CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 13, 2012

Huru Hara Huhu Haha Huru Rara

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Cukup lah huru hara dari mula sampai kat pejabat sampai la saat ni. Sekarang gerak ke Bank Negara pulak. Nak kena huru hara kat sana. Eh, harap-harap jangan huru hara. Harap-harap semuanya okay je.

Monday, March 12, 2012

Orang kata kalau nak mendirikan masjid memang banyak dugaan

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Orang kata bila niat kita nak mendirikan masjid mesti banyak halangan. Yelah, syaitan kan menangis bila lelaki dan perempuan sah menjadi suami isteri. Sebelum nak sah jadi suami isteri, memang banyak la dugaan yang muncul. Hidup ni kalau takde drama tak sedap ya. Syaitan la pengarah drama nya. Ingat dia senang-senang je nak biarkan lelaki dan perempuan yang haram berdua tu bernikah dan menghalalkan segala-galanya? No way man! No way! NO WAY.

Selalunya, maksud aku dari kisah-kisah yang berhampiran dengan aku seperti kisah-kisah sahabat handai selalunya dugaan diorang mesti datang dari pasangan diorang. Pasangan buat hal time-time bertunang. Sebelum bertunang elok je perangai. Tapi bila dah bertunang tetiba gatal pulak nak test market. Haihhh. Ada yang sampai putus pun ada. Dugaan orang kata. Bukan mudah nak menghalalkan hubungan rupanya. Mudah lagi bercinta ' i love, you love me, cepat buktikan kalau tak i bunuh diri'.

Sampai takut nak bertunang. Apa kaitan bertunang dengan dugaan. Ntah, orang kata dugaan masa bertunang lebih hebat. Ntah. Aku pun tak pasti. Takut putus sebelum majlis? Ntah lah.. Memang ada hal-hal begitu. Susah nak cakap. Semua tu dugaan.

Kami alhamdulillah baik-baik sahaja. Malah beberapa bulan sebelum sah jadi suami isteri aku belajar hormat dia seperti lelaki yang bakal menjaga aku sepenuhnya. Tak boleh anggap kawan-kawan rox lagi dah lepas ni. Hiks! Kalau nak hubungan aman damai, aku tak boleh merajuk lama-lama dengan harapan dapat bunga sedozen (mimpi lah kan). Kalau nak tenang-tenang gembira bahagia, aku tak boleh besarkan hal yang kecik dan remeh. Insyaallah. Amin.

Cumanya orang sekeliling menjadi sumber dugaan. Haihhh. Ya, aku faham semua orang nak buat yang terbaik untuk majlis sekali seumur hidup ni. Tapi berpada-pada lah. Semua orang ada impian dan keinginan. Hormatilah perasaan orang lain. Kalau tuan punya badan tak setuju dengan cadangan kita, tak perlu la dipujuk-pujuk, diulang-ulang lagi. Simpan la untuk majlis kita esok. Sabar. Sampai masa majlis kita akan tiba juga. Kenapa nak ribut-ribut sangat ya.. Pelik.

Dan bagi yang merasakan diri sendiri cuba memberikan pertolongan dan bantuan sehabis baik, ya itu bagus dan sangat berterima kasih dengan usaha anda. Tapi perlu ingat jangan sampai memperlekehkan orang lain. Jangan sampai membuat orang lain berkecil hati hanya kerana kata-kata kita yang berasa diri betul. Tolong faham keadaan orang lain dulu baru bercakap. Tolong fikirkan dulu keadaan orang lain sebelum rasa diri tu betul. Ya, mungkin anda betul tapi sebetul mana pun anda, anda perlu fikir keadaan orang lain, mungkin kondisi orang lain tidak mampu sebetul diri anda. Kata-kata kita mungkin kita rasa sopan, tapi kalau sampai mengguriskan hati orang lain fikir-fikirkan lah. Mungkin kata-kata anda terlalu tajam dan sinis sehingga mengundang kebencian orang lain. Dari nak membantu terus memburukkan keadaan. Itu kah yang anda mahukan? Anda bukan membantu. Tapi menyusahkan.

