CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 28, 2011

Bila Dah Dapat Diari 2012

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Beberapa hari sebelum meninggalkan tahun 2011 (harap2 takde lagi yg gatal tangan g tinggalkan komen sebut2 retarded. biasa la, kes sakit hati), macam biasa la banyak dapat diari baru dengan kalendar baru. Shopping kat Kamdar dapat kalendar, shopping kat Jakel dapat kalendar jugak. Beli barang dapur pun dapat kalendar jugak.. Kalau aku gantung semua kalendar yang aku dapat, sure dah rupa wallpaper. Hikhik..

Diari pun sama.. Dulu masa zaman sekolah, siapa yang nak bagi aku diari kannn.. Jadinya gigih la g beli kat kedai buku. Masa tu takde la beli diari kaler hitam macam korporat keparat ni.. Beli yang ada kaler2, bunga2, katun2. Konon2 comel. Tetaplah si diari yang comel. Tuan punya diari tak payah nak perasan sangat. Sekarang ni tak merasa dah diari kaler2, katun2, bunga2, daun2 bagai. Hitam gelap gelita je semua. Beberapa minggu lepas dapat sebuah. Tapi tak sebest macam yang aku pakai sekarang ni. Tapi takpe.

Semalam dapat dari company En Gaban pulak. Memula belagak. Cakap tamau. Dah ada lah, apa lah.. Bila bukak kat rumah, ehhhh sukaaaa.. Kaler oren. Hahaha.. Semangat sikit.. Boleh? Hehehe.. Belek-belek isi dalam terus jatuh cinta. Design yang aku suka.. Nasib baik tak tolak sungguh2. Kalau tak mesti melepas.. Hehehehe.. Ni kalau En Gaban tahu, harus lah dia mengutuk aku ni. Ssshhhh!

Aku suka kalau kat setiap tarikh, ruang untuk menulis dia besar.. Aku tak suka jenis yang ruang menulis ada garis2 macam buku sekolah tu.. Kalau design kotak2 pastu ruang dia kotak2 besar memang aku suka. Motif? Hehehe.. Senang aku nak tulis segala benda, senang jugak nampak apa aku tulis. Muahahahaha..





ni diari untuk tahun 2011
cuba tengok helaian2 tu
serabut kan? macam tuan dia jugak


tanda kuning tu aku buat sendiri
hikhikhik
sedih kan?


abaikan tulisan2 tu semua
kotak2 macam ni la aku suka
dah tu, sila buat diari sendiri
baek!


Kalendar baru dapat tadi
ni secara official dapat pagi tadi
tapi aku tak suka
banyak songeh la pulak


picha diari dari company En Gaban tiada.
nanti aku tunjuk eh,eh,eh..
perlu ke???
perluuuu.. supaya En Gaban tak kecik hati
hikhikhik!


Kalendar yang company En Gaban punya pun best.. Gambar2 kat kalendar memang cute.. Cuti-cuti penting ditanda dengan picha apple merah comel je.. Melambangkan 'an apple a day can shyuu the doctor away' Heeee~ Masa belek-belek kalendar tu baru perasan.. Bulan Ramadhan jatuh pada bulan Julai nanti. Ohhh, awalnya.. Sebelum merdeka kita dah raya.. Masa belek-belek tu jugak aku terasa macam 'cepatnya masa berlalu..tahun depan dah..err,errr..'. Kiranya mulai Januari 2012 ni dah boleh book apa yang patut dah.. Kursus kawen paling best. Hiks! Best okehhh, dapat ilmu.. Aku dah pergi dulu. Tapi aku nak pergi lagi.. Hehehe..

Tetiba macam, 'are you ready Saila?'
Errrrrr..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
'yes! i will study and get ready!'



thanks korang!



Love,
Tata!

No comments: