CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Wednesday, June 27, 2012

Tuesday, June 26, 2012

Delete entry

Hai!


Assalamualaikum.



Saya rasa saya perlu delete entry 'Bertunang'. Tiba-tiba rasa bersalah pulak. Niat nak jadikan peringatan. Tapi takut disalah erti kan. Takpe lah. Remind dalam hati jelah. 

"Bertunang bukan lesen untuk buat apa saja"

Sobsobsob!




thanks korang!




Love,
Tata!

DIY : Fabric Handbouquet for my Nikah Day

Hai!


Assalamualaikum.


Terima kasih yang tak terhingga kepada awak-awak yang tinggalkan komen dekat entry Diy: Lace and Beads (Baju Resepsi). Korang sangat supportive! Sayang lebih!

Ada komen yang cakap kombinasi warna baju resepsi tu cantik. Terima kasih. Kebetulan sangat-sangat. Masa beli kain warna coffee latte dekat Kamdar tu, aku saje match kan dengan kain warna Bright Aqua/Tiffany Blue tu. Macam okay la pulak. Lepas tu terus pergi Jakel beli lace. Kebetulan lagi sekali, lace biru tu SA Jakel tu pilih dan terus berkenan. Bentang atas meja kain coffee latte tu then letak lace biru atas dia. Memula SA Jakel tu sendiri buat muka pelik. Coklat taruk lace biru. Apa gila ke budak ni. Sobsob. Akak tu takde la cakap macam tu. Tapi aku faham dari air muka dia. Huhuhu!

Okay, perihal baju resepsi dah settle. Tunggu En Gaban bawak pulang ke KL baju resepsi dan baju nikah dia dari Kedah, lepas tu kitorang decide nak hantar ke dobi sama-sama siap iron dan cover. Lepas tu tunggu  hari yang sepatutnya. Fuh!

Handbouquet dah siap. Tapi itu untuk majlis nikah. Nak jadikan hb tu untuk majlis resepsi tak sesuai pulak. Warna tak kena. Huhuhu! Nak tak nak kena la buat hb lain. (O.o)






Fabric hb versi saya yang sudah siap 100%....



nak ambil tempahan tapi macam tak konfiden T_____T
ada yang berani nak tempah? Hikhikhik!




thanks korang!



Love,
Tata!

Monday, June 25, 2012

DIY : Lace and Beads (Baju Resepsi)

Hai!



Assalamualaikum.



Baju resepsi atau aku lebih suka panggil 'baju dekat dewan'. Ceh. Takleh blah gila aku rename baju aku. Maksud aku, baju ni aku pakai dekat dewan nanti. Nak kata majlis bersanding, for sure aku dengan si dia tak bersanding. So takkan aku nak rename baju ni 'baju bersanding'. No. No. No. Baju resepsi diterima. Sebab memang majlis nanti main point dia ialah menerima kunjungan tetamu dan meraikan tetamu semata-mata.



Reception : The act of receiving
                   The action or process of receiving something sent, given, or
                   inflicted:

Okay, done!


Back to the story, baju resepsi aku dah siap sepenuhnya. Alhamdulillah. Alhamdulillah, akhirnya siap jugak setelah berbulan-bulan (pemalas sungguh).

Bagi teaser ke bagi full picha? Teaser pun takde la teaser sangat kannn.. Sebab aku pernah tunjuk jugak design dan lace baju resepsi tu. Coffee latte+Bright Aqua/Tiffany Blue (ntah. biru muda la senang). Cuma entry kali ni aku nak share yang aku dah pun siap patching lace dan beading. Ntah kenapa aku lagi suka tengok lace tanpa beads. Tapi takpelah. Ramai sangat yang cakap without beads my outfit nampak too simple. Nampaknya objektif aku untuk buat baju simple, less is more tak tercapai lah. Sobs!