Ya,aku sangat pelik. Aku tak seperti orang lain mengidamkan majlis hebat dan grand. Cukup majlis aku nanti untuk mengwar-war kan supaya tidak timbul fitnah. Tidak lebih dari itu. Aku terlalu memikirkan kehidupan selepas majlis. Itu lebih penting bagi aku. Ya, makan di atas meja makan atau tidak, tilam empuk atau tidak, sofa tempat kami menonton TV sambil bersandar bahu selesa atau tidak.. Itu yang aku fikirkan. Maaf lah, aku memang pelik. Yang penting kepelikan aku tidak membebankan aku dan sesiapa. Done.



thanks korang!


Love,
Tata!

Sunday, March 11, 2012

'dah satu dekad kita kenal'

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Pada hari jumaat baru-baru ni, balik dari ambil aku dari Putrajaya sebab overtime tu kitorang singgah makan sekejap. Sampai-sampai je kat tempat makan tu, ada episod Walking Dead pulakkk.. Apa lagi, terlupa terus yang En Gaban ada kat sebelah. Hikhik! Tengah busy melayan WD, En Gaban cuba memberitahu aku sesuatu. Tapi mata aku still kat TV. Tengah gerun-gerun tengok zombie dalam TV tu okeh.. En Gaban ni punnn. Dah habis part zombie tu baru aku tersedar En Gaban ada kat sebelah. Eh? Hahaha..

Masa tu En Gaban sudah merajuk. Hahahaha.. Rupanya dia nak bagitahu yang kitorang dah satu dekad kenal, berkawan. Eh, kejap.. Rasanya aku dengan dia baru je lima tahun.. Kan? kan? kan? Rupanya En Gaban kira sekali sejak hari pertama dia masuk dalam kelas aku masa kitorang tingkatan 4. Tu lah hari first dia jumpa aku. Aku time tu? Buat tak tau je. Hahaha.. Ada budak baru masuk kelas aku. Lelaki pulak tu. Apa aku kisah. Hahaha.. Tapi aku tak berkawan pun dengan dia. Jual mahal. Muahaha.. Umur kitorang 20 tahun baru kitorang berjumpa semula. Drama sangat kan? kan? kan? 

Jadinya sejak hari pertama dia nampak aku, jumpa aku iaitu masa umur kitorang 16 tahun, sekarang ni umur kami 26 tahun.. Makanya cukup lah satu dekad. Aiyoooo.. En Gaban memang suka mengira hari-hari yang aku sendiri tak terfikir, tak teringat. Huhuhu.. Terharu la pulak. Ni yang sayang En Gaban lebih ni. Hikhikhik!

Syukur alhamdulillah.. Dah sepuluh tahun kami kenal. Walaupun terlalu banyak dugaan, tapi alhamdulillah, sampai juga ke hari ini :)

Nak menghalalkan yang haram bukan mudah. Tapi kami tetap berusaha menghalalkan semuanya. Doakan kami cepat-cepat bernikah dan jadi teman sebantal pula lepas ni :)




*saya sayang awak teramat sangat*





thank you!




Love,
Tata!


Friday, March 9, 2012

OverTime

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


8.43pm

Masih di pejabat. Buat preparation untuk meeting. Nasib baik esok hari sabtu. Balik lewat pun takpe. Tapi esok kena datang pejabat lagi. Nak sambung preparation meeting juga. Fuhh! Ni baru lepas print beberapa perkara. Yang lain pergi fotostat nota untuk meeting. Bukak blog saja-saja update memandangkan hari ni belum update apa-apa lagi. Hiks! Sementera tunggu diorg siap fotostat, layan updating blog sekejap. Wehee :)

Dalam hati tengah berbelah bagi, nak mintak tolong En Gaban jemput atau mintak tolong En Zhul hantar kan.. Huhuhu. Nak mintak En Gaban datang ambil tapi tak tahu kerja habis pukul berapa. Sosbsob.





part ni dah settle dah
beralih ke bilik perbincangan pulak esok
kesian bilik saya kan?
macam tempat longgokan sampah. Hehe!





