CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Akhir Tahun. Show all posts
Showing posts with label Akhir Tahun. Show all posts

Thursday, December 15, 2016

17 Hari Sebelum Masuk Tahun 2017

Assalamualaikum



Macam biasa, permulaan ayat yang klise - cepatnya masa berlalu. Heh! Setiap minggu sebut ayat yang sama. Setiap bulan. Memang masa datang dan pergi macam tu je. Macam menggila.

Aku berani kata, dalam banyak-banyak tahun yang aku lalui, tahun 2016 adalah tahun yang paling sempurna dalam hidup aku! Tahun 2016 aku berada dalam persekitaran kerja baru yang sangat sempurna. Orang-orangnya, cabaran kerjanya, semangat berkumpulannya, rasa kekeluargaannya. Apa lagi yang aku nak dalam organisasi selain daripada perasaan yang sentiasa aman, damai, tenang walaupun boss bagi kerja last minute. Monday Blues dah lama takde dalam hari-hari aku sejak aku kerja dekat Celcom. Sekarang ni jangankan Monday Blues, hari apa pun aku tak ingat dah. Haha! Isnin? Sabtu? Rabu? Ahad? Khamis? Kadang tu takde beza. Tapi aku tetap tenang. Happy. Dah genap setahun aku dekat sini. Macam sekejap. Macam dah lama. Macam sekejap sebab buat kerja sampai tak sedar masa berlalu. Macam dah lama sebab macam-macam yang aku dah lalui sampai aku tak sedar apa yang dah aku buat. This is my workplace, and my home as well. Really.

Selain itu (cewaahhh) aku dah mula stay dekat rumah. Pergh.. Seriously, tahun pertama kawen - duduk rumah sewa - kerjanya keluar tak lekat dekat rumah. Tahun kedua kawen walaupun pregnant tetappp tak lekat dekat rumah. Kalau duduk rumah pun duduk dalam bilik - bilik lengkap macam bilik hotel (haha!). Tahun ketiga kawen separuh jalan duduk rumah Ibu sejak berpantang (sebab rumah sewa dimasuki perompak) kemudian baru masuk rumah sendiri. Dah setahun duduk 'rumah kami' tu, baru ni start beli-beli barang. Sadis betul. Yang takde sofa je. Yang lain sume dah lengkap. Nak apa lagi kan? Nak perfect macam upah ID masak la. Kerja asyik outstation je, nak perfect cammanaaaa? Haha. 

Melissa? Dah 2 tahun dah pun. Dah 2 kali buat birthday untuk dia dekat 'rumah kami' tu. I learn from my past, tak penting jemputan ramai. Penting sekali bila birthday celebration tu suasana cool, enjoy the foods, chit-chat. Itu aku lah. Ada sesetengah orang suka ramai, suka riuh, suka sibuk-sibuk. Aku jenis suka enjoy every moment. Semua duduk dan chitchatting together makan dan gelak-gelak. Peace and harmony. Cewahhh. So untuk next birthday celebration buat simple for less than 15 people macam tu. Maybe taknak fokus sangat dengan hiasan birthday (mata pandang ke atas), nak fokus dengan makanan. Home cook, makanan yang perlukan semangat bersama macam steamboat (celup dalam satu periuk) atau nasi ambeng (makan dalam satu talam). Cita-cita kauuuuu kemain. Tahun depan tema Ultraman. Ya, Melissa gilakan ultraman. Letih mak nak beli ultraman setiap kali keluar.

Melissa sekarang perlukan perhatian lebih. Dia pulak jenis rajin terlebih baca buku. Seronok memang seronok, semangat aku dengan Suami berebut-rebut nak belikan buku untuk dia. Tapiiii, setiap malam wajib baca buku sebelum tido. Kalau baca satu buku je takpe, ni.. Kesemua buku wajib dibaca. Kalau satu round takpe, kadang tu dia mintak ulang dah jadi dua round. Selalunya mak dia baca buku satu round je pun dah berpinar2 mata mengantuk. Hahahaha! Aku harap minat dia membaca kekal sampai ke tua macam Ibu dia, amin. Dalam seronok anak suka buku ni, aku malas nak tambah buku. Makin bertambah buku makin banyak buku aku kena bacaaaaaa. Huwaaaa!

