CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, January 31, 2013

Second Hand Furniture

Assalamualaikum.


Menjawab kepada soalan oshinz dekat entry S I N I, arm chair yang ada dekat 'rumah kita' tu sebenarnya barangan second hand sahaja. Sobs! Kalau ada yang pernah terbaca entry pasal secong hand furniture (shf), memang aku beli shf sahaja untuk 'rumah kita'. Masa tu belum kawen, En Gaban dah stay rumah sewa tu dan aku nak rumah tu ada perabot sebelum aku pulak masuk. Kitorang survey dulu harga perabot, ikut pada kesesuaian poket. Huhuhu. Kebetulan kitorang terrrjumpa kedai shf dekat dengan area rumah aku. Dekat situ la kitorang beli cabinet tv dengan table for two. Hehehehehe!

Arm chair ni datang sekali dengan meja, tapi meja tu tinggi sesuai digunakan untuk makan, sebab tu aku letak meja tu dekat dapur sebagai meja letak barang.


Picha ni picha lama, aku save saja-saja. Kejap ni cari-cari terjumpa, ada jugak la bukti picha asal shf hikhikhik. Ni lah rupa masa arm chair ni masuk 'rumah kita'. Togel je. Hehehehe! Picha kanan tu meja arm chair. Kalau boleh nampak, meja tu warna hitam, permukaan dia dilapik dengan kaca tebal. Bagi aku tak praktikal nak guna dekat rumah tamu, tiap kali bergesel dengan barang bunyi agak kuat sebab permukaan kaca kan. Ngeri pulak dengar, macam ada benda nak pecah. Huhuhu. Picha kanan tu masa mula-mula kitorang letak dekat dapur, untuk electric thermo dengan mug :) So tinggal la arm chair sahaja di ruang tamu. Lepas kitorang kawen, aku combine kan arm chair dengan meja putih dari IKEA rm29.90. Yang ini semua orang tau kan? :)

Harga arm chair ni rm300 sahaja masa kitorang beli. Asalnya niat nak beli cabinet tv je. tapi sebab harga cabinet tv tu rm300 kitorang tambah lagi 1 item - arm chair. Hehehehehe :) 



Ini lah cabinet tv edisi second hand.. Huhuhu! Ada cabinet design macam ni, kena sediakan duit dalam rm500 ke atas. Tapi dah terjumpa yang ini, walaupun shf, tapi sebab masih elok luar dan dalam tanpa sebarang masalah dan cacat cela kitorang pilih shf.

Fyi, ini lah barang terawal masuk 'rumah kita' sebelum kitorang bina hidup sama-sama. Yes, i know cuma barang second hand yang katanya dari kilang reject sebab hilang 1, 2 skru.. Tapi kalau boleh dapatkan sesuatu dengan harga yang murah tapi kualiti yang sama, kenapa tidak. Duit lebih tu boleh saving atau guna ke arah yang lain :) So far, kedua-dua barang ni masih elok dan okay (sempurna), kalau nak buat hal pun sempat la saving duit untuk dapatkan yang baru. hikhikhik.



Hakikatnya kami berdua sangat jarang atau memang susah nak spend masa dekat arm chair tu. Senang kata arm chair tu lebih kepada perhiasan semata-mata. Haha. Salah satu sebabnya ialah susah nak tengok tv.. Posisi tak mengadap terus ke arah tv. Agak tak selesa kan, so tak pernah pun duduk dekat situ. Huhu!

Maaf lah kalau ada yang naik bosan dengan entry aku lately asyik pasal rumah je. Macam lawa sangat rumah kau. Maaf, maaf, maaf. Huhuhuhu! Sebelum ni memang ada orang bertanya beli dekat mana, harga berapa, tapi aku tak sempat nak bagitahu. Sibuk nak kawen. Ni kebetulan ada masa dan peluang, aku explain lah sikit kat sini. Takpe eh? Huhu.

Ada yang bertanya kedai dekat mana.. Susahnya nak explain. Kedai second hand ni bukannya macam kedai elok, cantik yang ada alamat jelas, tempat strategik. Bila datang soalan macam ni la paling susah aku nak explain..

Apa yang aku boleh bagitahu ada 3 buah kedai yang jual shf yang elok-elok dan cantik-cantik :
1. Selayang Baru (belakang Klinik Kesihatan Selayang)
2. Area Batu Caves
3. Area Taman Melati (berhampiran stesen LRT Gombak)

Maaflah, takde alamat lengkap. Unless, kalau ada yang serius nak beli boleh email aku akan cuba dapatkan alamat lengkap diorang eh :)


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Sharing My Experience : Masa

Assalamualaikum.


Selepas 2 bulan lebih, hampir 3 bulan aku duduk rumah sendiri tanpa family yang memanjakan aku, memang banyak sangat perubahan. Nak kata banyak buat kerja rumah tak pun. Rasanya Suami yang banyak membantu. Huhuhu. Thanks sayang, rajin sangat basuh baju, sidai baju sorang-sorang dalam bilik belakang (which is dah set untuk jadikan bilik tu untuk sesi pakaian sahaja).

Sebelum kawen dulu ingatkan banyaklah masa boleh dibuang-buang. Rupanya tidak. Rasa macam nak request lebih masa untuk sehari. Nak request dekat siapa? errrrrrrrrrrrrrrrrrr.. Bangun pagi seawal 5.30am untuk siap pergi kerja. Sedangkan aku masuk bilik untuk tidur pukul 1.00am setiap hari! Ya, setiap hari. Serius aku taktau la apa yang kitorang buat sampai tidur pun lewat. Tidur awal? Tutup lampu? Tett!

Bayangkan aku cuma tidur 4jam 30/40minit setiap hari. Dan dengan itu aku nak tukar kerja yang membolehkan aku bangun at least pada pukul 6.30am. At least aku ada sejam lagi untuk tidur dengan nyenyak. hiks!

Dulu sebelum kawen aku ingat banyak masa aku boleh gunakan untuk bersenang-lenang menonton television bersama Suami, tebus balik segala penat lelah buat persiapan kawen (poyo semata-mata). Rupanya tak.. Makin banyak pulak aktiviti aku. Sampaikan Suami nak pasang Astro pun kitorang dok fikir berapa peratuskah penggunaannya nanti. Huhuhuhu. Sampai rumah dari kerja pukul 6.45pm, aktiviti luar rumah yang tak menentu kena ambil kira jugak. Kalau ada bola (EPL) lebih seronok tengok di mamak kan? Ada teh tarik, ada roti canai, ada mamak berkeliaran sana sini, ada ramai orang, ada itu, ada ini.