Some picha(s) hasil diy baju resepsi aku :))






















Baju resepsi ni tak dirancang apa-apa pun. Warna. Tema. Apa pun tak dirancang. Lebih kepada ikut gerak hati. Alhamdulillah aku suka. Aku tak kisah lah apa orang nak kata. Tak grand, simple sangat macam baju raya (baju raya aku bodoh-bodoh je. baju kurung siap. dah), murah, blablablablablabla. What ever. Huhuhu.

Manik untuk baju resepsi ni aku ada tunjuk dekat S I N I. Manik pun tak grand. Biasa-biasa je.

Kos baju resepsi ni tak sampai pun rm250!

Harga kain keseluruhan : Rm99+- (Kamdar Jln TAR)
Lace : Rm40 (Jakel)
Tempah tailor : Rm90 (dekat dengan rumah)
Manik : Tak ingat T___T yang pasti tak mahal langsung.

Firstly ada bertanya dekat satu kedai pengantin ni, dia charge rm250 untuk tempah jahit sepasang baju kawen. Double (lining) rm250 lagi. Total rm500. Pitam. Baik sewa kalau dah macam ni. Take a deep breath.
Aku amek keputusan nak tempah dekat akak ni. Aku pernah tempah jahit baju raya dekat dia. Puas hati gila. So aku nekad baju resepsi ni aku tempah dekat dia. Sepanjang kain tu ada dekat akak tu, hati ni risau teramat sangat takyah cakap la. Huhuhu.

Lepas dah siap, hati girang tak terkata. Sebab design yang aku bagi kat akak tu sangat goyah. Cakap macam tu, macam tu. Dengan harapan akak tu boleh faham apa yang aku nak. Dan akak tu faham sangat-sangat kehendak aku. Alhamdulillah.

Aktiviti meng'lace'kan baju resepsi ni sangat la leceh di bahagian dada. Pernah rasa fed-up. Dah la gigih buat sampai pukul 3 pagi. Last-last rasa nak tampar-tampar je lace tu. Padahal patut tampar diri sendiri. Paksa diri untuk tidur lepas tu sakit hati plus takut. Huhuhu! Esok sambung semula mem'patch' lace dekat dada. Gigih nak berjimat cermat punya pasal. Fuh!

Aku ada letak 3D flower di hujung bahu sebelah kiri. Dan dibawah baju juga disebelah kiri. Setakat ni aku sangat-sangat berpuas hati dengan baju resepsi aku. Lepas ni start buat baju nikah pulak (lace dan bead). Baju nikah ni tak se'heavy' baju resepsi. Sebab nak fokus dengan tujuan utama aku 'less is more'.

Handbouquet dah siap 100%. Pagi ahad siapkan collar dengan holder dia. Pemegang nampak sangat cincai la. Huhuhu! Nanti lah kalau nak tukar.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.



thanks korang!


Love,
Tata!


Friday, June 22, 2012

Entry ni ceritanya mengarut. Baik jangan baca. Aku takde idea. Haha.

Hai!



Assalamualaikum.


Pelik. Bila aku takde depan pc untuk menaip entry banyak pulak benda nak share, nak bagitahu (macam ada orang nak tahu), nak membebel. Tapi bila dah ada depan pc, nak start new entry, terus rasa 'apa nak tulis eh?ermmm'. Close.

Dulu masa followers tak ramai (sekarang ni ramai ke?hadoilah) suka suki aku je nak cerita macam-macam. Lagi-lagi hal aku dengan En Gaban. Sampai tahap blog aku ni dah jadi tempat khas untuk tulis hal-hal kami. Keji gila time tu. Kalau tak percaya cuba korang bukak balik entry2 lama aku. Boleh dikatakan setiap entry. Pasal kami. Tapi aku nasihatkan baik tak payah. Pitam dua hari kang. Tapi sekarang, sejak-sejak dah ada followers (dah ada okay,bukan ramai. ramai tu mcm korang cecah juta2 kehkehkeh!), malu gila nak tulis kat sini pasal kami. Kang ada pulak yang hantuk-hantuk kepala kat monitor pc/laptop.

