CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 30, 2013

berCOMEL-COMELan Untuk Suami

Assalamualaikum.


Sejak 1 tahun 1 bulan aku jadi bini orang, dan hampir lebih 7 bulan aku bertudung, aku jarang bergaya di bahagian kepala. Make-up takyah cakap la, make-up langsung tak sinonim dengan aku. Hakhak. Maksud aku bahagian rambut.

Dulu dua hari selepas majlis resepsi, aku potong rambut pendek. Cukup pendek bagi aku. Sebab aku jaranggg sangat-sangat berambut pendek. Purata aku berambut pendek ialah 3 tahun sekali. Jadi orang akan terkejut tengok aku kalau berambut pendek. Hikhikhik. Sejak tu, aku tak buat apa-apa langsung dengan rambut dah. Sampai la aku mula bertudung bulan Mei haritu. 

Bila dah bertudung lagi la aku tak pernah kisah dengan gaya rambut, yelah.. Mana ada orang nampak kan. Masalah besar bagi aku ialah bila basuh rambut je, tiba-tiba Suami ajak keluar. Dengan rambut masih basah, mana nak bersiap lagi, cari baju, cari tudung, rambut tak kering lagi.. End up, rambut kering lebih kurang lepas tu terus pakai tudung. Terlalu bahaya dan kejam di situ!

Sampai la bulan 12. Aku tak peduli pasal gaya rambut langsung. Keluar rumah dah diselamatkan oleh tudung. Dalam rumah aku cuma ikat rambut. Susah nak explain gaya jenis apa. Senang cakap jenis Bibik. Ala, bibik. Rasanya bibik pun cantik lagi dari aku. Hahahahaha T______T

Setiap hari aku rasa bersalah dengan Suami. Aku rasa berdosa gila aku tak bercantik-cantik depan Suami. Keluar rumah pandai pulak pakai tudung elok-elok. Walaupun takde la sampai tahap Hana Tajima. Tapi takde la serupa makcik Bedah pergi pasar. Bila dalam rumah tanggal tudung, ikat rambut pony tail. Paling sadis buat siput babi. Dah.

Semalam aku buat tindakan drastik. Tanya Suami boleh potong rambut tak? Suami cakap bolehhhhh. Suami bagi duit lepas tu Suami bawak pergi saloon rambut. 30 minit menunggu, sampai giliran aku Suami cakap nak tunggu dalam kereta sebab nak tidur. Okay sayang, tunggu penampilan baru I. iheeeeeeeee!

Siap semua terus masuk kereta, tapi tak balik rumah dulu. Pergi rumah makcik dulu ambil Ibu kat sana. So kat sana lah tengok penampilan baru Isteri. Wee Wee Wee :)

Sampai rumah makcik tanggal tudung sebab nak solat Zohor, semua terkejut sebab I olls macam budak sekolahhhhh. Kahkahkah. Sebab tu aku tak suka potong rambut pendek, dari dulu lagi. Sekali sekala diorang nampak aku berambut pendek mesti diorang jerit-jerit cakap macam budak sekolah! Habis, bila aku nak besarnya?

Suami apa lagi, terkebil-kebil lah tengok Isteri. Hahahahaha. Lawak pulak aku rasa. Aku pun mula lah buat-buat muka comel, sambil kelip-kelip mata empatploh kali. Hahaha.

Dekat rumah, aku rasa janggal tengok muka sendiri. Kali ni lebih pendek dari selepas majlis resepsi. Tapi aku suka. Macam budak sekolah! Hehehehehe. Boleh sapu losyen dekat tengkuk tanpa ada halangan dari rambut. Hehehehehehehe.

Suami : Macam ada awek lain dari rumah kita pulak. Hehehehe!
Aku : (Daaaaaaa?)
Suami : Awek Cina
Suami : Awek Siam

Dulu sebelum aku bertudung, kitorang makan berdua dekat Old Town. Datang la lelaki Cina nak mintak sumbangan untuk rumah Anak Yatim kalau tak salah. Datang-datang je kat meja kami, lelaki tu bercakap (permulaan ayat untuk pancing penderma) tapi kami tak faham sepatah pun. Sebab dia cakap Cina! Kitorang laki bini blurrrr. Lelaki tu pun blur jugak, pastu lelaki tu sambung lagi cakap Cina, kali ni pendek je ayat dia.