Selalunya waktu malam la nak mengemas apa yang patut kan. Macam aku, aku tak suka rumah bersepah sebelum masuk tidur. Ibu dah ajar sejak kecik. So dah terbiasa. Huhuhu. Mungkin sebab tu lah kot aku tidur lambat. Haha. Selalunya bila dah makan malam, dah kenyang, bila Suami dah membasuh banyak kali (2x atau 3x) baru aku lipat kain baju. Kalau tak pun sebelum tidur kena pastikan sink kosong takde pinggan, gelas, mangkuk, sudu kotor. Kadang-kadang tu terbabas gak sebab Suami SUKA sangat supper. Request nak susu lah, nak conflakes lah, nak aiskrim lah.. Kan dah kena basuh sudu, mangkuk, mug blablabla. Grrrrr! Bila dah malas sangat-sangat aku akan basuk esok. Huhuhuhuhuhuhu!!  Tapi pastikan bilas dulu dengan air supaya semut tak berkampung dalam sink.

Aku ada terdetik nak beli broadband, sebab sejak kebelakangan ni jarang sangat aku dapat BW blog kawan-kawan, kadang-kadang dah baca tapi xsempat nak tinggalkan komen. Dengan adanya broadband dekat rumah boleh lah berBW, update blog, sebab dekat office dah tak sempat. Tapi bila fikir-fikir balik, nanti aku leka. Aku ni kalau dah dapat internet memang leka. Tu tak kira bukak YouTube tengok gadis-gadis korea menari. Huhuhuhu!! Tak payah lah berinternet dekat rumah. Biarlah orang nak kata kami Suami Isteri ketinggalan zaman, henfon pun Sony je (wu! wu! wuuu!) janji masa berdua kat rumah sangat berkualiti. Ceewahhhh. Aku pernah ber'online' dekat rumah family aku, serius sadis Suami aku terkontang kanting terbiar. Rilex je aku layan macam-macam. Moralnya no internet at home, nanti tak jadi apa. T____T!

Fuhhh! Habis pun pengenalan.

Aku memang dah lama sangat-sangat nak tulis pasal hal ni, tapi belum sampai lagi masa yang sesuai. Lagi pun masa tu aku belum kawen. Beberapa bulan lagi nak kawen. Takkan aku nak lebih-lebih kan. Sejak dah kawen ni aku selalu rasa tak cukup masa. Sebab tu aku terfikir hal yang pernah berlaku dulu. Sorang kawan yang boleh terasa hati sampai tulis dekat status FB dia pasal aku tak layan dia. Eh, macam susah nak faham je kan ayat aku. Cut it short, aku tak dapat nak layan chat, call dia sampai tahap dia meluahkan ketidakpuasan hati dia dekat FB. Status FB! Melampau kan. Benda tu memang dah lama, pertengahan tahun 2012, tapi sampai sekarang masih terkesan lagi dekat hati aku. Kawan baik, tapi sanggup tulis (dengan nada perli kaw-kaw) dekat FB padahal dia tau aku akan nampak dan baca. Takde kias-kias. Straight to the point. Agak kasar di situ.

Hal-hal detail tentang benda tu tak perlu lah aku bagitahu kat sini, taknak mengaibkan siapa-siapa. Cuma, hal yang berlaku tu buat aku terfikir : seolah-olah life dia terlalu sunyi sampaikan aku tak dapat nak layan dia dekat FB, chat, call menjadi hal besar dalam hidup dia. Perlu ke perli kawan (bukan kawan biasa-biasa) dengan alasan kawan kita tu tak bagi perhatian dekat kita. Aku pun ada kawan yang lebih rapat dari dia, tapi aku kena faham (wajib), setiap orang ada life masing-masing. Ada hal masing-masing. Bila seseorang tu free, belum tentu dia nak spend masa dia tu dengan kita. Terpulang kepada individu dia nak spend masa yang dia ada dengan apa dan siapa kan? Takde paksaan. Tapi kenapa dia terlalu ambil serius perkara : aku tak dapat nak layan dia, tanya khabar dia, spend masa untuk call dia blablablabla.

Huhuhuhu! Bila diingat balik memang worst gila. Aku sangat-sangat-sangat-sangat kesal hal macam ni boleh berlaku. Serius membazir masa aku semata-mata.

Benda yang berlaku ni menyebabkan aku terfikir (masa ni belum kawen lagi), bosan ke hidup berumahtangga sampai kesan maha besar sangat bila kawan xlayan kita. Ke nanti aku pun jadi macam tu lepas kawen. Aku terfikir, actually banyak kali gak la aku asyik berfikir huhuhuhu tak cukup ke lelaki yang kita nak sangat-sangat-sangat kahwini ceriakan hidup kita. Once kita decided untuk kawen dengan lelaki pilihan kita tu, mesti la sebab kita yakin dia mampu sempurnakan hidup kita kan? Oh, okay.. Mana ada manusia sempurna, tapi hidup kita at least akan sempurna dengan kehadiran dia kan? Kan? Ke tak?

Bila aku dah kawen, walaupun baru sangat, baru 2 bulan lebih, tak layak nak nasihatkan orang yang dah bertahun-tahun kawen siap ada anak, tapi apa yang aku lalui 2 bulan ni memang sangat tak cukup masa. Sampai aku tak sempat nak sakit hati dekat kawan-kawan lain yang hidup gembira hoyeh hoyeh tanpa menghiraukan aku. Huhuhu! Sebab aku sangat happy dengan life selepas kawen - life bebas dengan Suami tanpa mengira masa dan dimana. So, kenapa perlu rasa sunyi, bosan, macam hidup keseorangan sampaikan kawan tak layan kita pun jadi masalah besar? I just wonder. Huhuhuhuhuhu..

Aku belum ada anak, ini pun dah request nak lebih masa. Bila dah ada anak taktau la aku nak pastikan 24jam tu cukup untuk aku, Suami, anak, pejabat dan rumah. Huhuhu. Tak sempat nak FB dekat rumah, takde masa nak cemburu buta dekat kawan-kawan lain, tak perlu nak cari kegembiraan dekat luar sana sebab aku atau kita dah ada life yang cukup lengkap bila Suami kita sentiasa ada dengan kita. Kan?

I remind myself, kalau kita pilih dia sebagai Suami, maksudnya kita tau hidup kita akn sempurna dengan dia. One day akan ada anak insyaallah, itu akan menambah keceriaan hidup, dengan itu tak perlulah kita mudah sangat nak terasa dengan kawan-kawan, mudah sangat nak kecik hati sebab kawan tak layan kita, mudah sangat nak ungkit hal lama - dulu dia cari kita, sekarang kita tak cari dia. Just leave it. Nonsense!

Apakah aku yang silap sebab tak mampu nak bagi layanan dekat kawan-kawan atau orang lain yang terlalu sunyi? Silap aku ke sebab terlalu sibuk dengan family, kerja, En Gaban, aktiviti membuang masa, persiapan kawen, sampai kena perli dekat FB? Huhuhuhuhu T____T

Benda dah jadi dan dah berlalu pun. Aku tak marah macam awal-awal dulu sebab aku belajar untuk faham keadaan orang. Maybe dia betul-betul perlukan kawan. Cuma aku kesal, perlu ke aku yang jadi mangsa? Wuu! Wuuu! Wu!

Reminder untuk diri sendiri : Please hargai orang sekeliling kita, cari keceriaan dalam hidup, sentiasa bersikap positif tanpa melibatkan orang lain kalau hidup kita terasa lonely. Jangan jadikan orang lain magsa kalau kita rasa rutin harian kita membosankan. Tanya diri sendiri, apa yang kurang sampai kita rasa susah sangat nak rasa happy dengan orang yang ada dekat dengan kita. Ceriakan orang sekeliling kita, then orang lain akan ceriakan kita juga.

Sorry, terpanjang entry. Mana yang sudi habiskan pembacaan dari awal terima kasih banyak-banyak. Apa yang aku tulis ni tak melibatkan bloggers langsung. Ini pengalaman sendiri untuk dijadikan pengajaran kepada yang lain.


thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!

Wednesday, January 30, 2013

Wordless Wednesday : My Feveret Area

Assalamualaikum.


Arm Chair with Table Lamp + Alphabet S & S !!




hadiah kawen yawww!
kepada yang memberi hadiah sila tinggalkan komen.. hikhik!
sukaaaaaaaaaaaa sangats-sangats!
S & S


Beads + Jars and Bottle

recyle dari hari kawen  :D
small pillow, jars hantaran.
kotak harta karun?
orkid?
dari pelamin nikah kan? hikhik!!



satu set lagi duduk jauh sikit, taknak simetri sangat T_____T


Langsung tak wordless. Wu! Wuu! Tengah bertabah hati nak pasang wall shelf cuti wilayah ni, dengan harapan lebih banyak benda aku boleh letak especially buku. Dan dengan tiba-tiba, rumah aku sangat tak praktikal untuk ramai orang. Damn! Memang kena buat style Jepun jugak ni. Coffee table, alas tempat duduk and have some tea, please :) Aku perlukan lebih kabinet untuk hiasan dan buku. Tapi takut semak dan sempit. Huhuhuhuhuhuhu.

Sekarang ni asyik berdiri dekat setiap penjuru rumah sambil bercekak pinggang macam mandor. Dengan harapan idea datang supaya rumah nampak fleksible. Tapi macam mustahil je. *nangis*



thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, January 29, 2013

Preparation for Rumah Kita :)

Assalamualaikum.


Hye darlings!

Quick update, meeting dengan timbalan menteri postponed ke minggu depan. Sebab tu boleh berlengah-lengah. Padahal En Big Boss baru je suruh aku naik pejabat timbalan menteri hantar folder.  kehkeh. Nak buat kerja slow and steady lak, asyik jadi lipas kudung je. Bosan. Ngeeeeee!

Cuti 5 hari, dari Khamis sampai la Isnin. Tapi hari Isnin baru bergerak dengan Suami mencari barang peralatan dapur. Dah dua bulan kawen, oh hampir tiga bulan rupanya.. Dapur masih belum lengkap sebab barang-barang semua dalam kotak. Semalam baru kelam kabut mencari almari untuk dapur, balang-balang kaca untuk bahan minuman, itu ini itu ini (please consider barang-barang tidak perlu heeee!). Puas hati bershopping dekat Romantika, heret Suami cari rak tingkat-tingkat pulak.

Malam lepas maghrib bermula lah sesi mengemas dapur men'transfer' segala mak nenek masuk ke tempat baru, balang baru, semua serba baru. Padahal boleh je guna bekas sedia ada, nak jugak membazir itu ini. Konon nak nampak sama dari segi warna dan jenis barang. Cis.

Benda tak perlu pun aku terbeli, hahaha! Actually bukan terbeli pun, masa dah aim benda tu, Suami cakap tak payah sebab membazir. Apa pulak membazir, tempat tisu comel nak mati dekat Romantika.. Mesti la perlu, kan? Siapa berani cakap Romantika punya barang tak comel?

Aku belek benda alah tu berkali-kali okay.. Sampai aku tak sedar yang aku sebenarnya sedang memujuk Suami supaya membenarkan aku beli benda tu. Masuk kali keempat, Suami bagi aku ambil sebab dia dah tak larat nak tengok aku belek tempat tisu tu berkali-kali, lepas tu siap ada sound effect 'ta nak ni, tapi b tak bagi'. Gila apa dok ulang ayat tu semata-mata. Huhuhu.

Malam ni almari tak seberapa sampai, dengan itu malam ni bermula lagi sekali sesi mengemas dan menyusun barang-barang dapur supaya aku rajin ke dapur lepas ni. Alasan munasabah. Semalam mengemas dapur dengan ruang tamu sampai pukul 12malam. Huhuhuhuhu. Malam ni taktau la mengemas sampai pukul berapa. Biasa la, dapat benda baru.. Mesti lah excited hikhik! Dengan harapan malam ni dah boleh keluarkan barang-barang dari dalam kotak macam Juice Maker!!

Dapur tak besar, so kena atur peralatan supaya praktikal. Ntah menjadi ke tidak. Huhuhuhu!

Ada beberapa benda aku nak usahakan untuk rumah (walaupun rumah sewa sahaja!) :
1. Ruang tamu. Kecil tapi kena lengkap dengan keperluan asas. Oleh itu kena susun dengan betul!
2. Dapur. Kecil jugak. Kena lengkap dengan segala isi dapur supaya senang nak kenyangkan perut bila lapar.
3. Bilik kedua. Nak jadikan bilik tu sebagai ruang pakaian semata-mata dan ruang solat untuk tetamu.

Walaupun rumah kami kecil, sewa pulak tu tapi aku tetap nak buat rumah tu macam rumah sendiri. Sebab yang nak stay dalam rumah tu pun kita jugak kan.. Takkan sanggup nak tengok rumah tak terurus dengan alasan tu cuma rumah sewa. Huhuhuhu. Sebaik-baiknya, dekat mana pun kita tinggal, rumah kena kemas dan bersih.

pssst : ada dua sudut yang aku nak buat dekat ruang tamu kecil kami tu. Sudut membaca dan menjahit. Agak-agak boleh muat ke?? Ke nak combine kan dua-dua sekali. Hmmmm... Nanti kalau berkesempatan aku review mana-mana yang perlu ye :)


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Monday, January 21, 2013

Memasak

Assalamualaikum.


Menaip masa lunch. Sedih.

Selepas 2 bulan lebih berkahwin, baru semalam memasak. Takde lagi menggoreng nuget macam selalu. Bila lapar je pastu malas nak keluar, goreng nuget. Takde lain, nuget jela kerjanya.