Sejak-sejak nak kawen ni kannn.. Gedik betul tulis segala hal pasal nak kawen. Yelah, aku sorang je yang nak kawen kan (T___T). Tapi nak buat macam mana. Wedding kecil-kecilan. Apa je nak share. Takat apa yang aku diy tu jela. Tu pun diy sebab nak jimat bajet. kehkeh. Ada hati nak share segala. Macam best je kan. Haha. Lepas tu aku realise yang hal-hal wedding aku boleh buat orang annoyed. Tak pasal-pasal. Ke korang okay je? Hikhikhik!

Haihh.. Tak tau la nak tulis apa. Tapi nak tulis jugak. Kenapa eh? Jari gatal eh? Ada benda nak share tapi macam over pulak tulis kat sini. Hal perancangan aku dengan En Gaban? Hal bisnes En Gaban yang baru disambung semula setelah stop sebab desakan kerja? Hal cincin kawen? Bagi aku nak share, sekali bagi orang lain benda tu menjengkelkan. Cemana?

Nak kongsi pendapat takut pulak tak sesuai. Yelah, aku ni pelik sikit. Orang kata A, aku kata B. Adat kata J, aku tetap nak melawan. Aku kata M. Kang aku tulis kat sini, habis semua maki hamun aku. Sedih la kan. Eh, dah kata pendapat aku.. Pedulik la. Ye tak? Ke kena pedulik jugak?

Hal facebook? Macam-macam hal. Nak cerita tapi tak dikategori sebagai mengumpat ke eh? Macam la aku bagus sangat g komplen facebook orang lain.

Eh, chop! Aku terdengar akak-akak kat ofis aku ni bercerita pasal 'orang lelaki bawak bekal'. Macam best je. Apa perasaan anda sebagai lelaki apabila membawa bekal ke pejabat? Tak payah malu lah. Macam la orang melayu kat Malaysia ni semuanya jenis pengganas-pengganas antarabangsa yang boleh terbang ke sana sini menyelamatkan dunia, tapi tiba-tiba waktu lunch bukak bekal. Kan? Comel apa. Hahaha. Pantang ye orang lelaki kena cop sebagai comel. kehkehkeh.

Ha, banyak pulak huruf-huruf dalam entry aku ni. Macam tak percaya. Dalam tak tau nak tulis apa, boleh pulak siap satu entry. Hahaha. Poyo je kan tak tau nak tulis apa. En Gaban, awak tau kan saya jenis macam mana?

En Gaban : jenis susah nak behenti bercakap!

Oh no!!!!! Awak kejam. Awak kejam. Awak kejam. Okay dah. Jom buat kerja.





thanks korang!



Love,
Tata!

Que sera, sera!

Wednesday, June 20, 2012

Lepas Kahwin. Boleh ke aku?

Hai!




Assalamualaikum.


Entry ditaip sikit demi sedikit, sambil buat kerja ofis.




Sejak kebelakangan ni hati asyik risau. Risau dengan tanggungjawab yang akan dipikul nanti. Mampu ke aku. Ke kena tambah huruf 's' selepas perkataan mampu tu. Serba salah.

Aku bukannya rajin masak. Kalau aku lapar gila-gila aku sanggup pergi kedai beli. Tengok. Betapa malasnya aku. Aku tak tau la aku ni kategori boleh memasak ke tidak. Boleh kot. Sebab sekali sekala aku masak, habis je family aku makan. Itu pun boleh dijadikan kayu pengukur sama ada masakan aku sedap ke tidak kan? Yelah. Kalau tak sedap tak kan la habis. kehkeh!

Aku pernah la jugak (selalu sebenarnya) memasak untuk En Gaban. Habis je. Sedap la tu kan? Ke lapar? Ntah lah. Alang-alang dia tak memilih bab makan, belasah jelah. Janji habis. Boleh ke macam tu? Tak boleh la kan. Kena la upgrade. Takkan hari-hari lauk so-so je. Boleh ke aku?

