CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Tuesday, January 28, 2014

Mood & Semangat Takde. Selera Makan Je Ada

Assalamualaikum.


Ini lah first time aku rasa mood untuk menulis di blog terlalu jauhhhhhhh ke laut. Tiap kali klik 'new post' je, tak sampai 30 saat terus close. Sebab malas nak taip dan mood tak join sekaki. Padahal macam-macam nak cerita. Huhuhuhuhuhuhu! Suami siap tanya kenapa takde entry baru. Sabar jelah. Bini dia tak larat dan tak bersemangat sejak seminggu dua ni. Wu Wu Wu! Eh, tak.. Hampir sebulan takde mood. Sigh.

Entry yang ini pun ikut jari lah nak taip apa, ikut hati nak cakap apa. Kang siap la satu entry. Hehehe! Tapi tak berkualiti lah ya.

So far alhamdulillah, kesihatan dan selera makan masih berhantu seperti biasa. Pening kepala nak melayan tekak ni. Makan banyak-banyak tak boleh. Makan sikit tak puas. Grrrrr! Cuma mood dan semangat je ke laut. Lebih bersemangat nak tidur dan main game je. Lain malas. Alhamdulillah dua tiga hari ni baru aku mampu bertahan sampai kul 11 atau 11.30 malam. Kalau tak, lepas Isyak je terus tidur. Pernah jugak tak sempat Isyak. Jadinya lepas maghrib aku tak tanggal telekung, golek-golek atas katil dengan komik Conan dulu. Kadang-kadang terlelap tapi dengar azan Isyak je terjaga laju-laju sebelum semakin malas. Huhuhu. Kadang tu terlelap terusss dengan telekung. Kesian Suami mengadu boring takde kawan. Oloh olohh olohhhhh mengadanya! Hehe.

So sekarang dah kuat semangat sikit tahan mata berjaga sampai pukul 11malam. Macam malam tadi aku dah mengantuk gila-gila, tapi kesian Suami nak menggosok baju kerja pulak. Aku pun cakap la nak teman Suami iron baju. Tapi hakikatnya aku tidur kat couch. Suami gelak je tengok aku tidur macam budak-budak. Huhuhuhu!

Pagi ni breakfast telur dadar dan murtabak ayam sepotong. Lebihan murtabak beli dekat Uniten Bangi semalam. Haha. Sayang nak buang malam tadi. Masuk peti ais, pagi ni panaskan pastu bila dah bau wangi rasa macam tak cukup pulak. Amek telur, buat telur dadar campur bawang kecik. Siap! Ni ha sambil taip entry sambil menikmati murtabak dan telur dadar. Hehehe! Suami bawak murtabak je, telur dadar taknak. Huhu.

Lagi apa eh, itu jelah dulu kot.. Nanti bila dan rajin dan sampai masa yang terbaik aku share sesuatu eh. Buat masa ni aku kurang bukak blog, kurang BW, takde update entry. Jangan marah ye kalau aku jarang BW blog korang. Aku banyak tertinggal cerita pasal korang :( Takpe lah, aku tau korang semua sihat-sihat dan best-best je kan?

As'Salam lovelies :)





Love,
Nursaila Norman!


Wednesday, January 15, 2014

Small Living Room : 2 in 1

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, akhirnya so-called meja makan dah siap! Perasaan? Seronok yang amat, amat, amat! Yelah, nak membeli meja makan malas nak spend duit beratus-ratus. Dah la perasan taknak yang murah-murah asal beli. Alang-alang membeli nak yang puas hati. Dah tu belum masa lagi membeli meja makan yang gempak-gempak.. Kita diy sahaja lah ya.

Aku share terus lah macam mana rupa ruang tamu aku bila aku combine kan ruang menonton TV dengan ruang makan sekaligus. Tapi sebelum tu, tengok lah dulu hasil meja makan bernilai rm30 ni. iheeeee..








Sukaaaaaaaaaa! Cukup la sekadar kami berdua untuk makan, makan, makan, makan, makan.. Oh, aku memang sengaja buat style santai macam ni. DIY, jimat, santai. Okay tak slogan tu? Hehehehehehehe! Bila dah start makan atau minum kat situ, kami dah kurang melepak dekat ruang TV tu.. Sebab rasa macam kat kedai mamak lah pulak!






