Masa memula kawen, minggu pertama kawen aku dengan Suami galak la membeli segala mak nenek bahan masakkan. Boleh dikatakan hampir lengkap la dapur aku tu. Tapi yang ado. Tak masak jugak. Kentang dengan bawang yang aku letak dalam bekas Tupperware kaler purple cantik-cantik akhirnya rosak dan busuk. Tak guna. Ke tong sampah akhirnya. Cili merah, cili api dalam peti ais pun rosak. Buang. Sayur-sayuran aku beli bajet macam kedai makan pun rosak, buang. Apa lagi.. Banyak okeh aku buang sebab dah busuk. Hahaha. Masaknya tidak.

Last-last nuget jugak yang aku goreng. Tabah la Suami aku makan nuget siap letak sos, mayonis, garfu bagai semata-mata nak nampak class. Takde la sadis sangat bagi Suami makan nuget. Hahaha.

Tapi sejak aku kerap bawak balik kerja ofis ke rumah, makin kerap la aku lapar. Takkan asyik nak makan luar je kan. Tambahan pulak Suami demam beberapa hari, dengan batuk teruknya, lagi la tak logik nak makan luar. Tu yang spaghetti tak sudah-sudah. Nak masakkan bubur, Suami tak makan bubur. Aku pulak yang teringin.. Bubur, ikan bilis goreng garing, lobak asin goreng, kicap taruk cili api. Sedap apa makan panas-panas. Tapi Suami taknak. Aku dah lebih-lebih nak dah.. Huhuhu!

Akhirnya malam semalam kitorang beli bahan untuk masak, ganti segala bahan yang dah rosak. Suami siap remind aku jangan beli banyak-banyak. Bajet untuk makan berdua je. Hehehe, hari tu aku feeling2 macam nak buat kenduri kesyukuran. Biasa beli barang dapur dengan Ibu, beli untuk makan berlima, stok sebulan. Kali ni makan berdua, belum tentu masak hari-hari selama sebulan. Huhuhu. Oleh itu sangat sukar aku nak mengagak kuantiti yang perlu diambil.

Semalam beli bawang besar, ambil beberapa biji.. Bila pergi timbang, diorang tampal stiker rm0.53. Bawang merah (aku taktau apa beza bawang merah dengan bawang besar, ada beza rasa ke?) harga rm0.42 kot tak ingat. Cili kering rm1.02. Halia berapa sen tak ingat, serai rm1.50 dekat 10 batang. Banyak nak mati. Beli kat supermarket boleh la bayar sen-sen.

Malam tu lepas solat maghrib start masak. The funniest thing! Time-time tu la bukak segala hadiah yang dapat masa kawen haritu. Pembalut hadiah memang dah bukak lama, tapi tak keluar pun dari kotak masing-masing. Haritu masa nak masak spaghetti, habis semua periuk yang aku dapat aku keluarkan. Nak berlaku adil, aku guna macam-macam bentuk ikut kesesuaian. Seronok okeh guna periuk baru, pastu ikut suka aku nak guna yang mana (ikut design yang aku suka haha). Dulu dengan Ibu jangan harap, satu periuk untuk satu kegunaan. Kadang-kadang aku gerammmm je nak guna periuk baru. Tapi Ibu tak bagi. Huhuhu! Kali ni bukak blender. Hohohoho! Baru nak mesin cili kering. hikhik! Situ la nak masak, situ la nak mesin cili kering. Mesin cili guna blender orang bagi hadiah kawen. Hehehe. Fresh dari kotak gitu.

Suami tak pandai masak (ececehhhh, macam aku pandai masak je nak kata orang), so aku mintak tolong dia amek itu, amek ini. Hehehe! Mintak tolong Suami masak nasi. Nasib baik pandai. Aku sink sebelah siang ayam, dia sink sebelah basuh beras. Tetiba macam romantik lak dua-dua kat dapur sama-sama masak. Haa, muntah cepat. Husband korang mesti lagi dasyat kan, kan, kan. Mesti punya. :D

Kebetulan, announcement.. Kebetulan Suami aku makan satu lauk je. Sebab tu berjaya. Kalau Suami aku makan 2, 3 jenis lauk mau pukul 10.00mlm baru makan gamaknya. Huhuhu. Ayah aku lagi best, lauk telur dadar pukul dengan ikan bilis, bawang, cili api (tumbuk bersama) lepas tu goreng hari-hari pun takpe. Lagi sonang. Nasib la Suami aku tak makan telur dadar sangat. Kalau tak memang itu aku masak. 




Ini lah hasilnya setelah berhempas pulas memasak di dapur. Satu lauk je pun, tapi nak guna gak perkataan 'berhempas pulas'. Ayam masak sambal kering. Aku tambah perkataan kering sebab sambal tak basah/lembab. Huhuhu! Finishing yang tak seberapa, dengan serai sebatang nak jugak masuk dalam pinggan. Konon efek seni ada disitu.

Suami makan beriya sampai lupa game Arsenal dia pukul 9.30mlm. Rilek je dia makan dengan kusyuk, Aku lak yang beriya-iya nak cepat. Kitorang dengan senang hati, senang perut pergi mamak tengok Arsenal vs Chealsea. Habis game pukul 11.30mlm, sampai-sampai kat rumah solat dengan iron baju kerja depan tv. Dah settle pukul 12.30mlm macam tu rilek je Suami ambil pinggan, ambil nasi dalam rice cooker, ambil lauk ayam bawak depan tv. Makan lagi!

Aku tak rasa lauk tu sedap sangat, mungkin sedap sikit je sebab ayam kan memang sedap. Aku rasa dia lapar sebab Arsenal kalah 2-1 dengan Chealsea. Sebab tu dia makan lagi. Oh, masa bayar duit kat kaunter mamak tu dengan selamber mamak tu cakap kat kitorang 'sudah kalah..'. Mentang-mentang kitorang pakai baju Arsenal, sedap dia je cakap macam tu. Sentap okay. Agaknya sebab tu Suami makan lagi nasi dengan lauk ayam tu.

Masa Suami tengah makan pukul 12.30mlm tu, aku cakap aku taknak masak lagi dah lepas ni. Yang tu lah last aku masak. Suami pandang aku macam tak puas hati.

'kenapa??'
'malas lah masak, nanti b asyik makan je. nanti gemuk.'

Boleh tak alasan tu supaya aku takyah masak dah lepas ni?



thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Friday, January 18, 2013

Lepas Balik Kerja...




Assalamualaikum.


