CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Tuesday, January 31, 2012

Yellow Pinwheel!

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Kalau boleh, jangan biarkan otak kita tertekan dengan kerja. Kena rehat-rehat jugak. Cara saya merehatkan otak dari bebanan tugas adalah dengan membuat pinwheel!!

Nampak sangat dah tak waras. Abaikan ayat skeme badut di atas okeh. Jom tengok pinwheel yang aku dah berjaya buat hasil dari tekanan kerja yang sudah pun datang semula. Datang semula okeh. En Roy asal nampak muka aku je mesti sebut 'pening,pening,pening'. Aku tengok dia ke hulu ke hilir pun dah pening dah. Hikhikhik!

Okayyyy.. Cepat tunjuk pinwheel kau..







jadiiiiiiiii..



Kalau nak nampak lebih cantik dan comel korang leh pilih kertas yang depan corak lain, belakang corak lain. Macam aku  ni satu kaler je. Yelah, kertas yang ada kat ofis ni je pun.. Mana nak carik yang shantek2 kan.. Huhuhu. Kalau lebih rajin, korang tampal dua helai kertas yang berbeza depan belakang. Tapi aku tak rajin sebab tengah tertekan. Haha! Banyak cantik nak hilangkan stress sampai gigih nak buat pinwheel shantek2. Buat bengong2 dulu dah la kan,kan,kan.. Hiks! Kang En Boss nampak boleh ke aku cakap 'tertekan la En Boss' muahahahaha..





akan ku usaha kan sampai jadi macam ni






thanks korang!



Love,
Tata!




Wednesday, January 25, 2012

Dilukai





Kalaulah dari dulu aku tahu dia tak suka ceritanya dicoretkan, takkan lah aku coretkan walau sebaris pun. Terasa macam baru tersedar dari mimpi indah pun ada juga. Terasa macam mimpi indah lenyap dengan tiba-tiba. Sedih tidaklah. Tapi terkedu. Kenapa perlu pura-pura seakan suka sedangkan kamu tak suka. Kenapa mesti membiarkan hati dan perasaan ini tertipu dengan senyuman itu.

Banyak salah faham yang timbul tapi tak terjelaskan dengan kata-kata. Masih membiarkan sedih menguasai diri. Mungkin sebab terlalu lama membiarkan kepercayaan meyakinkan diri. Biarlah. Yang sudah terjadi tetap tejadi.

Cuma kesal. Kenapa kini. Kenapa bukan dari dulu lagi. Kenapa melemparkan senyum sedangkan kamu benci. Kenapa melayani sedangkan kamu jemu. Kenapa memberi sedangkan kamu tak sudi. Kenapa menipu kalau itu niatmu, sedangkan sekeping hati ini sudah penuh dengan cinta tak termuat lagi untuk dilukai.




coretan ikhlas dari hati seseorang yang aku kenali. untuk renungan sendiri :)
no tears k :)



Tidur

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Semakin hari semakin tak nyenyak tidurku.
Bila memaksa mata dipejamkan, macam-macam yang datang dalam gelap disebalik kelopak mata.
Pernah sampai berjuta rama-rama berterbangan di dalam perut.
Berdebar-debar hati meneka segala teka-teki.

Bila hari ini jawapan jujur diterima,
terima kasih atas segala-galanya.

Bukan bermakna tidurku boleh nyenyak.
Tidurku tetap terlihatkan mu di dalam gelap pejam mata yang rapat.
Pernah sampai termimpi.
Bila terjaga, air mata sudah pun kering di pipi.










hai, saya Johnny!
bukan Dada lagi
.
.
.
cutenya bila kucing tidur







thanks korang!




Love,
Tata!




Wordless Wednesday #2 : I have no word to say

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua














Love,
Tata!




Wordless Wednesday : Sweet Heart

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua








thanks korang!




Love,
Tata!




