Assalamualaikum
Entry ini mungkin terlalu panjang and I don't need a negative comment ya :)
Semasa aku pregnant 3rd trimester aku sempat TERRbaca dekat buku merah antara punca-punca baby akan menghidap jaundice. Salah satunya ialah ibu berdarah O. Aku just terdetik 'macam mana kalau aku berdarah O eh?'. Beberapa minggu kemudian, nurse KK bagitahu jenis darah aku. Dan aku ibu berdarah O. Masa tu aku konfiden yang anak aku nanti mesti jaundice. Tapi aku tak amalkan minum susu kambing sebab aku gastrik masa pregnant, aku tak boleh langsung ambil susu. Tapi aku cuba jugak minum sepaket.. Tak berjaya teruskan. Nanti rasa sakit mencucuk-cucuk.
Hari ke-2 baby lahir aku dah nampak macam kuning muncul. Orang tua-tua cakap 'bayang-bayang'. Aku tak pay attention sebab orang asyik datang rumah, baby pulak asyik tidur sampai tak menyusu, jadi aku kena usaha lebih paksa baby menyusu. Hari ke-3 aku dah tak senang hati bila tengok kaler kulit baby berubah jadi kuning dengan agak drastik. Tengahari tu jugak kitorang ke HKL semula.
Petang tu masuk wad sebab bacaan kuning 256 umol. Baby pulak masa on the way pergi hospital baru nak menyusu. Huhuhuhu. Masa tu happy sangat, tapi dah terlambat. Aku duduk wad Pediatrik 3 hari 3 malam. Sedih tak payah cakap la.. Masa duduk wad bersalin tak emo sangat.. Bila masuk wad Pediatrik ni emo sangat sangat sangat! Maybe sebab ada anak kot. Bila malam pukul 10 Suami dah balik je, baby menangis.. Dengan aku sekali menangis beriya-iya.
Baby kena duduk bawak lampu biru, bogel pakai pampers je, mata tutup pulak.. Malam pertama tu baby menangis sampai beberapa kali dia menangis macam kena cubit. Ya Allah, time tu aku rasa nak lari balik rumah je! Malas lah pulak nak cerita.. Sebab rasa nak nangis. Huhuhuhuhu!
3 hari tu aku berdua dengan baby (siang 10 pagi sampai 10 malam Suami teman) rasa lonely sangat, rasa sayuuuu sangat, rasa stress gila, sebab tertekan kena bagi baby susu supaya boleh balik.
Selepas sehari masuk wad, doc tak bagi balik lagi sebab baru satu malam stay wad.. Lagi pun bacaan turun 1 je. Jadi 255 umol. Sebab baby taknak duduk bawah lampu malam tu. Baby just menyusu je. Lagi satu doc junior lupa nak take note yang berat baby dah drop. Dari 3.34kg jadi 3.05kg! Doc suruh stay satu malam lagi sebab doc nak pantau kenaikan berat baby.
Hari kedua duduk wad baby dah okay sikit duduk bawah lampu.. Berat dah naik jadi 3.1kg (anggaran, dah lupa!). Bacaan kuning turun jadi 240. Hati ada sikit gembira. Tapi doc tak bagi balik lagi sebab report awal masa warded hari pertama, urine baby dah kaler kuning pekat. Kekurangan air. Yelah, sebab baby tak menyusu. Masa tu doc macam nak bagi balik dah. Even baby nampak ok, takde tanda-tanda kekurangan air, tapi still doc tak bagi balik. Sedih lagi!
Hari ketiga bacaan turun jadi 200 umol. Berat baby naik jadi 3.2kg. Urine OK! Then doc bagi balik. Happy takyah cakap.. Best duduk wad, tapi semua kena buat sendiri, hidup berdua je dengan anak.. Rasa sayu gila! Tapi kawan-kawan katil sebelah menyebelah, nurse, docs semua baik, bagi kata-kata semangat. Bayangkan lah, hari ke-4, pukul 7.30am dah kena tolak baby cot nak mandikan baby. Tak boleh mengelat.. Sepanjang tolak baby cot pergi tempat mandi baby, macam-macam aku fikir. Seumur hidup mana aku pernah mandikan baby umur 4 hari?! Sampai je kat tempat mandi, aku tawakal je. Aku jeling-jeling sikit orang sebelah, pastu belasah je mandi koboi. Hehehe. Tapi satu lah yang bagusnya, sepanjang berpantang aku mandikan baby sendiri. Ibu just tengok-tengok dan tolong mana perlu. HEHE.
Okay, sambung balik cerita pasal jaundice.
