CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Wednesday, May 30, 2012

Dulang hantaran saya biasa-biasa je

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Adakah pelik sekiranya saya menyewakan dulang hantaran padahal saya belum pakai lagi?

Ouch! Skema nya!




Hai! Dah maghrib kan? Tapi aku still dekat pejabat. Nangis. Tunggu En Gaban ambil dan bawa pulang ke KL. Tengahari tadi aku ada post pasal trial gubahan hantaran yang selekeh kan? Tu masa mula-mula try buat bunga guna kertas tisu (tissue paper/crepe paper). Risikonya ialah bunga tersebut sangat sensitif dan mudah koyak. Huhuhu! Maknanya, kalau decide nak gubahan hantaran guna tissue paper/crepe paper, kena hati-hati dan menatang bagai minyak yang penuh <----- peribahasa untuk malam ini ;)

Tapi aku bukan nak cakap pasal gubahan eh, sebab part gubahan hantaran belum decide dan confirm lagi. Masih diperingkat berangan-angan. Hehehe. Sekarang aku nak cakap pasal dulang hantaran (ada yang nak tau ke takat dulang tak canggih tu).







Dulang ni ada kaki. So tak payah nak pakai kaki dulang lagi dah. Betul ke nama dia kaki dulang? Ala, yang macam tapak dulang tu. Belasah lah. Sure korang tau kan apa ke bendanya tu. Huhuhuhu! Harga Rm9.90 setiap satu. Total 9 dulang bersamaan Rm89.00. Setakat ni Ara guna untuk hantaran dia pada sabtu ni. Tak sabar nak tengok dulang yang aku belum guna, tapi dah bagi Ara rasmi! Hiks.

Harga Rm9.90 tu adalah selepas tawar menawar. Aku bab tawar menawar memang gagal! Aku bayar je kalau dah berkenan. Tapi ibu aku gigih tawar menawar. Harga dekat tempat lain (area KL) Rm11 setiap satu selepas tawar menawar.

Lagi pun bentuk dia yang ada ruangan di dalam menyebabkan aku rasa konfident untuk letak barang hantaran. Ruang dia luas. Memang kena lapik dengan sesuatu supaya nampak selesa. Nak lapik dengan span lah. Bagi nampak macam tilam empuk. Hehehe ;p

Dulang ni hantaran untuk En Gaban. Untuk diri sendiri aku pilih cermin sebagai dulang hantaran. Honestly idea ni datang dari Intan Norazam blogger terkenal a.k.a ratu diy :) At first aku dah pun tempah dekat kedai cermin supaya buat cermin yang ber'frame'. Rm20 setiap satu. Total 7 frame bersamaan Rm140.00.

Tapi dengan tiba-tiba aku suka dengan cermin dari IKEA. Aku yakin korang sangat familiar dengan cermin IKEA ni. Tapi bukan cermin Malma tu tau. Cermin ni takde frame. Rm25 dapat 4 keping. Total 8 keping cermin bersamaan Rm50.00. Jimat Rm90!! Macam kurang puas hati sebab takde frame. Tapi takpe lah. Janji cermin, dan boleh diguna semula. Thx Kak Intan for the idea! So cancel tempah frame. Sorry Amat :(

Dulang dan cermin untuk tapak hantaran memang aku beli awal. Kalau tak silap bulan Januari dan Febuari aku dah beli. Excited tak? Hahaha! Aku memang jenis tak penyabar. Sebab lagi di 'pending' lagi semak kepala otak. Huhuhu!




Bila fikir2 balik dulang hantaran tu mesti tersimpan je tunggu bulan 11 baru nak pakai. Kalau aku buat sewa Rm3 setiap satu ada siapa-siapa nak tak? Wink! Wink! ;p




thanks korang!



Love,
Tata!







Wordless Wednesday : Trial!

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


 
 
 
 
 
 
 
 
 
thanks korang!
 
 
 
 
Love,
Tata!
 
 

Monday, May 28, 2012

Preparation #2

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Mood bekerja sangat ke laut. Nun jauh ke tengah laut. Malas nak kejar. Biar jelah. Tunggu En Boss marah baru buat kerja. Maaf ya En Boss. Cuti sekolah la.. Banyak kenduri kawen pulak tu. Apa kena mengena? Hikhikhik!

Tetiba nak kongsi dengan anda semua beberapa perkara tentang majlis nikah aku. Wink! Wink!


Ingat tak dengan tukang jahit baju resepsi aku? Dia jugak tukang jahit untuk baju nikah aku. Lepas bereksperimen dengan baju resepsi (ambil risiko gila) aku tersangat berpuas hati. Untuk baju nikah aku tak tau nak buat design apa. Disebabkan aku suka sangat dengan cutting baju kurung moden untuk majlis resepsi tu, aku malas nak fikir lama-lama, aku terus on dengan design yang sama. Lantak lah. Cuma part kain je aku ubah sikit.

Kain untuk baju resepsi aku mintak akak tu buatkan style payung/kedut. Ntah mana satu ntah. Untuk baju nikah pulak mintak akak tu buat kain style meleret. Meleret la sangattttt..









sebelah kiri : kain payung/kedut
sebelah kanan : kain meleret
O.o



Baju tetap sama, baju kurung moden sahaja. Cuma baju nikah akak tu buat longgar sebab ibu aku bising. Huhuhuhu! Lengan dekat baju nikah ada kedut-kedut sikit dekat bahu. Part kedut-kedut dekat bahu tu akak tu yang create sendiri. Aku tak suruh pun. Tapi aku suka. Pandai akak tu kan.. Okay, i noe, simple. Takde perbezaan sangat. Lantak lah.