Aku memang tak suka basuh baju/pakaian. Walaupun mesin basuh fully auto tapi masih malas. Malas mungkin sebab ibu ada dekat rumah. Tengok! Tapi masa duduk dekat U dulu boleh je basuh baju 2 hari sekali. Sidai macam mak-mak. Dah kering angkat. Malam-malam lipat atas katil. Boleh je. Apasal bila kat rumah malas? Dah kawen nanti aku kena la feeling-feeling macam duduk kat U kan. Supaya semangat membasuh baju tu ada. Tapi sememangnya aku malas membasuh. Rasa nak hantar dobi je. Takmau2. Baik En Gaban kawen dengan akak dobi tu je. Adoi! Boleh ke aku?

Aku benci menggosok. Gosok baju. Sangat la pemalas. Yang ni memang champion. Malas yang amat. Nak iron baju kerja amek mood berjam-jam. Gila lah. Aku siap simpan cita-cita nak beli steamer iron (iron stim). Bulan puasa tahun lepas dia ada buat promosi dekat JJ Keramat. Nekad okeh. Siap menabung. 50 sen seketul. Dengan harapan nak beli bila duit dah cukup. Haha! Habis semua duit 50 sen aku masuk dalam tabung. En Gaban penyokong setia. Dengan dia,dia sekali menabung sebab bakal isteri dia pemalas menggosok. Sangat supportive. Sayang lebih! Bila nak penuh tabung ni ntah. Iron biasa memang aku tengokkkk jela nanti. Dengan harapan baju kerja kami boleh licin dengan sendirinya. Boleh ke aku?

Bila dah makin dekat ni memang risau sangat-sangat. Risau nanti aku cuma boleh buat kadang-kadang. Atau sekali sekala. Atau ikut suka. Aku ni lebih banyak malas dari rajin. Bila rajin, rajin bukan main. Haihhh. Boleh ke aku ni. Lagi-lagi bila tempat kerja jauh. Keluar selepas subuh, balik dekat maghrib. Hep! Itu bukan alasan. Huhuhuhu!

Kena la motivasi diri dari sekarang. Kena cakap dekat diri sendiri, kena rajin lepas ni. Kena rajin memasak, kena bersemangat membasuh, kena suka menggosok, kena alert dengan rumah.

Kena sentiasa cakap boleh lepas ni. Malaysia Boleh!






thanks korang!



Love,
Tata!

Friday, June 15, 2012

Saya Mahu T-Shirt Bride & Groom Tu!!

Hai!


Assalamualaikum.






Contest? First time join ni! Sejak mula berblog, belum pernah ada satu contest pun aku join. Malu nak join. Sebab blog pun tak ohsem, tak manis, tak fofular. Tapi kali ni sebab hadiah contest dia ialah t-shirt 'Bride & Groom' terussss teruja gila! Contest adalah milik cik asfizashary.

Memula fikir gak, ish malu la nak join. Tapi nak t-shirt tu. Nak, nak, nakkk. Nak t-shirt kena la buat muka tak malu jugak. Hikhikhik. cik asfizashary, saya dah join ni. Nampak tak entry ni? Nampak tak? Nampak tak? Hehehehe! Over la pulak. Awak, saya nak t-shirt tu pleaseeeee.. Buat muka merayu.

Harap-harap aku antara yang terpilih untuk dapat t-shirt tu. Amin. Tapi kalau takde rezeki takpe lah. Janji dah join contest. Wink! Wink! Sekarang ni tengah berangan-rangan.. Bestnya kalau aku dgn En Gaban pakai lepas tu lepak mamak. kehkehkeh. Gila apa. Hikhikhik.


B2B & Ex-B2B jom join! Tarikh tutup 1 Julai 2012 ni. Jom! Jommm!




thanks korang!




Love,
Tata!



Thursday, June 14, 2012

woopsss!! 'korang bila lagi?'

Hai!



Assalamualaikum.