Kalau bab bermain aku serahkan dekat Suami. Aku pulak memang dari kecik tak banyak mainan perempuan, aku masa kecik banyak puzzle dengan buku. Bila dah ada anak ni aku memang tak reti nak belikan dia Melissa anak patung ke, pinggan mangkuk ke. Aku cenderung belikan dia buku, mainan susun-susun. Suami pulak belikan kereta, motor, lori, lego, ultraman, thomas and friends. So bila bermain, Suami akan take over. Aku masak sambil basuh baju. Settle masak, makan. Settle makan Melissa ajak masuk bilik cakap nak tido, tapi end up 'ibuuuu, nak baca buku?' dengan nada suara paling manjaaaaaaa sekali. Cis. Suami akan sidai baju yang dah siap dibasuh. Macam tu lah ruti harian kami. Heaven!

Kalau diikutkan, entry ni akan jadi entry aktiviti harian aku dalam rumah je. Perjalanan hidup aku sepanjang tahun 2016 pun banyak dihabiskan dekat office dan rumah je. Aktiviti DIY pun dah jarang sangat. Jarang? Errr, terlalu jarang. Aku tak banyak masa sangat, banyak outstation. Huhuhu! Cita-cita nak buat quilt lah, nak hias rumah lah, nak itu lah, ini lah. Cita-cita je, buatnya taktau bila. Hehehe! Entry ni pun taip semalam petang nak dekat balik kerja, itu pun tak habis taip. Sambung harini nak dekat-dekat lunch tadi. Petang baru post. Hampeh betul.

Harapan aku untuk tahun 2017 nanti semoga keluarga kecil kami ni dilimpahkan pelbagai rezeki, dilipat gandakan pendapatan, diberikan kesihatan yang baik, semoga hubungan suami isteri kami semakin utuh, dan Melissa jadi anak yang paling sempurna untuk kami. More prosperity moreee! Takwin 2017 dah full. Aku dah boleh nampak masa depan aku untuk tahun 2017. Hahaha! Get ready jelah ya untuk full throttle. Huhuhu! Semoga tahun 2017 ni construction dalam #homesuitehomesailashahir tu 80% done. Oh, untuk #homesuitehomesailashahir sila refer IG ya. Sorry Blog. Heeeeeee. Oh dalam blog boleh refer label homeSUITEhome. Sehingga berjumpa lagi dalam Blog yang tak pasti bila, bye 2 0 1 6!


Untuk REFRESH

Bye Bye 2010

Bye Bye 2011

Bye Bye 2012

Bye Bye 2013

Result Not Found for 2014

Bye Bye 2015



SEKILAS 2016











































2016, anda terlalu baik untuk kehidupan kami, semoga 2017 lebih baik berganda-ganda, amin. Ya Allah lajukan masa bila kami diduga, lambatkan lah masa bila kami bahagia.

Can't wait to see you 2 0 1 7 !



Love,
Nursaila Norman!


Wednesday, December 16, 2015

16 Hari Sebelum Masuk Tahun 2016

Assalamualaikum



Untuk REFRESH





Result Not Found for 2014






--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tahun ini (2015) adalah tahun yang sangat mencabar bagi aku. Mencabar sebab takde kerja. Hehehehe. Bila kita dah biasa ada pendapatan sendiri, ada kuasa membeli sendiri, bila semua keputusan membeli terletak di atas tangan sendiri, perasaan tu jadi lain bila kuasa membeli tu dah takde,

Sejak di bangku sekolah lagi aku dah biasa pegang duit sendiri. Keluarga bukan orang mewah, dari duit belanja sekolah yang Ayah bagi tu aku simpan sampai jadi banyak. Sampai aku mampu beli seluar jeans sendiri (masa tu seluar jeans Rm29 dah cukup mahal untuk budak form 1). Yelah, nak berbaju baru kena tunggu raya. Tapi biasalah orang perempuan, nafsu membeli belah dia tak kira perayaan. Haha!

Sikap pegang duit sendiri tu terbawak-bawak sampai sekolah menengah, Universiti, alam pekerjaan waima berkahwin. Aku tak pandai meminta. Walau dengan Ayah sendiri. Sebab tu aku kekok nak meminta dari Suami. Sebab Ayah dengan Suami jelah lelaki dalam hidup aku. Aku kekok. Huhu.

Jadi bila kuasa membeli aku dah takde, aku jadi lost. Aku ni boleh dikatakan agak pemboros. Pada masa yang sama kaki menyimpan. Bila aku dah takde duit, wang, ongkos, rupee, dolar etc, aku lost. Lost sebab aku tak boleh nak membeli secara melulu. Lost sebab aku tak nampak duit di celah-celah buku. Huhuhuhu.