Sekarang tengah berusaha paksa diri supaya rajin mem'beads' baju resepsi dan baju nikah. Malasnya. Eh, rajin. Rajin. Cakap 44x cepat. Rajin, rajin, rajin, rajin, rajin, rajin.... ZzzZzzZz!!




yang ni veil nikah :)
lagi sikit nak siap. lambat gila nak siap. tak habis-habis 'lagi sikit' T____T
sambungan dari SINI


Kain untuk veil adalah sama dengan kain baju nikah. Nak selamat. Nanti ketara pulak warna berbeza.

So far itu sahaja preparation yang in progress. Lain-lain baru nak mula, terbengkalai dan macam-macam lagi. Sedihnya perangai. Harap-harap semuanya okay. Dah la jenis try and error. Eksperimen macam dalam makmal. Suka hati je.

Aku buat semua ni sebab nak jimat kos dan nak hasilkan guna tangan sendiri. For sure semuanya tak se'grand' wedding orang lain, sebab seriously wedding aku tersangatlah simple. Huhuhu. Takpe lah, janji aku kawen dengan lelaki yang aku cintai dan aku sayangi. Weyyyk! Maaf. Jangan muntah ;)

Malam ni nak sambung segala benda yang terbengkalai. Kalau ikutkan mood aku nak sambung buat bunga chiffon. Gatal. Boleh lak main pilih-pilih. Ceh!




thanks korang!



Love,
Tata!

 



Jom intai-intai Kasut Kahwin

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua






171 days to go!
fuh!!
itu pun pada tarikh 22 Mei. sekarang dah 28 Mei. O.o


Back to the simple list yang aku dah buat, banyak jugak benda-benda remeh yang aku belum mula lagi. Tetiba nak cakap pasal kasut. Sabtu lepas Nisa, kazen aku suggest nude color for my wedding shoes. Kitorang google sambil lepak atas katil. Result memang best. Semua aku nak. Huhuhu. Kalau cakap pasal kasut aku memang tak berkompromi. Huhuhuhu!

Tapi picha(s) kat bawah ni apa yang aku jumpa dalam Facebook. Page ChristyNg.com. Saje aku kongsi dekat sini. Jom!












1







2







3







4







5


Mana satu eh? Kalau ikutkan semua pun aku suka. Weeee :)


Kasut dekat dewan kena paling selesa, sebab nak kena banyak berjalan dari meja ke meja. Pastikan keselesaan melebihi appearance. Nanti terlalu nak yang cantik tapi tak selesa, habisla. Kena pakai selipar je lepas tu. Hehe. Kasut nikah tetap nak jugak walaupun dah sah-sah tak pakai lama. Nak jugak. Tak kira. Wink!!

Beberapa perkara dalam semangat men'diy' :
1. Lace sudah di patch dekat baju nikah
2. Sedang mem'beads' baju resepsi
3. Sedang menambahbaik beads dekat veil nikah
4. Menyambung semula menjahit chiffon untuk hand bouquet
5. Memotong kertas untuk buat burung
6. Akan menyambung semula membuat corsage yang terbengkalai

Banyaknya?! Tu belum masuk bab centerpieces, hiasan hantaran, bilik pengantin. Oh no! Lagi 5 bulan je lagi Cik Saila. What are you doing? Kalau lah boleh bawa segala benda tu ke pejabat.. Kan best :(




thanks korang!




Love,
Tata!

Friday, May 25, 2012

Buat bajet sebelum berbelanja :)

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Macam lama sangat je tak update. Yeke?

Waktu lunch tadi pergi tapak Himpunan Jutaan Belia. Penat. Nafsu. Haus. Nyaris-nyaris nak beli blouse dua helai. Ceh! Sikit lagi nak beli tapi tiba-tiba terus blah dari booth tersebut. Fuh. Nasib baik. Kalau tak lesap rm100. Ntah, sejak nak dekat kawen ni, sejak dah ada 'rumah kita' ni, rasa sayang pulak nak menggila shopping macam dulu. Asal nampak baju terus beli. Asal nampak kasut terus beli. Serius macam gila.

Nasib baik syaitan tak hasut aku teruk-teruk tadi. Huhuhuhu.

Cakap pasal duit aku yakin, banyak macam mana pun kita still rasa tak cukup. Ke korang semua memang cukup. Aku je tak cukup-cukup? Huhuhuhu.

Sejak dari zaman U aku dah didik diri aku supaya follow budget. Sebelum nak pegang duit belanja bulanan, aku dah tulis siap-siap (peruntukan). Duit top-up kredit henfon, duit toiletries, duit makan, duit shopping, etc. Tapi, bab makan aku sampai sekarang fail. Tak pernah on track. Makan banyak. Cis. Sampai satu tahap aku buat keputusan sehari rm10. Lepas tu aku pastikan tiap kali aku pergi cafe aku bawak duit rm10 je. Kalau terlebih belanja pada waktu siang, malam tu pandai2 la guna balance yang ada. Kalau tak buat macam tu, rm20 sehari pun boleh. Ngalahkan raksaksa.

Sampai la sekarang. Kalau aku tak tulis bajet sebelum keluarkan duit gaji, konfem! Habis dalam masa sehari. Aku ada buku kecik, buku catatan peruntukan. Sebelum keluarkan gaji aku akan tulis satu-satu. Contoh :

1.   Ibu - Rm***
2.   Ayah - Rm***
3.   Bus - Rm***
4.   Makan - Rm***
5.   Topup - Rm***
6.   Beauty - Rm***
7.   Collagen - Rm***
8.   Contact Lens - Rm***
9.   Air Contact Lens - Rm***
10. Toiletries - Rm***
11. Simpanan - Rm***
12. Weekend - Rm***
13. Shopping - Rm***

Lepas dah tulis, baru aku keluarkan duit. Lepas tu asingkan dalam sampul surat yang aku dah rename. Contoh : 'Contact Lens, Beauty, Collagen'. Duit ketiga-tiga benda tu aku masukkan dalam sampul berkenaan. Bila nak beli baru aku keluarkan duit dari sampul tu. Toiletries bukan tiap2 bulan kena beli. Dah kalau pakai sorang, susah nak habis dalam tempoh sebulan. Selalunya dua bulan sekali baru beli. Gilir-gilir la. Contact lens pulak aku pakai yang 3 bulan satu kotak, Rm60. So sebulan jatuh Rm20. Cukup 3 bulan, cukup la Rm60, baru pergi beli.

