Assalamualaikum.
I'm trying so hard untuk update jugak walaupun malas, huhu! Alhamdulillah aku dah melepasi 1st trimester dengan mudah. Rezeki masing-masing kan.
Macam aku semuanya baik-baik saja kecuali sensitif terhadap makanan pedas dan masam. Selain tu semuanya okay. Bercakap bab muntah, alhamdulillah takde la muntah di pagi hari atau muntah tiba-tiba. Selalunya bangun pagi aku lah orang paling segar, sebab tidur awal tiap-tiap malam kannn. Tapi aku takkan minum air masak pagi-pagi sebelum mandi (sebab ini kebiasaan atas arahan Suami), nanti masa berus lidah aku akan muntah dengan senang lenang nya. Memang la kalau kita berus lidah kita akan rasa nak muntah kan.. Tapi bila pregnant ni, terus keluar balik air masak tadi dengan pantas dan lajunya. Hehehe. Membazir kan. Haha.
Jadinya aku takkan minum air masak dah sebelum mandi. Petang balik kerja, time mandi, berus lidah lagi.. Jadinya aku akan muntah makanan atau minuman yang last aku makan. Selalunya aku buat milo panas sebelum mandi sebab aku dah kelaparan tahap hantu raya, jadi kalau berus lidah keluar lah balik milo sikit. Huhuhuhu. Maka terpaksa lah aku tak gosok lidah time mandi petang. Wu Wuu!
Pernah sekali aku makan asam boi kaler merah balik kerja sebab tekak rasa tak best. Lepas tu mandi, berus lidah pulak.. Muntah pun jadi kaler merah asam boi tadi.. Ngeri terus! Gulp. Pastu pernah jugak petang-petang minum Slurpee kaler biru, lepas tu mandi. Berus lidah, apa lagi muntah biru pulak. See, berwarna warni kan. Hehehehehehe!
Jadinya aku elakkan berus lidah waktu petang. Tak suka muntah, sakit tekak. Huhuhuh. Suami siap pesan berus sikit-sikit je dah takyah beriya-iya sangat, tak sampai hati dia tengok aku muntah. Huhuhuhu.
Alahan yang paling ketara sepanjang aku mengandung waima hingga ke hari ini, aku tak boleh makan ayam! Tak boleh langsung. Huhuhuhuhu. Bau ayam boleh, nak makan tak boleh. Jadinya aku pun hidu lah puasss2. Macam baru-baru ni, Suami mengidam KFC, aku ikut sekali pergi beli.. Beriya aku menikmati bau KFC. Sampai kat rumah, bukak kotak, nampak ayam dalam kotak terus tak selera. Tutup kotak laju-laju. sobs! Try jugak nak makan secubit.. Jari ni slow-slowww nak cubit ayam, tak kena lagi kat ayam terus tarik tangan laju-laju. Loya. Suami gelak je. Huhuhuhu.
Apa yang aku selera? Ikan. Ya Allah, nikmatnya makan ikannnn. Aku selama ni sombong dengan ikan. Pilih ayam dari ikan. Bukan tak makan ikan, makan.. Tapi bukan pilihan utama. Tapi bila pregnant, nampak ikan je macam kucing! Ikan goreng pun boleh. Takpe. Janji ikan. Sedapnyaaaaa.. Semalam buat ikan bakar cicah dengan air asam. Rasa nak lompat-lompat masa makan. Hahaha. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dapat lah sikit kebaikan untuk baby :)
Perubahan lain, ada masa aku nak breakfast roti canai dengan telur setengah masak. Sekarang ni selera nak breakfast bihun goreng. Tapi sebab aku tak boleh pedas, terpaksa la makan bihun goreng yang lebih kicap. Macam bihun budak-budak tu. Huhuhuhu. Air pulak nak milo ais. Sepanjang aku berdating dengan Suami sejak bujang mahupun dah kawen, tak pernah sekali aku order milo ais. Alasan aku mahal. Tapi sekarang milo ais dan milo panas sahaja. Hewhewhew. Dulu tak sampai hati nak order air mahal-mahal setakat milo ais.. Lain la air buah. Tapi sekarang baby suka milo ais lah daddy. Hikhikhik!
Alhamdulillah weekend baru ni aku dah rajin keluar jalan-jalan. Dah tak duduk rumah malas dan tak larat dah. Hehehehe..
Nanti kita sambung lagi k, maaf lah kalau ada yang menyampah sebab skop penceritaan dah berbeza berbanding dulu. Huhuhuhu.
Love,
Nursaila Norman!
17 comments:
Hahahaha muntah kaler kaler ! Ohsem. Take care kakak. :D
Tahniah2...dah melepasi ngan jayanya...mcm cik mah br berus gigi dah muntah...blum lg berus lidah..tu kdng lps 2 jam mkn br p mandi...takut nk muntah...pedihkan...klakalah saila ni...mcm kucing katanya suka ikan...xpe ikan berkhasiat....take care ye...
nti dh masuk 4 bulan dh ok dh...ala..sori lmbt wish syg..tahniah for ur pregnancy, have a gud care ok..
Alhamdulillah dear Saila. Kita dulu sombong sgt dgn pisang, bila pregnant hari2 nk pisang pagi petang pisang. Sblm subuh buat goreng pisang. Haha.
Selamat menikmati kebahagiaan mengandung dear!
saila da brape weeks da? linda pun da msuk 2nd trimester. Tahniah saila, btw linda pun akan muntah msa gosok gigi. Lepas mkn pun muntah...haha,layan je la
saila best nyer...congratsss yerk....
take care.....
Saya pun tak makan ayam.Tapi suka sangat daging..Nasib baik daging tu elok untuk HB. Masa pregnant alhamdulillah tak ada masalah HB.
tahniah saila.. dah lama x update blog sekali tgk saila n linda dh lps 1st trimester... tahniah !
jaga diri bebaik spy bbay nnt sihat..
kecur jugak air liur baca ikan bakar cicah air asam ni..
dap dap
warna warni muntah..hehe..Saila, doakn sy pregnant jgk eh :)
hehe comel!
Waa, boleh muntah kaler2 tu... lain orang, lain2 alahannya... time k nrl preggy dulu k nrl suka sgt mkn epal hijau... Empat2 anak pun serupa... hari2 kena ada stok... tapi anak yang ketiga tu, k nrl lebih suka makan benda manis2... keluar2 boy, yg sorang tu je... ^__^
sempat kamu melawak ye saila..
muntah kaler2..mmg ngam la kan..haha...
hahahaha, lawak lah keluar muntah warna warni, take care kak saila semoga akak and baby dalam perut sihat ;)
kataorang kalau suka makan ikan nie anak lelaki, hehehe kata orang lah kan :p
hahaha..bca entri saila ni trigt sy pn xleh berus lidah msti nk muntah..sblum pgnant ok je..ihihih
congrats saila..jg diri yer..happy for u :D
mmg kalau gosok gigi akan rasa nak muntah. tk suka kan bile rasa nak muntah. pas tu tak suka dah makanan yg kite mnuntah tu sbb nye rasa tk sedap dah.
Post a Comment