Kontrak aku tamat ngam-ngam aku tengah tunggu masa untuk overdue. Kontrak kerja aku tamat pada 31 Ogos 2014. Due date aku 4 September 2014. Tapi aku bersalin 11 September 2014.

Masa tu aku tak fikir dah pasal kerja. Dan aku tak mencari kerja ganti pun. Sebab aku nak fikir pasal baby dulu. Aku lebih risaukan kena jahit dalam LR berbanding takde kerja. HAHA! Bila dah ada baby, fokus aku untuk mencari kerja agak slow. Dan pemilihan kerja pun agak terhad. Banyak hal yang aku perlu ambil kira. Kalau aku perlu kerja lebih masa gaji kena setimpal dengan masa yang banyak dihabiskan di pejabat. Dulu boleh lebih kurang lagi, sekarang tak boleh. Ada jugak company yang nak aku buat kerja luar tapi tak boleh claim mileage. Sorry bye-bye. Dah ada anak pulak kan, pengorbanan aku meninggalkan anak, pengalaman kerja+manusia+work load+birokrasi, kos sara hidup etc tak salah aku demand.

Benda-benda kat atas ni menyebabkan aku menjadi sangat memilih. Sebab tu selepas 14 bulan baru aku dapat kerja baru. Hehehehe. Puas lah aku menjaga Melissa *tipu.

Tapi alhamdulillah, di saat aku kehilangan kerja, Suami pulak dapat kerja baru yang jauhhhh lebih baik daripada pekerjaan dia masa tu. Seminggu tarikh overdue aku tu Suami stand by je kalau-kalau dipanggil interview. Sampaikan Suami bawak baju ofis dalam kereta in case masa di hospital Suami kena pergi interview. Sehari dua selepas Melissa lahir, Suami dipanggil untuk amek offer letter. Masa tu Isteri tak kerja pun takpe - lalalalalalala. Gaji baru Suami boleh lah nak cover kalau Isteri tak bekerja. Tapi sebab aku ni jenis tak suka duduk rumah sangat, aku tetap lah mencari kerja baru yang sesuai.

Dalam pada masa itu jugak rumah sewa dimasuki pencuri 2x masa aku dalam pantang! Suami nekad beli rumah terus. Cerita ni nanti lah ye. Sepatutnya ada sambungan selepas entry Rumah Kita Dah Tak Macam Dulu tapi entah bila nak sambung ntah. Heeeeee. Misi pencarian membeli rumah tak lama sangat, dalam 2-3 minggu macam tu. Aku ingat lagi, hari ke-45 berpantang Suami dah bayar deposit dengan agent. Segalanya dipermudahkan Allah, alhamdulillah.

29 Mei 2015 kami dapat kunci! Masa tu dalam 2 minggu lagi nak masuk bulan Ramadhan. Jadi kami all out loading barang masuk rumah baru. Alhamdulillah step yang aku guna untuk berpindah sangat mudah dan teratur. Nanti aku share tips aku berpindah ye. Dapat jugak cat bilik tidur kami. Hehehehehehe!

Oh, pada April 2015 aku dapat satu interview yang paling aku harapkan. Alhamdulillah, aku mula bekerja pada November 2015. Weeeeeeee. Dalam menanggung penantian tu, aku dapat dua offers kerja. Ya Allah, masa tu Allah je yang tahu kegembiraan aku. Dua-dua offers tu pulak sangat best. Gaji dua-dua pun lebih kurang. Cuma harapan aku memang besarlah untuk interview pada bulan April haritu. Skop kerja yang aku suka. Untuk offer yang lagi satu tu jawatan akaun. Huhu. Jadi aku pilih offer kedua. Dan terpaksa say sorry kepada company yang dah offer dekat aku awal dua hari kalau tak silap.

11 September Melissa mencecah usia setahun. Aku dapat dan sempat uruskan satu birthday party yang sangat simple. Jemputan untuk keluarga terdekat sahaja. Alang-alang tu sekali lah house warming untuk rumah kami tu. Cakap pasal birthday party anak, percaya lah Ibu mana yang tak excited? Hehehehe. Tapi masa tu budget agak terhad, jadi aku buat kecil-kecilan je. Lagi pun Melissa belum faham sangat, insyaallah untuk akan datang boleh lah raikan dia. Masa tu (birthday 1yo) lebih kepada gambar kenangan je. Pada 9 November pulak usia perkahwinan kami masuk usia 3 tahun. Dapat lah celebrate dua ulangtahun dalam rumah baru. Alhamdulillah tak terkata.

