi, aku tawakal je. Aku jeling-jeling sikit orang sebelah, pastu belasah je mandi koboi. Hehehe. Tapi satu lah yang bagusnya, sepanjang berpantang aku mandikan baby sendiri. Ibu just tengok-tengok dan tolong mana perlu. HEHE.

Okay, sambung balik cerita pasal jaundice.

Hari ke-8, nurse KK datang rumah. Dia suruh refer KK sebab baby kuning. Memang lah kan, aku keluar wad pun bacaan 200, masih tinggi. Tengahari tu kitorang pergi KK. Bacaan turun jadi 157 umol / 9.2mg. Nurse KK nak bacaan 5/6mg.

Hari ke-9, bacaan naik pulak jadi 206 umol / 12.1mg. Of course bf. Tak payah suruh pun tetap akan bf kan? Taktau la kalau ada mak yang sengaja tak bf. Sengaja. Bukan kes-kes lain macam kurang susu ke apa ke. Takde kot mak yang sengaja taknak bf baby kan?

Hari ke-10 bacaan turun sikit jadi 181 umol / 10.6mg. Masa ni aku dah fed-up nak refer klinik. Datang bawak baby untuk dicucuk, lepas tu nurse bagitahu bacaan naik ke turun, lepas tu advice kita suruh bf, lepas tu balik.

Hari ke-12 bacaan naik balik. Jadi 191 umol / 11.2mg. Aku tak pelik pun bacaan turun naik, bacaan susah sangat nak turun. Sebab darah aku darah O. Tapi aku pelik bila nurse pelik kenapa dah banyak hari bacaan tak cantik. Dia tak baca ke kat kertas tu (M) Blood Group : O+ve. Paksa aku suruh bf. Tak payah paksa pun aku wajib bf. Kalau aku tak bf penuh kot breast sampai bengkak. Takkan nak buang susu tu kan. Daaaaaa?

Masa ni aku jumpa sorang kakak ni anak pun kuning. Dia bawak anak dia sekali dua je check darah, lepas tu dia tak datang dah. Sebab no point. Ubat dia susu badan jugak. Anak dia sembuh kuning sampai dia nak habis pantang dah. Dapat la sikit kekuatan.. Tak pelik la kalau lama sikit jaundice nya.

Hari ke-14 bacaan turun jadi 153 umol / 9mg. Ini pun sebab aku bagi baby air anggur hitam. Banyak lah berak berbanding biasa. Tapi aku tak sampai hati nak bagi baby minum air anggur hitam tu, dia kembung. Bila kembung, dia berak. Memang bacaan turun, tapi kesian baby. Nangis2 sebab kembung. Aku pun nangis jugak lahhhh. Sehari je bagi. Lepas bacaan turun aku tak bagi dah. Masa hari ke-14 ni lah nurse suruh aku refer doc. Bila masuk bilik jumpa doc, doc buat surat suruh refer Hospital. Amek darah.

Aku warded HKL 3 hari dengan bacaan nak cecah 300. Pantau dekat KK, bacaan turun naik sampai hari belas-belas. Tetiba kena refer Hospital semata amek darah padahal baruuuu je kejap ni amek darah? Aku keluar dari jumpa doc, dapatkan Suami bagitahu aku taknak bawak pergi Hospital dan taknak refer KK lagi. Ini yang last.

Naluri seorang ibu yang aku baruuuu dapat lepas baby lahir bagitahu yang anak aku jaundice, amek masa yang agak lama untuk baik, tapi dia akan baik sebelum aku habis pantang. Itu naluri aku bagitahu tanpa bersuara. Cara untuk baik dengan susu badan, pastikan dia berak kencing. Banyak dia menyusu, banyak dia berak kencing, mesti jaundice hilang.

Kami refer doc swasta pun doc swasta cakap macam tu. Bf - berak kencing - sembuh.

Esoknya aku minum susu kambing fresh pulak. Sebelum ni susu kambing dalam paket2 tu. Kali ni fresh dari kambing hidup. Aku berusaha, doa.. Last aku tawakal supaya anak aku tak kembung teruk effect aku minum susu kambing tu. Alhamdulillah, lagi banyak dia berak compare aku minum susu kambing paket, minum air anggur hitam.. Aku minum untuk 3 kali dalam seminggu. Belum masuk hari ke-20 berpantang baby dah sembuh kuning. Macam mana tahu dah sembuh? Anak sendiri kan.. Kulit dah tak kuning, mata dah putih, lelangit dah merah, tekan-tekan kat kulit badan dah tak kuning. Baby pun dah start aktif, takde lah tidur je. Baby aktif menyusu, baby berak, baby kencing.