 
Maaf ya.. Saje publish entry mengarut. Asyik entry pasal wedding je. Mesti korang boring kan. Eleh, macam la entry ni korang tak menyampah. Huhuhu. Tak kira. Nak publish jugak.

Picha tu aku upload dekat FB. Serius dah lama tak on FB. Malas ada. Saje tak on pun ada. Tapi sebab picha wedding yang aku snap, nak tak nak kena la upload. Kami memang jarang snap picha berdua. Picha berlaga pipi jauh sekali. Takat sebelah-sebelah mcm amek picha passport tu ada la. Ni yang tak sabar nak kawen. Hahaha!

Ingatkan picha den dah tak laku. Yela.. Kitorang ni kira kategori pasangan yang dah nak basi. sobsobsob! Rupanya ramai jugak yang bertanya 'korang bila lagi?'. Fuh! Sejak kebelakangan ni memang itu jela soalan yang kitorang dapat. Insyaallah. Doa kan lah ya.

Seronok bila kawan-kawan doakan kami. Seronok bila kawan-kawan yang lebih excited dari kami. Nangis! Yelah kan.. Dah lebih lima tahun bersama. Hampir kesemuanya adalah kawan-kawan yang memang dari mula kami mula bercinta sampai la sekarang ni. Mana diorang tak excited. Bersyukur jodoh kami masih sampai ke hari ini. Alhamdulillah.

Tak kurang jugak yang bagi soalan mcm ni kat aku 'kau dengan siapa sekarang?'. Sangat pelik. Mesti dia ingat aku tak stay lama dengan si dia. Tapi bila aku jawab 'dengan 'dia' jugak la'. Orang seakan pelik. Takde apa yang pelik. En Gaban je yang sanggup bertahan dengan aku.



Untuk mereka-mereka yang sentiasa mengharap kejatuhan kami mcm dulu, maaf ya.. Doa orang teraniaya Allah makbulkan. Kami tak la kata kami golongan teraniaya, tapi apa yang telah berlaku hanya Allah je yang tahu. Tapi Allah takkan biarkan hamba Dia terus susah kerana niat jahat orang lain. Maaf ya kalau kebahagiaan kami adalah kesakitan anda. Kami bangun setelah dijatuhkan! Peace yaw.





thanks korang!



Love,
Tata!


DIY : Fabric HB versi saya!!

Hai!



Assalamualaikum.



Seperti yang dijanjikan.. Fabric Handbouquet versi Nursaila Norman. Wink! Wink!













Inilah hasilnya selepas entry : hb yang direject. Perbezaan ketara adalah dikelopak bunga. Sebab kena iron dulu sebelum bentukkan dia jadi bunga. Orang kata try and error. Atau pun kalau ikutkan perangai tak menyabar aku ni 'eksperimen' hehehehe!

Dalam picha ni tanpa collar dengan holder. Yang complete punya rasanya biarlah masa hari nikah nanti jelah eh. Huhuhu. Ops, lupa.. Sila abaikan gelang getah tu ya. Aku tak tau nak guna cara apa supaya dawai tu duduk diam-diam. Sebab nak bentukkan jambak bunga tu supaya jadi bulat bkn senang. Huhuhuhu. Setakat ni collar dia aku guna kain nett warna soft pink. Pemegang aku guna chiffon soft pink jugak.

Macam yang semua tahu, fabric hb ni bukan benda baru kan. Malah dah ramai yang guna hb mcm ni. Paling popular hb Kak Intan Norazam. But for sure hasil tangan semua orang berbeza. Aku still adore dengan Kak Intan. Kalau bukan sebab dia, aku takkan tahu nak buat hb ni. Thanks Kak Intan! Honestly hb Kak Intan tetap superb. Hb versi saya ni so-so je. Tapi yang penting eksperimen berjaya, niat terlaksana, hasilnya aku sangat berpuas hati. Nangis. T___________T

Hb ni adalah hb untuk hari nikah nanti. Hb untuk hari resepsi aku dah beli chiffon warna biru ikut tema wedding (tema la sangat!). Tapi macam malas nak buat. Boleh tak? Huhuhuhu. Rajin saila! Rajin!