Untuk tahun 2016, aku ada banyak harapan. Terutama sekali bab kewangan. Tak malu aku akui, tahun 2015 adalah tahun paling worst dengan kewangan kami. Yelah, kami memulakan tahun 2015 dengan hanya seorang sahaja yang bekerja. Bila dah terbiasa dengan pendapatan berdua, kami banyak menggunakan saving yang ada. Jadi untuk tahun 2016, kami berazam, berniat untuk mengganti semula duit-duit saving kami. At the same time kami kena up saving sebab takut perkara-perkara tak diduga berlaku lagi. Huhuhuhuhuhu.

Dalam pada menyimpan untuk masa depan, anak, sakit etc, aku mempunyai perancangan yang besar terhadap rumah kami tu. Sejak Jun 2015 sampai lah harini, aku tak buat apa-apa pun untuk homeSWEEThome tu. Memang tak dinafikan untuk decor sesebuah rumah memang memerlukan budget dan masa. Dengan kekangan budget sedia ada, memang ambil masa untuk aku cantikkan rumah tu. Takpe, slow-slow baybeh.

Hari ni (Disember 2015) aku mula dapat tempahan hand bouquet dan veil semula! Masa aku duduk saje-saje kat rumah takde pulak orang menempah. Huhuhu. Well, biasa lah tu. Bila Allah nak bagi, dia bagi cukup-cukup. Bila Dia nak ambil, bila-bila masa Dia boleh ambil. Aku bersyukur untuk kedua-duanya Ya Allah. Skop kerja aku pulak 24-7 ya. Pandai-pandai kau lah nak curik celah mana untuk menggulit pearls Sailaaaaaaa. HAHA.

As usual, perancangan kerja untuk tahun 2016 kami dah finalize semalam dalam meeting. Confirm dan dah boleh dibentangkan kepada top management. Memang calendar aku full untuk awal-awal tahun 2016. Aku harap sangat, kalau masih ada lagi yang nak menempah dengan aku, aku mampu tolong. Sebab aku ni mudah kesian. Huhuhuhu.

Harapan aku semoga tahun 2016 membawa kebahagiaan, kemewahan, ketenangan kepada kami sekeluarga, amin.

Can't wait to see you 2 0 1 6 !







Love,
Nursaila Norman!


Thursday, December 26, 2013

Sebelum 2013 Tinggalkan Kita, Ada Lah Sedikit Cerita Pasal Kami T____T

Assalamualaikum.


Actually aku selalu lupa tahun 2012. Bila bercakap-cakap tu, aku selalu terlupa.. Eh, 2012 aku buat apa eh? Tu maknanya tahun 2012 terrrrlalu singkat dan cepat berlalu. Tau-tau dah habis dah tahun 2012? Selalu jugak aku jadi macam ni.. 'Sekarang 2013 kan? Yelah, tahun lepas tahun 2012'. Pening aku. Bila masa habis tahun 2012 pun aku tak sedar, bila masa aku sedang berada di tahun 2013 pun aku tak perasan.

Nyanyuk ke atau masa berlalu laju sangat?

Apa yang aku suka untuk tahun 2013? Mesti lah banyakkkkkk.. Hehehehehe! Paling aku suka ....

1. Ada Suami (boleh peluk-peluk tak kira masa opss!)
2. Keluar rumah dengan Suami pun tak kira masa.
3. Kurang bergaduh dah!
4. Jauh sikit tempat aku merayap (luar dari KL).

Siapa dah kawen faham lah kan kalau namanya dah ada Suami. Hewhewhew. Macam aku ni kategori garang yang amat, kira cepat gila naik angin kalau tak kena gaya. Tapi sebenarnya mood aku baikkkk manja macam kucing.. Sebab tu aku suka dimanja dibelai disayangi. Hikhikhikhik. Memang kontra la kalau tengok perangai sebenar (manja-manja kucing) dengan perangai garang nak mampos kalau orang usik tak bagi salam tu. Takut tak? Takut kan? Hehehehehehe..