Mesti ada yang baca apa aku tulis kat atas ni cakap aku kejam, amek risiko dekat anak sendiri, buat eksperimen dekat anak sendiri. Baby baru lahir tak boleh minum benda lain selain susu badan sahaja. Ya, aku pernah baca komen mak-mak super power, kutuk orang yang bagi anak air anggur hitam, susu kambing. Diorang cakap macam jadikan anak tu bahan eksperimen.

Maybe mak-mak super power tu bukan berdarah O. Maybe. Dia tak tau kot macam mana rasa bila anak kuning berbelas-belas hari. Tengok kulit anak kuning tak pink. Tengok mata anak kuning tak putih. Stress tau stress. Setakat anak kuning 5 hari boleh lah cakap jangan jadikan anak bahan eksperiman. Cuba kalau dah masuk 10 hari tak baik-baik. Kau sampai hati tengok anak yang tapak kaki dia sebesar dua jari kena cucuk hari-hari, amek darah dia yang ciput tu hari-hari?

Aku nekad stop bawak anak g KK amek darah sebab aku kesian dekat anak. Lepas nurse amek darah anak, dia tampal dengan plaster saiz besar kuat pulak tu. Bila nak bukak aku taktau arah bulu roma anak sebab bulu dia terlalu halusssss. Last-last dia menangis sebab aku tarik plaster ikut arah yang salah. Huhuhuhu.

Tapi aku bersyukur yang teramat sangat sebab baby aku tahan sakit. Nangis pun sikit je. Aku yang nangis lebih sikit. Huhuhuhu.

So suka hati lah kalau ada mak-mak super power tu nak kondem ke apa ke. Aku bukan gatal-gatal bagi anak minum air anggur hitam, kalau bukan sebab aku nak anak aku sembuh, takde maknanya. Dan kalau ada yang super hebat tentang anak nak kondem kenapa aku stop refer KK pun lantak. Ubat dia susu badan. Nurse pun berborak je sambil tulis bacaan jaundice anak aku. Daaaa! Pastu ada hati nak tanya 'bagi susu badan tak?'

'tak! tak kuasa saya nak bagi susu badan. membazir je bagi kat anak' boleh aku jawab cenggitu?

Baby aku sembuh tak sampai sebulan umur dia. Alhamdulillah. Aku tulis ni bukan lah nak suruh orang tiru apa aku buat. Jangan tiru tau. Aku buat semua ni sebab naluri. Korang ikutlah naluri korang. Bukan sengaja jadikan anak bahan eksperimen, bukan sengaja amek risiko ke atas anak yang baru lahir ke dunia ni. Tapi semua sebab keinginan seorang mak nak tengok anak dia sembuh, mak sanggup buat apa saja. Apa saja. Walaupun aku terkesan gila baca komen-komen mak-mak yang bajet hebat padahal bukan tuju kat aku pun.. Tapi terkena kot kat diri sendiri. Masa aku baca komen-komen tu baby aku dah sembuh pun. Sepatutnya aku abaikan aje. Tapi ntah apahal masa taip entry ni aku jadi emo pulaksss! MAAF. Aku seorang mak yang akan buat apa saja nak tengok anak dia sihat.

I am a happy mother!






Love,
Nursaila Norman!


Monday, October 20, 2014

Review : Brown Formulation Body Soap Tanamera

Assalamualaikum



Alhamdulillah, dah hari yang ke-39 berpantang hari ni. Masih sempat berblog sementara baby tidur. Taknak meng'anak tiri'kan blog, aku gigih curi-curi masa untuk update. Rajin kan aku? Haha. Kesian blog. Aku akui, nak berblog ni leceh sikit berbanding IG dan FB. Blog nak kena tulis lebih sikit (banyak), kalau IG dengan FB just upload picha lepas tu buat caption simple.. dah! Tapi aku tetap akan cari masa untuk update blog sebab aku sayang gila dengan blog aku. HAHAHA. Meh gelak ramai-ramai!

