CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 26, 2014

Mari Berdoa Bersama-sama :)

Assalamualaikum.


Benda ni betul-betul meninggalkan kesan dekat aku. Sejak aku betul-betul nak pregnant, aku diberi rezeki untuk pregnant, mendengar keinginan wanita lain untuk pregnant menjadi satu perkara yang paling tersentuh aku pernah rasa. Selain soal mak dan ayah.

Dikalangan family aku sendiri, masih ada yang belum diberikan rezeki untuk diorang waima seorang anak. Diorang dah kawen lebih dari 3 tahun, 7 tahun dan 5 tahun (anggaran). Diorang semua sepupu aku. Bukan jauh sangat. Terlalu dekat. Bila aku merancang untuk pregnant, pernah terlintas wajah-wajah diorang. Bila aku pregnant, aku taknak diorang tahu. Aku taknak tambah kesedihan diorang. 

Tiap kali ada orang dapat tahu aku pregnant, lepas tu tanya baru kawen ke? 'tak, dah setahun dah' 'ohw, lambat jugak ye nak dapat'. Aku terkedu. Jadi, sepupu aku tu kategori apa? Lama nak mati kah?

Mulut orang mudah benar berkata-kata. Aku ni pulak jenis kalau bercakap dengan orang yang macam takde perasaan je masa bercakap (boleh bayangkan tak muka orang tak bersalah bila bercakap), aku laju je cakap 'saya memang tunggu setahun baru pregnant'. Then orang-orang itu akan terkedu. Masa dia meluahkan kata-kata, tak fikir pulak empunya badan akan terkedu.

Apa perasaan sepupu-sepupu aku kalau dah 7 tahun kawen tapi masih belum dikurniakan baby, dan orang buat terkejut beruk. Tak manis kan? Apa perasaan empunya badan? Aku tengok sendiri sepupu aku cool je, gembira macam baru sebulan kawen, tak pernah tunjuk muka sedih bila dapat khabar sepupu lain pregnant.. Tapi semua tu boleh berubah kalau orang luar berlebih-lebih. Kan?

Kita okay je, family kita okay je, sedara mara kita okay je.. Tapi orang lain? Lebih sudu dari kuah. 

Kebetulan, sepupu-sepupu aku tu lelaki.. Jadi isteri masing-masing orang luar yang jadi sebahagian hidup kami.. Lagi la kami taknak sentuh walaupun senoktah pun soal anak. Sampai lah diorang sendiri bukak mulut. Kami buat biasa, bagi kata-kata semangat, bagi idea cadangan, lepas tu senyap. Jangan tanya-tanya dah. Bila diorang bukak mulut kita support je. Mungkin sebab tu diorang nampak sangat happy depan kami. Mungkin diorang rasa kami sentiasa yakin dan sokong diorang.

Tak perlu lah tanya setiap tahun.

Sampaikan masa diorang datang rumah, diorang tanya pasal alahan aku semua.. Aku malu nak cakap. Aku rasa bersalah nak cerita beriya-iya. Tapi kakak tu tanya macam dia sama-sama pregnant. Aku jadi sebak. Kuatnya dia. Air muka dia bersinar-sinar nak tahu apa aku rasa, mula-mula nak pregnant rasa macam mana. Aku tak pandang sangat muka dia masa bercerita. Tak sampai hati nak tengok muka dia beriya-iya.

Macam tu jugak bila aku share dekat blog khabar gembira dari kami untuk kami.. Ada yang mintak aku doakan khabar gembira juga untuk mereka. Aku sebak baca komen macam tu. Ya aku doakan. Kita kawen sama-sama, siapa taknak pregnant sama-sama kan.. 

Susah nak yakinkan orang lain soal masih belum tiba masanya lagi.. Orang lain anggap mereka tuhan.. Menjatuhkan hukum 'rancang-rancang nanti terus tak dapat'. Dan orang lain anggap kita juga tuhan, nak anak esok, esok jugak dapat. Kita bukan Pencipta. Kita cuma merancang, Allah yang menentukan. Susah sangat ke diorang nak hadam benda simple macam tu?

Kita rasakan kita belum ada anak, tapi kawan-kawan sebaya aku, umur 28 tahun ini, masih ramai yang belum berkahwin. Jadi, mana kita mahu.. Sekurang-kurangnya kita ada Suami kan? Tempat kita luah perasaan, kesedihan mendengar kata-kata orang, tempat kita sandar dan dipeluk supaya sedih kita reda. Tapi yelah, belum berkahwin, belum ada anak.. Sakit dan sedih sama je bila dipersoal orang :(

Dengan ada dunia blog ni, walaupun kita tak pernah kenal sedalam-dalamnya, tak pernah jumpa, tapi dekat sini kita bercerita segala suka duka. Aku mohon kita sama-sama berdoa ya..

Aku doakan pasangan-pasangan yang masih belum dikurniakan anak, dikurniakan zuriat oleh Allah. Zuriat yang soleh dan solehah. Amin.























Yakin dengan Allah melebihi yakin kita terhadap perkara lain. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui isi hati kita, dan Maha Sempurna dalam setiap ketentuanNya.

Kuat dan enjoy your life dengan lelaki yang kita cinta di saat kita terpandang mata dia.





Love,
Nursaila Norman!


21 comments:

Ann said...

lap hingus baca entry ni..sob3..

amin3...mekaseh doakan..ann doakan perjalanan korang sentiasa dipermudahkan..