Hari ke-8, nurse KK datang rumah. Dia suruh refer KK sebab baby kuning. Memang lah kan, aku keluar wad pun bacaan 200, masih tinggi. Tengahari tu kitorang pergi KK. Bacaan turun jadi 157 umol / 9.2mg. Nurse KK nak bacaan 5/6mg.
Hari ke-9, bacaan naik pulak jadi 206 umol / 12.1mg. Of course bf. Tak payah suruh pun tetap akan bf kan? Taktau la kalau ada mak yang sengaja tak bf. Sengaja. Bukan kes-kes lain macam kurang susu ke apa ke. Takde kot mak yang sengaja taknak bf baby kan?
Hari ke-10 bacaan turun sikit jadi 181 umol / 10.6mg. Masa ni aku dah fed-up nak refer klinik. Datang bawak baby untuk dicucuk, lepas tu nurse bagitahu bacaan naik ke turun, lepas tu advice kita suruh bf, lepas tu balik.
Hari ke-12 bacaan naik balik. Jadi 191 umol / 11.2mg. Aku tak pelik pun bacaan turun naik, bacaan susah sangat nak turun. Sebab darah aku darah O. Tapi aku pelik bila nurse pelik kenapa dah banyak hari bacaan tak cantik. Dia tak baca ke kat kertas tu (M) Blood Group : O+ve. Paksa aku suruh bf. Tak payah paksa pun aku wajib bf. Kalau aku tak bf penuh kot breast sampai bengkak. Takkan nak buang susu tu kan. Daaaaaa?
Masa ni aku jumpa sorang kakak ni anak pun kuning. Dia bawak anak dia sekali dua je check darah, lepas tu dia tak datang dah. Sebab no point. Ubat dia susu badan jugak. Anak dia sembuh kuning sampai dia nak habis pantang dah. Dapat la sikit kekuatan.. Tak pelik la kalau lama sikit jaundice nya.
Hari ke-14 bacaan turun jadi 153 umol / 9mg. Ini pun sebab aku bagi baby air anggur hitam. Banyak lah berak berbanding biasa. Tapi aku tak sampai hati nak bagi baby minum air anggur hitam tu, dia kembung. Bila kembung, dia berak. Memang bacaan turun, tapi kesian baby. Nangis2 sebab kembung. Aku pun nangis jugak lahhhh. Sehari je bagi. Lepas bacaan turun aku tak bagi dah. Masa hari ke-14 ni lah nurse suruh aku refer doc. Bila masuk bilik jumpa doc, doc buat surat suruh refer Hospital. Amek darah.
Aku warded HKL 3 hari dengan bacaan nak cecah 300. Pantau dekat KK, bacaan turun naik sampai hari belas-belas. Tetiba kena refer Hospital semata amek darah padahal baruuuu je kejap ni amek darah? Aku keluar dari jumpa doc, dapatkan Suami bagitahu aku taknak bawak pergi Hospital dan taknak refer KK lagi. Ini yang last.
Naluri seorang ibu yang aku baruuuu dapat lepas baby lahir bagitahu yang anak aku jaundice, amek masa yang agak lama untuk baik, tapi dia akan baik sebelum aku habis pantang. Itu naluri aku bagitahu tanpa bersuara. Cara untuk baik dengan susu badan, pastikan dia berak kencing. Banyak dia menyusu, banyak dia berak kencing, mesti jaundice hilang.
Kami refer doc swasta pun doc swasta cakap macam tu. Bf - berak kencing - sembuh.
Esoknya aku minum susu kambing fresh pulak. Sebelum ni susu kambing dalam paket2 tu. Kali ni fresh dari kambing hidup. Aku berusaha, doa.. Last aku tawakal supaya anak aku tak kembung teruk effect aku minum susu kambing tu. Alhamdulillah, lagi banyak dia berak compare aku minum susu kambing paket, minum air anggur hitam.. Aku minum untuk 3 kali dalam seminggu. Belum masuk hari ke-20 berpantang baby dah sembuh kuning. Macam mana tahu dah sembuh? Anak sendiri kan.. Kulit dah tak kuning, mata dah putih, lelangit dah merah, tekan-tekan kat kulit badan dah tak kuning. Baby pun dah start aktif, takde lah tidur je. Baby aktif menyusu, baby berak, baby kencing.
Mesti ada yang baca apa aku tulis kat atas ni cakap aku kejam, amek risiko dekat anak sendiri, buat eksperimen dekat anak sendiri. Baby baru lahir tak boleh minum benda lain selain susu badan sahaja. Ya, aku pernah baca komen mak-mak super power, kutuk orang yang bagi anak air anggur hitam, susu kambing. Diorang cakap macam jadikan anak tu bahan eksperimen.