So far, macam ni lah rupa paras ruang tamu 'rumah kita' tu. Dulu space untuk ruang menonton TV agak luas. Boleh lah nak terbaring tergolek depan TV tu. Tapi sekarang space makin sempit sebab nak masuk kan ruang makan. Sorry ya Husband, sempit sikit nak bergolek-golek. Ngeeeee..

Siapa kata nak buat rumah nampak sempurna di mata sendiri perlukan kos yang banyak? Korang yang follow blog ni mesti tau kan.. Takde satu pun barang baru yang aku beli, kan? kan? kan? Hehehehe. Dengan keadaan sekarang yang mana aku perlu fokus dengan perkara baru, aku kena bijak berjimat hal rumah tapi masih nampak kemas dan cantik di mata aku. Lepas ni dapur pulak, insyaallah. Masih dalam kos jimat!

Maaf lah, rasa macam agak hambar je entry aku kali ni kan.. Huhuhuhuhu. Mood okay je, tapi mungkin lama sangat tak bukak blog (lama ker??) kottt. T____T.  Entah apa-apa je aku taip. Macam lemau. Wu Wu Wuu.

Macam mana meja makan cowboy aku? Okay tak? Kot lah boleh jadi inspirasi kepada korangs yang berjimat macam aku. Hewhewhewhew :)

Okay, bye!




Love,
Nursaila Norman!


Tuesday, January 7, 2014

Organizing #2 : Labeling

Assalamualaikum.


Hari ni kita sambung dengan edisi organizing murah-murah, senang-senang, simple-simple versi Nursaila Norman lagi sekali eh! Kali ni aku nak share cara aku label segala peralatan yang berwayar. Orang macam aku ni memang pantang kalau wayar berselirat. Pernah ada orang cakap tak elok gulung wayar, nanti mudah rosak. Tapi kalau tak digulung, tak dikemaskan, mata aku sakit tengok wayar berserabut. Nak amek satu-satu kabel pun susah. Terbelit-belit, kan..

Kebiasaannya aku akan gulung jugak macam biasa lepas tu masukkan dalam bekas kotak. Tapi bila dah lama-lama sikit, mesti gulungan tadi slowly terbukak.


Tersenyum-senyum. Sebabnya aku dah nampak masalah aku tu akan jadi lebih better kalau aku guna cara yang Jen share!

Kebetulan lagi sekali, masa proses memasang stools dari IKEA tu, aku dapat lah 3 kabel. Terus guna! Haha.


























Jimat tak? Tapi nanti aku share kabel yang aku beli pulak. Kabel yang aku beli pun murah. Itu untuk lilit wayar yang lebih besar macam wayar rice cooker, wayar pembakar roti. Sabar ya, itu aku share lain. Sebab itu edisi kabel beli. Hehehehehe.


Lepas dah lilit dengan kabel free, aku label pulak supaya senang nak cari.





















































Gunting pun penting di label! Lagi-lagi gunting dalam rumah tu share dengan Suami. Selalu sebelum Suami nak guna gunting dia akan tanya mana gunting untuk gunting kertas? Sebab dia tahu, gunting takleh campur-campur. Lepas dah label ni tak payah lah Suami tanya aku lagi.. Hehehehehe. Tu nampak jelas dan nyata mana gunting untuk kertas dan kain kan? iheeeeeeeeee..

Oh! Aku sengaja tak guna tape yang bercorak-corak, sebab aku rename guna marker je. Tak canggih-canggih macam Jen buat. Untuk selamat, aku guna je tape yang plain. Bila tulis takde la hodoh sangat. Hahaha! Oh, nak beli tape ni pun drama. Pening taktau nak pilih warna apa. Semua cantikkkk!!


ingat lagi kotak ni??

Sejak semalam aku rasa aku asyik flash back je kan? Huhuhuhuhu! Kalau ada yang ingat lagi, kotak kasut tu masih baik dan berkhidmat lagi untuk kami! Cuma, mungkin bakal bertukar baju supaya nampak sama dengan tema rumah :)

Kos? Rm2.80 untuk tape.

Kemas dah kotak purple tu dengan Rm2.80 sahaja :) Aku pun dah tak payah nak gulung-gulung wayar lagi. Kemas dan senang!





Love,
Nursaila Norman!