Anonymous said...

bergenang airmata..sebab saya pun baru 8 bulan kawen tapi bila diasak dengan pertanyaan macam tu..rasanya tak perlu la..amin moga saya juga akan dapat rasa nikmat apa awak rasa sekarang..

Sha said...

Saya tunggu 6 tahun..Dan selama 6 tahun tu sangat menduga iman. perasaan jeles tu mesti ada. Kecik hati tu selalu.tapi bila dah dapat anak pun sama jugak. yang suka mengata selalu je mengata..entah apa yg tak kena pun tak tahu...

shu said...

sedihnya..sy wlau bru ja kawen, dh diasak soalan2 ni dr ipar duai..huhu..

cik mah said...

Btul tu saila..cik mah setuju sngt...rezeki masing2...sm2 kita doakan n bersyukur kita diberi peluang merasa saat bhgia ini..

Unknown said...

Rezeki. Simple as that. Mnusia je yg mrumitkn keadaan.. Xwajib pun kawin setahun mst ada anak.. Sabo n cilikan balik je org camni.. :p

anariffin said...

sob sob..sedih lak bile bace entry kali ni..thanx jugak untuk kawan2 yg doakan..semoga ana pun diberi pluang nak rase semue tu..inshaAllah..

ayeen @ cik tudung pinky said...

meleleh air mata baca entry saila...terima kasih kerana mendoakan kami2 yg belum berkesempatan nak bwk perut..saya yakin rezeki Allah tu tetap ada..cepat atau lambat saja perjalanannya..kan..

eila fazdli said...

org mmg takkn faham klu drng tak lalui sdri. ape yg bley kite buat, kuat kn hati n yakin dgn rezki ALLAH s.w.t. innsyaAllah 1hari nanti...

'mari "aammin" kn bersama sama'
hehehe....

*sedih n terharu bc...huhu...

Fieda Redzuan said...

betul la saila.. pasal mulut orang keliling. kite yg baru nak kahwin ni pun nak pekak dah telinga dengar pasal jangan rancang, rancang2 terus tak dapat anak nanti.
memang diorang lupa agaknya rezeki masing2 tu Tuhan dah tentukan.

btw, congratulation on your pregnancy! :)

cik ems said...

Aamiinnn... :)

ezan said...

sedih baca entry kak saila yang nie.... sob sob sob :(

izan pun rasa apa yang orang lain rasa yang masih belum dikurniakan rezeki anak, walaupun usia perkahwinan baru lagi, dah ramai dok kalut tanya dah ada isi ke? kekadang naik rimas jugak dengan soalan macam tu, siapa yang tak nak anak kan? kekadang jeles bila dengar kekawan rapat yang kahwin lambat dari kita pun dah pregnant. tapi bila difikirkan balik tu semua rezeki dari allah, mungkin dia nak bagi kita masa berdua dulu dengan suami kan.

Cik Siti Hajar said...

Ya Allah.. menitik air mata saya baca entri ni kak..
ada org rasa dia belum ada anak dan rasa hopeless..

tapi mcm kami yang belum ada pasangan.. perasaan nya tak tergambar..

rezeki masing-masing berbeza kan?

Han Hanni said...

Saila,

Terharu sangat baca entry ni. Sedih dan touching sangat. Saya salah seorang daro pengomen kat blog saila yang mengharapkan saila pun doakan untuk saya ada rezeki pregnant.

Saya kawen dah setahun lebih la. Belum pernah mengandung. Paham sangat bila orang duk cakap pasal pregnant, tapi kite tak mengandung lagi.

Tak ramai yang memahami macam Saila.

Saya pernah wat reunion 4 orang kawan. 3 orang tgh mengandung dan tinggal saya sorang yang masih belum mengandung. Sepanjang perjumpaan tu semua eksaited bercerita sesama sendiri tentang pregnant. Can you imagine what i feel and facing? Sangat touching tau! Balik rumah nangis kat husband. hehehe

Anonymous said...

Betul. Heran dgn sesetengah org yg bckp x ingt perasaan org lain. Nelly ms dpt thu pregnant anak 1st dgn 2nd ni pn still kekok nk share dgn rakan sekerja..... sebab dorg lg lama kahwin tp xda rezeki lg.

Anonymous said...

amin2,.. always doakan yg terbaik for yer dear !

Zila Zainal said...

buat pekak je mulut orang. suma benda tak kena.. ada je nak mengata kan kan

.hasina. said...

kita pun ada sedara mara yg belum pregnant lg 5-6 tahun kahwin.
belum rezeki lg. jom sama2 doa utk mereka :)

Mrs.Asam Pedas said...

Btui tu saila..cepat atau lambat semua tu rezeki Allah yang bagi..To Cik Hani aku pn selalu doakan hg dpt bby inshaallah..

BUNDA said...

assalam...salam ziarah dari bunda...
rezki...jodoh dan maut ketentuan Allah..semua itu rahsia Allah...
siapa kita nak persoalkan kerja Allah...sabar..berdoa n berusaha itu saja yg kita mampu...selebihnya serah pada Nya...

Izafiza said...

Aamiin. Aamiin. Aamiin.

Kita pun 2 tahun dah. Masih belum ada rzki. Kadang2 ada jugak kwn2 yg tanya mcm perli. Positifkan diri. Mungkin tu cara dia mendoakan kita.

Jaga diri n kandungan baik2 yunk. Moga selamat smpai deliver. Aamiin.