Assalamualaikum.
Actually aku selalu lupa tahun 2012. Bila bercakap-cakap tu, aku selalu terlupa.. Eh, 2012 aku buat apa eh? Tu maknanya tahun 2012 terrrrlalu singkat dan cepat berlalu. Tau-tau dah habis dah tahun 2012? Selalu jugak aku jadi macam ni.. 'Sekarang 2013 kan? Yelah, tahun lepas tahun 2012'. Pening aku. Bila masa habis tahun 2012 pun aku tak sedar, bila masa aku sedang berada di tahun 2013 pun aku tak perasan.
Nyanyuk ke atau masa berlalu laju sangat?
Apa yang aku suka untuk tahun 2013? Mesti lah banyakkkkkk.. Hehehehehe! Paling aku suka ....
1. Ada Suami (boleh peluk-peluk tak kira masa opss!)
2. Keluar rumah dengan Suami pun tak kira masa.
3. Kurang bergaduh dah!
4. Jauh sikit tempat aku merayap (luar dari KL).
Siapa dah kawen faham lah kan kalau namanya dah ada Suami. Hewhewhew. Macam aku ni kategori garang yang amat, kira cepat gila naik angin kalau tak kena gaya. Tapi sebenarnya mood aku baikkkk manja macam kucing.. Sebab tu aku suka dimanja dibelai disayangi. Hikhikhikhik. Memang kontra la kalau tengok perangai sebenar (manja-manja kucing) dengan perangai garang nak mampos kalau orang usik tak bagi salam tu. Takut tak? Takut kan? Hehehehehehe..
Sebab tu bila dah kawen ni kitorang kuranggggg gila-gila bergaduh. Takat touching-touching sikit tu ada la. Dulu kalau touching sikit pun merajuk bergaduh berhari-hari. Aku lah.. Aku kan manja-manja kucing, tetiba sentap.. Naik la angin satu badan. Pastu aku pulak jenis tak suka orang pujuk-pujuk ni. Agak-agak aku dah cool baru cakap baik-baik dengan aku nanti aku okay lah. Tapi boyfriend kannnnn.. Reti ke apa kita nak? Faham ke perasaan wanita berhati lembut macam kerak nasi ni? Tidakkk. Wuwuwuwuwu! Makanya bergaduh lah kerana setitik nila. Setitik nila ni perumpamaan je, nak bagitahu betapa kecik je kes nya tapi... Jangan pulak korang ingat aku bergaduh pasal nila! T____T
Bila dah kawen ni, kalau aku merajuk aku taknak duduk dekat-dekat. Sorang kat depan TV, sorang dalam bilik. Aku lah dalam bilik tu, sebab Suami dah pegang remote control takkan aku nak tebal muka join sekaki tengok TV kannn.. Kata merajuk. Heeeee! Selalu dalam bilik aku lipat baju kalau ada. Kalau takde aku capai komik Detective Conan tepi TV. Siri yang aku dah baca berpuluh kali. Tak pun buku Doktor Umum. Agak-agak dah setengah jam nanti Suami masuk bilik pujuk Isteri. Tapi aku kan tak suka dipujuk. Mengada! Agak-agak dah habis komik DC tu aku baca, agak-agak macam dah sejuk sikit hati ni, agak-agak macam kesiannnnn Suami kitew.. Aku keluar bilik pastu terus peluk Suami macam budak-budak kecik kena marah. Macam bengong pun ada kan? Hahaha.. Tapi itulah sebabnya aku dah tak sekeras dulu merajuk lama-lama tak tentu pasal. Merajuk sama je macam dulu, sentap, kecik hati, rasa nak nangis, muka masam-masam macam limau. Tapi kejap je. Sebab aku cepat rasa bersalah merajuk lama-lama kat Suami. See, aku dah baik sikit dari dulu kan? iheeeeeeeeee..
Suami selalu panggil aku beruang koala. Bayangkan koala tu macam mana.. Comel tak peluk pokok. Kahkahkahkah. Jangan imagine kan aku! Lucah kang.