Friday, January 20, 2012

Ini entry merepek saya :)

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Ada rasa niat nak beli kasut lagi. Ala. Dah lama okeh tak bershopping sejak hidup huru hara dengan pejabat. Mood nak shopping habis terbang ntah ke mana2. Tadi lunch luar dari Putrajaya. Well~ jumaat kannn.. After 2 months kot tak bershopping, tadi terus grab t-shirt sehelai. Putih. Again. Chop! Aku gila suka dengan t-shirt putih rm10 beli dekat t-square beberapa bulan lepas. (tu last aku shopping)

Walaupun rm10 tapi best. Okay, aku bukan kaki branded. Aku pakai apa yang aku nampak cantik kat bijik mata aku. Thats all. Dah try nak amek kaler pink tapi tak tahu kenapa putih jugak yang aku nak. Hiks! Tak sabar nak try muat ke tak. Yelah. Baju saiz S. Tuan saiz XS. Cane???

Dalam hati ada rasa nak beli kasut. Dengan alasan 'dah takde kasut nak g meeting'. Go to toilet! Alasan. Eh, betul la.. Dah setahun aku pakai kasut yang sama masuk meeting dan buat kerja-kerja rasmi. Apa kata aku beli sepasang. Tapi tadi tak sempat nak beli kasut. Lunch hour kan.. Takkan nak berangan macam weekend.. Bila ntah nak dapat kasut baru. -_________-




saya suka putih kot





thanks korang!




Love,
Tata!









Thursday, January 19, 2012

5th A N N I V E R S A R Y

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Tak tau nak mulakan entry macam mana.. Okay lah, kita mulakan dengan perasaan la eh.

Perasaan aku sekarang ni takde la excited gila vavi. Biasa-biasa je. Aku rasa lebih baik aku excited celebrate anniversary perkahwinan kannn? Disebabkan aku belum berkahwin, tak dapat la aku nak celebrate anniversary perkahwinan. Perasaan bangga langsung takde okay, korang jangan cakap aku meroyan sangat nak celebrate. Kitorang tak pernah pun celebrate kat kelab ke, tepi jalan ke.. Tak. Kitorang celebrate dalam hati je. Lebih-lebih pun kitorang g makan kat tempat yang kitorang suka dan makan makanan yang kitorang suka. Hadiah mahal-mahal semua takde. Again, sepanjang aku dengan dia.. Belum pernah ada hadiah mahal-mahal untuk anniversary. Its okay. Bukan hadiah yang aku tunggu. Kalau dia bagi aku amek, kalau takde cukup dia remind aku tiap-tiap tahun pun aku dah seronok sangat2.

Macam hari ni, serius aku lupa semula. Padahal dah ingat kan aritu? Pagi-pagi ni aku tak ingat langsung. Bila dapat email dari En Gaban baru tersedar. Lepas tu buat2 tak bersalah. Terus cerita pasal anak buah gegurl dia tu. Ianya hanya lah 'hari' yang bermakna. Tak lebih dari itu. Cara kita celebrate pun jangan la sampai menyimpang jauh.. Jangan la ada kiss-kiss, terlebih mesra apa semua tu dengan alasan meraikan hari penting. Jangan okeh!

Happy of kos happy. Secara jujurnya bila aku setuju nak berkapel macam kapal selam 5 tahun dulu, aku tak terfikir pun aku akan sampai ke tahap ini dengan dia. Dalam kepala otak aku time tu 'ala,aku target 2 minggu je aku kapel dgn dia ni' lepas tu buat bodoh selamber badak masuk kelas. 6 bulan ke 7 bulan berkapal baru aku betul2 sayangkan dia. Okay, aku hampeh. Dekat setahun berkapal selam baru aku cintakan dia. Dulik apa aku. Dah aku memang macam ni. Bapak keras okeh hati dan kepala. That time bila bergaduh baru menangis2. Sebelum tu? 'kesah pulak aku?' Muahahahahaha..

Aku tak pernah jangka selama ini aku habiskan masa bujang aku dengan dia. Aku macam kakak kepada dia. Dia memang macam adik. Sebab tu kitorang takde hal nak lepak di mana-mana dan buat apa saja dengan member2. Sebab takde istilah manja2, cintan cintun bila melepak. Nak cintan cintun dalam SMS sahaja. Hahahaha kantoi!!