Birthday Giveaway by Cik Ayue

Assalamualaikum.




segala cara-cara penyertaan boleh tengok dekat blog Mrs Qisti ya!
DONE : Follow blog Mrs Qisti, Like FB




PELAMIN






ATTIRE





























Google


Kalau diberi peluang untuk kawen lagi sekali (dengan En Gaban jugak!), aku wajib akan buat pelamin macam dalam gambar. Baju nikah dengan resepsi buat sekali, tapi sebijik macam dalam gambar jugak. En Gaban pakai macam dalam gambar jugak. Hahaha. Edisi berangan, layan jelah eh :p

Kenapa aku suka pelamin-pelamin dari Filmshortartifact? Sebab segala barang yang ada dekat pelamin boleh diguna semula! Kenapa aku suka baju dari Alia Bastamam? Sebab simple. Less is More. Kalau nak pakai semula untuk grand dinner ke, annual dinner ke, diy je sikit bagi nampak baru. Dah.

En Gaban, buat majlis sekali lagi ada orang maki hamun kita tak? Bahahahahaha.

Okay lah Cik Ayue, itu je dari kita. Jangan lupa, teddy bear tu bagi kita eh! iheeeeeeee~

Cik Nad, awak punya pasal akak join gak giveaway ni. Tak pasal-pasal akak dah terasa nak buat majlis sekali lagi. Damn you. Grrrrrrr!

Kita Tag : TAKDE. sebab korang-korang dah tagged orang-orang yang Saila nak tag. Daaaaa!


Love,
Nursaila Norman!


Monday, January 6, 2014

Organizing #1 : Stools

Assalamualaikum.


Dari mana nak mula eh? Pheww.. Tapi apa-apa pun alhamdulillah atas nikmat Allah, dengan izin Dia, aku dapat jugak melakukan, menyiapkan beberapa perkara dengan 'rumah kita' tu.

'Rumah kita' tu masih dalam progress.. Ingatkan boleh siapkan semua sekali dalam masa sehari dua, yelah.. Bukannya renovation besar-besaran pun, alih itu ini, diy itu ini je. Tapi rupanya susah jugak dan ambil masa. Huhuhuhuhu. Harap sempat lah sempurnakan mana yang utama/penting, sebab weekend ni kawan baik nak datang masak-masak dan lepak-lepak kat rumah aku. Malu pulak takde meja makan. T____T'

Jadinya, sabtu baru ni aku pujuk Suami bawak aku pergi IKEA. Kat rumah cakap macam ni kat Suami 'girl nak beli stool 3 je.. satu rm10.. murah kan? girl janji, beli stool je..' Siap buat muka merayu. Supaya Suami kesian dan percaya dengan aku. Hehehehehehe. Eh, ni betul-betul janji okeh. 

Masa ni odw ke IKEA
nampak tak muka happy tu? nampak tak?


Sampai je kat IKEA ada je barang lain aku capai.
nampak tak janji tak ditepati di situ?
kehkehkehkeh


Macam biasa aku suka balang kaca IKEA tu, sebelum ni beli 2 bijik, konon cukup lah tu. Sekarang dah bertambah jenis makanan dekat dapur, so kena lah grab lagi kan. Itu pun kena bagi justifikasi kat Suami sebelum aku boleh letak dalam troli. Hahahahaha. Orang lelaki, kalau bab pekakas rumah semuaaaaa tak perlu. Tapi bila kita dah beli, boleh pulak puji. 'eh, bagus lah beli ni'. T_____T

Kitorang kalau pergi IKEA mesti pergi lepas Asar. Orang masih ramai, tapi bab parking tu dah mudah sikit. Tapi kena makan dulu, bagi tenaga kat orang lelaki. Orang perempuan takpe, aku tak makan 3 hari duduk dalam IKEA tu pun boleh. Hahahaha. So kami makan meatballs sampai lebam dengan chicken wings baru boleh masuk beli barang. Kang ada jugak terlembik-lembik ikut aku pilih barang. Siapa lagi yang lembik tu kalau bukan Suami. Hewhewhewhew. Kebetulan, masa kami makan tu, kerusi yang kami duduk tu lah stool yang aku nak beli! Beriya-iya tunjuk kat Suami. 'yang macam ni la girl nak, macam ni sebijik!' sambil tunjuk-tunjuk stool. Dahhh kenapaaa.