Malam tadi first time masak lepas balik dari kerja. Rajin dengan tiba-tiba. Hehe. Suami request spaghetti lagi. Dan kebetulan ada beli dim sum dekat ofis. Nak kukus takde pengukus, goreng jela jawabnya. Tapi lagi sedap kalau kukus kan. So menu malam tadi : Spaghetti + dim sum. Sukahati je menu kan. Hoho!




ni je yang mampu. nak masak yang canggih-canggih tak pandai :(

Lepas kitorang makan bagi kucing 3 ekor kat luar rumah makan pulak. Lepas bagi diorang makan aku buat kerja ofis. Tapi sebelum nak mula buat kerja ofis tu, aku sempat ajak Suami lepak mamak dengan alasan nak buat kerja ofis kat sana. Amek kesempatan kannn. Tapi kenyang melampau nak gerak badan pun malas. Keji. Dengan itu, buat kerja ofis kat rumah jela. Sobs!

Tapi masa tengah buat kerja ofis sambil Suami tengok citer Sarakit (haha, episod last kau excited nak tengok), tetiba datang la si Boboi ni. Kucing luar rumah yang kami bagi makan. Lepas makan dia wajib tidur berdengkur dulu dalam rumah. A'ah, berdengkur. Siap Suami sound 'yang kat sana tu slow sikit please'. Refer bunyi dengkuran Boboi yang mengganggu gugat fokus kami kat Sarakit. Haha!



Tetiba dia beralih tempat tidur. Dari tepi sudut dinding tetiba datang kat aku pastu landing atas kertas-kertas kerja aku. Kuasam kan. Dengan rasa tak bersalahnya dia tidur nyenyak okay. Aku tolak-tolak pun dia tak kisah. Janji tidur atas kertas katanya. Cis.

Suami minta henfon aku nak snap si Boboi a.k.a lori terbalik tu. Kucing jalanan je ni, tapi sebab kesian kat diorang bertiga, kitorang bagi diorang makan. Yang lagi 2 ekor tak jinak sangat. Lepas makan cabut lari. Dah kenyang kann.. Lari la. Hehehehe!

Tetiba pukul 11malam aku dah mengantuk sangat-sangat. Baru 1st time masak utk dinner dah penat gila. Motip? Mengada lebih. Patutnya lepas masak tak payah buat kerja ofis. Patutnya lepas masak lepak-lepak senang hati je. Wu! Wu! Nasib la buat kerja ofis kat rumah. Menyampah.

Cakap dekat Suami : saya pagi kerja, balik rumah buat kerja rumah, dah siap semua buat kerja ofis balik.   Nasib baik la Suami zaman sekarang boleh diharap kan. Takde la yang stok duduk depan tv pegang remote tunggu makanan terhidang. Huhuhu. Nasib baik la rajin jugak bantu-bantu Isteri. Ringan sikit beban Isteri. Takde la tertonggeng kat dapur sorang-sorang. Suami-suami zaman sekarang dah pandai ke dapur jugak kan. Untungnyaaaaa :D



thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Thursday, January 17, 2013

I am a Suri Rumah :)

Assalamualaikum.


Selepas dua bulan lebih berkahwin, baru la niat asal tercapai. Niatnya ialah cermin yang aku jadikan dulang hantaran masa kawen tu aku nak lekat dekat dinding rumah. Baru tercapai. Macam sibuk sangat je. Tapi memang sibuk pun. Huhuhu. Sibuk dengan kerja ofis dan urusan membuang masa bersama Suami. Okay lah tu kan? Hehehehe!

Aku perasan, aku akan rajin gila-gila bila Suami takde (macam haritu dia konvoi, aku tinggal sebab kerja ofis belambak), Suami kerja (aku tak kerja sebab bangun lambat Haha!), Suami demam (errrrr). Serius weh, kalau Suami absence sekejap dari sisi aku, memang aku rajin gila vavi. Habis semua benda dalam rumah tu aku basuh (tetiba tau membasuh), sidai baju (tetiba rajin), tukar cadar (dulu Ibu yang buat), menyapu bagai nak rak, mengemas macam PM nak datang rumah. Gila. 

Suami tak sihat beberapa hari ni (hampir seminggu lah jugak), memang tak kemana-mana. Duduk rumah jadi suri rumah sepanjang weekend. Makanya aku tetiba memasak untuk Suami yang demam. Kembang sekejap sebab aku masak untuk Suami.. Lalalalalalalala. Aku teringin nak makan spaghetti, ingatkan Suami tak suka. Rupanya dia suka sangat-sangat. Apa lagi, masak spaghetti la.. Kawen-kawen terus jadi orang Itali. Hehehehehe!










ta daaaaaa!
spaghetti sudah siap. sudah selamat pun masuk dalam perut.
Suami sukaaaaaaa. hikhik!
aku lagiiiii la sukaaaaaaa! 


Suami makan smapai menjilat pinggan. Serius ni, tak tipu. Terkojut den, kenapa jilat pinggan. Hadoi. Sodap sangat katanya. Tetiba sengih meleret-leret. Sekarang pun tersengih lagi. Gedik. Itu part memasak, first time masak selain goreng nuget semata. Cayalah. Masuk pulak bab menampal cermin dekat dinding ruang tamu yang kecik cinonet tu.




Selamat dah cermin dulang hantaran aku melekat dekat dinding rumah. Ada jugak sesuatu dekat dinding.  Takde la kosong sangat. Huhuhu. Boleh tahan jugak perasaan menghias/mengemas rumah sendiri. Rasa puas hati yang melampau-lampau. Lebih-lebih lagi kalau Suami suka. Dulu super pemalas, sekarang ni kena la rajin, walaupun jadi suri rumah sekejap cuma. Hehehe. Sabtu ahad pun belum tentu aku jadi suri rumah, dah Suami asyik bawak aku ke sana sini pasal bisnes dia je. Bila nak jadi suri rumahnya. Hehe. Lepas ni nak buat sudut membaca (impian aku tu), harap-harap menjadi, amin. Tengah usha-usha sudut mana yang sesuai. Maklumlah, rumah kecik. Kalau gedabak tu sedap sikit nak merancang. Huhu.

Takpe lah, janji boleh stay dengan Suami, malam-malam buang masa depan TV dengan Suami. Kan?

Susah nak menghias rumah kecik ni, salah susun, jadi semak pulak. Haihhhh.



thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Monday, January 14, 2013

Aiskrim, penyejuk hati, ke?

Assalamualaikum.


Hari ini Isnin. Selama 2 tahun aku kerja dekat sini, belum pernah sekali pun aku rasa simptom-simptom moanday, bluesday etc. Tapi sejak banyak hal yang berlaku dekat sini, sumpah.. Ahad petang je aku dah lemau. Malasnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Macam tu lah 1% dari perasaan aku.

