Assalamualaikum
Alhamdulillah, dah hari yang ke-39 berpantang hari ni. Masih sempat berblog sementara baby tidur. Taknak meng'anak tiri'kan blog, aku gigih curi-curi masa untuk update. Rajin kan aku? Haha. Kesian blog. Aku akui, nak berblog ni leceh sikit berbanding IG dan FB. Blog nak kena tulis lebih sikit (banyak), kalau IG dengan FB just upload picha lepas tu buat caption simple.. dah! Tapi aku tetap akan cari masa untuk update blog sebab aku sayang gila dengan blog aku. HAHAHA. Meh gelak ramai-ramai!
*sebenarnya aku suka bercerita T___T
Siap satu perenggan. Kan? Berbalik kepada tajuk, aku rajin nak review walaupun aku tau ramai yang dah review benda ni. Tapi aku nak review jugak tak kira! Aku beli sabun, minyak VCO dengan herba mandian dari produk Tanamera secara online. Boleh refer S I N I untuk cerita penuh. So aku tak perlu lah nak upload picha lagi eh? Hewhewhew.
Alhamdulillah, kesemua tu berguna untuk aku. Kita fokus kepada produk Tanamera k.. Minyak VCO aku buat urut kawasan perineum. Aku tak sapu kat perut, sebab takde stretch mark. Jadi banyak lagi lebih. Setakat buat urut berapa sangat lah guna kan.. Siapa-siapa yang sedang mengandung, start 34/35 weeks dah boleh lah buat urutan perineum. Tak semestinya guna produk Tanamera, asalkan minyak VCO boleh je. Urutan ni berbaloi untuk kurangkan jahitan kat kasawan 'situ'. Sebab aku dah buat. Aku just kena jahit dekat tempat yang doc gunting je. Gunting pun sebab baby agak besar untuk saiz aku. Luka jahitan pun cepat baik sebab luka sikit. Berbaloi kan? So jangan lupa buat urutan k!
Herbal Bath bagi aku biasa jelah, mandi air suam pastu ada bau-bauan tradisional.
Brown Formulation Body Soap Tanamera paling best, sebab boleh hilangkan hitam-hitam yang entah dari mana datang masa pregnant, huh!! Macam aku, ketiak tiba-tiba ada garisan-garisan hitam entah bila masa muncul. Gila tak gelabah? Elok-elok bersih takde keladak tetiba ada garisan gelap. Motip? Orang kata symptom orang mengandung.. Mana yang elok putih, tetiba jadi gelap.. So redha jelahhhh.
Nasib baik ada sabun Tanamera. Bukan la cepat gila kesan dia, tapi berjaya lah mengurangkan hitam sedikit demi sedikit. Aku start pakai sejak mengandung, pastu sambung masa berpantang. Harga cuma rm15 tapi boleh pakai lama sebab aku potong sabun tu bagi kecik sikit, so takde la sabun kembang pastu membazir macam tu je kan. Gosok la dekat kawasan yang mudah gelap macam siku, lutut dengan buku lali. Tiga tempat tu penting bagi aku. Walaupun menutup aurat, tapi jangan sesekali abaikan kawasan situ k!
Macam aku, masa mengandung perut bersih licin, satu garis pun takde. Sampaikan tiap kali check up dekat swasta dan KK doc dengan nurse mesti puji. Pelik sangat ke apa tengok perut mengandung putih bersih. Tapiiiiii.. Lepas bersalin je, aku sendiri terkejut tengok perut aku. Jadi hitam macam berdaki. Dari putih licin tetiba jadi hitam berdaki. Nak menangis okeh! Seboleh-bolehnya aku taknak bagi Suami nampak, tengok. Huduh gila! Tapi aku slow-slow gosok dengan sabun Tanamera dekat area perut yang hazab tu. Alhamdulillah semakin bersih. Takde la stress tengok perut sendiri. Huhuhuhu! Baru konfident dengan perut sendiri.
Sambil-sambil tu mandi lah jugak dengan mandian susu J&J ke, mandi dengan scrub The Body Shop ke.. Tak kisah lah janji boleh kembalikan kulit badan yang dulu. Sapu losyen jangan lupa. Semuanya untuk Suami dan diri sendiri kan..
Itu je dulu kot, jumpa next entry!
Love,
Nursaila Norman!
brown soap tanamera mmg best kn...
ReplyDeletejemput join ga kite http://cikjelita899.blogspot.com/2014/10/1st-giveaway-by-cik-puan-jelita.html
sy pun beli tanmera ni tp loose je. best kn! sampai repeat order dua kali.
ReplyDeletelag2 mandian herbal tu. bosan sgt kt umh masa tu selain dr hadap bby shopping on9
je kejenya huhu
Sama mcm cik mah..xde skrecth kat perut..alhamdulillah..seronok mandi herba kan..seronok berpantang..mcm dimanjakan..hehe
ReplyDelete