Sepanjang aku ada blog, ni anniversary kami yang kedua aku publish secara open. Sebelum ni 4th anniversary. Rasa macam nak delete je entry poyo tu. Aku sendiri nak muntah bila baca. Muahahaha! Hopefully takde la 6th anniversary dah. Nak wedding anniversary la pulakkkk.. Hikhikhik!

Adanya 5th anniversary ni pun sebab dia. Sabar dia rasanya aku sendiri tak mampu nak ikut. Aku tak penyabar. Tapi dia terrrrlebih la pulak. Kalau ikutkan aku memang meroyan 24jam. Memang tak la 5th anniversary. Hahaha.. Tenkiu ya En Gaban. Harap2 sampai ke akhir hayat anda tetap bersabar dengan saya eh.. Saya ni memang merbahaya sikit tapi dalam hati ada taman negara tauuuu..






Untuk En Gaban

 mungkin ini anniversary kapel selam kita yang terakhir. (gila aku sedih lakkk! hampeh!!) Terima kasih yang teramat sangat kerana anda terlalu banyak bersabar dengan wanita seperti saya. Kerana kesabaran anda, kita sampai di sini. Teruskan kesabaran anda ya. Sebab perjalanan kita yang sebenar bakal bermula tak lama lagi. Panjang lagi perjalanan kita. Semoga segala2 baik-baik sahaja.
Amin.






Cinta kamu,
Tata :)


thanks korang!



Love,
Tata!



Tuesday, January 17, 2012

Mengadu ke Membebel nih?

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


 
Permintaan untuk hari ini :

 
"tolonglah cepat selesai segala kerja yang semakin menggila ni"

dan juga permintaan untuk selama-lamanya

 
Tak kisah pun kalau kerja banyak. Tapi biarlah sistematik. Ni kalau sampai ada yang kena darah tinggi apa kes.. Dah la sekarang ni musim demam, bila staff MC takleh la nak larang2 kan. Bila dah ada staff MC, of kos la tak cukup ahli nak buat kerja. Bila tak cukup terus jadi kucar kacir.

Tu satu hal. Hal lain pulak bila kerja banyak tu takpe lah. Dah nama pun bekerja. Tapi kalau sampai kerja yang susah-susah, hard core punya task semua campak kat bahagian sini, apa kes.. Bayangkan bila tugas hakiki satu hal, pastu tambah lak dengan kerja sampingan tak tau ceruk mana dia datang. Macam staff kat bahagian ni ada lapan tangan dengan lapan kaki. Macam sotong la pulak! Hahaha.. Tapi paling besttttt teramat sangat semua nak lepas raya cina. Semua okehh.. Ingat satu, dua task ke? Dah la semuanya jenis dokumen berstatus Pelan.

Nasib baik lawatan tak meroyan nak datang sini. Kalau ada lawatan dari negara lain dah satu hal pulak nak melayan diorg.. Nasib baik pun takde la baik sangat. Esok patut ada lawatan tapi tetiba cancel. Baru hari ni tahu diorg cancel. Best memang best tapi last minute okehhh.. Yelah, kami-kami kat sini kan ada lapan tangan dan lapan kaki. Lepas tu yang tu salahkan yang ni, yang ni selamber buat-buat macam kami ni tak kena audit. Sape nak menjawab ni hah? En boss suruh aku marah yang itu. Tak reti aku. Takat membebel macam ni berani la. Hahahaha!

Tapi paling aku rasa macam 'kalau aku makan dia ni sedap jugak' bila apa kita buat semuanya tak kena. Hellooooo.. Kalau anda rasa bagus apasal pass kerja tu kepada kami. Kami dah macam orang sewel kat pejabat ni buat kerja, lari-lari anak dalam pejabat sebab tak cukup masa nak berjalan, picit-picit dahi macam kat rumah urut, engkorang selamber je komplen macam-macam kan? Buat salah, tak buat lagi la salah. Engkau jelah yang betul kannn? En Boss kami pun dah rasa fed-up.

Apa lagi nak bebel eh?