Balik-balik je, tak solat Isyak dulu.. Pasang duluuuu. Dah kata aku kannn.. Pernah ke menyabar? Mcm minggu lepas masa bawak Ibu pergi makan Satay Kajang kat Kajang, kan ada orang jual-jual kat parking lot tu.. Suami nak belanja selipar untuk bini dia (sebab bini dia suka kasut dan selipar :p), masa Suami bayar aku terus pakai selipar tu. Pastu terus jalan kaki keluar kedai. Ibu aku cakap perangai tak berubah, pastu Suami tambah 'siapa tak kenal Yunn kannnn'. Daaaaa~


Siap! Suami tolong ketatkan skru je.. Orang perempuan kan tak boleh buat kerja berat2.. Hehehehehe. Outcome dia nanti aku share sesegera yang boleh ya. Doa2 lah tiap kali balik kerja aku berajin2 nak sambung diy 'rumah kita' tu. Huhu.

Apa yang aku boleh teaser sikit ialah, aku takde meja makan. Dulu sebelum kawen aku tak masukkan meja makan dalam list kami. Sekarang ni aku dah boring makan kat bawah. Nak membeli meja makan aku rasa macam hmmm..hmmmmm.. Alang-alang nak beli meja makan aku nak beli untuk seat 6 orang. 'Rumah kita' tu sesuai masukkan meja makan untuk seat 4 orang je. Konfius di situ.

Lagi satu, aku rasa tak perlu lah nak membeli meja makan. Kalau ada rezeki dapat beli rumah (amin), takde lah menambah beban kan. Macam aku, menghias, mencantik, menyusun 'rumah kita' tu tanpa membeli perabot besar-besar. Guna segala barang yang sedia ada dalam rumah sahaja. Itu yang kena perah otak tu. Wu Wu Wuu Wuu!


Kalau ada yang ikut blog ni dari dulu, dari zaman kami baruu-baruuuu je kawen, mesti ingat dengan gambar ni kan? Meja yang aku nak jadikan meja makan nanti asalnya meja dalam gambar lah. Asalnya meja dengan armchair tu satu set. Tapi aku asingkan. Sebab kerusi dia gedabak sangat nak dijadikan kerusi makan. Kan? So meja aku hantar ke dapur untuk tempat air, kerusi dia sampai sekarang dekat ruang tamu sebagai hiasan semata-mata. hiks!

Refer lah link My Feveret Area dengan I Am Suri Rumah. Boleh nampak macam mana rupa armchair tu tanpa meja dia. Huhuhuhu!

Boleh nampak tak asal barang dalam rumah aku kebanyakkan nya murah dan ada jugak barang second hand. Hanya dengan kos Rm30, aku akan ada meja makan tak lama lagi. Yeahhh! 

Kalau sudi, tunggu lah aku share macam mana rupa paras meja makan bernilai Rm30 aku tu eh!
As'Salam :)





Love,
Nursaila Norman!


Daisy Crepe Hand Bouquet : Kepong

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, satu lagi hb aku dapat siapkan dan dah hantar pun ke pintu rumah customer. hiks! Maaf lah, aku kurang ambil tempahan sekarang, ambil mana yang sempat dan serius sahaja. Yang last minute tu, yang terpaksa saya tolak tu, maaf ya.

Okay, okay.. Kali ini hb lain pulak yang aku buat, bukan pearlsss macam biasa tu. Kali ni hb yang lebih murah. Aku rasa untuk zaman-zaman mahal ni, guna hb macam ni lebih baik (bagi aku la yang super duper berjimat cermat ni, haha). Sebab dia sweet, dia comel, dia murah. Hihihihihihi.

Kalau nak tempah yang ini last minute pun boleh!! Sebab nak buat dia kejap giler!



MOOD : MALAM








MOOD : SIANG








Warna yang customer pilih memang comel, jadi bunga pun jadi lebih comel la. Hehe. Cuma sebelum tu, aku dah tersalah ambil warna dan tersalah buat! Nasib baik Suami bagi idea. Secara jujurnya, ini first time aku ambil tempahan daisy crepe guna dua jenis warna. Memang blurblurbodoh terus. Huhuhuhuhu. 


Yang terbaring tu yang salah buat, tapi dah buat kan.. Masa hantar kat rumah customer, aku bawak and bagi dua-dua sekali. Aku simpan pun nak buat apa kan. Huhuhuhuhuhu.

Kalau nak tempah daisy crepe hb ni, boleh lah. Cuma pearl hb tu yang ambil masa dan ambil mood sikit. Tapi kalau serius, dan cukup masa, aku usahakan ya.. Memang aku tak sampai hati nak tolak. sobs!