*sebenarnya aku suka bercerita T___T

Siap satu perenggan. Kan? Berbalik kepada tajuk, aku rajin nak review walaupun aku tau ramai yang dah review benda ni. Tapi aku nak review jugak tak kira! Aku beli sabun, minyak VCO dengan herba mandian dari produk Tanamera secara online. Boleh refer S I N I untuk cerita penuh. So aku tak perlu lah nak upload picha lagi eh? Hewhewhew.

Alhamdulillah, kesemua tu berguna untuk aku. Kita fokus kepada produk Tanamera k.. Minyak VCO aku buat urut kawasan perineum. Aku tak sapu kat perut, sebab takde stretch mark. Jadi banyak lagi lebih. Setakat buat urut berapa sangat lah guna kan.. Siapa-siapa yang sedang mengandung, start 34/35 weeks dah boleh lah buat urutan perineum. Tak semestinya guna produk Tanamera, asalkan minyak VCO boleh je. Urutan ni berbaloi untuk kurangkan jahitan kat kasawan 'situ'. Sebab aku dah buat. Aku just kena jahit dekat tempat yang doc gunting je. Gunting pun sebab baby agak besar untuk saiz aku. Luka jahitan pun cepat baik sebab luka sikit. Berbaloi kan? So jangan lupa buat urutan k! 

Herbal Bath bagi aku biasa jelah, mandi air suam pastu ada bau-bauan tradisional.

Brown Formulation Body Soap Tanamera paling best, sebab boleh hilangkan hitam-hitam yang entah dari mana datang masa pregnant, huh!! Macam aku, ketiak tiba-tiba ada garisan-garisan hitam entah bila masa muncul. Gila tak gelabah? Elok-elok bersih takde keladak tetiba ada garisan gelap. Motip? Orang kata symptom orang mengandung.. Mana yang elok putih, tetiba jadi gelap.. So redha jelahhhh.

Nasib baik ada sabun Tanamera. Bukan la cepat gila kesan dia, tapi berjaya lah mengurangkan hitam sedikit demi sedikit. Aku start pakai sejak mengandung, pastu sambung masa berpantang. Harga cuma rm15 tapi boleh pakai lama sebab aku potong sabun tu bagi kecik sikit, so takde la sabun kembang pastu membazir macam tu je kan. Gosok la dekat kawasan yang mudah gelap macam siku, lutut dengan buku lali. Tiga tempat tu penting bagi aku. Walaupun menutup aurat, tapi jangan sesekali abaikan kawasan situ k!

Macam aku, masa mengandung perut bersih licin, satu garis pun takde. Sampaikan tiap kali check up dekat swasta dan KK doc dengan nurse mesti puji. Pelik sangat ke apa tengok perut mengandung putih bersih. Tapiiiiii.. Lepas bersalin je, aku sendiri terkejut tengok perut aku. Jadi hitam macam berdaki. Dari putih licin tetiba jadi hitam berdaki. Nak menangis okeh! Seboleh-bolehnya aku taknak bagi Suami nampak, tengok. Huduh gila! Tapi aku slow-slow gosok dengan sabun Tanamera dekat area perut yang hazab tu. Alhamdulillah semakin bersih. Takde la stress tengok perut sendiri. Huhuhuhu! Baru konfident dengan perut sendiri.

Sambil-sambil tu mandi lah jugak dengan mandian susu J&J ke, mandi dengan scrub The Body Shop ke.. Tak kisah lah janji boleh kembalikan kulit badan yang dulu. Sapu losyen jangan lupa. Semuanya untuk Suami dan diri sendiri kan..

Itu je dulu kot, jumpa next entry!




Love,
Nursaila Norman!

Thursday, October 9, 2014

Take A Nap - Sejak Ada Baby

Assalamualaikum



Sambil baring sambil baca blog orang. Sepatutnya aku tidur bersama-sama baby yang tengah tidur. Hmmmpphh!

Sejak lahir baby kuat tidur due to jaundice. Bila jaundice dah beransur baik, lately dalam seminggu ni, dia mudah terjaga waktu siang - dengan bunyi bunyian yang agak kuat. Dia nak tidur tapi macam terganggu sikit plus dia kembung. Kena dodoi lebih sikit, dan posisi tidur kena ubah ikut kesukaan dia. Malam pulak dia okay je, bangun untuk menyusu lepas tu tidur balik. Cuma dalam dua tiga hari ni selamber dia berjaga sampai sejam setengah. HAHA. Tak kelakar masa tu, mengantuk yang amat kena layan dia mengantuk tapi belum nak tidur lagi.