Simpanan adalah mandatori. Aku tak simpan duit simpanan dalam bank. Nanti aku ambil semasa di shopping complex yang punya la banyak mesin ATM. Bila dah asingkan duit simpanan, jangan ambil. Abaikan. Part ni kena kuat. Selalunya simpanan ni ada matlamat. So remind diri kita dengan matlamat yang nak dicapai. Bila nak guna untuk nafsu syaitan je, ingat balik matlamat simpanan kita. Huhuhu!
Semalam aku dengan En Gaban buat pengiraan/peruntukan selepas kawen. Berapa bil bulanan, berapa duit barang dapur, berapa bayaran installment, berapa kos tersembunyi, dan berapa untuk simpan, etc. So far numbering nampak okay. Ia akan jadi tak okay bila kita lost. Apa yang kami jumpa ialah, hidup berdua (lepas kawen) lebih jimat dari hidup sekarang. Pertama sekali of course bab makan. Sebab kami suka melepak, kami suka lapar. Hehehehe. Makan harus dekat luar tanpa hala tuju. Lapar je singgah mana-mana, makan. Nanti dah kawen dah boleh makan serumah, dah boleh masak, jimat, bersih, sihat. Sihat ke? Hohoho!

Kitorang saling mengingati antara satu sama lain, duit banyak nak pakai untuk kawen. Tapi aku sentiasa pastikan majlis kawen aku tak over budget. Still on track. Tak perlu membazir, tak perlu mengarut2. Just majlis kecil yang mengumpulkan semua ahli-ahli jiwa makan sambil berseronok. Lepas majlis kawen settle kami nak fokus dekat simpanan tetap untuk hari tua, waktu sakit, unexpected cost, bakal baby and so on.

Benda paling penting aku remind diri sendiri dan juga En Gaban ialah hidup cara kita, bukan cara dunia. Kalau ikut rentak dunia, ikut zaman memang tak cukup, tak puas. Tapi ikut cara kita, poket kita. Paling penting simpanan. Elakkan pinjaman melampau-lampau. Sebelum beli/buat pinjaman, kira dari A sampai Z. Berapa kita rugi, berapa kita untung. Buat perbandingan dari banyak sudut. Pilih pengiraan yang kita rasa sesuai dengan poket kita. Tak boleh cara A, kita cari cari B. Jangan harap dengan bank semata-mata. Kad kredit aku memang tolak awal-awal. Biarlah orang cakap aku mampu ke, layak ke, apa ke.. Yang penting aku beli dengan duit dari dalam purse, aku taknak beli duit dari dalam bank.

Cakap pasal sampul, nampak macam kolot kan? Tapi dengan cara tu aku selesa. Aku lebih confident duit aku teratur. Huhuhuhu.

Entry ni reminder untuk diri sendiri. Banyak kali jugak tersasar dari peruntukan. Tapi kena perbaiki.

Maaf, entry panjang mengurai pulak. Chill ya :)






thanks korang!


Love,
Tata!


Thursday, May 17, 2012

Bodoh Sombong

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Sebelum aku mulakan apa-apa, aku nak remind diri sendiri dan anda semua bahawa entry ni bukan untuk memalukan atau apa tapi sekadar peringatan untuk diri sendiri supaya jangan Bodoh Sombong.


Perasaan marah memang aku taktau nak letak mana. Aku taktau nak buang mana. Akhirnya aku simpan dalam hati. Lama-lama sure jadi busuk. Tapi aku taknak dan tak suka ajar diri sendiri menjadi busuk hati. Doa-doalah kita bukan tergolongan dalam kelompok itu.


Okay, sekarang aku nak start cerita kenapa aku cakap bodoh sombong.

Kenapa masih ada manusia bila kita tak dapat nak tolong dia, dia mesti sakit hati? Okay, tipu la kalau kita cakap kita tolong orang ikhlas. Ke memang ikhlas? Apa salahnya kalau kita ikhlas? Apa salahnya kalau kita tolong orang tanpa mengharap balasan? Salah ke? Perlu ke tiap kali kita tolong orang lepas tu wajib mengharap orang akan tolong kita lepas tu?

Aku rasa benda2 macam tu wujud sebab adat kita yang kononnya bersopan santun. Yes. Tak salah pun. Tapi mana lebih utama? Tolong secara ikhlas atau tolong dengan mengharap balasan sebab adat la macam tu baru namanya beradab. Mana?

Hanya kerana tak dapat nak tolong, orang tu nak emosi lebih-lebih. Apa hak dia? Dia nak ke aku bagitahu apasal kami taknak tolong? Nak? Kami taknak tolong sebab kami tak suka bercampur dengan golongan kaya raya yang belagak macam kamu. Nah. Puas hati? Cukup la kami tengok segala permainan kamu terhadap golongan miskin macam kami ni. Untuk apa kamu golongan kaya raya mintak tolong dari kami golongan miskin? Untuk dijadikan hamba suruhan kah? Ohhh.. Itulah agenda kamu kan.. Makanan kamu hanyalah menghina kami-kami golongan miskin. Bila perlu tenaga untuk dikerah kamu cari kami. Begitu kan?

