Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua
Hai!!
Kembali sudahhh..
Last entry yang aku post hari tu aku taip dalam keadaaan separuh sedar. Erk! Yup, separuh sedar. Lagi separuh jiwa dan fikiran aku ada kat KLIA, JW Marriot blablabla. Dalam kepala otak fikir ' boleh buat ke? boleh buat ke? boleh buat ke? '. Takut takyah cakap la macam mana.. Berbuih mulut ni (tipu) mengadu kat En Gaban tentang kegusaran hati yang tak boleh nak ditanggung sorang-sorang. Start dari hari Selasa (29 Nov) aku dah tak senang duduk. Rama-rama berterbangan lah, anak kucing lari-lari dalam perut lah.. Semua ada.
Rabu (30 Nov) kitorang yang terlibat pergi buat lawatan ke tempat yang sepatutnya program berlangsung. Disebabkan aku sorang je perempuan yang terlibat, jadi emosi aku makin la bercelaru. Tapi aku dah mention awal2 kat urusetia yang aku ni Liason Officer baru (baru+bapak gila baru dalam Ministry+apa pun tarak+blur takyah cakap la+emosi lebih).. Hahaha. Dalam meeting aku mention. Betapa jujurnya aku. Dan disebabkan kejujuran bengong aku itu telah menyebabkan aku menjadi tumpuan. Bukan macam artis tuuu.. Tapi tiap kali ada perbincangan, akan ada suara 'Saila, okay?'. Bila ada briefing, ada jugak suara 'Saila, okay eh?'. Aku okay saja.. Nak mati cakap tak okay? Huhuhu.. Okay Tuan. Okay saja! Hahaha.. Disebabkan aku ni jenis cepat emosi, jadi aku pastikan setiap maklumat yang diberikan, aku tangkap laju2 jangan bagi lepas. Aku hadam baik2. Aku simpan kuat2. Fuh!
Khamis (1 Dis), pagi aku sempat update blog. Tapi aku tau, tak sempurna pun entry aku tu. Maaf ya.. Petang sebelum pukul 3pm aku kena ada kat Bilik VIP KLIA. Nasib baik pemandu yang drive aku ke KLIA banyak bagi kata-kata semangat.. Hahaha. Over tak? Kan aku dah cakap.. Aku ni emosi lebih.. Hahaha.. Muka kalau cuak sumpah boleh nampak.. Muahahaha. Bila diorang dah tiba, kitorang LO kena pastikan setiap wakil delegasi yang dah ditugaskan setiap sorang di bawah seorang LO berjalan dengan lancar. That time, dah la aku tak kenal wakil delegasi aku. Tahu nama je. Macam la kat dahi diorang ada nama kan.. Hahaha.. Nasib baik jumpa jugak..
Jumaat, Sabtu, Ahad aku happy sangat2 handle delegasi dari Brunei. Semuanya berjalan dengan lancar. Jadual, time, logistik semuanya okay. Diorang memang humble sangat2. Semua LO selesa sangat2 bekerja dengan diorang sepanjang 4 hari tu. Walaupun penat tapi seronok sebab diorang memudahkan kerja kami dari mula sampai akhir. Rasa macam layan ahli keluarga sendiri. Walaupun diorang berpangkat Dato' tapi tak terasa pun diorang tu Dato'. They are so humble.
Isnin, Selasa demam. Hikhikhik. Demam rindu kat Tuan Haji hensem. Aku cakap kat En Gaban 'walaupun umur dia 50 tahun tapi dia hot okeh. tak macam 50'. Lepas tu En Gaban cakap dia pun hot jugak. Sambil tunjuk2 dada dia. Ohhh.. Panas hati ehh.. Sorryyy! Hehehe.
Suara dia, cara dia, senyuman dia.. Falling in love again boleh tak? Opppss! Harap2 En Gaban terrr'skip' entry ni. Amin. Lariiiiiiii!
thanks korang!
Love,
Tata!
No comments:
Post a Comment