CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 7, 2012

Testing celak dari Makkah

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



*Nota : entry ni ditaip semalam. tapi apa kes tak boleh upload picha. dengki la tu kan. (o.O)




Over tak kalau aku letak picha sendiri yang pakai eyeliner padahal takde apa yang menarik pun. Macam la orang lain tak pernah pakai eyeliner. Hikhikhik.

Bagi chance eh.. Hari selasa baru-baru ni aku sangatlah berdebar-debar nak mengadap panel penilai. Kot-kot la dengan eyeliner dari Makkah tu diorang boleh jatuh hati lembut hati. Eh, tapi memang berjaya kalau tak salah. Diorang tak soal banyak. Tanya sikit tu pun simple question. Aku lak yang over. "Pelan R saya dah check ke?" "Saya tak kena panggil, semuanya okay ke?" Berdebar, takut sampai tahap aku pulak soal panel penilai. Over la kau ni. En Boss pun tak over. Huhuhuhu!





Mak su aku baru balik dari Umrah. Sebab tu boleh dapat eyeliner Al Sultan ni. Ingat boleh ke pakai eyeliner sultan senang2? Sorry sikit eh. Pergi Umrah dulu baru boleh pakai. ;p Mula-mula aku ingatkan lipstik. Disebabkan aku ni tidak boleh langsung pakai lipstik, so aku abaikan jela. Tapi rupa-rupanya eyeliner. Kebetulan eyeliner dah lama habis, terus jadi hak milik aku. Kan? Harap-harap Leha tak baca entry ni.






abaikan mata bengkak dan muka tanpa make-up (eh,mcm la selalu ber'make-up')




Takde apa yang menarik pun kan? Macam eyeliner biasa kan? Tapi ada part lain yang lebih best dari eyeliner lain yang aku pernah pakai. Apa dia? Senang nak garis. Senang yang amat. Serius tak tipu. Sekali garis je terus jadi. Takde la nak kena ulang byk2 kali mcm selalu tu. Ke aku yang tak reti pakai eyeliner? Haha! Tapi ada satu masalah besar Al Sultan ni. Bila kena air habis la. Mata lebam mcm gothic. Susah hilang lak tu. Cis.

Inai dari Makkah belum pakai lagi. Disebabkan aku tak suka pakai inai jadi terbiar lah inai tu mcm tu je. Huhuhu.

Siapa nak pergi Umrah? Kirim Al Sultan boleh? Hehehehe :D



thansk korang!



Love,
Tata!





6 comments:

NurSalihah Norman said...

owhh patut lah ibu cari tak jumpa, ku dah agak dah mesti kau yang kebas hahahah (gelak jahat) ;p

Pn. Sheila@CC said...

cantiknyer botol celak tu... menarik tak pakai....

Cikpuan rara said...

cantik.bekasnnya pon cantik.

LiNda said...

cantik kalo pakai celak mekah..:)

saila, linda ing nak sewa. Tapi linda bertunang raye ke 3 nnti. Boleh lagi ke sewa?

LiNda said...

heee...thankz saila. boleh je linda dtg amik kat selayang, raje tu pun kat selayang je, kat bukit idaman tu. Agak2 bile linda boleh amik tu?

Azian Elias said...

Salam kenal

akak sebenarnya kalau boleh teringin nak guna celak yang tak perlu nak cuci bila nak ambil sir solat. kalau eyeliner biasa tu kan kita kena cuci betul2 kan. then pakai lagi.. yang dari mekah ni tak perlu kan..