Kalau tidak, kenapaa nak marah, nak emosi bila kami kata kami tak dapat tolong? Sebab kamu takde tenaga miskin untuk dikerahkan? Lepas tu boleh pulak ungkit apa pertolongan kamu terhadap kami. Tak ikhlas! Kalau nak ikutkan kami pun ada tolong kamu. Bukan sekali. Berkali-kali. Malah sampai aku naik hangin lak bila sampai tahap melampau-lampau. Tapi kami malas nak ingat, malas nak cakap, malas nak ungkit. Anggap jela pertolongan ikhlas.

So hati aku jadi sangat panas bila dia ungkit soal tolong menolong ni. Nak emosi sebab kami tak dapat tolong menyempurnakan majlis dia takpe la. Ni siap nak ungkit hal dia tolong tolong. Tolongggg lah.

Kami memang tak boleh hadir sebab Ara nak kawen. Kawan baik aku kat pejabat ni. Dia lebih penting dari kamu. Ara bukan golongan kaya raya yang berlagak. Jadi kami rasa selesa kalau berada di majlis dia. Majlis kamu hebat. Majlis kamu mewah. Majlis kamu untuk orang-orang kaya. Kami tak selesa berada dalam majlis kamu.

Sudah? Puas hati dengan penerangan ni? Nak sentap? Nak emosi? Dipersilakan. Aku bukan jenis diam tunggu orang pijak kepala aku lepas tu pijak lagi, pijak lagi, pijak, pijak macam aku takde nilai. Ya, aku marah. Aku tak dapat nak marah kamu depan-depan. Jadi aku guna medium ini untuk membuang perasaan marah aku. Sebab aku taknak simpan dalam hati lepas tu jadi busuk.

Aku tak peduli apa kamu rasa lepas ni. Tapi penting kamu tahu apa kami rasa. Kami bukan taknak berkawan atau sengaja mengelak. Tapi kalau aku hakikatnya berada dekat dengan kamu, aku sendiri tak tahan dengan mulut kamu. Cakap ikut suka, ikut lepas. Tak pernah jaga hati kawan. Dari dekat dengan kamu, lebih baik jauhkan sikit. Kawan macam biasa, tapi lebih dari itu tidak la. Nak tolong kami boleh tolong, tapi tolong takat termampu. Lebih dari itu kami tak mahu. Bukan tak mahu sebab kami menyombong, tapi tak mahu sebab takut dengan mulut kamu dan tak mahu sebab kami golongan miskin tak setaraf dengan golongan kamu.

Apa-apa pun semoga majlis mewah kamu berjalan dengan lancar. Aku taknak terlepas majlis Ara. Dia kawan aku. Kami share banyak benda betapa susahnya nak buat majlis nikah. So aku nak ada dengan dia. Kamu kaya. Banyak duit. Boleh petik jari semua dapat. For sure majlis kamu takde masalah.

Betul cakap Ifah, kalau kita berkawan dengan orang cakap besar nanti kita pun ikut sama cakap besar. Kalau kita kawan dengan orang belagak, kita pun ikut sama belagak. Kawan adalah cerminan bagi diri kita. Pilihlah kawan yang baik luar dan dalam. Berkawanlah dengan orang yang mengajar kita jadi baik. Kita ada pilihan. Biarlah orang nak kata kita memilih kawan. Betul apa. Takkan nak kawan dengan pencuri, nanti kita pun sama ikut mencuri.




..............................................
Awak, saya buat entry ni sebab saya tak suka orang pijak-pijak kepala awak. Saya tak suka orang memperkotak katik kan awak. Kawan, kawan jugak. Tapi kalau melampau kita ada hak untuk pertahankan maruah kita. Entry ni memang kasar. Sebab saya kasar orangnya. Prinsip saya, saya tak suka orang merendah2kan saya, menghina saya tanpa usul periksa, memperbodoh2kan saya, buat saya macam manusia tiada hati dan perasaan. Sebab tu saya tulis. Biarlah mereka nak cakap saya macam-macam. Saya tak kisah. Saya kalau tak suka, saya cakap. Saya tak suka simpan lepas tu mengumpat. Itu bukan saya. Saya tak suka cakap belakang-belakang. Itu bukan saya. Tak suka cakap tak suka. Salah cakap salah.

Lantak la orang nak cakap saya teruk pun. Janji hati saya tak sakit. Itu paling penting.


Maaf, entry ni panjang dan mungkin bunyi sangat kasar. Tapi they are too much. This is last. They have no right untuk pijak kepala kita. Thanks!





thanks korang!




Love,
Tata!




Wednesday, May 16, 2012

Pil Chi Kit Meon!

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Ni kisah aku dan dia.


Malam tadi dia cakap dia sakit perut. Maybe keracunan makanan. Dia cakap dia nak makan ubat sakit perut. Aku suruh dia makan ubat yang ambil dari HKL. Tapi dia nak ubat sakit perut yang ada jual dekat kedai.

Aku tau ubat tu. Tapi aku tak suka ambil tahu sebab nama dia serius macam lawak nak disebut. So aku tak pernah tau pun sebutan yang betul.

Kitorang singgah kat satu kedai runcit. Rasa-rasanya kedai india muslim kot. Sebab dulu masa zaman sekolah peniaga dia india muslim. Belasah jelah.

Dia  : rajin tak?
Aku : apa dia..
Dia  : tolong belikan pil chi kit meon.
Aku : apa? ulang lagi..
Dia  : pil chi kit meon.
Ni yang aku tak suka ni. malas nak sebut nama ubat tu. lawak nak mati. tapi aku masuk gak dalam kedai tu. abang la pulak. malunya nak sebut nama ubat tu. huhuhuhu!
Aku  : pil chi kit meon satu. (suara aku bapak sopan time ni. slow je. pelahan nak mati)
Abang kedai : apa?
Aku  : pil chi kit meon. (still suara slow)
Abang kedai : pil apa?
Aku  : ubat sakit perut tu. (suara aku yang ni jadi kuat biar taik telinga abang tu cair)
Abang kedai : ohwww..
Settle. Dapat pun ubat tu. On the way ke En Gaban, aku belek-belek la ubat tu. Akhirnya aku nampak jugak ejaan sebenar ubat tu.