Maybe mak-mak super power tu bukan berdarah O. Maybe. Dia tak tau kot macam mana rasa bila anak kuning berbelas-belas hari. Tengok kulit anak kuning tak pink. Tengok mata anak kuning tak putih. Stress tau stress. Setakat anak kuning 5 hari boleh lah cakap jangan jadikan anak bahan eksperiman. Cuba kalau dah masuk 10 hari tak baik-baik. Kau sampai hati tengok anak yang tapak kaki dia sebesar dua jari kena cucuk hari-hari, amek darah dia yang ciput tu hari-hari?
Aku nekad stop bawak anak g KK amek darah sebab aku kesian dekat anak. Lepas nurse amek darah anak, dia tampal dengan plaster saiz besar kuat pulak tu. Bila nak bukak aku taktau arah bulu roma anak sebab bulu dia terlalu halusssss. Last-last dia menangis sebab aku tarik plaster ikut arah yang salah. Huhuhuhu.
Tapi aku bersyukur yang teramat sangat sebab baby aku tahan sakit. Nangis pun sikit je. Aku yang nangis lebih sikit. Huhuhuhu.
So suka hati lah kalau ada mak-mak super power tu nak kondem ke apa ke. Aku bukan gatal-gatal bagi anak minum air anggur hitam, kalau bukan sebab aku nak anak aku sembuh, takde maknanya. Dan kalau ada yang super hebat tentang anak nak kondem kenapa aku stop refer KK pun lantak. Ubat dia susu badan. Nurse pun berborak je sambil tulis bacaan jaundice anak aku. Daaaa! Pastu ada hati nak tanya 'bagi susu badan tak?'
'tak! tak kuasa saya nak bagi susu badan. membazir je bagi kat anak' boleh aku jawab cenggitu?
Baby aku sembuh tak sampai sebulan umur dia. Alhamdulillah. Aku tulis ni bukan lah nak suruh orang tiru apa aku buat. Jangan tiru tau. Aku buat semua ni sebab naluri. Korang ikutlah naluri korang. Bukan sengaja jadikan anak bahan eksperimen, bukan sengaja amek risiko ke atas anak yang baru lahir ke dunia ni. Tapi semua sebab keinginan seorang mak nak tengok anak dia sembuh, mak sanggup buat apa saja. Apa saja. Walaupun aku terkesan gila baca komen-komen mak-mak yang bajet hebat padahal bukan tuju kat aku pun.. Tapi terkena kot kat diri sendiri. Masa aku baca komen-komen tu baby aku dah sembuh pun. Sepatutnya aku abaikan aje. Tapi ntah apahal masa taip entry ni aku jadi emo pulaksss! MAAF. Aku seorang mak yang akan buat apa saja nak tengok anak dia sihat.
I am a happy mother!
Love,
Nursaila Norman!

Alhandulillah. sihat walafiat keduanya. nina pun darah 0 jugak dear. yes. whatever we do. berserah pada Allah. naluri ibu itu kuat
ReplyDeletehamboi.. lepas geram btul.. ihihih... dear i cakap bukan nak kondem tau. anak kita, kita tahu la mana yang terbaik kan... just nak share pengalaman je.
ReplyDeleteAnak i, 2-2 ada jaundis. yang 1st warded sebab tinggi sangat. lebih 3 hari. masuk2 pun dia dah kena treatment 3 lampu terus. memang tahap kritikal hampir tukar darah... anak 1st masa tu, apa kita rasa??? rasa nak meraung dan meroyan tau.
Anak ke2, i dah kuat. i tak ikut semua petua nonsen tu. for me BF the right way. Macam u kata, semua orang suruh BF anak.u dah BF tp, still kuning. Maybe anak u minum sikit. Sbb bby jaundis ni, dia tak aktif, kerap tidur. so u memang kena set alarm every 1 hour BF dia. klu dia tidur, jangan kecian kejut macam mana sekali pun. dan make sure every time bf 10-15 min. Lepas bf, klu dia kenyang dia akan poopoo.. lama2 jaundis kurang.
u boleh baca pengalaman i share kat blog... =D
Jemput singgah sini #imladyadie
anak 1st i, kena follow up check up sampai setahun tau. asyik amik darah je. tp i redho je la. tkut gak klu dia ada sakit kita tak perasan. sbb jaundis ni, tanda awal klu anak kita ada sakit. sbb tu doc kerap amik darah untuk check. Bersabar la ye.
i pun darah O+ memang dah tahu, pasni klu bersalin jaundis lagi la anak tu.
naurah pun kena warded sehari sbb kuning! sian kn? :(
ReplyDeletemaknya yg lebih nangis! huhu..