Heh!





part ni pun dah settle
Ezwan, kalau kau terrrbaca blog aku ni, aku nak mintak izin pinjam gelas kau yang bentuk mcm lensa DSLR tu eh? (dah guna baru mintak izin??)




En Gaban dah kerisauan. Dah tak senang duduk. Kesian dia kan? Huhu.. Tapi kerja saya belum habis lagi.. Eh, jap! Muka tuan punya blog belum letak lagi kan? Wink! Wink!


















ready?































































































betul ni ready?


































































tat taraaaaa!!
muka tak mandi u olls
muka mandi pagi je. ni dah mlm tak mandi-mandi lagi.
hikhikhik!

bilabolehbalikni?



thanks korang!



Love,
Tata!






Thursday, March 8, 2012

Idea : Hairstyle

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Entry ni adalah entry paksaan sangat-sangat. Maksudnya aku memaksa diri sendiri supaya post sesuatu supaya awak-awak semua tak boring. Hiks!

Aku ada daftar dengan Wedding Channel Newsletter, banyak idea pasal w-day dalam tu, tapi dalam skop barat la.. Tak banyak pun kita boleh follow, cuma part decoration tu boleh la mana yang sesuai. Hari ni WCN ada post pasal Hairstyle.. Jom layan idea-idea manis dari WCN :)




 



 

 





 

 




 



 



So macam mana? Manis tak? Setakat ni aku dah berkenan dengan beberapa hairstyle, boleh la print dan bawa ke MUA supaya dia tau apa yang aku nak.. Nak fringe macam picha No.1 tapi bahagian belakang nak macam picha No.3. Tapi kalau macam picha No.8 lebih sweet kan? Tapi, eh ada tapi lagi ke? Hehe.. Tapi jangan lupa bunga untuk diselitkan kat sanggul. Tetiba macam suka dengan semua hairstyle. Boleh? Huhuhu.. Pilih satu sahaja Saila.. Satu je. Grrrr!



thanks korang!




Love,
Tata!


Wednesday, March 7, 2012

Sedang mencari rumah sewa

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Hai!

Sejak kebelakangan ni susah sangat nak update blog. Takat login lepas tu pantau dashboard untuk baca entry kawan-kawan yang lain. Nampaknya itu jelah cara terbaik untuk release tension. Aku still risau dengan tahap kemalasan yang tak pergi-pergi ni. Dah lama dah ni. Tanda-tanda untuk rajin tak tau la bila 'dia' nak datang. Malas update blog walaupun ada benda nak ngadu atau share, malas beading veil, malas nak sambung buat corsage merah menyala tu, malas men'diy' beberapa benda.. Eh, banyaknya! Baru aku perasan. Haha.

Okay, settle peranggan mengadu punca-punca malas update blog.

Awal-awal pagi tadi terbaca entry dari Cik May pasal rumah sewa, serupa la dengan diri ini. Aku pun tengah cari rumah sewa untuk lepas kawen nanti. Tapi kalau boleh aku nak masuk rumah sewa awal sebulan dua dari tarikh wedding. Sebab nak mengecat dan prepare barang-barang rumah.

Cakap pasal rumah, sama la kehendak aku dengan Cik May, macam yang Cik May tulis kat komen kat entry sebelum ni. Kebersihan, parking dan keselamatan paling penting. Rumah kecik takpe, yang penting bersih. Parking selamat.

