Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua
Ahad 25 Dis 2011 kenduri kahwin boss aku. Eh! Anak boss aku. Kenduri kahwin anak boss aku okeh.. Memula tamau pergi sebab malu. Muahahaha.. Malu apakah? Yelah, kepala kan togel.. Malu la nak tunjuk rupa yang sebenar. Kehkehkehkeh. Macam serigala jadian pun ada kan? kan? kan? Kat ofis lain, kat luar lain.. Muahahaha..
Tapi bila fikir2 balik, tak baik tau tak datang.. Dah la En Boss ada 3orang anak buah je.. Kalau tak datang sorang mesti boss aku tahu. Malu la kan.. Dah nama pun boss, anak buah kena la support lebih.. Aku sampai-sampai je kat dewan kenduri tu En Boss sambut meriah okeh.. Bila lagi nak merasa En Boss sambut kita yang tak seberapa nih kannn? Hikhik.. Malu-malu anak kucing aku nak perkenalkan En Gaban kat En Boss. Lepas salam dengan isteri En Boss, perkenalkan En Gaban pastu laju2 masuk dewan. Konon2 nak ngelak cepat2 dari En Boss. Mengong.
Masa ambil makanan, En Gaban bisik 'boss anda tengok anda sampai hilang dari pandangan'. Habis la aku.. Harus kena tarbiah masuk ofis nanti. Huhuhu.. Masa ambil makanan clash dengan En Boss yang lain pulak.. That time memang takleh nak menyorok dah. Sengih macam kerang wangi lebih kurang pastu tegur En Boss tersebut.. Hahaha. En Gaban gelak2 kan aku. Bagussss sangat.
Suka dengan sudu kecik tu.. Colourful.
Dari kenduri En Boss terus pergi Times Square, konon-konon nak shopping sikit. Last-last apa pun tak boleh.. Nak jalan pun tak boleh, ni kan pulak nak memilih memilah.. Aku pegang baju tu, orang lain pun pegang jugak. Habis tu cemana? Aku masuk shop lot sorang je, En Gaban aku suruh dia tuggu kat luar. Last-last cari En Gaban kat luar pastu paksa dia bawak aku keluar sebelum terlambat. 'sila bawak saya ke tempat yang lebih aman'.
Ni lah tempat yang aman.
Muahahaha..
Bukan ke baru lepas makan nasik minyak??
Sila salahkan mamat ni.
Dia yang sebut2 pasal Secret Recipe. Sape suruh.
En Gaban cakap 'gadis kampung perasan nak makan spaghetti'
Hukhukhuk!
Dulik apa.
Masa tengah makan2 (jenis tak reti kenyang sungguh), ibu aku call. Katanya buah durian ada kat rumah, fresh2 dari kebun. En Gaban dijemput hadir untuk menikmati durian fresh tersebut. Wahhh, lepas nasik minyak, kek coklat bersalut spaghetti, lepas tu durian pulakkk.. Sampai-sampai je kat rumah aku pun lipat lengan baju kurung, hidang apa yang patut. Dari pukul 6pm sampai ke maghrib kitorang borak2 gelak2 satu family. Aku suruh En Gaban solat maghrib dulu pastu baru boleh pulang. Lepas solat semua, ayah aku start buat Nasi Goreng pulak.. Tahan En Gaban jangan bagi balik dulu. Makan lagi?? Yaaaa.. Disebabkan En Gaban tak pandai masak, jadi En Gaban tengok berita sambil main dengan Dada.
Makan Nasi Goreng sambil gelak-gelak sekali lagi. Psssstt.. En Gaban tambah 2kali okeh. Perut jenis apakah dia? Biasa la, dah tak malu-malu kucing dahhhh.. Sanggup tambah 2kali. Hikhikhik! Lepas dinner baru lepaskan En Gaban pulang. Settle aktiviti di hari ahad.
thanks korang!
Love,
Tata!
No comments:
Post a Comment