PIL 'CHI-KIT' TECK AUN


Damn!! Apa aku sebut tadi? Aku sebut meon tadi kot. Bukan meon la. Teck Aun la!! Aku pandang En Gaban. Okay, dia tengah tahan gelak. Hampeh. Bila aku makin dekat dengan dia, dia gelak-gelak kan aku.

Dia  : Tata sebut meon eh?
Aku : Yelahh.. Teck Aun la.. Bukan meon.
Dia gelak-gelak lagi.
Dia  : B nampak mamak tu buat muka pelik kat ta.. B dah agak dah, mesti ta sebut meon.
kahkahkahkah. Dia gelak macam la lawak sangat. Tak lawak pun!

Mentang-mentang la aku tak tau sebut nama ubat tu. Dia tipu aku. Huhuhuhu. Hampeh je dia ajar aku nama ubat tu meon. Sampai hati kena kan aku. Huhuhuhu! Sepanjang jalan kitorang gelak-gelak. Aku gelakkan diri sendiri, dia gelakkan aku. Hampeh betol la En Gaban ni. Lepas ni aku taknak pergi kedai tu lagi. Meon konon. Teck Aun lah! Menci!





dah la nama ubat dia lawak. aku lak g sebut jadi bertambah lawak.
sobsobsob!





thanks korang!


Love,
Tata!




Tuesday, May 15, 2012

saya suka lihat mereka tidur :)

Assalamaualikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Lupa yang hari ni hari selasa. Ingatkan hari ni hari rabu. Nasib baik tak tulis tajuk entry 'Wordless Wednesday' Hahaha.


Picha-picha di bawah diambil beberapa hari lepas. Kenapa diorang tidur comel sangat? Haihhh.


1. Sayang Pekak

















2. Sayang Johnny










NOTA TAMBAHAN : En Gaban sekarang dah ada kawan dekat 'rumah kita'. Nama dia Boboi. Gigih dia beli makanan Boboi sebelum bawak aku g buka puasa semalam. Makanan Boboi lebih penting dari makanan aku buka puasa. sobsobsob.

p/s : abaikan muka bangun tido dan muka bermalasan di rumah ;p



thanks korang!



Love,
Tata!




Monday, May 14, 2012

Jom Domino's

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Semalam kan Hari Ibu, lupa nak plan apa-apa macam tahun-tahun lepas. Gila kejam. Huhuhu! Kebetulan masa kitorang lunch sambil lepak-lepak dekat area Danau, datang la sorang abang Domino's ni kat meja kitorang.. Disebabkan abang tu tersangatlah peramah, aku takde la halau dia. Tak,tak.. Tipu je. Aku tak sejahat itu. Hehe. Macam biasa la.. Kupon. Aku malas pulak nak ambil. Sebab nanti jadi macam kes BBQ Chicken. Beli tapi guna sekali je. Yang lagi berkeping2 kupon simpan dalam kotak. Masa tu Febuari 2010. Cuti raya cina terus kitorang pergi AU5 Keramat. Lepas tu tak pergi dah. Ceh!

Tapi En Gaban buat muka macam nak. Lupa. Dia suka domino's. Huhu. Aku taknak, dia nak. Last-last abang tu sebut pasal Hari Ibu. Alamak! Kitorang lupa nak prepare apa-apa untuk Hari Ibu. Terus kitorang ambil kupon tu dengan harga Rm20 sahaja.

Lepas maghrib kitorang tebus kupon pertama dapat 1 pizza regular. Tapi aku rasa macam tak cukup. Aku tebus lagi 1 kupon. Beli 1 pizza large dapat 1 pizza regular percuma. So total 2 regular, 1 large. Puas hati. Duit keluar rm 62.80 je. Balik rumah aku paksa Leha dengan Miza buat air panas. Hehehe.

Settle celebrate Hari Ibu dengan Domino's.. Yayyy! Kitorang berenam, Ibu, Ayah, Leha, Miza, En Gaban dan aku makan ramai-ramai sampai habis. Padahal rasanya semua cakap dah kenyang. Tipu sangat.

Oh ya! Sementara tunggu domino's siap kitorang pusing-pusing dulu. Konon-konon nak tengok washing machine. Last-last stuck dekat travel agency. Apa lagi, terus tunjuk-tunjuk gambar pulau. Hehehe. Honeymoon dekat pulau okay kan? Wahh, dah cakap pasal honeymoon pulakkk. Serius aku dah out of track pasal wedding day aku. Lantaklah. Wedding day sehari je. Buat apa membazir. Better guna duit untuk long life time. Cerita pasal honeymoon nanti-nanti la eh. Harap-harap agensi tu takde masalah. Bulan november boleh pergi pulau. Amin. Harap-harap semuanya okay. Amin.




banyak lagi balance!!
siapa nak?



thanks korang!



Love,
Tata!




Semangat membeli perabot lah pulak ;)

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Alhamdulillah.. Dapat jugak beberapa perkara yang diingini. Dan dalam kadar yang sangat berpatutan.

Pernah dengar second hand furniture? Dulu masa zaman tingkatan 1 sebelum pergi sekolah petang, mesti tengok rancangan orang putih deco rumah dengan barang-barang second hand. Walaupun sh tapi masih cantik dan elok. Okay, habis dah pengenalan untuk entri ni.

