CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 29, 2011

Budak cengeng ni nangis lagi

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Pagi-pagi buta (tipu sangat kan?) dah masuk meeting. Masa dalam meeting boleh pulak teringat 'eh, duit simpanan untuk bulan ni tak masuk lagi'. Berkira-kira lepas meeting pergi ATM lepas tu lari pecut pergi CIMB. Esok dah tak boleh kononnya. Sebab esok jumaat. Tak sempat.

Dah penat berlari dari blok selatan ke blok tengah, blok tengah ke blok selatan semula tapi lajak ke depan sikit menuju ke blok pejabat aku. Naik tingkat dua, capai buku simpanan. Lari turun bawah semula pergi blok sebelah sana pulak. (xpayah la bayangkan aku lari laju2, bayangkan aku lari2 anak je dah lah ye). Kelam kabut isi borang, tulis cantik2 sebab tengok macam tak ramai orang. Pergi kat mesin nombor giliran, budak guard tu cakap kaunter ASB dah tutup. Tutup? Macam kedai la pulak kan.. Bila dia tengok muka aku macam blur-blur ayam je, dia tunjukkan notis pemberitahuan kat tepi meja.

Sebarang urusan ASB dah ditutup bermula 21 Disember. Sebab diorang nak kira dividen. Lama aku baca notis tu. Serupa macam nak menghafal pun ada. Macam nak kena present kat En Gaban pulak g hafal lama2. Lepas tu aku blah dari situ. Masih blur. Urusan ASB dibuka semula pada 3 Januari nanti.

Korang faham tak perasaan aku time tu. Sedih tak payah cakap la.. Kecewa apa lagi. Slow je balik ke ofis. Down okehhh.. Semangat aku lari sana lari sini. Berkobar-kobar nak simpan.. Nanti dividen pun mesti lebih.. Tapi.. Semuanya dah terlambat. Apasal aku tak tahu pasal penutupan ASB tu? Huhuhuhu T_______T. Aku sedih yang teramat sangat. Muka masam je. Aku tahu aku tak patut tunjuk muka moody depan Zul dengan Ara tadi. Tapi aku memang kecewa sangat2. Sedih tahap melampau. Aku macam takleh terima semua ni (gila, drama habis aku ni).

Aku tak pergi lunch pun. Padahal dah lunch dah tadi lepas meeting. Tapi tu pukul 11.30pagi. Mana sama kan? Moralnya aku tak lunch sebab sedih. Duduk dalam bilik ofis pastu nangis sorang2. Damn. Kan? Budak cengeng kan? Menitik2 air mata ni.. Muahahaha.. Boleh pulak kau menangis.. Aiyoooo.. Dah nangis tu baru lega.. Pastu dah okay. Kalau tak nangis tak boleh ke eh?




thanks korang!




Love,
Tata!



2 comments:

chu-E zHuL said...

ha ha ha ha ha! kiteorg dh tau dh! ha ha ha ha ha kiteorg ngumpat ko kat pantri td ha ha ha ha ha

Nursaila Norman said...

agak dah. kejam.