Dari disember hari tu aku hold demam. Boleh? Minggu lepas En Gaban paksa g HKL. Bila bagitahu MA tu yang aku hold demam dah lebih dari sebulan terus kena amek darah. Bazir darah aku. Sobsob! Sedih okeh. Nak cuti ganti sebab aku kerja sabtu ahad disember lepas tu pun tak amek-amek lagi. Halal jelah yeeee..

Bulan ni Januari kan? Aku boleh lupa tarikh penting. Bengang je En Gaban. Tiap-tiap tahun pun dia remind aku. Tahun sebelum2 ni sebab aku mamai. Hahaha.. Tahun ni siyes aku betul2 lupa. Bukan sengaja nak mamai. Huhuhu.. Beberapa hari je lagi. Ingatkan nak buat suprise. Nak buat suprise tapi tulis kat sini. Macam En Gaban tak baca. kehkekeh! Cancel suprise. Hikhikhikhik!



*entry ni aku taip sebaris pagi tadi. petang baru leh taip penuh pastu publish. tu pun sambil bergaduh dengan talifon. lari-lari g bilik En boss. nak g tandas pun tak sempat. sedih tak keluhan hati aku nih? ni kira wakil luahan dari semua staff kat sini jugak. hiks!




thanks korang!


Love,
Tata!


Monday, January 16, 2012

Settle satu perkara. Masih ada beberapa perkara ;)

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Ini cuma entry kontot sekali lagi.
Okay mesti korang fed-up kan.. Asyik kontot jek.
Maaf berkali-kali ya.
Doakan kerja-kerja pejabat cepat selesai baru boleh hidup aku kembali normal. Sobsobsob!

Dewan untuk majlis perkahwinan kami dah ditempah.
Bila En Gaban tulis 'alhamdulillah *******' melalui sms kejap ni, terus rasa lega. Satu hal dah settle. Bukan apa.. Tarikh tu kami nak sangat2. Alhamdulillah dapat jugak.
Alhamdulillah again.





design kad kawen dah ada sikit2
semuanya ikut minat kami
takpe lah kan.. kata wedding kami
hiks!




thanks korang!


Love,
Tata!



Saturday, January 14, 2012

S A B T U dimulakan dengan entry kontot ;)

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Today is saturday!


Rasa macam pelik bila tak dapat nak update entry dekat blog. Ni dikira sebagai gejala ketagihan ke eh? Hiks! Okay, aku ngaku aku dah lama tak update blog. Beberapa hari pun dikira sebagai dah lama ke? Belasah jelah.. Poyo.

Diy untuk w-day kami pun aku terpaksa stop sehingga Febuari ni. Harap-harap hujung Febuari aku dah boleh mulakan balik aktiviti men'diy' segala benda yang tertinggal. Ada jugak beberapa perkara yang terlintas bila dah tengok dewan yang aku nak sewa nanti. Aku cuma mampu buat sekadar yang termampu. Kalau ikutkan memang banyak benda, tapi kita buat setakat yang kita sempat dan boleh jelah eh.. Jangan over limit pulak. Nanti stress.

Okay, sekarang tak boleh cakap pasal w-day. Aku kena lupakan sekejap. Sobsob! Kena siapkan dulu kerja-kerja rasmi. Dah settle kerja baru leh bersuka ria. Nangis

Entry ni pendek je sebab aku ada kerja rasmi sebenarnya. Tapi tetap nak lepaskan gian menaip. Erkk! Nanti aku update macam biasa eh.. Doakan kerja-kerja rasmi aku berjaya dengan cemerlang ya. Sayang korang :)


thanks korang!



Love,
Tata!

Thursday, January 12, 2012

Idea : Bollywood Wedding Dress

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Malam tadi layan hindustan. Tak berkelip mata tengok Kajol dengan SRK nyanyi2, menari2, blablabla. Pagi ni mengantuk sakan. Pedih bijik mata ngadap PC. Tapi part paling best bila tengok kemeriahan warna-warna diorang! Campur-campur segala warna pun still cantik. Nampak happening kan? Ke aku je rasa macam tu.. Huhu! Takpe.