Sebab tu bila dah kawen ni kitorang kuranggggg gila-gila bergaduh. Takat touching-touching sikit tu ada la. Dulu kalau touching sikit pun merajuk bergaduh berhari-hari. Aku lah.. Aku kan manja-manja kucing, tetiba sentap.. Naik la angin satu badan. Pastu aku pulak jenis tak suka orang pujuk-pujuk ni. Agak-agak aku dah cool baru cakap baik-baik dengan aku nanti aku okay lah. Tapi boyfriend kannnnn.. Reti ke apa kita nak? Faham ke perasaan wanita berhati lembut macam kerak nasi ni? Tidakkk. Wuwuwuwuwu! Makanya bergaduh lah kerana setitik nila. Setitik nila ni perumpamaan je, nak bagitahu betapa kecik je kes nya tapi... Jangan pulak korang ingat aku bergaduh pasal nila!  T____T

Bila dah kawen ni, kalau aku merajuk aku taknak duduk dekat-dekat. Sorang kat depan TV, sorang dalam bilik. Aku lah dalam bilik tu, sebab Suami dah pegang remote control takkan aku nak tebal muka join sekaki tengok TV kannn.. Kata merajuk. Heeeee! Selalu dalam bilik aku lipat baju kalau ada. Kalau takde aku capai komik Detective Conan tepi TV. Siri yang aku dah baca berpuluh kali. Tak pun buku Doktor Umum. Agak-agak dah setengah jam nanti Suami masuk bilik pujuk Isteri. Tapi aku kan tak suka dipujuk. Mengada! Agak-agak dah habis komik DC tu aku baca, agak-agak macam dah sejuk sikit hati ni, agak-agak macam kesiannnnn Suami kitew.. Aku keluar bilik pastu terus peluk Suami macam budak-budak kecik kena marah. Macam bengong pun ada kan? Hahaha.. Tapi itulah sebabnya aku dah tak sekeras dulu merajuk lama-lama tak tentu pasal. Merajuk sama je macam dulu, sentap, kecik hati, rasa nak nangis, muka masam-masam macam limau. Tapi kejap je. Sebab aku cepat rasa bersalah merajuk lama-lama kat Suami. See, aku dah baik sikit dari dulu kan? iheeeeeeeeee..

Suami selalu panggil aku beruang koala. Bayangkan koala tu macam mana.. Comel tak peluk pokok. Kahkahkahkah. Jangan imagine kan aku! Lucah kang.

Ni lagi beberapa hari lagi nak masuk 2014 kan.. Setahun dah berlalu kami hidup berdua, bila datang rasa bersedia untuk ada baby, excited nak ada baby bump, beli majalah pregnancy mengatasi komik DC.. Rasanya this is the right time. I completely ready dah! Doakan yang baik-baik je eh.. Actually Suami dah lama ready, cuma aku je yang tak confident, tak ready. Disember nampaknya baik-baik saja untuk kami Suami Isteri. Harap Januari ni ada lah berita baik. Harap. Amin. Sungguh lain rasa teruja menikmati hari-hari lewat period ni rupanya. Hehehehehe! 

2013, anda terlalu baikkk untuk kehidupan kami, semoga 2014 lebih baik berganda-ganda, amin. Minggu depan je pun. Ya Allah lajukan masa bila kami diduga, lambatkan lah masa bila kami bahagia.

Masyaallah, Allahuakbar!






Love,
Nursaila Norman!


Tuesday, December 18, 2012

13 hari sebelum masuk tahun 2013

Assalamualaikum.


Beberapa hari je lagi nak masuk tahun 2013. Ya Allah, kejapnya masa berlalu. Kan? Rasa macam baru je masuk tahun 2012. Entry 12 hari sebelum masuk tahun 2012 pun masih segar lagi. Jap, komen dekat entry tu lawak sikit, sebab ada orang meroyan tiba-tiba (refer komen 1st). Abaikan. Sikit tak luak hidup aku dengan Suami.

Refresh sepanjang tahun 2012, perjalanan hidup aku banyak dihabiskan dengan merancang dan berusaha untuk merealisasikan hari penyatuan kami berdua. En Gaban masa tu banyak berusaha menambah pendapatan, sampaikan sekarang ni dia terjebak dengan dunia perniagaan. Bermula dengan percubaan, kecil-kecilan secara online, sekarang ni dia dah berani ambil barang-barang yang harga ratus-ratus sebab dia tahu akan ada pembeli. Dan aku seronok ikut dia ambil barang, jual barang. Keluar modal, dapat untung. Serius seronok. Rupanya seronok berniaga ni eh. Walaupun aktiviti jual beli tidak berlangsung setiap hari, tapi seronok bila kita bersusah payah ke sana sini dan hasilnya untuk kita sendiri. Duit keuntungan jualan, En Gaban akan beri pada aku untuk belanja kawen selain duit simpanan tiap-tiap bulan. Memang aku nekad taknak buat pinjaman bank untuk kawen. Nak juga sepenuhnya duit kami. Taknak sampai berjual harta. Nekad. Dan alhamdulillah. Kami kawen jugak!