Sangat takde mood nak buat apa-apa. Cuma ada mood untuk apply kerja je. Haha! Asyik twitter je. Sebab situ takde orang kenal. Nak twit apa pun takpe. Kan. Kang tulis kat fb ada yang buat andaian sendiri, ada yang tetiba nak buat story panas, ada yang tepuk tangan, buat parti buih.

Siap tanya tuju kat siapa pun ada! Gila. Sape-sape jelah. Susah hati buat apa?

Banyak sangat memikir. Sampai tidur malam dah susah. Pastu sehari dua ni boleh pulak mimpi hal kerja. Aku kerja teruk sangat ke atau kerja aku yang teruk?

Full stop.

Tengah rajin mengedit picha. Konon gempak la. Aku lebih suka picha asal. Warna asal. Tapi terrrajin pulak mengedit. hikhik!









Dulu sebelum kawen beli sorang satu je. Sekarang beli sekotak terus. Bila rasa nak makan je bukak peti ais. Padahal aiskrim lain belum makan lagi dah beli yang ini. Suami lah ni. Suka sangat aiskrim.







aiskrim dgn nuget je kau. huhu! abaikan durian tu.



thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, January 8, 2013

Urggghh!

Assalamualaikum.


Menggelabah betul tajuk.

Esok ada Ujian L. Baru nak amek. Eh, bukan. Ambil kali kedua selepas lesen L aku dah tamat tempoh. See? Nak amek lesen pun malas. Masa tu belum ada kereta. Semangat takde. Sekarang dah ada baru semangat berlebih-lebih. Haha.

Niat dihati malam ni nak baca buku. Dah kalau kerja ofis kena bawak balik rumah LAGI nak baca macam mana? 

Tawakal je ke esok? Usaha takde, tetiba nak doa pastu tawakal? Boleh ke cenggitu? 

Suami dah sms tadi, dia suruh aku baca buku malam ni, nanti dia belanja Domino's. Domino's aku nak. Baca buku taknak. Hehehehe!

Kalau fail esok nak kena ulang. Masa lagi, tenaga lagi, nak kena apply cuti lagi. Dah la apply yang esok ni pun huru-hara hidup aku dibuatnya dengan alasan sebelum aku cuti sehari, banyak hal-hal yang esok aku kena siapkan. Taknak susah kan orang sambung kerja aku pastu menyusahkan orang.

Orang susahkan kita takpe, ye dok?

Malam ni nak kena sambung draf ucapan En Bos suruh. Sedih je tadi. Ni pun ada lagi 1 keja belum siap. Esok katanya nak meeting, walaupun aku takde esok, tapi aku punya part nak kena ada jugak. Tapi satu apa aku belum buat lagi.

Macam mana?

Macam mana wehhh?

Update blog boleh pulak?

Ini terapi.

kehkehkehkeh!


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Sunday, January 6, 2013

Pearl Handbouquet : Bride 2 Be From Perak

Assalamualaikum.


Pearl hb untuk bakal pengantin dari Perak sudah siap sepenuhnya. Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Dalam susah hati, dalam tekanan kerja datang bertimpa-timpa, dalam pada orang berdengki nak jatuhkan aku, dengan izinNya, Allah beri aku cukup masa untuk siapkan jugak hb yang tergendala ni.

Semoga bakal pengantin sentiasa di bawah lindunganNya. Amin.

Here's some pictures, thanks Ayah bagi pinjam DSLR. Haha. Tetiba sombong taknak guna camera henfon. Hehehehe!











Harap b2b dari Perak tu suka eh :) Berperang dengan perasaan sungguh nak siapkan tempahan-tempahan b2b. Akhirnya siap jugak satu benda. Lepas ni harap aku boleh sempurnakan tempahan-tempahan lain. Amin. Sebab sekarang ni aku selalu sangat bawak balik kerja ofis ke rumah. 




thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Thursday, January 3, 2013

Giveaway : Falling In Love

Assalamualaikum.



bismillahirrahmanirrahim


2002
First time terjumpa dia masa di tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Baru. Dia baru berpindah ke sekolah aku dan betapa kebetulan sangat, dia masuk kelas aku. At first ingatkan dia lelaki Cina. Aku pulak jenis tak tengok orang (ok,aku kera sumbang). Aku langsung tak kisah pasal dia. Lantak lah sape pun nak masuk kelas aku. Sebab aku mood tak baik sejak masuk tingkatan empat sebab aku ditempatkan dekat kelas sains, padahal aku nak kelas sastera. Sastera. Sastera. Sastera. Okay, enuf.

Lepas cikgu perkenalkan 'lelaki cina' tu, dia terus duduk belakang aku. Situ je yang kosong. Sejak dia duduk belakang aku, dia asyik cakap 'hai, boleh berkenalan?'. Jadah kan? Hangin je satu badan kan. Dah la mood tak baik setiap hari. Lagi mau usik aku hari-hari. Sakit gila hati aku. Oh, lupa.. Dia Melayu. Bukan Cina. Patut la dia tadah tangan masa bacaan doa pagi-pagi buta. Huh!

Disebabkan dia asyik usik aku bajet macam nak mengorat, aku pulak berangin satu badan, makanya hari-hari aku marah dia. Tengking-tengking dia. Sawan okay. Lepas beberapa minggu dia pindah kelas sebelah sebab kelas aku ramai sangat. So pecah dua kelas. Aku secara sukarela nak pindah ke kelas baru, tapi bila aku tengok nama 'lelaki cina' tak jadi tu ada, terus aku cancel. Moody la sampai dua tahun, bertahan semata-mata untuk ambil SPM. Huhuhu!

Aku ingatkan bila dia dah pindah kelas baru (sebelah je pun) aku dah aman, tapi tak. Tiap kali dia lalu depan kelas aku dia akan terpacak depan pintu kelas aku, sengih-sengih. Saje nak sakitkan hati aku. Budak-budak kelas aku apa lagi, kerja nak mengejek aku dengan 'lelaki cina' tak jadi tu jela. Lagiiii la sakit hati. Selalu aku marah-marah dia depan budak-budak lain. Tapi taktau la kenapa lagi aku marah lagi dia suka mengusik. Kadang-kadang dia tak usik pun, tapi aku lebih-lebih marah. Motip? Meroyan kan.

2003
Masuk tingkatan lima dia tak usik-usik aku lagi dah. Aman damai hidup aku. Budak-budak lain pun tak mengejek aku dengan dia lagi dah. Aman sentosa. Aku fokus dengan SPM semata-mata. Lantak la yang lain-lain nak jadi apa pun.



*****************************************************************************


2006
Satu hari tu, masuk sms dari nombor yang aku tak kenal.

'hye,boleh berkenalan?'

Bila aku paksa-paksa mengaku dan aku berjanji takkan marah, akhirnya dia bagitahu nama dia. Oh! Mamat cina tak jadi tu. Dia ambil nombor henfon aku dari kawan baik dia Firdaus. Kebetulan, aku dengan Firdaus tengah rajin ber'sms' bila free time tu.