Jom layan picha bollywood wedding dress hasil carian di Google.. Kot-kot ada yang nak amek idea warna, veil atau detailing dia kan? kan? Meriah u oll.. Macam kak senduk lak. Hiks!

Oopss! Chop! Sebelum tengok picha, saya dengan rendah hati memohon maaf kalau saya dah lama tak update blog. Keadaan di pejabat sejak minggu lepas umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Wahhhh.. Mati la kalau very very big boss aku baca nih. Kelassss.. Ada ke yang tunggu kau update? Sobsobsob..

Dah, cukup2 lah drama ya. Jom!

































































sama tak dengan picha kat bawah ni?
ingat tak entry aku tu?
|
|
|
|
|
|
V


warna citrus :)



suka style veil picha nombor 1
style dia letak veil. bg nampak bunga tepi telinga
amacam?





thanks korang!



Love,
Tata!






Tuesday, January 10, 2012

T U N D A









Tunda

Postpone

Kepada satu tarikh yang tidak diketahui

Kalau boleh cancel terus

Lagi bagus








Ini soal kerugian. Bukan perasaan.

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Kerja bertimbun macam biasa. Tapi still diberikan kemudahan olehNya untuk menghadapi kerja-kerja dengan slow and steady. Terima kasih kepada rakan sekerja yang banyak membantu. Kalau takde korang, takkan aku boleh buat kerja ni semua sorang-sorang.

Tahu tak, bila benda yang kita anggap sebagai sesuatu yang baik, bertukar menjadi satu masalah.. Tindakan aku cuma satu. Cancel. Lagi-lagi bila kita dah put an effort untuk benda tu sehingga tahap maksimum.. Tetiba orang tak hargai dan buat kita termanggu-manggu. Hahaha.. Serius diri terasa macam orang takde hati dan perasaan. At least boleh kan cakap 'kerja kau ni sia-sia, sila berhenti dari buat semua ni'. Terus aku alihkan tenaga, masa dan wang aku ke arah lain. Tak payah la aku buat semua tu tapi orang lain tak hargai (yup, aku tahu bukan tak hargai langsung. tapi serius buat aku macam orang bodoh). Sedih tu tak la sebab aku tak rugi apa-apa pun. Takat tenaga dengan masa.. Haha.. Boleh kot aku cover2. Dari segi wang ringgit memang tak rugi langsung.. Cuma dari segi perasaan ya.. Aku rasa hati aku tempat orang pijak-pijak bila tak suka.

Lepas ni segala benda kerja yang melibatkan tenaga, masa dan wang ringgit, aku taknak bazirkan dekat orang lain. Rugi. Walaupun aku tahu, kesannya balik kepada diri sendiri tapi takpe. Lebih baik hiris tangan sendiri daripada orang lain yang hiris kan?

Terima kasih banyak-banyak ya.. Segala kerjasama dari anda selama ini saya hargai.

Off.

Wednesday, January 4, 2012

Wordless Wednesday : Harvard Business School Boston

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua

















sila abaikan jerawat si teman sejati itu





p/s : bukan aku pergi sana. diorang yg datang sini
muahahahahaha!!
ww tp ada word jgk. hampeh.



thanks korang!




Love,
Tata!





Idea : Peach untuk pengapits saya

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Sorry sebab publish pasal idea je. Bosan ya korang.. Nak buat macam mana sayangs, idea tengah ada DAN mood 'to be a wife' sudah tiba. I really can't wait to be a good wife. Wink! Yup, ianya bukan mudah.. Tapi ianya pengalaman hidup paling indah. Kan? Lebih-lebih lagi bila lelaki yang setia menemani kita can't wait to be a husband jugaaaa.. Weehuu! Okay, enuf.

Back to the tittle.. Disebabkan ada majlis nikah yang berbeza hari dengan majlis makan di dewan, ibu aku tanya warna yang aku nak semua orang pakai pada hari tersebut. Wahhh, semua orang pakai. Paksaan sangat kan.. Haha. Takde lah paksaan pun.. Tapi lebih kurang paksa rela la.. Boleh kan? Boleh laaaa..






































 
saya putih,
pengapits (sedara mara + kawan rapat) peach
yes, they are my pengapit. ramai kan? saya suka!



thanks korang!