Athirah, thank you banyak-banyak ya!





Love,
Nursaila Norman!


Friday, January 3, 2014

Wanita Hamil & Kucing : How to Prevent the Toxoplasmosis

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, sebab kita berada di zaman serba canggih, segala persoalan yang kita takde jawapan, just googled! Cuma kalau google dalam Bahasa Melayu susah nak dapat jawapan yang kita cari. As we know, orang barat lebih advance dari kita DAN tak salah kalau kita ambil segala tips dan info-info dari mereka :)

Sejak aku conceive Disember lepas, aku lebih serius ambil tahu banyak hal tentang pregnancy. Compare before aku conceive, segala maklumat aku copy and save without study dalam-dalam. Just baca as an info lepas tu saved. Dengan niat, bila aku pregnant aku baca seriously. Haha.

Semalam baca entry Namee, dia bercakap pasal kucing. Masa awal pregnancy dia pun, dia ada sebut pasal kucing. Dan aku ada 3 ekor anak kucing dalam rumah tu. Aku taknak lepaskan salah satu, aku nak dua-dua sekali (tamak), so aku googled semalam. DAN, sementara itu, aku ada jugak terbaca komen(s), terbaca kata-kata orang yang pregnancy women harus avoid cats! Harus. Without doubt. 

Dan aku tak puas hati. Takkan seteruk itu kucing kesayangan Nabi saw. Kan?

Thanks to GOOGLE, cukup lah info yang aku dapat. After this aku nak refer vet dengan doctors untuk more info pulak :) So kepada pencinta kucing, beberapa hal yang aku dapat, sebenarnya takde salahnya memelihara kucing semasa kita pregnant. Cuma najis dia sahaja. Sebab dalam najis dia tu yang ada parasite Toxoplasmosis. Parasite itu yang tidak baik untuk wanita hamil, bukan kucing itself :) Itu pun in certain case. Larangan keras supaya anda TIDAK mendekati najis kucing adalah sekiranya kucing anda kucing luar, kucing yang makan makanan dimasak, makan tikus (berburu kan sinonim dengan kucing), etc.

Info tambahan boleh refer link yang aku share ni eh!



















To those yang suka kucing, memelihara kucing, harap info ni dapat membantu sedikit, dan dapat mengurangkan sedikit kegusaran dihati. Kalau nak lebih confident, boleh bawak kucing anda ke vet untuk buat test sama ada mereka ada symptom Toxoplasmosis. Buat test dekat diri sendiri pun boleh! But overall yang aku baca, kebarangkalian untuk indoor-only cat sangat rendah. Apa-apa pun ikut preventions dan refer doctor k!

Tapi bagi aku yang tak sempurna lagi ilmu di dada, masih belajar sedikit-sedikit, masih mencari, benda pertama yang kita perlu buat ialah minta dari Allah supaya dijauhkan dari segala penyakit dan bencana. Lagi-lagi niat kita memelihara kucing itu apa. Segala yang terjadi atas kehendakNya, berdoa, usaha dan tawal. Berdoa supaya dilindungi diri ini dan bayi dalam kandungan dari segala penyakit, berusaha ikut tips yang diberi, dan tawal :)


Untuk senangkan korang yang malas nak bukak link satu-satu, aku try simple kan kesemuanya eh....

1. Mintak orang lain uruskan najis kucing (husband)

2. Kalau takde orang sangat-sangat dah
a) guna sarung tangan dan topeng muka semasa uruskan najis
b) cuci tangan selama 30 saat (guna dettol sebaiknya)
c) setelah tanggalkan sarung tangan, terbalikkan ia (buang sebaiknya, sebab disposal glove 40sen sepasang)

3. Letak litter box serendah yang boleh
4. Bagi kucing makan makanan tin dan dry food. Jangan bagi lauk mentah
5. Jangan biarkan kucing main pasir
6. Tukar/bersihkan litter box setiap hari atau 2-3kali seminggu
7. Pastikan kucing sentiasa di dalam rumah
8. Jangan bawak masuk kucing luar (bagi makan kat luar je)
9. Kita sendiri dilarang makan makanan separa masak dan mentah (sayur takpe! hehe)
10. Kalau anda berkebun, ikut tips no.2
11. Untuk kepastian, bawak kucing ke vet untuk test, dan kita jugak pergi buat blood test


Cukup lah tu, selebihnya korang baca sendiri jelah ye. Kalau bukan pencinta kucing pun, ambil lah ini sebagai satu ilmu untuk hari ini. Tak rugi pun dear :) 

Kepada yang ambil langkah untuk jauhkan diri terus dengan kucing terpulang, tak perlu lah kondem aku konon macam aku tak sayangkan diri. Masing-masing ada pendapat, cara dan niat masing-masing kan. Hanya Allah yang tahu.