Dengan itu masa untuk aku bersuka ria dah kurang. HAHA. Kena pantau dia lebih. Dodoi dia lebih. 

Tiap kali malam, dia bangun untuk menyusu, aku mesti plan nak tidur siang sekali dgn baby. Bila dah siang, aku mesti plan nk tidur sekejap pun jadi. Tapi bila baby tidur dgn nyenyak, aku sibuk scroll IG, FB, wassap, blog. Urghhh. That time tak mengantuk lak kannnn. Bila aku dah settle scroll segala benda yang lagha tu, aku pun nak tidur lah kejap.. Baru terlelap 40saat.. Baby bergerak manja atau bg sign dia nak susu atau lain2. HAHA.

Macam sekarang ni, aku patut tidur dari tadi sebab baby tidur tak gerak2. Sekarang ni menyesal tak tidur. Malam kang ngantuk padan muka. 

Sempat update blog sambil baring sebelah baby. Menaip sambil meniarap sebab tepuk2 baby. Now menaip sambil susukan baby. Tapi semuanya dah terlambat.. Huhuhuhu! Macam biasa plan aku, esok nak tidur sekali dgn baby. Harap berjaya. Huwaaaa!

Kalau ikutkan aku patut bersyukur, tidur malam aku masih OK, masih nyenyak untuk 2 jam straight. Tapi sayangnya aku jenis tidur nyenyak 5-6 jam straight tanpa mimpi, tanpa terjaga. Itu yang buat aku rasa aku kurang tidur dan mengantuk. Bersyukur lah wahai manusia. Huhu.

Kalau Suami baca entry ni, awak tahu lah kenapa saya tak reply msg awak. Sebab saya sibuk meng'update' blog. Hehehehe! Dont worry, saya update sebelah Lissa, so kalau dia bergerak saya cepat2 pokpok dia. Ngeeeee.

Bila baby bangun, aku mengantuk..
Bila baby tidur, gatal buat kerja lagha..

OK lah, baby macam nak start bangun.. Time mandi kan..





Love,
Nursaila Norman!

Wednesday, October 8, 2014

Tambah Baju Anak dari FOS

Assalamualaikum



Disebabkan cuaca mendung, lembab, jerebu.. Baju baby lambat kering, lepas tu pulak aku shopping barang baby masa awal dan pertengahan tahun, masa cuaca tengah panas.. Baju lengan pendek nak kata banyak tu tak la, tapi nampaknya kami memerlukan baju berlengan panjang buat masa ni. Huhuhu.

Kalau waktu siang aku lebih suka pakaikan baby dgn rompers. Kebetulan rompers yang berlengan panjang ada dua helai je. Lengan pendek ada la 4 helai. Kalau ada matahari pakai lengan pendek. Tapi nampaknya sepanjang aku berpantang ni, jarang2 ada matahari.

Jadi, nak tak nak.. Aku beli jugak rompers berlengan panjang sebagai tambahan. Tapi saiz 0-3mo jelah. Saiz besar2 dah banyak orang bagi hadiah.. Lambat lagi boleh pakai. Huhuhuhu!

Sindrom mak tak suka anak pakai gelebeh gelebeh (besar dari saiz badan), walaupun orang cakap membazir beli baju kecik2, baby cepat membesar, kejap je boleh pakai nanti.. Tapi takpe lah.. HUHU. Mata aku rimas tgk baby pakai besar2. Huhuhuhuhu.























Kalau taknak rasa membazir, jom shopping kat FOS! Dah la design cantik gila, material pun puas hati, boleh pilih design ikut suka tanpa paksaan (pakej). Macam dalam gambar, aku pilih ikut kesukaan aku. Bukan pakej dalam satu pek tau. Harga? Rm15 sehelai. Ambil 3 helai Rm34. Okay sangat! 

Yang superman tu makngah dia belanja. Kegilaan dia dengan t-shirt Superman sampai melibatkan anak buah. Wu, wuu, wuuu!

Dapat la tambah 3 helai lagi rompers berlengan panjang. Hewhew! Shopping kat FOS memang murah dan cantikkk.

Fuh,dapat update guna fon. Boleh update sambil baring, sambil menyusu anak. HAHA. Haritu dah bukak laptop, tutup blk. Anak nak susu. Sobs!

Ok lah, nanti aku update lagi bila baby tido!





Love,
Nursaila Norman!