Rupanya sejak habis SPM dia tak putus-putus mencari aku. Tanya hal aku dari kawan-kawan dia, tapi takde sorang yang tahu. Memang la pun, aku kan kera sumbang. Mana la ada orang tau pasal aku. Huhuhu. Dua tahun dia tak jemu-jemu cuba jejak aku. Sampai la satu hari tu dia tergerak hati belek-belek henfon Firdaus. Terjumpa la nama aku dalam contacts. Dia ambil dan terus sms aku time-time tu jugak.

Sejak dari itu kitorang mula berkawan aku-kau, aku-kau.

Hampir setiap bulan dia akan bagi hint nak bawak hubungan persahabatan kami lebih dari sekadar kawan. Tapi aku taknak. Sebab aku taknak putus dengan dia. Sebab aku suka dia. Suka kawan dengan dia. Suka dia mengusik aku. Walaupun kawan, tapi aku boleh jadikan dia kawan paling baik sangat sebab dia pandai buat aku happy tiap kali aku susah hati. Kalau aku bercinta dengan dia, satu hari kalau aku putus dengan dia, aku akan kehilangan kawan. Aku taknak hilang dia. Sebab tu aku berkeras aku taknak lebih dari seorang kawan.

Tapi dia tak jemu-jemu bertanya cara baik, sebulan sekali ada la jugak.. Tapi aku tolak cara baik. Sekali pun dia tak pernah marah atau berkecil hati. Dia tetap layan aku dengan baik walaupun aku reject dia berkali-kali. Masa tu pulak aku baru masuk semester 1 dekat UUM, dia lah tempat aku mengadu, bergaduh. Walaupun sekadar dalam sms. Pernah sekali dia bagi sms 'kalau kau sedih ke dalam kesusahan ke, kau seru je nama aku 3 kali'. Sampai la satu masa tu aku rindu dia (hahaha, bodoh rindukan dia), aku pun nekad hantar sms 'Shahir, Shahir, Shahir'. Bodoh okay time tu. Nak mengaku malu. Malu la, dah la sombong, reject cinta dia. Tetiba rindu pulak kan. Huhuhu!

Dalam baik berkawan tu macam biasa la, aku kan hangin satu badan.. Garang nak mati. Banyak kali gak aku marah dia kalau dia buat lawak tak kelakar. Pastu aku malas layan dia 2, 3 hari. Menyampah la konon. Pastu baik balik. Pastu gaduh pulak, marah-marah pastu baik balik. Dia tabahlah melayan perangai aku yang cepat melenting tu. Kena marah ke, kena sound ke, tetap lah dia sms aku tanya khabar. Aku? Yang ado, buat derk je. Agak-agak angin aku baik aku layan, angin tak baik aku sound je. Huhuhuhuhu! Raksaksa sungguh aku ni.

2007
Januari, dia macam biasa-biasa je dengan aku. Kadang-kadang aku sunyi pulak bila dia tak usik-usik aku. Lawak dia pun dah tak selalu ada dalam msg, rasa macam tawar je sms kitorang. Dia pun dah tak bagi hint macam selalu tu. Dah takde soalan cepumas dari dia.
'do you love mee?'
'kau boleh tak jangan nak mengada tanya soalan macam tu kat aku? kau tau kan jawapan aku apa??'
'aku tanya, do you love mee? kalau kau tak suka mee, takpe la..huhu'
Jadah sungguh! Oh, rindu hint-hint cenggitu. Huhu.
Masa tu aku macam suka dia, macam rindu dia. Tapi taknak. Taknak. Takut putus pastu hilang seorang kawan. Berperang dengan perasaan sungguh.

Aku tanya kawan baik aku (kawan paling baik dunia akhirat), tanya pendapat dia.. Dia nasihatkan aku supaya mencuba. Tak salah bagi peluang dekat lelaki yang mencuba berkali-kali tu. Jodoh, ajal, maut dia tangan ALLAH. Hari esok adalah perkara ghaib.

Aku cuba hadam elok-elok apa yang kawan aku cakap.

Wehhh! bukan nak belajar kan.. Layan perasaan pulakkkk. Ceh!

Satu malam aku bagitahu roomate aku, bagitahu tentang kegelisahan hati aku. Bagitahu yang aku suka dia, serius suka dia. Nak setuju supaya hubungan kami lebih dari kawan. Tapi dia tak bagi hint. Macam mana? Huhuhu. Roomate aku suruh sms dia cakap je terus terang. Gila?! Taknak aku. Pastu roomate aku pun bagi la kata-kata semangat (macam bagus je malam-malam buta tak study sibuk layan perasaan siap ada penyokong kau).

Okeh, nekad.

'kau dah lama tak tanya aku pasal hubungan yang tu kan?' (tak berapa ingat ayat sebenar huhuhu)
'tu la, tapi kalau tanya pun jawapan kau tetap sama kan..'
Oh, dia dah lain. Dah tak ceria macam dulu. Lain. Macam tak happy je.
Lama senyap. Ketar-ketar aku nak taip msg.
'pasal soalan-soalan kau tu kan.. what if i say 'yes'.'
Damn. Dah send pun.
Senyap.
Aku tenung je henfon aku. Cepat la reply.
Senyap.
*
**
***
Senyap.
Aku dah tak senang duduk. Malu pulak menggelabah macam tu, gatal tangan lagi g tanya soalan macam tu. Kan dah padan muka.
Still senyap. Seminit pun aku rasa macam sejam. Kenapa la mamat ni tak reply msg aku!
Bip! Bip! Msg masuk. Okay, aku tak ingat bunyi msg tone aku apa time tu.
'thank you..'
Thank you je???!! Wehhh!
'thank you je ke?'
lalalalalalalalalalalalalala~~


*****************************************************************************

2012
November, dia Suami saya!

Bila borak-borak, tanya hal-hal lama, bocor lah banyak rahsia. Salah satunya kenapa dia lambat sangat reply msg aku malam tu.

Rupanya dia terkejut sebab aku bagi jawapan 'yes'. Dia macam tak percaya. Dia sampai tak sedar bila masa dia boleh beralih dari bilik ke pagar rumah-tepi longkang (haha!). Dok kuis-kuis pasir dengan kaki. Apakah? Sebab tu dia lambat reply sebab dia takut dia bermimpi. Ceh! Lama dia baca msg aku. Pastu dia cuma mampu reply 'thank you' sebab tak tau nak cakap apa.

