CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 22, 2012

Entry ni ceritanya mengarut. Baik jangan baca. Aku takde idea. Haha.

Hai!



Assalamualaikum.


Pelik. Bila aku takde depan pc untuk menaip entry banyak pulak benda nak share, nak bagitahu (macam ada orang nak tahu), nak membebel. Tapi bila dah ada depan pc, nak start new entry, terus rasa 'apa nak tulis eh?ermmm'. Close.

Dulu masa followers tak ramai (sekarang ni ramai ke?hadoilah) suka suki aku je nak cerita macam-macam. Lagi-lagi hal aku dengan En Gaban. Sampai tahap blog aku ni dah jadi tempat khas untuk tulis hal-hal kami. Keji gila time tu. Kalau tak percaya cuba korang bukak balik entry2 lama aku. Boleh dikatakan setiap entry. Pasal kami. Tapi aku nasihatkan baik tak payah. Pitam dua hari kang. Tapi sekarang, sejak-sejak dah ada followers (dah ada okay,bukan ramai. ramai tu mcm korang cecah juta2 kehkehkeh!), malu gila nak tulis kat sini pasal kami. Kang ada pulak yang hantuk-hantuk kepala kat monitor pc/laptop.

Sejak-sejak nak kawen ni kannn.. Gedik betul tulis segala hal pasal nak kawen. Yelah, aku sorang je yang nak kawen kan (T___T). Tapi nak buat macam mana. Wedding kecil-kecilan. Apa je nak share. Takat apa yang aku diy tu jela. Tu pun diy sebab nak jimat bajet. kehkeh. Ada hati nak share segala. Macam best je kan. Haha. Lepas tu aku realise yang hal-hal wedding aku boleh buat orang annoyed. Tak pasal-pasal. Ke korang okay je? Hikhikhik!

Haihh.. Tak tau la nak tulis apa. Tapi nak tulis jugak. Kenapa eh? Jari gatal eh? Ada benda nak share tapi macam over pulak tulis kat sini. Hal perancangan aku dengan En Gaban? Hal bisnes En Gaban yang baru disambung semula setelah stop sebab desakan kerja? Hal cincin kawen? Bagi aku nak share, sekali bagi orang lain benda tu menjengkelkan. Cemana?

Nak kongsi pendapat takut pulak tak sesuai. Yelah, aku ni pelik sikit. Orang kata A, aku kata B. Adat kata J, aku tetap nak melawan. Aku kata M. Kang aku tulis kat sini, habis semua maki hamun aku. Sedih la kan. Eh, dah kata pendapat aku.. Pedulik la. Ye tak? Ke kena pedulik jugak?

Hal facebook? Macam-macam hal. Nak cerita tapi tak dikategori sebagai mengumpat ke eh? Macam la aku bagus sangat g komplen facebook orang lain.

Eh, chop! Aku terdengar akak-akak kat ofis aku ni bercerita pasal 'orang lelaki bawak bekal'. Macam best je. Apa perasaan anda sebagai lelaki apabila membawa bekal ke pejabat? Tak payah malu lah. Macam la orang melayu kat Malaysia ni semuanya jenis pengganas-pengganas antarabangsa yang boleh terbang ke sana sini menyelamatkan dunia, tapi tiba-tiba waktu lunch bukak bekal. Kan? Comel apa. Hahaha. Pantang ye orang lelaki kena cop sebagai comel. kehkehkeh.

Ha, banyak pulak huruf-huruf dalam entry aku ni. Macam tak percaya. Dalam tak tau nak tulis apa, boleh pulak siap satu entry. Hahaha. Poyo je kan tak tau nak tulis apa. En Gaban, awak tau kan saya jenis macam mana?

En Gaban : jenis susah nak behenti bercakap!

Oh no!!!!! Awak kejam. Awak kejam. Awak kejam. Okay dah. Jom buat kerja.





thanks korang!



Love,
Tata!

Que sera, sera!

6 comments:

Saya Disini said...

hehe..mcam2 cerita ada..

nur anis said...

salam kenal...:)

wahhh..saya pun kalau baca entri lama-lama mesti rasa lawak je..

Cik Tqah said...

hohohoho.. share je yg mana rasa nk share.. tp same je sy ngn awak.. byk je nk share.. tp stuck.. entry byk xupdate.. tgk blog jd blur nk tulis ape ehh

nn lylyn said...

biase benda2 mengarut =)blog kite kan

My Life's Journey said...

hihi .. seronok ada blog dear .. tak pe tu .. kita bebas untuyk menulis selagi tidak meyimpang ke arah kejahatan ..yeahhhh

LiNdaBlogshop said...

heeee..linda ok je saila nak share ape2 pasal u punye wedding preparation. huuuuu..sebab linda memang suke bace blog org nak kawin ni.excited!