Doakan semuanya berjalan dengan lancar. Takutnya. Ada 4 bulan je lagi. Tiba-tiba semua perasaan tak sedap asyik datang setiap hari. (*.O)




thanks korang!



Love,
Tata!





Wednesday, June 13, 2012

8 Creative Reception Ideas To "WOW" Your Guest

Hai!


Assalamualaikum.



Sambil buat kerja apa kata kita cuci mata sikit dengan idea yang aku dapat dari weddingchannel.com.







Play Lawn Games

Boleh kot kalau buat majlis dekat taman. Tapi kena ada ramai kakitangan untuk handle game dan majlis resepsi serentak. Atau pun buat game selepas majlis resepsi. Oh, penat. No, no untuk aku.









Bunga Api (Fireworks)

Kalau tak salah aku orang Melaka akan buat bunga api pada malam berinai. Betul kan? Sebab sepupu aku yang ayah dia orang Melaka pernah buat bunga api macam malam merdeka pun ada. Meriah okehh.. Budak-budak la paling suka. Kalau bukan orang Melaka pun boleh try jugak. Bercahaya langit!









Photo Booth


Photo Booth memang tengah 'in' sekarang ni. Sangat-sangat menjadi trend. Aku pun tak ketinggalan nak ada photo booth sebab aku takde pelamin. Memang taknak sebab tak suka. Hiks! So ayah aku akan buat backdrop untuk jadikan photo booth juga. Aku request nak backdrop yang lain sikit dari yang biasa. Harap-harap menjadi! Props? Boleh disediakan atau pun tempah :)









Nyanyian atau Tari Menari

Opsss! Tidak untuk aku. Aku takkan benarkan sama sekali ada karaoke, lagu yang bising-bising dan tari menari dalam majlis aku. Huhuhuhu. Tak boleh. Karaoke aku tak suka sebab bising. Tak sesuai jadikan majlis resepsi ada karok-karok ni (ceh). Nak karok sila pergi Pusat Karaoke. Huhuhu! Lagu yang dipasang oleh DJ pun aku tak suka. Bising. Nak berbual susah. Menari lagi la tak boleh. Nasib baik permintaan aku ni ibu dan ayah setuju. Fuh!









Artist


Jemput/Upah sorang artis untuk melukis gambar-gambar tetamu. You could even hire a caricature artist or cartoonist to give your guests a good laugh! But they get to try it for free okay! Jangan pulak kita charge tetamu untuk bayar. Pitam tetamu. Kita la sebagai tuan rumah kena bayar upah artis. Kalau tak silap lukisan biasa-biasa sekeping Rm15. Tak tau la harga dah naik ke tidak.









Arts & Crafts

Okay jugak ni.. Walaupun tak berbakat dalam seni tapi yang penting hasil tangan yang ditinggalkan oleh tetamu yang hadir. Boleh disimpan untuk kenang-kenangan. Sekarang ni yang ada guest book kan? Apa kata guest book tapi guna water colour? Jangan sampai comot baju dah la. Hiks!! Tak pun boleh jugak mintak kawan rapat atau saudara mara lukis gambar pengantin ikut kreativiti mereka. Habis la.









Sweets and Treats


Sedara mara sebelah ibu aku paling suka buat ni dalam majlis diorang. Feveret diorang ialah aiskrim cawan. Kalau takat sedara mara dekat macam kami ni for sure ambil lebih dari satu. Dah tu kalau yang jaga peti aiskrim tu pun sepupu kitorang jugak.. Mana boleh dia tak bagi. Hehehehehe!









Class Act


Yang ni aku no comment. Huhuhu! Kalau ada yang nak try boleh je. Nanti majlis korang akan nampak wild dari kebiasaan. Tapi pastikan mereka yang dijemput untuk mengadakan persembahan ini adalah yang terlatih okay. Takut kalau jadi perkara yang tak diingini pulak. Huhuhu.


