Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua
Cuti tiga hari bermula hari esok korang pergi mana? En Gaban konvoi ke Penang. Aku tak boleh ikut. Bukan sebab dia tak bagi ikut.. Tapi aku tak boleh keluar berdua sampai lewat malam.. Kena balik sebelum pukul 12am. Hukhukhuk.. Tak sabar nak kawen. Wink! Wink!
Nasib baik ada benda nak kena settle kan. Beberapa benda.. Iaitu veil, hand bouquet, dengan centerpiece.. Cakap pasal veil nampaknya aku kena buat dua veil. Satu untuk nikah, satu lagi untuk resepsi. Plan awal nak buat satu baju je dah bertukar jadi dua baju.. Atas permintaan ibu aku dengan mak En Gaban. So HB pun kena buat dua jugak lah.. Bertambah lah kerja. Huhu..
Sabtu yang baru lepas dah settle kain untuk baju nikah berserta kain lace.. Satu yang aku suka dengan akak Jakel tu.. Sekali je dia pilih. Terus aku cair hati.. Aku siap cakap kat akak tu 'akak ingat saya lagi tak? saya yg beli lace kaler biru aritu..' Boleh tak? Macam la aku sorang je yang masuk Jakel kann.. Tapi jawapan akak tu 'ingattt..' Terharu. Hahaha
So apa lagi.. Gambate!! Warm up jari jemari yang ada cepat. Masa dah tak banyak. Buat sendiri memang la kena mula awal. Lain la sewa.. Sobsobsob. Sentimental value tu yang penting. En Gaban pun suka aku buat kerja2 menjahit ni.. Macam mak dia katanya.. Hikhikhik.
Muahahahahahahaha!!
selamat tahun baru followers!
selamat tahun baru silent readers!
Love,
Tata!
2 comments:
wahh....best nyer org nk kawen..hehe
@ alyn : best2..alyn pun best jgk :)
Post a Comment