CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 12, 2012

Preparation #3

Hai!



Assalamualaikum.



Sabtu ahad baru-baru ni aktiviti menghadiri majlis kawen kawan-kawan. Tapi kali ni lain sikit, sebab kawan-kawan asyik bagi soalan yang sama 'korang hujung tahun ni kan?' 'majlis korang bila?'. Ngalahkan artis pulak. Hikhik. Perasan.

Nak cakap pasal wedding En Abg Azam selaku ketua kelab motorsport kitorang. Kitorang? Bila ntah aku jadi ahli. Ketua kelab motorsport diorang. Bila dah namanya ketua kelab, haruslah anak-anak buah wajib hadir. Tapi yang jauh yang tak boleh nak sampai atas halangan-halangan yang tak dapat dielakkan nak buat mcm mana kan.. Kirimkan jelah doa untuk ketua kelab kita eh. Nak cakap pasal wedding dia, tapi bukan ada picha aku pun. Aku tukang jadi photographer diorang ada la. Kejam. Kita cakap pasal wedding dia nanti2 la eh. Nak share sikit pasal persiapan simple daku. Huhuhu!

Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad gigih okeh buat bunga tangan. Fabric Handbouquet. Percubaan pertama dulu agak menyampah di tatap. Jadi kali ni agak berpuas hati sikit. Tapi kali ni buat dalam masa 4 hari. Gigih okay. Sekarang ni part pemegang je belum siap. Dengan harapan malam ni boleh siap. Fuh! Fuhhh.







Full picha nanti eh.. Dah siap 100% baru share dekat sini. Wink! Ni pun dapat idea dari Intan Norazam again. Dia memang inspire me a lot. Jimat dan menggunakan titik peluh sendiri. Peluh ke? Yekkk. Hehehehe! Cakap pasal jimat ianya memang sangat jimat. Aku guna kain chiffon yang harganya Rm4.80 semeter. Setiap warna yang aku pilih aku cuma ambil setengah meter sahaja. Ada empat warna, so maknanya hanya beli 2 meter lah kan. Rm4.80 x 2 meter = Rm9.60. Butang saiz kecil 20sen, butang saiz besar 40sen. Tak sampai Rm20 pun. Jimat kan? B2B yang sangat berjimat cermat. Sobs!

Malam tadi lepas berbuka puasa ganti (Hehehe!) mata terus layu. Nak sambung buat HB dah malas. Tapi sebab taknak bazirkan masa lagi, aku sambung jahit manik dekat baju resepsi pulak. Part lengan dengan bawah baju pulak lepas ni. Banyaknya benda kena buat. Huhuhu.








Picha yang keempat tu adalah manik tambahan. Biasa la. Perempuan kan. Jenis tak puas. Hehehe. Tapi sebelum beli dah plan nak letak kat mana supaya tak menyesal beli. Jadinya takde la amalan pembaziran disitu kan? kan? kan? ;p

Dalam hati ni kan, aku asyik risau pasal katering je. Takut makanan tak cukup. Hish! Jauhkan la. Berlebih takpe. Boleh sedekah. Kalau tak cukup tu yang masalah. Huhuhu! Kalau ikutkan memang tempah lebih, tapi saudara mara plus kawan-kawan ibu dengan ayah aku dah serupa nak buat Jom Heboh okeh. Lagi-lagi ni first time ibu dan ayah aku kawenkan anak. Risaunya. Doa jelah banyak-banyak.






En Pekak yang super rajin teman aku buat fabric HB. Huhuhuhu! Masa ni pukul 3.30am. Esoknya ahad, sebab tu boleh berjaga sampai pukul 4.30am. Last-last dia tertido. Siap landing kepala atas bantal. Over. Macam la dia penat sangat buat HB. Lastly kitorang tido sama-sama depan TV sebab dua-dua penat buat HB. Poyo lah pekak ni. Hugs pekak ketat-ketat!





thanks korang!



Love,
Tata!











8 comments:

LiNda said...

saila!! cntiknye..wat tutorial please. Nak wat jugak

Nursaila Norman said...

okay syg! :))

LiNda said...

linda selalu gak bukak blog intan norazam tu..serius best tgok dia punye hasil keje.heee...thankz dear, linda suke tgok org diy ni, boleh try blaja gak..:)

Saya Disini said...

comeinye..rajin betul

SarahSyafiq said...

cantik2.sgt menjimatkan.hehe

Azura @ cik buaya said...

wahhhh camana buat tu..tunjuk cara sikit :D hehe yup kak intan sgt la awesome..really inspire la :) saila pun x kurang hebatnye..gud joob girl

MAY said...

series gile rajin!!mesti meletop baju resepsi nnt kan..pergh..nnt buat la jahit manik kat may plak..boleh??

Afasz said...

wahhhh cantik......rajin ye