CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 19, 2014

Hibernasi vs Baby

Assalamualaikum



Ini lah first time aku rasa malas tahap melampau nak buat entry. Jangan kata nak buat entry, nak login pun malas! Sampai tahap tadi nak login boleh salah masuk email. Lepas tu lupa masukkan password, terus enter je. Hadoihh. Nasib baik yang nak order HB add aku kat FB. Yang nak softcopy macam-macam email terus. Kalau harap komen kat blog, mati la korang tunggu berjanggut janggut. Maaf ya :(

Sebab lama tak update blog, henfon takde, Ibu bawak pergi Mekah untuk bergambar. Kerja dekat ofis mencurah-curah macam air terjun. Dan takde mood nak menaip dan bercerita. T____T

Kepada Kak Kesuma Angsana yang sudi review blog saya, Allah je dapat balas. Huhuhu. Masih mamai2 demam, tengok blog ada orang sudi review. Terima kasih kak! Kak Wantie pun sama. Buat kita terkejut sekali lagi. Terus rasa nak demam balik sebab dapat 2x review dari blogger. Terharu!

Banyak nak tulis, tapi benda banyak yang dah jauh terlepas. Huhuhu. Takpe lah, mana yang ingat jelah eh.

Firstly, khabar gembira dari kami untuk kami Suami Isteri, alhamdulillah baby dah 12 minggu. Weeee :) Selepas setahun, genap setahun kami berkahwin, tiba-tiba aku rasa sangat excited nak pregnant. Aku dah tak sabar-sabar nak pregnant. Masa pergi Cameron Highland celebrate anniversary, aku asyik cakap kat Suami yang aku taknak tunggu Disember kalau boleh. Huhuhuhuhu. Suami layannnnn je Isteri dia sorang ni. Nasib baik tak sampai tahap made in Cameron Highland. Hewhewhewhew!

Sepatutnya ikut perancangan kami, aku nak tunggu sampai period bulan Disember. Tapi perasaan excited aku mengubah perancangan kami. Heeeeeee~

Tapi perasaan excited aku tu bertukar menjadi penyeksaan lah pulakkk.. Huhuhuhu. Nak tunggu tarikh period sangat lah lama bagi aku.. Hehe! Punya lah nak tau delay ke tidak. Sampai satu tahap lagi 5 hari sebelum tarikh period aku dah gatal tangan buat test. Tapi sedih, single line. So aku pun standby pad sebab jangka akan period pada sekian-sekian tarikh. Bila sampai tarikh, tak period pulak. Aku pun buat-buat cool je lah. Sebab anggap maybe lewat sehari. Walaupun tak pernah lewat. Hari kedua still tak period. Perasaan mesti lah berbunga-bunga kan.. Suami pun dah sibuk2 panggil diri sendiri daddy. Daaaaaa. Padahal baru 2 hari lewat. hikhik.


Lewat period hari ke-5 aku dapat simptom nak period. Dalam tengahari kitorang pergi klinik buat test. Sebab aku rasa nak telan panadol je sebab tak tahan sakit kepala teruk yang amat. Bila doc buat test, masih single line. Muka cool je.. Tapi dalam hati dah risau. Motip tak period dan tak double line?? Balik dengan perasaan risau kot-kot aku menghidap penyakit dalaman? Oh, aku memang drama. Terlebih over sikit. Hahaha. Doc pesan datang lagi 5 hari kalau tak period.

5 hari kemudian kami jumpa doc yang sama dan buat test sekali lagi. Kali ni lewat period dah 10 hari. Suami memang super positif. Dia cakap ada ada ada. Aku macam biasa la kan, emosi terlebih.. Fikir macam-macam. Aku sakit ke. Aku ada masalah ke. Itu ini itu ini. Bila buat test masih single line! Aku cool lagi.. Buat-buat cool actually. Amek masa sikit, doc cakap-cakap, borak-borak, explain itu ini.. Tak lama tu macam ada lagi satu line. Macam. Tapi kabur. Kabur sampai kena kelip-kelip mata sepuluh kali kot. Aku tanya possibility nak jadi tak jadi ke. Doc kata maybe. Doc macam faham-faham je apa yang aku nak cakap, doc cadang amek booster. Tapi aku taknak fikir depan doc, aku cakap nanti aku datang lagi sebab kami nak diskas dulu suami isteri.

