CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday, March 9, 2015

homeSWEEThome : 'Rumah Kita' dah tak macam dulu

Assalamualaikum



Just a quick flash back : 'Rumah Kita' ni ialah rumah sewa semata-mata. Mana yang dah follow lama, dia tau lah how much i put my effort untuk rumah sewa ni. Kitorang hias slow-slow rumah tu. Bermula dengan mengecat dan pasang tikar getah sebab rumah sewa takde mozek. Masa tu dari April 2012, sampai lah aku bersalin September 2014. Walaupun rumah sewa, rumah orang, tapi kitorang anggap macam rumah sendiri. Dinding merah menyala, kitorang tukar jadi putih cream.

Tapi semuanya berakhir bila rumah tu kena masuk pencuri masa aku berpantang kat rumah Ibu. Pencuri masuk 2x! Pertama kali masa aku baru berpantang hari ke-3. Kali kedua dua minggu selepas itu. Kali pertama duit hilang. Kali kedua dia amek TV.

Dia masuk kali kedua sebab Suami cakap 'nasib baik duit kat *&****&^*@## dia tak amek'. Sebab kali kedua tu nampak kesan yang sangat ketara tempat yang Suami cakap tu terbukak. Tapi duit dah selamat simpan kat rumah Ibu. Dia masuk kali kedua sebab nak amek duit kat tempat yang Suami cakap? Dekat siapa Suami cakap biarlah rahsia. Hehehe. Kami perhatiiiiiiii je pencuri tu sampai ke hari ni. Kali pertama tu lesap duit seribu lebih. Kali kedua dia nak amek pulak duit yang lebih banyak kat *&****&^*@## tapi duit dah takde kat situ. Jadi dia amek lah TV. Jangan ditanya kenapa simpan duit banyak-banyak dalam rumah, hanya kami suami isteri je tahu kenapa. sobs!

TV dalam bilik. Sebab masa aku pregnant aku nak baring atas katil sahaja. Taknak baring syok-syok depan TV waima beralaskan toto. Jadi Suami masukkan TV dalam bilik lepas tu kitorang fefeeling macam dalam bilik hotel setiap hari sampai lah aku bersalin. Hehehe. Syok gila bila diingat-ingat balik. Makan, minum semua dalam bilik. Mengada betol! Tapi sekarang TV dah takde.


kesian, dinding kosong je. yang ada pun pas kerja Suami. haha!

Pasal duit tu takpe lah, tapi TV tu.. Satu hal nak kena beli baru. Grrrr! Tapi, benda paling hazab kalau dikenang-kenang, difikir-fikir.. Rumah tu dah takde rupa rumah. Kena masuk pencuri 2x. Rumah bersepah tak payah cakap lah. Tempat yang dia dah selongkar dia tak usik. Dia selongkar tempat yang dia tak usik masa first time dia masuk tu pulak. Berganda-ganda bersepah. Polis datang pun 2x jugak. Bila polis nak cari cap jari polis akan tabur satu serbuk kaler hitam. Rupanya serbuk tu bukan boleh lap sapu macma tu je. Habis barang-barang yang kaler putih kat rumah tu jadi kotor.


Tu drawer baby yang aku beli. Ada kat entry SINI. Masa tu aku pregnant 5 bulan. Beriya aku tolak troli dengan Suami, dalam tu ada drawer Melissa ni lah. Berat ya ampun! Balik malam tu jugak Suami pasang, aku tengok sambil tidur. Bangun pagi tengok ada drawer baby! Olo tomel tomelll. Sekarang tak comel dah! Habis hitam-hitam kena kesan habuk polis. Huhuhuhuhu! Nak bersihkan kena guna air sabun, sental slow-slow berulang kali. Pitam. Paling sedih, sampai ke harini, Melissa tak rasmi lagi drawer tu. Sedihhhhhhh. Sempat jadikan tempah simpan baju Melissa masa dia dalam perut. Lepas basuh, lipat comel-comel simpan dalam tu. Dressing table kosong macam baru beli kan? Haha. Suami tercinta kemas habis licin. Semua tu nak kena sental. Tengok, stool pun dalam bilik. Dah huru hara dah rumah tu.

Dia mencuri masa aku berpantang kat rumah Ibu, hari ketiga berpantang aku masuk wad paed sebab Melissa demam kuning. Suami uruskan semua. Dia uruskan rumah dari pagi, aku pergi HKL tanpa Suami. Malam baru Suami datang tengok kitorang. Time tu kitorang taktau nak cakap apa. Sebelah otak fikir pasal rumah, sebelah lagi fikir pasal Melissa. 

Suami tunjuk gambar rumah yang bersepah, tapi itu pun lepas Suami kemas mana yang boleh sebab dia taknak aku terkejut tengok keadaan rumah. Aku plan lepas habis pantang aku nak kemas balik rumah tu slow-slow. Tapi tak sampai sebulan, kena pecah masuk lagi sekali. Masa tu Suami marah takyah cakap lah macam mana. Dia masuk semua barang-barang dalam kotak. Takde satu benda dalam almari dan laci. Kosong. Suami nak pindah.

Aku tak habis pantang lagi, aku tak dapat nak buat apa-apa selain marah dalam hati, sedih tengok muka Suami. Sayu sangat tengok Suami time tu. Seharian dia kemas rumah tu, beli kotak sampai cukup. Tinggal nak angkat kotak je untuk blah keluar dari rumah tu.