Sepanjang tahun 2012 jugak kehidupan kami berdua jauhhhh lebih baik berbanding tahun 2010 dan 2011. Urghhh. Aku tak boleh ingat langsung tentang dugaan sepanjang tahun-tahun tersebut. Sangat annoying dan sangat tak best. Tapi memang betulkan, sesiapa yang teraniaya Allah akan tolong. Perlahan-lahan kami hidup aman damai. Lagi-lagi En Gaban, betul lah, orang teraniaya ni hidupnya lebih better. Sebab Allah Maha Mengetahui dan Maha Mendengar. En Gaban sangat, sangat, sangat better than before. Sebab tu aku 100% percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah. And now, kami sedang merasai hikmahnya. Alhamdulillah.

Dan akhirnya November menjadi penyatuan kami. Once kami decide tarikh, terus on. So takde masalah dengan tarikh dan everything just okay, just go with the flow. Sekarang kami leka melayan TV sambil manja-manja. Hiks! Family mertua pun baik sangat-sangat, siap borak dengan Mak dalam hp pastu ngaku siap-siap yang aku belum memasak lagi untuk anak bongsu dia. Dan Mak just cakap takpe, asalkan anak-anak berdua bahagia Mak dah senang hati dah. Laaa, macam tu je Mak utamakan. Baiknya Mak. Takpe Mak, walaupun saya tak masak tapi anak Mak tetap menggemuk setiap saat. Taktau la kenapa.

Mungkin cuti Tahun Baru ni Suami bawa aku pulang ke Pendang, Kedah jumpa tok, pakcik makcik, sepupu, sedara mara dia di sana. Pagi-pagi tadi Suami dah sms suruh aku apply cuti sehari sebab nak pulang kampung. Ohw! Debar tiba-tiba. Kiranya first time baru nak jejak kaki kat kampung Suami. Sebelum ni tak pernah pergi sebab tak manis pulak aku ke sana. So Tok Suami dah tak sabar-sabar (Suami yang cakap nih) nak borak panjang dengan aku siap nak interview banyak kes-kes yang dulu-dulu punya cerita, Tok nak tahu sangat. Oppsss!

Masuk je tahun baru tahun 2013 kehidupan kena lebih teratur dan serius. Tak boleh main-main macam ni lagi dah. Tak boleh nak malas-malas sampai manja sangat makan pun rumah Ibu hari-hari. Huhuhu!






2013, azam saya nak jadi yang paaaaaaaling baik untuk diri sendiri, Suami, Ibu, Ayah, dan adik-adik. Nak tingkatkan kerjaya, more, more and more. Nak usaha supaya kehidupan kami lebih baik, lebih bahagia, lebih indah, lebih gembira. Nak lebih banyak duit simpanan! Amin.


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Monday, December 19, 2011

12 hari sebelum masuk tahun 2012

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Quick update.
Beberapa minit sebelum nak pulang.




Lagi 12 hari je nak masuk ke tahun 2012. Rasanya macam baru je menikmati tahun 2011. Sekejapnya masa berlalu. Sekejap sangat2. Masa terasa begitu lama bila kita menghadapi hari-hari yang sukar sahaja. Hari-hari gembira, biasa.. Terasa cepat sangat.

Tahun ni banyak sangat benda/dugaan yang berlaku. Tapi semuanya under control. Semuanya aku dengan dia mampu hadapi walaupun sukar. The best part adalah bila dia move out from that house. Aku rasa itulah saat paling bahagia untuk aku dan dia. Selagi dia tak move out, aku tak rasa kitorang akan se'happy' macam sekarang ni. Bukti? Dia semakin gemuk okeh. Berat badan naik mencanak2. Sebab tu dia makin senang hati. Alhamdulillah.

Tahun ni jugak family dia datang jumpa family aku and they gave me a ring. Yawww! So tahun depan harap2 on November aku dengan dia akan mula duduk serumah!! Weeheee (love,love,love). Macam tak percaya je aku pakai cincin dari dia. Hiks!

So tahun depan kitorang akan mula sibuk buat persiapan macam orang lain jugak la kan, kan, kan.. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar dan tenang. Amin.



thanks korang!



Love,
Tata!






thanks korang!



Love,
Tata!