Aqil pon kena jaundis bkn sbb mak drh O tp mak dia ni kena cucuk insulin tiap hr.
ReplyDeletems warded tu bacaan dh 308 klau x slh tp Aqil jenis thn lasak kena cucuk x nangis.dkt 2 minggu gak lps kuar spital dok ulang alik kinik check drh.
ms kt wad susu drop trus mybe sbb stress kena jg sndiri + thn sakit czer yg br sminggu tp doc misi suruh BF ank.lg btmbh stress tgk ank asik menangis lapar susu.last2 bg susu tepung n Alhamdulillah jaundis Aqil turun dgn cpt.esoknya dh jd 260 pstu esoknya turun jd 250 cmtu tp bl blk try BF blk lps amal petua itu ini jaundis turun ckit2 ja
dugaan. at least ada pengalamn dah untuk kelahiran yg akan dtg kan in shaa allah, KA doakn yg terbaik for u & baby ok
ReplyDeleteAmmar pun jaundice lama. Sampai hari ke 20++. Ubat dia breastfeed. Walaupun nurse suruh datang hari-hari tapi fiqa bawak dia 3 hari sekali untuk pantau jaundice level. Kalau tak bawak lansung nanti tak tahu improve ke tak..
ReplyDeleteHehe.garang btul entri kali ni saila.xpe dear.mula2 jd ibu ni..mmg kite terkesan ngn bnda2 ni.tp nnti makin lama..saila akan rilex je.org ckap pe pun..kite da x terkesan sbb ank kite..kite je tahu ragam susah senang die.ms ank first kite, iman, mmg risau sgt apa org pk apa org nk judge kite.tp mkin lama, mmg da xkesah pn.sbb kite mak die kn.kite lebih tahu ank kite.
ReplyDeleteBtw kite pn darah O.hehe.so mmg fhm sgt la cmne rs ank jaundice lbih 10 hr.mmg letih giler ulang alik.
Sy pon darah o. Anak kuning dari hari ke3 smpai hari ke 14. Memule tak bawak pegi KK sbb tak sampai hati tgk anak kene cucuk. Dh la kecik kaki tu. Kene cocok lagi. Last2 bagi anggur hijau. N mandikan ngan ubatcina. Alhamdulillah skrg dh sihat.
ReplyDeletedilemma ibu berdarah O+ve.. liyana dulu sebulan lebih baru ilang kuningnya.. kerap gak bawa g KK.. baby jaundies ni biasanya tak kan menangis bila kena ambil darah.. ni nurse yg kata.. bila baby nangis masa ambil darah maksudnya dia ada respon.. so chance utk sembuh tu tinggi.. masa jaundies tu mmg 2-3jam baru bby bgn nk susu.. tp my mom suruh paksa bby susu 1/2 - 1jam sekali.. kdg bby minum kdg slumber je dia tdo.. hahaha.. mencabar sebenarnya jadi ibu ni.. tp enjoy the moment.. sebab setiap anak tu momentnya berbeza.. so lps ni mmg rad dah sedia maklumlah utk second baby nnt.. hihi
ReplyDeleteBiar je, anak kita, kita yg jga.. Bukn dorang.. Huhu
ReplyDeletefokus sy mbaca smpai abes dsebabkan sy berdarah o jugak.. cume blom kawin n blom ade anak.. thx for share..
ReplyDeletealhamdulillah baby dah sihat..dugaan betul untuk akak..saya dulu tengok anak buah kena ambik darah hari-hari pun tak sanggup..apatah lagi anak sendiri...
ReplyDeleteassalamualaikum mama... pengalaman kamu ne lebi kurang sama dgn saya ...
ReplyDeletesaya memang darah O cuma saya ni risiko baby kuning tinggi sebb saya beranak baby pramatang.. saya beranak time my bby baru 35w sebb pecah ketuban awal hihi so tu yg risiko bby kuning ... kenangan sgt bila kita baru bersalin kena ulang alik lg p hsptl .huhhu saya sampai 3x keluar masuk hospital... sama juga saya try bg anggur itam n bg minum susu kambing ... alhamdulilah pastu kuning turun ssetiap hari... biarla org lain bckp mama kita anggap jak dorang belum rasa pa yg pena kita rasa kan .. yg penting niat kita tuk baby .