Ni lagi beberapa hari lagi nak masuk 2014 kan.. Setahun dah berlalu kami hidup berdua, bila datang rasa bersedia untuk ada baby, excited nak ada baby bump, beli majalah pregnancy mengatasi komik DC.. Rasanya this is the right time. I completely ready dah! Doakan yang baik-baik je eh.. Actually Suami dah lama ready, cuma aku je yang tak confident, tak ready. Disember nampaknya baik-baik saja untuk kami Suami Isteri. Harap Januari ni ada lah berita baik. Harap. Amin. Sungguh lain rasa teruja menikmati hari-hari lewat period ni rupanya. Hehehehehe!
2013, anda terlalu baikkk untuk kehidupan kami, semoga 2014 lebih baik berganda-ganda, amin. Minggu depan je pun. Ya Allah lajukan masa bila kami diduga, lambatkan lah masa bila kami bahagia.
Masyaallah, Allahuakbar!
Love,
Nursaila Norman!
19 comments:
hee...btl2..ade suami bole peluk2 n share semua..lps kite share ngn allah..kite share ngn suami... :)
best kan dah ada suami ni? huhu...
btw, kita doakan awak cepat2 pregnant.
amin..mudah-mudahan..
pss.. kita mmg dah lama follow awak & thanks follow balik.
jom share-share cerita! :)
Sayang! Semoga Allah memperkenankan perancangan mu, memakbulkan doa mu dan mempermudahkan urusan mu. Kita akan selalu doakan awak Saila! ;)
InshaAllah Kak Saila. Ada rezeki akak nanti adalah. Kita pun tak sabor nak nengok baby bump tu. Tapi tak dapekla nak bermotoGP sesama kata kauuuu. Tak sedar diri nak kawen nak pakai banyak duit ni budak ni bercakap. :P
p.s : nan cheese nan cheese. kbaiii.
Alololo comil nye.. =D
*baca entry ni senyum senggih senyum senggih je*
:)))))
seronoknya baca entry ni..
lg buat kita tak sabar nak kawen..
hehehe..
semoga tahun 2014 nnt akan membawa lebih sejuta kebaikan dan sejuta erti pada saila n suami..amin
best dpt peluk suami kan
hlg stressss .
Semoga tahun 2014 memberi lebih keberkatan untuk saila sekeluarga
akak punya entri buat kita tak sabar nak kawen..hihi :)
sweetnya entry ni... macam2 berlaku ye, semoga kehadiran tahun baru bakal memberi lebih banyak keceriaan kepada Saila..
sweetnya entry ni... macam2 berlaku ye, semoga kehadiran tahun baru bakal memberi lebih banyak keceriaan kepada Saila..
semoga ada berita baik ya thn depan.
selamat tahun baru!
betul3...dah kawin ni kurg gaduh...klu dulu gaduh x igt dunia...suara nak tinggi je..pas kawin x sampai ati nak gaduh...rasa derhaka...hahaha...btw, semoga tahun 2014 akan memberi lebih kebahagiaan utk kita semua..aamiin..=)
moga rezekit berganda2 di tahun 2014... :)
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
saila,
jom kita tunggu 'masa' tu sama2 nak tak? hihi
counting days :)
suka baca kisah akak dengan husband...ika dengan tunang pun bergaduh bukan main...ada je tak kena...kadang2 hal kecik...tapi macam akk cakap laa merajuknya berhari2...nak perhatian namanya tu...hewhew
tapi ika rasa salah satu puncanya sebab syaitan juga menghasut...nak bagi hati kita berbolak balik...nak bagi kita bertelagah dengan orang yang kita sayang...dah kawin..dah betul2 halal...insyaAllah semuanya akan beransur baik...yang buruk berkurang..yang baik2 bertambah..kan kak :)
ika doakan akak baik2 je ye...semoga ada rezeki nak preggy..amiinnn2 :)
Ayut sorg jgk wlupun dh kawen..mnangis kjap....huhu.skrg mmg cptje msa blalu.tanpa sedar setaun blalu....
how do you plan your pregnancy? I mean, how do you decide "okay i dont want to get pregnant yet" "okay this is the right time to get pregnant" this is a genuine question, thank you :)
Anonymous : thanks for the Q, its quite hard for me to explain actually..huhu! its too private or sensitive for some people..are you malaysian or what? its more easy for me to explain in BM actually :p
Post a Comment