Disebabkan minggu depan 'rumah kita' akan ada tv, maknanya mesti la nak ada cabinet tv kan? Huhuhu. Kitorang lak takde la serius pergi survey harga perabot. Sebab dalam planning asal kitorang nak isi 'rumah kita' dengan perabot selepas raya. Tapi planning dah bertukar. Huhuhu. Pada asalnya En Gaban nak gantung dekat dinding je tv tu, tapi dia risau dinding jadi buruk. Hehe. Aku pun tanya la pendapat ayah aku.. Terus ayah aku suggest sh furniture. Rupanya set meja komputer tempat ayah aku buat kerja tu pun sh. Ingat kan baru. Apakah? Huhuhu. Dalam seminggu gak la kitorang pergi kedai perabot tu, tapi nasib kurang baik, asyik tutup je. Tapi En Gaban memang tak putus asa. Tiap-tiap hari dia remind nak singgah kedai perabot sh tu.

Semalam is the day! Yayyy.. Lepas sarapan dekat medan selera pasar siang kitorang pergi kedai perabot tu. Dan ianya bukak!! Sampai-sampai je aku terus berkenan dengan cabinet tv kaler hitam, tapi line divider putih. Ntah taktau macam mana nak explain. Lantaklah. 

lebih kurang macam ni. tapi kaler hitam, kaler putih sikit je. side tepi laci, tengah2 kosong.
lain-lain design tambahan aku lupa. :(



Bila tengok keadaan cabinet tv tu langsung takde yang rosak/cacat. So aku tanya la apa yang rosak sampai jadi sh furniture. Rupanya masa packaging, pihak kilang terlupa satu skru. Terus reject. Okay. Sabar jelah. Sebelum cabinet tu beralih kepada kitorang, tuan kedai akan touch-up supaya lebih elok. Sebab cabinet tu berhabuk. Hiks!

Semalam tengok, confirm, bayar, petang ni cabinet tv tu sampai dekat 'rumah kita'. Fuh! Cabinet tv sampai dulu dari tv. Many thanks! Harga? Sangat ohsem. Takde tawar menawar dah. Sebab abang tu bagi harga murah terus. En Gaban nak cabinet yang ada headboard, tapi dah takde stok. Semua dah sold out. Tetap nak gantung. Degil tau En Gaban nih.


sold out dah :(



Masa dekat kedai sh tu jugak aku berkenan dengan table for two. Yeke nama dia macam ni? Aku belasah je sebab meja tu memang untuk dua orang je. Memandangkan set meja makan takde dalam list kitorang, aku rasa table for two tu dah lebih dari memadai. Boleh lah feeling-feeling romantik bila breakfast, lunch, tea time, dinner, supper (supper? erk!) berdua. Wink! Wink!



aku tau nampak macam over gila. tapi ini lah dia table for two tu.
lantaklah. hidup berdua harus romantik. lalalalalala.. (muntah)



Table for two kitorang belum buat payment, tapi abang tu cakap kalau dia sempat touch-up dia akan hantar sekali dengan cabinet tv petang ni. Duit kemudian. Sebab banyak barang baru nak masuk kedai dia, jadi memerlukan ruang. Ceh! Tapi bagus jugak. Hikhik!




Mood? Happy melampau :)






thanks korang!


Love,
Tata!


Thursday, May 10, 2012

Entahlah.. Layan jelahhh..

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Entry jahat.

Amaran : entry ni panjang dan takde gambar. pasti membosankan anda. harap maaf.

Apa yang jahat? Jahat tak bila En Boss ajak aku teman dia present slaid kepada En Big Boss tapi aku tak pergi? kehkehkeh. Tadi sebelum lunch En Boss suruh aku present Pelan S ni dekat En Bog Boss. Aku blank. Bila lak aku buat Pelan S. Setahu aku, aku buat Pelan R. Sabo jelah En Boss ni tau. Dia pun dah blur sape buat pelan apa. Last-last dia nampak aku je. Menci okeh. Aku rasa mcm nak tambah lagi dua tangan pun ada ni. Disebabkan aku takmau present (yelah, bukan aku yang buat, apa aku nak mengarut jap lagi kan) aku tolong kawan sejawat aku je. Kesian dia. Aku g tolong check slaid dia je. Hehehe.

Lagi pun dah dua hari aku exhausted. Hari rabu (semalam) serius rasa nak pitam. Tapi bila bayangkan muka-muka raksaksa, muka Tan Sri paksa gak buat-buat sihat. Kalau ikutkan nak je aku pengsan kat tengah-tengah jalan tu.

Dah dua hari tak buat entry. Aku taknak buat entry time aku stress dan marah. Nanti ntah hape-hape aku carutkan. Perasaan marah tak payah cakap la. Rasa nak jerit-jerit je kat raksaksa-raksaksa yang tak faham bahasa melayu. Jenis kalau dah sakit hati, busuk hati, nak jatuhkan orang, bagi la kat diorg. Memang champion. Aku sampai tahap hilang rasa hormat walaupun pangkat dia lagi besar dari aku. Dah kalau bengap, dulik apa kalau pangkat besar pun. Sila letak jawatan. Ramai lagi kat luar sana nak kerja, nak pakai duit, nak kawen, nak bayar hutang PTPTN.

Dah dengan aku dia takleh nak tembus, dia gunakan Dato' pulak. Kuajaq tak? Berbuih kot mulut aku explain kat dia. Apasalahnya dia lak berbuih mulut explain kat Dato'. Tak. Memang saje nak mengenakan perempuan, pangkat machai macam aku. Dah la benda alah yang diorang nak tu ada dekat orang lain. Dah usaha mintak tapi still taknak bagi kerjasama. Susah betul jadi orang tengah ni.

Dekat bahagian aku ni, level aku cuma ada sorang je perempuan. Iaitu aku. Yang lain lelaki. Faham-faham la kerja orang lelaki macam mana. Last minit memang siap. Tapi kalau dah raksaksa-raksaksa tu jenis bodoh sombong, degil, belagak, bukan diorang nak terima pun permintaan kita untuk diberikan sedikit masa. Sekarang tu maknanya sekarang. Kalau benda alah tu ada dalam handbag aku lama dah aku bagi. Ni takde. Takde tahu takde?