Sekarang ni aku dengan En Gaban tengah berkira-kira sama ada nak stay kat area KL atau Putrajaya. Kalau boleh nak stay kat KL tapi aku selalu balik lambat sejak kebelakangan ni.. Leceh gila kalau balik lambat pastu rumah pulak kat KL. Penat yang amat. Kalau nak stay kat KL kena dekat dengan laluan bas kementerian. Aku malas nak drive dari KL ke Putrajaya. Hiks!

Setakat ni aku berkenan dengan kawasan perumahan En Gaban, jenis townhouse. Tapi tak dekat dengan laluan bas kementerian pulak. Huhuhu! Nak stay Putrajaya kena booking dari sekarang. Haihhh.. Bila la nak start mencari nih. Kalau dah jumpa yang berkenan kena terus masuk nanti melepas pulak. Tak awal sangat ke eh? *______* Takpe, kalau dapat awal aku nak paksa Ifah stay dengan aku lah nanti. Hikhikhik. Teres atau kondominium atau apartment tak kisah. Janji selesa, bersih dan selamat.



thanks korang!






Love,
Tata!



Monday, March 5, 2012

Penat tapi Seronok!

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Hai!

Lama gila tak bukak blog. Err.. Beberapa hari pun tetap dikira lama jugak kan? 7 hari yang lalu sangat sibuk sampai demam-demam. Sebenarnya demam dah lama nak menempek, tapi takde chance. Kebetulan masa training kat Bukit Tinggi duduk bawah kipas, ekon, hujan dan kabus so memang peluang terbaik la demam nak datang. Time training aku demam. Langsung takleh nak fokus, hidung sakit, kepala sakit, mata sakit.. Perut je tak sakit (kenyang). Hehehe.. Nasib baik hari yang last, boleh buat aktiviti bebas waktu malam. Aktiviti malam aku dengan kawan se'apartment' adalah melayan astro setelah kenyang dinner lepas tu aku masuk tido pukul 10 malam. Off terus. Hiks!



En. SpongeBob ikut pergi training! Yayyy!


Jumaat pulak masuk ofis terus berkejarkan delegasi dari luar. En Boss siap call petang khamis, tanya aku masuk ofis tak esok (jumaat). Ya En Boss, saya masuk En Boss. Sobsobsob! Settle delegasi, settlekan surat segala, terus balik rumah. Mata dah keluar api time tu. Eh, sebelum tu sms En Boss, mintak nak balik sebab saya demam semula. Boleh tak ayat demam semula? Haha.. Betul apa, demam semula okeh. Hihi! Sampai kat rumah ingatkan boleh rehat.. Huhu. Ibu aku ajak diskas pasal wedding pulak.. Baru berangan nak tido sampai petang. Hehehe.

Sabtu ahad still tak boleh rehat. Sebab dah booking kuliah agama. Atau bahasa pasarnya Kursus Pra Perkahwinan. Kelassss.. Hikhikhik. Ni kursus kali kedua aku hadir. Kursus kali pertama aku buat kat Jitra, Kedah Darul Aman. Kat Kedah memang best. Masa tu pergi dengan kawan-kawan U. Tapi masa tu tahun 2007. Sekarang 2012. Tak salah kalau nak buat kursus lebih dari sekali, ilmu kan. Tak rugi pun :) Tapi kali ni pergi dengan ehem, ehemm. Ehem, ehem la sangat. En Gaban my super hero (ceh!) la siapa lagi.. Tapi yang tak bestnya En Gaban keep messaging me 'dengar tu' 'ingat tu'. Grrrr.. Yaaa, dengarrr, ingattt.. Huhuhu..

Diakhir sesi kuliah agama atau Kursus Pra Perkahwinan tersebut En Gaban bagi ulasan 'banyak yang tata kena perbaiki lepas ni'. Wahhhhhhh.. Baiklah. (nada pasrah). Sobsobsob.



kami minum pagi duduk rapat-rapat dengan peserta lain, sebab restoren penuh.

nota penting : En Gaban yang semakin ketat
muahahahaha!!




thanks korang!



Love,
Tata!