8 cara kreatif untuk buat tetamu gembira. Sebenarnya ada 10 cara. Tapi Cigar Bar dan Wine Tasting tak sesuai la kan. Apa-apa pun ikut kesesuaian majlis dan budaya kita ya. Jangan terlalu taksub sangat nak jadikan majlis kita paling diingati sampai lupa agama dan budaya. Ikut kesesuaian dan kesopanan lah ya. Ayah aku dah remind awal-awal.. Memang aku takde apa-apa konsep langsung (takde sebab tak terfikir langsung HUHU!), tapi ayah aku cakap yang penting ada ciri-ciri melayu. Pitam. Tak sangka pulak ayah aku nak ciri-ciri kemelayuan. Nampak mcm rockers je. Last-last wedding anak dia, dia nak ada ciri-ciri melayu. Dia siap warning aku lagi.. Aku orang melayu ke orang barat? Huhuhuhu. Melayu ayah. Aku baru suggest kad kawen macam tiket penerbangan MAS.. Saje la gatal nak tiru.. Last-last kena tarbiah. Orang melayu buat cara melayu. Yelah. Yelah. Jangan berangan nak jadi orang putih. Hambek kau.

Setakat ni yang aku tau majlis aku nanti ada beberapa kriteria. Yang pertama simple, hanya majlis makan dan meraikan tetamu. Tak lebih dari itu. Kedua sangat kemelayuan. Antaranya? Bunga mangga harus banyak/lebat. Itu lambang perkahwinan orang melayu. Tengok, ayah aku melayu sangat kan? kehkehkeh. Harap-harap ayah aku tak baca blog aku.




thanks korang!



Love,
Tata!









Tuesday, June 12, 2012

Preparation #3

Hai!



Assalamualaikum.



Sabtu ahad baru-baru ni aktiviti menghadiri majlis kawen kawan-kawan. Tapi kali ni lain sikit, sebab kawan-kawan asyik bagi soalan yang sama 'korang hujung tahun ni kan?' 'majlis korang bila?'. Ngalahkan artis pulak. Hikhik. Perasan.

Nak cakap pasal wedding En Abg Azam selaku ketua kelab motorsport kitorang. Kitorang? Bila ntah aku jadi ahli. Ketua kelab motorsport diorang. Bila dah namanya ketua kelab, haruslah anak-anak buah wajib hadir. Tapi yang jauh yang tak boleh nak sampai atas halangan-halangan yang tak dapat dielakkan nak buat mcm mana kan.. Kirimkan jelah doa untuk ketua kelab kita eh. Nak cakap pasal wedding dia, tapi bukan ada picha aku pun. Aku tukang jadi photographer diorang ada la. Kejam. Kita cakap pasal wedding dia nanti2 la eh. Nak share sikit pasal persiapan simple daku. Huhuhu!

Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad gigih okeh buat bunga tangan. Fabric Handbouquet. Percubaan pertama dulu agak menyampah di tatap. Jadi kali ni agak berpuas hati sikit. Tapi kali ni buat dalam masa 4 hari. Gigih okay. Sekarang ni part pemegang je belum siap. Dengan harapan malam ni boleh siap. Fuh! Fuhhh.







Full picha nanti eh.. Dah siap 100% baru share dekat sini. Wink! Ni pun dapat idea dari Intan Norazam again. Dia memang inspire me a lot. Jimat dan menggunakan titik peluh sendiri. Peluh ke? Yekkk. Hehehehe! Cakap pasal jimat ianya memang sangat jimat. Aku guna kain chiffon yang harganya Rm4.80 semeter. Setiap warna yang aku pilih aku cuma ambil setengah meter sahaja. Ada empat warna, so maknanya hanya beli 2 meter lah kan. Rm4.80 x 2 meter = Rm9.60. Butang saiz kecil 20sen, butang saiz besar 40sen. Tak sampai Rm20 pun. Jimat kan? B2B yang sangat berjimat cermat. Sobs!