Dah la stress nak meeting lagi. Kalau meeting dengan pakcik-pakcik aku takpe. Tu pun nak paksa-paksa aku ke sana sini. Semalam seharian tak makan. Bukan nak tunjuk komited ke apa. Tapi memang tak sempat. Nak bangun dari kerusi pun tak sempat. Apakah? Nasib baik ada PA-PA En Boss. Tetiba diorang jadi pembantu aku lak. Belasah jelah. Janji apa yang raksaksa-raksaksa tu minta kita bagi je.

Part aku paling bengang ialah kerja orang lain tolak kat kita. Nak tolak tu takpe, tapi agak-agak la. Bagi la benda complete. Kalau benda tu stuck kat huruf F, bagi la dari A sampai F. Ni tak. Bagi F semata. Dah yang A sampai E tu aku nak cari kat mana? Sempat jugak melawak walaupun sakit hati semalam.. Bila aku sakit hati aku saje sebut ulang-ulang

Aku   : Pelan I ni la yang saya risau ni, nak cari kat mana ntah maklumat-maklumat tu (dah sebab bukan kerja kami).
lepas tu Zhul menyampuk
Zhul   : tak tau la nak cari celah Bedah mana
gelak ramai-ramai
CC     : cari la celah mana pun
gelak lagi
Aku   : kalau ada Bedah kat bahagian saya tu lama dah saya cari celah dia
gelak lebih kuat macam pontianak je sekor-sekor
Zhul  : a'ah, boleh gak cari celah kain dia
yang ni hampeh. melucah bagi la kat dia

Hari ni aku macam slow je. Penat kat pejabat lepas tu malam menangis. Sebab tension. Dah lama dah simpan stress ni. Tapi selasa baru ni paling sadis. End up dengan menangis sepuas-puasnya sebab sedih, marah, stress, penat dan takut. Rabu masuk kerja mata bengkak dan sembab. Jangan tanya apa-apa. Biarkan je. Nak mengadu pun takde akan faham. Sekurang-kurangnya bila menangis boleh jugak lega.

Sampai tahap aku nak cancel kawen. Sebenarnya sejak aku masuk division baru ni aku dah ada rasa macam ni. All the time stress dengan kerja dan orang-orang. Terdetik gak.. Boleh ke handle pejabat dan rumah dalam masa yang sama. Memang la tak boleh bawa masalah pejabat ke rumah. Salah. Tak boleh. Dilarang. Tapi sejauh mana kita kuat nak buang perasaan tertekan tu. Tinggalkan masalah di pintu pejabat hanya lah satu metafora semata-mata. Hakikatnya, ia tetap di atas bahu kita. Macam aku, selalu bawa balik kerja ke rumah. Sigh.

Bagi aku mudah je, bila aku stress aku nak dua benda je. Lepak kat mamak dan bercerita/mengadu segala macam masalah yang aku hadapi. Tapi bila dah takde orang nak dengar.. Sila cakap dengan dinding atau dengan mamak lah ya. Eh, mamak pun mamak lah. Kalau dia sudi dengar aku okay je.





Nah, picha sekeping. Sayang kucing!


entahlah.. layan jelahhh..




thanks korang!


Love,
Tata!

Tuesday, May 8, 2012

Dimana kamu, Powder Blue?

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Bila cakap pasal majlis perkahwinan benda pertama yang kita fikir mesti tema warna apa. Orang lain pun akan tanya tema warna apa.

Bila tanya dekat aku, serius aku tak tau nak cakap apa. Takde tema. Boleh tak cakap macam tu? Huhuhuhu! Memula masa pilih-pilih sendiri nak tema apa, aku feeling-feeling nak style macam moden. Pink dan kuning. Masa tu awal tahun 2011 belum ada lagi orang buat tema tu. Ye ke? Ke dah ada tapi aku je tak tau? So aku pun beli beberapa benda yang berwarna pink dan kuning untuk diy. Tapi telah di reject oleh ayah aku. Part ayah aku yang ni aku memang takleh nak keras kepala pasal warna. Huhuhuhu. Bersamaan aku melawan lecturer art. Nak mati kah? sobs! Bila dah kena ceramah sebab pilihan warna tak ngam dengan susunan warna menyebabkan pink dan kuning di reject terus! Okay. Redha.




bye bye!!





Disebabkan baju resepsi aku warna coffee latte (ni aku yang memandai bagi nama kat warna baju aku), so ayah aku try and error dengan beberapa warna lain. Beberapa minit selepas aku dah naik mengantuk asyik tenung komputer ayah aku sebab dia gigih mix and match kan warna akhirnya..




actually, bukan picha ni yang kami refer. Aku tak tau aku save dekat mana. Kat FB ada la sebab aku tagged semua sedara mara supaya diorg memulakan misi mencari warna macam yang aku arahkan perlukan. hikhik!

sepatutnya : powder blue, lavender, aqua, tiffany
- lebih kurang. asalkan dalam kelompok biru -



Maknanya nanti hal-hal utama untuk majlis dekat dewan adalah berwarna kebiru-biruan. Bukan satu biru. Tapi beberapa biru. So takde la semua sama. Aku pun bagi kebebasan kepada sedara mara aku untuk pilih biru mana yang diorang suka. Takde paksaaan. Nanti akan ada pelbagai biru dalam dewan nanti. Harap-harap ianya blend. Tak kisah lah. Janji kawen. Hehe!

Tapi tak banyak warna lavender yang cantik (dimata aku je kot), dan powder blue adalah sangat susah untuk dijumpai. Silap powder blue, boleh nampak macam baju sekolah. Cis!







powder blue from the perfect palette


Nak buat decoration pun susah nak jumpa warna ni. Takpe lah, kalau jumpa grab je terus dan banyak-banyak. Buat je bunga banyak-banyak terus. Itu pun kalau jumpa. Tissue Paper pun takde warna ni. Riben ada la.