5 hari kemudian, aku tak pergi klinik untuk buat test atau amek pendekatan agresif macam doc cadangkan. Aku nak buat test sendiri. Beli upt pun yang paaaaaaling murah. Sebab taknak membazir. Huhuhu. Ikut kiraan genap 6 minggu, aku buat test pepagi buta, itu pun Suami kejutkan bangun buat test -_- Suami memang super excited! Uhuuuuu.. Tak payah nak tunggu-tunggu, terus double line! Hilang semua rasa risau kalau-kalau ada penyakit ke apa ke. Huhuhuhu!



Start minggu ke-7 aku alami heartburn yang teruk. Refer doc lagi sekali untuk dapat advice. Sampai minggu ke-9 masih heartburn yang teruk. Tak boleh makan pedas dan masam. Nanti merana sakit. Sampai lah aku demam terukkk terukkk terukkkk, aku jumpa bidan kampung sebab ubat doc dah habis ditelan, baru baik demam, baik heartburn, dan cuci balik ubat-ubat doc yang aku telan. Sobs. Alhamdulillah sembuh.

Lepas tu just kembung dan angin normal orang pregnant jelah. Bertabah lah sebab tak pregnant pun kembung dan angin jugak, ini kan pulak pregnant kan. Bertabah!

Alhamdulillah minggu ni genap 12 minggu, aku sihat walafiat di waktu pagi, takde pening pusing-pusing, takde muntah-muntah. Alhamdulillah. Tapi malam tak sempat Isyak dah shutdown. Baruuuuu je 3,4 hari ni aku mampu bertahan sampai pukul 11@12 malam. Suami pun seronok tengok bini dia tak shutdown awal. Kalau takkk.. Suami siap buat-buat merajuk sebab bini dia shutdown awal. Dia takde kawan katanya. Comelllll je perangai (ayat perli). Sekarang dah ada kawan kan?

So far alhamdulillah, 1st trimester aku berjalan lancar.. Cuma demam teruk dengan heartburn tu jelah. Lain semua okay. The hardest part sepanjang 1st trimester ni lain tak bukan selera makan yang macam gergasi muncul dari sebalik bukit. Huhuhuhuhu. Muka dah membesar bagaikan juara dah. Ayah aku siap tegur 'makannnn je..' Hehehehe. Nak buat macam mana, sihat pun berselera. Tak sihat lagi la berselera. Hiks!

Itu je kot nak cerita so far.. Nanti kalau aku rajin aku update lagi ya. Kerja banyak, tapi curik-curik update sebab tengah ada mood yaw. Kang takde mood kang, apa pun tarak.

Terima kasih kepada yang mendoakan, harap baby sihat dan baik-baik je sampai lahir nanti.

As'salam :)





Love,
Nursaila Norman!



36 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah.. Tahniah Saila :)
Jage kandungan baik2 yee...

Lyaa Suriany said...

alhamdulillah.
tahniah akk. baby thn 2014 la kite

Fahimah Mahayuddin said...

Alhamdulillah..tahniah saila! Ptutla dh lma x update blog, ad berita gmbira rupnya. Take care tau!

Miss Dilla said...

Tahniah Saila! Doakan Dila pun cepat dpt baby tau... da dekat 6 motns kawen, dh membuak2 rasa nk baby pulak skrg ni :)

miss said...

tahniah saila! happy for u dear.. kbetulan i br cek upt kemarin dpt +ve jgk..tp period sepatutnya 3hr lg..hope Allah bg peluang utk pregnant lg,i br mc januari bln lps.. huhu.

Cik Puan Tqah said...

congrats saila..yeyyy

Rina Ellisa said...

tahniah Saila ..