Aku : Kami Melayu..
Lelaki Cina : Hah?? Sorry,sorry.. Kamu Melayu ka?
Aku : Melayu la.. Hehehe
Lelaki : Haiya, sorry aaa, ganggu you all dating..

Sampai tahap kami tunjuk IC sebab dia tak percaya kami Melayu, tak percaya kami dah kawen, tak percaya kami umur 27. Tak pasal-pasal Cina tu asyik terkejutttt je. Last-last dia tak amek derma pun dari kitorang. Mesti dia kecewa berganda-ganda.

So now, dalam rumah kami ada awek Siam. Suami pulak dok panggil aku amoy. Elok lah. Kan dah amoy betul-betul. Rambut pendek, pakai spec nerd, tapi pakai baju tidur kelawar. Hahahaha! Okay lah, Siam tak Siam tak? kehkehkehkeh.

Sekarang rasa legaaaaa sangat-sangat sebab dapat comel-comel dalam rumah untuk Suami. Takde la rasa bersalah sangat. Hihi. Rambut baru, lebih fresh, lebih muda, lebih amoy. 

Habislah, semua pakat-pakat muntah baca entry aku kali ni. Maaf korang!

Hey, jom nampak cantik depan Suami!


















gambar sekadar hiasan
hikhik






Love,
Nursaila Norman!


14 comments:

meza said...

suke dgn gmba hiasan awk tu. bharap dpt potg rmbut pendek jugk skrg ni sempena tahun baru tp mayb lepas kawen. kot~~~ heee

Han Hanni said...

saya pun dah lama tak poyong rambut pendek. biasanya potong paras bahu je

Ziema said...

Ihiks comel je awek cina ye?
Tapi betul la, dah kahwin ni memang rasa nak rambut pendek je. Leceh lagi lagi ehem...nak mandi wajib :p

Nursaila Norman said...

Ziema : okay, terima kasih sudi mengaku bagi pihak kita. hikhikhik :P itu jugak la alasan kukuh kenapa kena berambut pendek :P :P :P

ezan said...

kak bestnya dapat potong rambut pendek! kita husband tak bagi potong pendek macam amoi tu, hahaha time 2-3 hari kahwin hari tu puas pujuk nak potong rambut, last2 dapat jugak kita bagi alasan rambut panjang susah nak shampoo lepas tu penat asik nak mandi wajib je, hahahaha

suria lekatlekit said...

Saya ni rambut dh panjang tp x tau bila nk potong.dok cakap nk potong.tp x blh pendek mcm dlm gambar asben x suka.lgpun spesis katik mcm saya ni elok lah x buat pesen budak2 sgt.asben sy pn selalu je org igt cina jugak.muka dia memg ada chinese look skit dgn kulit dia yg cerah

PetakBunga said...

macam comel je
:)
tak salah bercomelan untuk suami

Fahimah Mahayuddin said...

imah before kawen mmg rambut panjang tapi lepas kawen pendek. hehe..sebab husband imah suka perempuan rambut pendek. Kalau panjangpun paras bahu je. Lgpun rambut oendek ni rasa ringan kepala & selesa. Tambah2 bila dah seharian bertudung dkt tempat keja.

safurara said...

rara pun ingat nk potong rambut jugak.rabut baru untul 2014.bg fresh sket mata.hehehe

Affy Afiqah said...

takpe, pakai tudung elok...biar laa rambut kita aurat kita tu suami dan keluarga je yang tengok :)

Syu, Syuhada said...

rambut mmg ke laut la tak pernah g saloon..
haha..paling rajin potong sendiri je kalo dtg feeling2 nk kemaskan rambut :P
tp rambut kena wangi!! hihi

oshinz said...

kite pun baru terfikir nak rambut pendek. tapi mmg dari dulu selesa sangat rambut pendek. rambut tak pernahnya lebih paras pinggang. paras ketiak je da rimas.

Unknown said...

betul2 ,,,(gaya upin & ipin)
bila da pkai tudung , mmg mcm lantak ko la rambut ..hahahaha ...kiranya da xda bad hair day lagi ...

potong pendek mmg automatik jd mcm budak sekolah ..heheheh ...comel je

ayut said...

Jom....kku ayut suami jauh blh hantar gmbr jela.xpon video call.nnt cantik2x dlu baru amik gmbr or call..hahaha.nnt suami gelak je :)