Assalamualaikum, samalah pengalamannya dengan saya. Menangis toksah cakapla.lg2 anak pertama. Akhirnya selepas dah try semua petua2 termasuk jemur matahari, mandikan dengan daun kucai, serbuk mutiara, anggur hitam, sengkuang cina dan banyak lagi. Saya bagi je minum susu tepung macam masa baby tinggal kat wad, mudah turun. Saya kerap bf, tapi makin tinggi. Rupanya jenis darah berbeza salah satu punca prolonged jaundice anak saya, saya otve, baby Atve. Bagi minum susu tepung, nah turun terus daripada asyik 130-150 kepada 9. Terus kuning xd lg.alhamdulillah. Jadi saya faham paniknya masa anak pertama. Semoga yang seterusnya ini dipermudahkan segalanya berbekalkan pengalaman dulu. Amin.
ReplyDeleteDan nak tambah..ye, saya juga tak nafikan bf adalah yang paling terbaik, dan salah saya jgk bg susu tepung waktu tu, tapi spt pengalaman admin, saya sanggup lakukan apa saja demi lihat anak saya sihat spt biasa. Sebab ckit lg nak tukar darah. Sedih tgk baby cucuk hari2.
ReplyDeleteAssalamualaikum..sy mngalamu msalah yg sma mcm puan..sy dh hr 17..bcaan 6.5..sy tipu nurse kk ni hri 14..sbb tkut die refer doc.sy xsggup bg ank sy kne cucuk hri2..sy hrap sgt hri ke 20 dh trun kning..sy bdarah o+.day 3&4 kne admit ward..2mlm..trun on 11.8 je..lpas 2 hri cek g drah..naik 12..pastu cek dkt kk..10,7.7, smpai skrg 6.5 hrap sgt trun lg nnti..xsggup tgok kne cucuk dkt urat..blh meroyan mngis tgok bby cmtu...hri 17 ni sy nekad nk lari dr doc..igt sy srg je yg mcm tu...hihi..in shaa Allah..sy tawakal n yakin dgn Allah..sy akn usaha sndri.harap sgt hri 20 bebas jaundice..

ReplyDeleteSy darah A+ve..ank saya o+ve..ni anak ke 4 sy..ms keluar hosp kuning x tggi..dlm 54 je bacaan.blk kg berpantang. Rase mls nk refer kk. Mls nk ulang alik kk.Mmg lama ank kuning.sendiri pantau belajar pengalaman ank2 yg lain.sbb ank2 yg lain oun kuning.hampir habis pantang baru baby ok..just tinggal kt mata sikit lg..yg penting kerap susu..baby kencing berak..n aktif
ReplyDeleteSalam sis. Sy bru bc blog sis. Anak sh pn jaundis da dkt 2 bulan. Mcm tak surut lagi. Sy drah 0 anak pn deah P
ReplyDeleteSy pon darah o..seriously sis.. sy hr ke 4 kena warded sy dah nekad da.. sy nk kuar dr hospital.. n sy ikhtiar kt rumah.. seriously x snggupðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeleteAnk sya pon tgh kuning skrg dh lbh 14hri masih kuning jgk.drh sya B.tp ank sya aktif,kencg berak smua ok.najis pon wrna kuning xde pucat.nurse srh sya ambk drh di kk sya tk pegi pon..first tu hr pegi..sb tk sanggup tgok ank kena ccuk ambk drh di kaki.sya ikhtiar kn sendiri dn berdoa je mntk di pulihkn.sya mnum susu kmbg dgn kurma stiap hr..mudah mudahan kuning hilg..
ReplyDeleteSalam mummy semua, sy juga ibu yg berdarah 0+. ini kelahiran anak yg ke 3 setelah 10 tahun menanti. abag dan kakak dia pn ada kuning tp tk seteruk si kecil ni. pg kk hr ke 6 suruh refer hosp sb bacaan 196..spi hosp doc suruh admit sb kelahiran 37minggu 4 hari..skg ni rawatan lampu tp doc ckp sekiranya masih tiada perubahan akan buat pertukaran darah..dalam keadaan PKP musim covid 19 penuh dengan dugaan kerana ibu tk boleh teman anak di wad. hanya dpt melihat dr jauh. sy pulak baru hr ke 5 susu badan baru ada. tambahan pula puting susu tiada bertambahkan lagi stress kerana tk dpt bf anak. sy juga bertekad sekiranya spi nk tkr darah sy nk minta discharge dan jaga sendiri anak berbekalkan susu ibu dan petua2 dr ibu-ibu sekalian..doakan mudah2an sy kuat utk menempuh dugaab hebat di kala negara berdepan dgn musim ini.
ReplyDelete