Tak care :)

PetakBunga said...

Dah agak dah lama tak update blog..

masim mulut kita..ha..ha..

between congrate..
take care..x mau lasak2. rest bnyk, stay cool, have fun,
& x mau moody2.

Ana said...

tahniah saila..jaga kandungan baik yer..makan makanan berkhasiat tau..:)

Puan Rad said...

tahniah mommy to be.. semoga awk & baby sihat sejahtera..

Nuriesya Nadia said...

Alhamdulillah. Tahniah akak. Hikss. Memang takleh motogp sama samalah kita tahun ni. Dengar kabor pun tiker naik seganda harganya dari tahun lepas. Hahahaha.

Seronoknyaaa nak jadi aunty. :P

oshinz said...

Wwaaaawwweeeee... congrats saila. Take a good care of yourself ya.

Yna said...

waa, happy sama dengar..
congratulation..jg diri n baby elok2 ye..
insyaAllah, segalanya dipermudahkan nanti..=)

AyongAtikah Zaid said...

alhamdulillah...congrats saila!!jaga diri baik2 ok...=)

ezan said...

kak saila tahniah beribu-ribu tahniah! akhirnya yang dinanti sampai jua, hihihi

take care sis and jaga kandungan jangan lasak-lasak ;)

shu said...

tahniah Saila..sy n suami masih menanti berita gembira :)

Mrs NurulAsyraf said...

Wahh dah nak ade baby congrats..take care :)

Han Hanni said...

Tahniah Saila..
Murah rezeki Saila..

Doakan saya jugak yer..

Anonymous said...

Tahniah!!! Jg diri elok2.. ^___^

Unknown said...

Congrats saila!!

anariffin said...

Alhamdulillah...
tahniah saila..happynyer dengar saila dah pregnant..
harap2 dpt berjangkit la kan..papepun..jge diri n baby leklok ye dear....
salam sayang...

Unknown said...

Assalamualaikum…tahniah...anyway saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer…

ayut said...

Alhamdulillah...tahniah kak saila....terserlah excited :)

Salfiza said...

congrats Saila! Alhamdulillah :)

Unknown said...

saila.

congrats yunk!!

inshaallah nanti anak kita sebaya.hhee :)

jaga diri elok2 saila. :)

Anonymous said...

Tahniah & alhamdulillah, yg penting jaga diri yer.. blog ni boleh tunggu nanti2.. x tq mention KA juga kat sini... jaga diri & baby yer adik !

Unknown said...

Alhamdulilah....tahniah saila...doakn utk sy pulak nnti tau :)

s h a said...

Alhamdulillah.Congratz saila.Beshnye ade selera.Sha da msk 2nd trimester masih xde selera.Camne?Huhuh.Semoga Saila and baby sihat.Take care dear. :)

musfirahmustapa said...

Alhamdulillah sis. tahniah! patotla lama tak update. take care akak! :)

suria lekatlekit said...

tahniah jaga kandungan baik2.. ok la 1st trimister lalu makan.. ada orang tak selera makan

(●*∩_∩*●) said...

Congrats saila...take a good care~! :) semoga baby n mommy sihat2 sentiasa..amin..

Fyka said...

alhamdulillah..tahniahh yang..syukurr.

Shafizah Man said...

Congrate :) da lama jd silent reader..happy for u.

Zila Zainal said...

congrats saila! welcome to the club!

Sharz said...

yeah! kite da dpt agak dari last entry saila..alhamdulillah..jaga baby elok2 tau..please2 jaga makan n diri elok2 sampai abes trimester 1..jgn ganas2..tak payah langsung buat kerja berat2..biar je husband yang buat semua benda..saila baring macam cik puan je awal2 nie..jangan stress..happy2 je tau..kalau tido n baring atas katil banyak pon takpe... :)

bestnye dah ade geng nak kumpul info best2 pasal baby!!! :D

- AZIE - said...

tahniah dear...9bulan nan indah..