Lepas sedikit hasil carian dan bacaan aku hari ini dan semalam, aku takde lah rasa diri ini tergolong dalam golongan ikut-ikut je. Maaf, maksud aku, aku tak suka tergolong dalam group main ikutttt je apa orang kata tanpa study terlebih dulu. Kadang-kadang tempat kita bertanya itu pun orang-orangnya masih banyak perlu belajar, taknak lah bertanya di tempat yang salah dan mendapat maklumat yang kurang sempurna.

Okay lah itu je sharing knowledge untuk hari ini, as'salam :)




Love,
Nursaila Norman!


Thursday, January 2, 2014

So-Called azamtahunbaru

Assalamualaikum.



Hello 2014!

Ramai orang berazam macam-macam untuk tahun baru, aku tak pernah ada azam pun. Sebab azam aku tak pernah tercapai langsung! Haha. Normally, aku aim sesuatu je. Tak pun in planning. Itu je. Dan so far alhamdulillah, tercapai :)

Tahun ni aku aim or plan untuk celebrate birthday gila babi punya. Sebab tarikh birthday aku tahun ni cantik Ya Rabbi 14.04.14. Daaaaaaaa! 3 bulan sebelum due date. Pandai-pandai lah nak rancang apa pun. Janji gila vavi. Nampak tak merepek nya aku mengalahkan orang gila? hewhewhewhew!

So semalam tahun baru kann.. So meh ahkak nak cerita betapa bersemangatnya ahkak sambut tahun baru. Pergi beli barang dapur dek non! Huahuahuahua. Berkobar-kobar ni nak masak dinner. 

Sebelum masak ada tragedi sikit, tragedi area Batu Caves takde gas. Melilau kami Suami Isteri bawak tong gas kosong cari kedai yang ada jual gas. Naik kereta okeh, jangan ingat kami naik motor pulak bawak tong gas kosong. Ahahahahaha. Aku gelak dulu sebelum korang gelak. kehkehkeh!

Cut it short, selamatlah dinner aku setelah berbulan-bulan apply cuti masak dari Suami. Aku taktau lah Suami memang betul-betul suka masakan aku, memang puji ikhlas aku masak sedap atau tidak. Sebab tiap kali aku masak dia puji tu satu hal, cara dia menikmati pun satu hal. So aku taktau nak kembang ke atau nak kena berhati-hati. Hehe! Sampaikan sepanjang Suami bawak aku membeli-belah barang basah, dia punya lah excited bini nak masak. Sedap lah tu kan? Hahahaha. Pastu masa aku tengah masak, dia curik-curik snap gambar aku. Damn, nasib baik cun. kehkehkehkeh.



























Tadaaaaa! Dinner malam tadi saje taknak minyak-minyak. Ayam bakar, sayur campur goreng tanpa minyak jugak. Tapi nasi selambak. Motip?! Aku punya bakar takde lah pakai microwave canggih-canggih, bakar manual je macam zaman dulu-dulu. iheeeeee :)



























Sayur kena lah sayur feveret aku, brokoli, carrot, buncis dengan kentang.
masak separa mentah



























Tau Suami tak makan sayur, tapi letak jugak dekat pinggan dia. Tapi lepas tu aku ambil sayur-sayur kat pinggan dia, alih masuk kat pinggan aku. Sayur sedap pun tak makan. Rugi. Huh!

First time try masak style macam ni, konon macam orang putih lah takde kuah lemak, takde sambal, baik untuk perut dan kesihatan. Konon. Tapi jujurnya, aku lagi suka masak style macam ni. Masakan melayu macam leceh je.. Huhuhuhu! 

Eh, okay lah. Kalau aku rajin aku masak style lain pulak eh. Style omputih tapi versi reka sendiri. Jadilah, janji makanan sihat :) 

Selamat tahun baru 2014 semua!
As'salam :)





Love,
Nursaila Norman!