Hai!
Assalamualaikum.
Sambil buat kerja apa kata kita cuci mata sikit dengan idea yang aku dapat dari weddingchannel.com.
Play Lawn Games
Boleh kot kalau buat majlis dekat taman. Tapi kena ada ramai kakitangan untuk handle game dan majlis resepsi serentak. Atau pun buat game selepas majlis resepsi. Oh, penat. No, no untuk aku.
Bunga Api (Fireworks)
Kalau tak salah aku orang Melaka akan buat bunga api pada malam berinai. Betul kan? Sebab sepupu aku yang ayah dia orang Melaka pernah buat bunga api macam malam merdeka pun ada. Meriah okehh.. Budak-budak la paling suka. Kalau bukan orang Melaka pun boleh try jugak. Bercahaya langit!
Photo Booth
Photo Booth memang tengah 'in' sekarang ni. Sangat-sangat menjadi trend. Aku pun tak ketinggalan nak ada photo booth sebab aku takde pelamin. Memang taknak sebab tak suka. Hiks! So ayah aku akan buat backdrop untuk jadikan photo booth juga. Aku request nak backdrop yang lain sikit dari yang biasa. Harap-harap menjadi! Props? Boleh disediakan atau pun tempah :)
Nyanyian atau Tari Menari
Opsss! Tidak untuk aku. Aku takkan benarkan sama sekali ada karaoke, lagu yang bising-bising dan tari menari dalam majlis aku. Huhuhuhu. Tak boleh. Karaoke aku tak suka sebab bising. Tak sesuai jadikan majlis resepsi ada karok-karok ni (ceh). Nak karok sila pergi Pusat Karaoke. Huhuhu! Lagu yang dipasang oleh DJ pun aku tak suka. Bising. Nak berbual susah. Menari lagi la tak boleh. Nasib baik permintaan aku ni ibu dan ayah setuju. Fuh!
Artist
Jemput/Upah sorang artis untuk melukis gambar-gambar tetamu. You could even hire a caricature artist or cartoonist to give your guests a good laugh! But they get to try it for free okay! Jangan pulak kita charge tetamu untuk bayar. Pitam tetamu. Kita la sebagai tuan rumah kena bayar upah artis. Kalau tak silap lukisan biasa-biasa sekeping Rm15. Tak tau la harga dah naik ke tidak.
Arts & Crafts
Okay jugak ni.. Walaupun tak berbakat dalam seni tapi yang penting hasil tangan yang ditinggalkan oleh tetamu yang hadir. Boleh disimpan untuk kenang-kenangan. Sekarang ni yang ada guest book kan? Apa kata guest book tapi guna water colour? Jangan sampai comot baju dah la. Hiks!! Tak pun boleh jugak mintak kawan rapat atau saudara mara lukis gambar pengantin ikut kreativiti mereka. Habis la.
Sweets and Treats
Sedara mara sebelah ibu aku paling suka buat ni dalam majlis diorang. Feveret diorang ialah aiskrim cawan. Kalau takat sedara mara dekat macam kami ni for sure ambil lebih dari satu. Dah tu kalau yang jaga peti aiskrim tu pun sepupu kitorang jugak.. Mana boleh dia tak bagi. Hehehehehe!
Class Act
Yang ni aku no comment. Huhuhu! Kalau ada yang nak try boleh je. Nanti majlis korang akan nampak wild dari kebiasaan. Tapi pastikan mereka yang dijemput untuk mengadakan persembahan ini adalah yang terlatih okay. Takut kalau jadi perkara yang tak diingini pulak. Huhuhu.
8 cara kreatif untuk buat tetamu gembira. Sebenarnya ada 10 cara. Tapi Cigar Bar dan Wine Tasting tak sesuai la kan. Apa-apa pun ikut kesesuaian majlis dan budaya kita ya. Jangan terlalu taksub sangat nak jadikan majlis kita paling diingati sampai lupa agama dan budaya. Ikut kesesuaian dan kesopanan lah ya. Ayah aku dah remind awal-awal.. Memang aku takde apa-apa konsep langsung (takde sebab tak terfikir langsung HUHU!), tapi ayah aku cakap yang penting ada ciri-ciri melayu. Pitam. Tak sangka pulak ayah aku nak ciri-ciri kemelayuan. Nampak mcm rockers je. Last-last wedding anak dia, dia nak ada ciri-ciri melayu. Dia siap warning aku lagi.. Aku orang melayu ke orang barat? Huhuhuhu. Melayu ayah. Aku baru suggest kad kawen macam tiket penerbangan MAS.. Saje la gatal nak tiru.. Last-last kena tarbiah. Orang melayu buat cara melayu. Yelah. Yelah. Jangan berangan nak jadi orang putih. Hambek kau.
Setakat ni yang aku tau majlis aku nanti ada beberapa kriteria. Yang pertama simple, hanya majlis makan dan meraikan tetamu. Tak lebih dari itu. Kedua sangat kemelayuan. Antaranya? Bunga mangga harus banyak/lebat. Itu lambang perkahwinan orang melayu. Tengok, ayah aku melayu sangat kan? kehkehkeh. Harap-harap ayah aku tak baca blog aku.
thanks korang!
Love,
Tata!
2 comments:
wauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu memang buat rujukan betul la dear ni ... umi suke yang part photo booth tu dear ... part ais cream cawan pun bagus ..sebab time majlis hari panas ..sekurangnya ade benda sejuk ..
ataupun cendol ..umi guna cendol
dear..linda rase photo booth tu memang idea yg best. Wat la,pastu jgn lupe jmput linda tau. hihi
Post a Comment