Masa tu family semua risau dia akan curi pulak mesin basuk ke, peti ais ke, almari ke, katil ke. Kitorang tawakal je, mana nak letak barang-barang tu. Huhuhuhu! Serabutnya fikir masa tu. Sejak bersalin, sampai lah ke harini kitorang duduk rumah family aku. Tak best okeh. Tapi nak buat macam mana. Nak cari rumah sewa lain aku malas nak pindah randah.

Jiwa aku memang kuat gila time tu. Aku pun taktau dari mana aku dapat kekuatan untuk tidak rasa gusar yang melampau. Risau sejam dua lepas tu okay, sedih sejam dua lepas tu okay. Semua risau takut aku meroyan. Semua tak bagi aku susah hati, tak bagi aku sedih, nangis. Aku okay, tapi aku tak boleh tengok muka Suami time kejadian tu. Aku sedih sangat-sangat tengok muka dia. Penat, kecewa, sedih, susah hati semua ada. Tapi dia senyum bila pandang aku.

Sekarang rumah tu aku biar je macam tu. Suami balik subuh, lepas tu dia siap-siap pergi kerja. Balik kerja Suami balik rumah sewa dulu, mandi, basuh baju, sidai baju, lepas maghrib dia datang tengok anak bini dia kat rumah family aku. Macam tu lah rutin Suami. Kesian sangat, ulang alik 2 rumah. Walaupun tak jauh, tapi wajib naik kenderaan. Kalau jalan kaki, tanggal skru lutut.

Aku nak kemas dari mana pun aku taktau. Paling sedih, kad-kad yang aku diy zaman bercinta dulu Suami simpan elokkkkkk. Banyak rupanya aku diy. Kad birthday, kad good luck exam, kad hari raya banyak lagi semua koyak mangkuk hayun tu buat. Sakitnya hati tu di sini. What ever macam mana pun lirik lagu tu. Sakit hati tengok kad aku buat cantik-cantik dia koyak one by one. Aku nak hidung dia, aku nak tumbuk sampai patah. Tu niat aku. Urghhhhhh!

Huhuhuhuhu! Huhuhuhuhuhu!

Lepas kecurian kali kedua tu, Suami tak bagi aku kemas rumah tu. Dia cakap kita pindah je. Kalau kemas pun sama macam masuk rumah baru. Erk! Aku taknak pindah randah. Kalau pindah masuk rumah sendiri berbaloi. Berbaloi penat tu.

Tapi dalam aku marah kat pencuri tak guna tu, aku patut bersyukur sebab semua yang berlaku ada hikmah. Allah dah atur baik dan sempurna. 

Apa hikmah tu? Sambung next homeSWEEThome k!





Love,
Nursaila Norman!





14 comments:

  1. Allahuakhabar!!!

    Kesian saila & family..
    Kalau Rina kat tempat saila, tak tau la camne.. Dengan nak berpantang lagi, nak pikir pasal rumah lagi..

    Be strong saila..

    InsyaAllah, pasti ada hikmah di sebalik semuanya ni kan..

    ReplyDelete
  2. Bertabahla Saila..InshaAllah ada hikmah..

    ReplyDelete
  3. siannya..tabah sangat saila.. maksudnya org yg dikenali la eh masuk rumah tu?

    ReplyDelete
  4. Akak ni mujur duduk rumah pintu bertentang pintu. lepas tu jiran sebelah ni memang agak bz body even menyampah tp ada kebaikkan jugak. rumah dia tu memang rumah sendiri so kalau kita tinggal rumah pergi mana2.. tak risau sgt majoriti jiran2 banyak memang raya pun raya kat situ jer.. semua dah berfamily kan.

    ReplyDelete
  5. Sabarlah. Ujian ni mesti ada hikmah
    Yg penting kte selamat

    ReplyDelete
  6. ya allah saila...hebatnya dugaan yg allah beri..sbr byk2..akak jd speechless xtau nk komen dh..terkejut pun ya..kesian pun sama.semoga tabah hadapi seme ini

    ReplyDelete
  7. SailA...sy mmg ikut kisah saila kt blog..mmg thu mcmne saila eksaited dgn umh sewa ni dlu.

    Tp bila jd mcmni mmg spoiled.semoga allah memblsnya

    ReplyDelete
  8. ya allah ...
    sabar bnyk2 ye saila .. mayb ni ujian ...

    ReplyDelete
  9. sabar ok saila. semua ni dugaan. dun wory nanti saila pun nak pndah rmh sndiri kan. psg grill yg bagus2 pny. take saila. xsabar nak tgk deco nanti. eeheheh

    ReplyDelete
  10. jahatnya pncuri tu!!
    geram pulak..
    sbb umh mertua saye pon pencuri masuk 2x! kesian sgt kat abh mertua saye..
    ='(

    arap awk tabah!

    ReplyDelete
  11. tabahnya saila...jahat org tu...sapa ek?

    ReplyDelete
  12. Terkejut bc entri ni. Allah..dugaan kn saila. Mjur xmasuk time korg ad. Skrg ni pencuri pnyangak mmg bnyk. Mkin tinggi taraf ekonomi mkin bnykla jenayah. Take care k

    ReplyDelete
  13. Siannye awak. Tabah awak ye. Takpa, moga Allah balas kesabaran awak setimpalnya. Moga ada rezeki lain yg Allah beri. Btw, baby comel!!

    ReplyDelete
  14. Ya Allah..jahat Nye org tu..memang kenal eh ngan pencuri tu?? semoga cepat dapat tangkap... moga awak sabar & kuat...

    ReplyDelete

mmuah! mmuah!