Okay lah, tetiba mengarut pasal tema pulak kan.. Sebab terjumpa warna powder blue ni kat The Perfect Palette tadi. Terus rasa 'mana la nak cari warna ni' Huhuhuhu.

Oklah, sambung buat kerja dulu eh.




thanks korang!



Love,
Tata!

Monday, May 7, 2012

Pesta Buku - Akid - Pesta Buku Again

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Kembali ke pejabat! Okay. Tak best pun. *buat muka bosan* Sabtu ahad sungguh tak puas. Tak puas berlibur, merayap dan bermalas-malasan.

Hari sabtu pergi PWTC teman adik cari buku rujukan dia. Sumpah malas gila nak bersiap. Tapi bila dah sampai sana haruslah gembira bukan kepalang.. Aku suka buku. Aku boleh hidup dengan buku tak makan pun takpe. Tapi bukan buku study. Boleh? Buku selain buku study aku suka. Hehehe!







baca sinopsis je dah buat hati tak keruan.
niat nak beli. lama gila kat sini. tengokkkk je buku ni. nak letak tapi hati rasa berat. Apakah?









adik aku ni pun kaki buku macam aku :) ececehhh..





















semua buku di atas satu pun aku tak beli.
kecuali majalah Ujang tu. teruk tak? hehehe! Rambang mata. Tak tau nak beli apa.


Tapi kitorang tak lepak situ lama-lama macam selalu (mentang-mentang takde sign 'dilarang membaca', rasa nak baca sambil golek-golek je). Lepas dapat buku yang dihajati kitorang terus balik. Ramai gila orang sampai asyik kena langgar je. Huhuhu.

On the way balik, kakak ipar En Gaban dari Kemaman, Kak Nor ajak aku pergi pasar malam dengan diorang. Pasar malam baru nak bukak payung hikhik, jadi kitorang melepak sambil layan majalah Ujang kat 'rumah kita'. Pasar malam dekat je dengan 'rumah kita'. Tapi ntah apa kes semua macam malas nak jalan kaki. Disebabkan Kak Nor nak beli barang sikit, kitorang pergi Giant. Dengan aku sekali kena ikut diorang. Over tak? Tapi kena jadi baby sitter. Hambek kau. Dukung Akid lepas tu ikut dia lari-lari.




nampak tak gaya kepochi? kehkeh! auntie yang poyo lebih. orang lain yang beli barang, aku lak macam byk sgt nk beli barang. tangan tu tunjuk sana sini macam apa je.




kesian Akid. penat. auntie lagi penat. Hehehehe.




Akid dengan uncle Gaban dia.
mama papa dia pilih TV, uncle auntie dia layan Arsenal vs Norwich, dia main dengan peti ais dan TV. cun.




Beli!!


Hari ahad masa lunch En Gaban tanya kenapa aku tak beli buku Doktor Umum tu. Terus hilang selera makan (tipu! selera je). Lepas lunch kitorang decide pergi PWTC g beli jugak buku tu. Akhirnya! The book is mine. Senaskah telah menjadi milik saya! Yayyy. Pastu En Gaban boleh pulak melayan buku tu macam taknak balik. Katanya 'sekali dah baca,susah berhenti wooo'. Padahal aku kan dah beli.. Nanti pinjam la kat aku. Sehari rm10 je. Bukan mahal pun. Haihh.

okaylah,sambung lagi.bye!



thanks korang!



Love,
Tata!

Friday, May 4, 2012

Pasal baju!

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua





Malam tadi macam biasa aktiviti melepak kami. Ingatkan nak lepak dekat kedai mamak je. Aku pun belasah jela pakai baju untuk pergi mamak. Ada ke kod pakaian macam ni?

Baju babyT hitam dengan three-quater pants merah. Flipflop hitam. Okay, tak payah bayangkan eh..

Dengan harapan melepak dekat mamak sahaja.

Tapi En Gaban ntah apa kes dia pergi pakai cantik-cantik. T-shirt berkolar bukan masalahnya. Tapi menjadi masalah bila aku pakai macam nak pergi tido dekat mamak tapi dia macam nak pergi acara separa rasmi. Alasan? Baju tu dia tak suka sebab mcm-mcm kekurangan ada dekat t-shirt tu. Aku tengok elok je. Ceh.

Disebabkan dia dah pakai macam tu aku pun request nak makan Lamb Chop dekat Kg.Bharu. Takde tempat lain sesedap Lamb Chop situ. Aku tak kira walaupun aku pakai kod pakaian mamak tapi tetap nak Lamb Chop Kg.Bharu.

Aku pulak tak habis-habis mengomel pasal baju dia. Gila tak puas hati dia pakai elok-elok, aku pakai macam nak tido. Siap cakap apasal tak bagitahu nak pakai elok-elok. Apakah? Bila dah separuh jalan melayan Lamb Chop baru aku sedar betapa sadisnya aku.

Aku  : Mesti diorang kat sini cakap 'kesian mamat tu. pakai smart2 tp gf dia..' (buat muka sedih)
Dia  : A'ah. Mesti diorang cakap gf dia mcm sampah.
Aku : (terkedu okeh! muka dia selamber badak gila)
Aku : Sampah?? Huhuhuhuhu!
Dia : Yelah, bi tau apa dalam hati diorg. Sebelum diorg cakap, biar bi cakap dulu. Hahahaha!!
Aku : Gila kejam.. Jujur betol.
Dia : Hahahahaha!

Sampah dia cakap aku? Mungkin dia nak sebut selekeh kot. Ke memang dia berniat nak sebut perkataan sampah? Ish. Jujur betul mamat ni tau. Nasib baik aku tak sentap. Sebab aku memang tau dia gurau je tu. (sedapkan hati sendiri). kehkehkeh.




thanks korang!




Love,
Tata!