Tapi lapan bulan jugak la baru aku betul-betul boleh terima dia dalam hidup aku lepas kitorang mula bertukar status dari 'friend' ke 'loving couple'. Yela, tak pernah ada boyfren. Tak reti kot. Still ber'aku-kau' beberapa minggu terawal. Haha. At first, aku target couple dengan dia 2 minggu sahaja. Keji sungguh. Well, who knows.. 2 minggu jadi 5 tahun 11 bulan. Fuhhh!

Banyak pahit manis sepanjang menjadi yang belum halal. Diharapkan setelah menjadi yang halal ni, banyak lah manis dari yang pahit. Pahit itu ubat, cuma mampu nak telan dengan tidak je, kan.

2013, perjalanan pertama untuk menuju ke syurga bersama Suami tercinta. Amin.

T H E     E N D






Entry ni ditaip untuk join Giveaway feeruzstory. Dalam hati ada niat nak menulis tentang kisah cinta kami, tapi belum ada kekuatan. Malu sebenarnya nak tulis hal-hal cinta ni. Tapi sebab Giveaway ni dibuat oleh B2B, dan tajuk pun menarik, aku taip la sikit-sikit. Malam tadi tanya Suami, boleh tak join Giveaway ni, Suami 50-50 nak bagi ke tak. Tapi last-last dia bagi. Hehehe. Tarikh tutup 11 Januari 2013. Sempat lagi mana-mana blogger yang nak join. At least, bila dah tertulis kat sini, dapat la jadi kenangan (walaupun selambak diari kat rumah aku tulis pasal kami huhuhu).






"dunia berputar, mengubah siang menjadi malam. hari bersilih ganti meninggalkan esok berlalu pergi. selagi cinta aku untuk mu kerana mahukan syurga, izinkan aku menjadi suri mu, rindukan syurgaNya, menjadi yang sempurna untuk mu. hadirku dari rusuk kirimu, ingin aku sentiasa disisimu"



thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!

Wednesday, January 2, 2013

Kelantan : Happy Ending 2012

Assalamualaikum.


Syukur alhamdulillah, sempat bernafas di tahun 2013 dengan status baru dan orang baru :) Alhamdulillah jugak dapat habiskan sisa-sisa tahun 2012 di rumah mertua. First time duduk serumah dengan family Suami adalah benda baru dalam hidup aku. Sebelum ni hanya family Suami yang datang ke rumah untuk hal-hal rasmi dan berhari raya. Belum pernah sekali pun aku ke sana bersuai kenal dengan diorang. Since 'tak manis' aku ke rumah pihak lelaki - pegangan family aku, siapa tahu akhirnya aku ke sana jugak. And much better dari apa yang aku sangka. hiks!

3 hari 2 malam aku stay rumah mertua rasa pendek sangat. Aku ingatkan satu perasaan kekok aku akan rasa sepanjang dekat sana, tapi tak. Malu-malu kucing tu ada la, tapi takde la sampai tahap tak sabar-sabar nak balik KL. Malah tak sangka lak, dah cukup 3 hari bercuti. Dah sampai masa kena pulang KL. Huhuhu. Kalau dengar cerita orang sekeliling, kalau pasal Mak Mertua ni macam scary/annoying je.. Nak balik rumah family mertua macam menyampah je.. Takde pulak.. At first memang nervous, tak tau nak bersikap macam mana. Maybe orang akan cakap 'alah baru-baru lagi memang lah okay, tunggu la lama sikit'. Of course NO! Kalau kita jadi diri sendiri, terima family baru dengan ikhlas, isu-isu macam tu kita boleh elakkan. Lagi satu kena beringat la, kita masuk family orang, tak boleh lah demand sangat. Aku pun masih belajar nak sesuaikan diri dengan Mak n Ayah, tapi okay, diorang layan aku macam anak sendiri. Alhamdulillah, senang sikit permulaan aku :)

Cakap pasal diri sendiri aku memang lah jujur nak mati. Tak reti nak membodek, nak tunjuk pandai ke dapur. Huhuhu! Selamber badak je Mak yang siapkan makanan pastu makan. Pastu minta maaf sebab tak tolong Mak kat dapur sebab tak reti. Wu! Wu! Nasib baik Mak sporting. Masa salam-salam nak balik ke KL pun minta maaf lagi sekali sebab tak tolong Mak masak. Haha. Tau takut. kehkeh!

Satu benda jela yang menyampahnya, tiap kali aku ngadu apa-apa kat Suami, mesti Suami akan sampaikan kat Mak. Badan aku macam panas sikit (maybe perubahan cuaca) pun nak bagitahu Mak pastu Mak pun check2 badan aku. Aku alergi dekat tangan (dah berhari-hari pun) ngadu kat Suami sebab tak elok-elok lagi, pastu dia bagitahu kat Mak jugak. Tak pasal-pasal kang Mak ingat aku mengada lebih. Hampeh sungguh.

Jalan-jalan dekat Kelantan? Wakaf Che Yeh? Rantau Panjang? Kebetulan Mak dengan Ayah suka makan roti canai a.k.a lepak mamak.







first time makan roti telur yang banyak telur. first time ada gula pasir sebagai menu tambahan.







Masa sampai dekat Wakaf Che Yeh hujan rintik-rintik, sempat jalan pegang-pegang tangan sekejap, pastu hujan lebat. Kitorang terkebil-kebil jela tengok hujan turun. Disebabkan dah lewat malam, malas nak tunggu hujan stop, kitorang shopping dalam kedai je. Huhu. Dapat la tudung yang di cari-cari, dah puas hati terus pulang. Kesian kat Mak dengan Ayah kang tunggu kitorang lama sangat. Hihi.







@Rantau Panjang
muka excited gila vavi kau!




heading to kedai Jersi. kedai first. Misi : merembat kehendak kami!




Fly Emirates!!




Cari jeans!


























Suami memang suka snap picha tanpa di suruh. grrr!




buli Suami heeeee~
















benda ni lah feveret aku masa dekat U dulu. dekat dengan Siam kan, ini lah makanan yang diorang jual dekat kitorang. masa nampak benda ni rasa nak lompat tinggi-tinggi. haha! nasib baik Suami ada. hehehehehehe!! lama kot tak makan.













spot my sandal, pakai lalu wehh.. hikhik!




petang-petang ajak Suami jalan-jalan area kampung naik motor Ayah
serius best nak mati
O.o!

First time sampai Kelantan, first time stay rumah mertua, first time jauh dari family lepas kawen ikut Suami jumpa family baru. Semuanya awesome. Alhamdulillah, seronok sangat. Masa balik Kelantan aku bawa laptop, konon-konon nak buat kerja. Last-last semalam baru buat. Mak siap suruh aku g buat kerja okeh.. Haha. Tapi takkan nak buat kerja ofis time kat kampung kan.. Memang annoying la. Huhuhu!

Duit dah banyak kali rabak dah ni sebab sakan sangat bershopping. Padan muka. Wu! Wu! T____T


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!