Love,
Tata!


Tuesday, January 3, 2012

Idea : Mini dais yang saya suka

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Korangs!

Sebelum tidur ni jom berangan sikit pasal mini dais.. Weehuuu!
Aku terpaksa (heee!) memikirkan tentang mini dais untuk majlis nikah nanti. Plan asal takde dais sebab nikah dekat masjid lepas tu lari marathon pergi dewan untuk majlis makan pulak. Tapi disebabkan ibu dan bonda En Gaban request kami pakai kaler putih untuk nikah DAN makcik aku nak support beberapa benda untuk majlis nikah kami nanti, so terpaksa (heee! again) lah aku memikirkan tentang dhia dais. Dais terpaksa dimasukkan ke dalam list sebab majlis nikah berasingan dengan majlis makan di dewan. Sobsobsob! Banyak plan asal berubah.

So, as usual.. Less is more. Blame me if you don't like my choice. Hiks!















Perkara paling terharu adalah bila best fren sendiri volunteer nak buatkan dais untuk kita. Hukhukhuk.. Takpe Ifah, nanti kau apply cuti banyak2 untuk aku eh,eh,eh? Nanti kita sama2 tak tidur malam siapkan dais aku ya.. Terharu sangat tadi. Sobsob! T______T



thanks korang!


Love,
Tata!

Idea : Monotone Color Combinations

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua

















Kaler last super manis!




thanks korang!



Love,
Tata!


Idea : Baju Nikah

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Jumaat lepas ada permintaan dari cik Ara pasal baju yang ada kat belakang aku (entry sini).. Kebetulan masa tu ibu aku yang snap.. Tak sangka lak cik Ara sibuk tanya pasal baju tu. Kain jenis apa, warna apa.. Excuse me cik Ara, aku bukan SA kat Jakel okehhh.. Aku pun tak tau nak jawab apa.. Hikhik!

Tetiba aku teringat yang aku ada snap beberapa (2 keping pun tetap dikira 'beberapa' k) picha sementara tunggu SA Jakel tu pilihkan lace untuk aku.. Snap, snap!












Terlalu manis.. Aku suka sangat dengan beads dan detailing dia. Simple itu sweet. Kan? Hey, picha no 2 jarang orang guna kelar tu kan? Aku tak tahu nak cakap itu kaler apa.. Kuning campur hijau muda boleh tak? Bagi yang belum pilih kaler untuk outfit korang, suka tak picha no 2 tu? Go and grab!





thanks korang!



Love,
Tata!


Monday, January 2, 2012

2 0 1 2 : Tahun mendebarkan saya

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Esok hari pertama bekerja untuk tahun 2012.. Tiga hari cuti duduk rumah tapi penat mengalahkan En Gaban pergi konvoi. kehkehkeh. Siyes penat. Penat batuk dan penat lenguh2 badan nak demam.

Tapi tetap gigih nak siapkan veil nikah. Walaupun tak siap 100% tapi kalau kena paksa nikah esok pagi boleh la pakai.. Hikhikhik! Gatai.



belum letak manik






adding some beads

Baru siap 40%. Nanti sambung lagi eh.



Berdebar-debar nak mulakan tahun 2012 ni. Banyak benda nak kena buat.. Benda baik mesti Allah tolong kan? Insyaallah.. Kena rancang baik-baik supaya tak tertekan.. Insyaallah. Dah boleh conteng-conteng dekat kalendar perancangan untuk setiap bulan supaya tak kelam kabut.. Korang, aku banyak diy sendiri apa-apa benda yang boleh di'diy' untuk majlis aku nanti. Ada dua sebab, pertama nak berjimat cermat, kedua nak jadikan kenangan bila dah tua nanti (kalau anak-anak sudi pakai semula lagi aku gembira). So korang jangan expect lebih dari aku eh.. Sebab aku buat majlis untuk menyatukan dua jiwa dan meraikan hati-hati yang menyokong kami. Seriously i cant wait to call En Gaban 'hubby'. Wink! Wink!


thanks korang!



Love,
Tata!