Malam tadi lepas berbuka puasa ganti (Hehehe!) mata terus layu. Nak sambung buat HB dah malas. Tapi sebab taknak bazirkan masa lagi, aku sambung jahit manik dekat baju resepsi pulak. Part lengan dengan bawah baju pulak lepas ni. Banyaknya benda kena buat. Huhuhu.








Picha yang keempat tu adalah manik tambahan. Biasa la. Perempuan kan. Jenis tak puas. Hehehe. Tapi sebelum beli dah plan nak letak kat mana supaya tak menyesal beli. Jadinya takde la amalan pembaziran disitu kan? kan? kan? ;p

Dalam hati ni kan, aku asyik risau pasal katering je. Takut makanan tak cukup. Hish! Jauhkan la. Berlebih takpe. Boleh sedekah. Kalau tak cukup tu yang masalah. Huhuhu! Kalau ikutkan memang tempah lebih, tapi saudara mara plus kawan-kawan ibu dengan ayah aku dah serupa nak buat Jom Heboh okeh. Lagi-lagi ni first time ibu dan ayah aku kawenkan anak. Risaunya. Doa jelah banyak-banyak.






En Pekak yang super rajin teman aku buat fabric HB. Huhuhuhu! Masa ni pukul 3.30am. Esoknya ahad, sebab tu boleh berjaga sampai pukul 4.30am. Last-last dia tertido. Siap landing kepala atas bantal. Over. Macam la dia penat sangat buat HB. Lastly kitorang tido sama-sama depan TV sebab dua-dua penat buat HB. Poyo lah pekak ni. Hugs pekak ketat-ketat!





thanks korang!



Love,
Tata!











Friday, June 8, 2012

DIY : Fabric Flower - The Burnt Edges

Hai!


Assalamualaikum.



Selamat hari jumaat sayangs :) Selamat pagi! Malam tadi ter rajin pulak nak snap-snap picha. Actually malam tadi gigih buat fabric handbouquet (chiffon). Wink! Wink! Tapi tak boleh la share kat sini lagi, sebab nak tunggu siap baru share eh.. Takde la tengok benda tak siap macam selalu tu. Hikhik! Jadi terus keluarkan fabric flower (burnt edges) yang aku letak dekat baju resepsi. Bunga tu dah lama siap, cuma tunggu masa nak jahit dekat baju je.







Here's a "how to" in pictures :









gunting











bakar







bakar lagi







Sudah siap! Mula-mula risau jugak nak buat bunga guna chiffon warna lavender tu. Sebab risau bila bakar tepi chiffon akan jadi hitam. Tapi tak pulak. Suka, suka! Jangan risau dengan bentuk dia, memang nampak buruk tapi bila dah jahit manik dekat tengah-tengah kelopak bunga, secara otometik ia akan nampak cantik!








thanks korang!




Love,
Tata!







Thursday, June 7, 2012

Jom cuci mata dengan Fondant Cake!

Hai!


Assalamualaikum :)


Mood happy sangat sebab rezeki dari Allah melimpah tiba-tiba hari ini. Bisnes En Gaban berjalan lancar. Alhamdulillah. (*.0)




157 hari lagi!



Target aku minggu ini adalah ingin menyiapkan handbouquet (hb). Fabric handbouquet. Untuk minggu ini nak siapkan hb untuk nikah dulu. Untuk resepsi insyaallah akan aku usahakan. Banyaknya kerja. Esok jumaat kan? Nak buat sikit lah kerja kawen kat ofis waktu lunch esok. Huhuhuhu!


Okay, jom cuci mata dengan designs kek yang cantik-cantik. Mana tau ada yang nak jadikan inspirasi kek pertunangan atau hantaran kawen nanti :)





1







2








3







4







5







6







7







8







9







10







11







12






13








14








15







16







17







18







19







20







21







22








Pilihan saya :



Pilihan anda?





thanks korang!



Love,
Tata!