CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 15, 2014

Terbalik

Assalamualaikum.


Orang cakap kalau pregnant ni nanti mood tak baik selalu. Cepat sensitif, cepat nak marah, cepat nak masam muka, cepat nak merajuk. Tapi aku rasa dalam kes kami, macam terbalik.

Hmmmm..

Aku mudah sejuk hati kalau touching-touching dengan Suami ke, termerajuk ke, Suami macam tegas sikit ke, aku okay je cepat cool. Kalau duluuuu? Sorry. Huhuhuhu! 

Pernah gak Suami macam marah (kot) sebab aku leka ke pelupa (kot) tak ingat.. Aku macam nak nangis lah jugak, yelah Suami jarang tegas. Sekali dia tegas aku rasa macam 'apakahhh mamat ni marah akuuu??'. Padahal tegas je pun. Tapi aku boleh buat bodoh je, nak nangis lah jugak, tapi boleh abaikan lak. Muka pun tak berubah. Macam tak kena marah lak. Padahal kalau duluuuu? Laju je muka berubah. Tarik muncung terus. Merajuk sejam dua. Padahal kena tegur je. Mengada itu aku.

Tapi sekarang aku perasan, Suami aku cepat betul marah. Especially hal kerja dia. Hamboiii, marah kuat betul. Kadang-kadang aku rasa benda tu kecik je, tapi dia punya marah.. Aku lak rasa pelik. Pelik yang amat. Motip nak marah sangat? Sebab Suami bukan pemarah. 7 tahun 10 bulan aku kenal dia, marah tak pernah ada dalam hidup dia. Dulu, aku yang tolong marahkan bagi pihak dia. Haha.

Tapi, sejak aku pregnant ni, bukan main sensitif lagi dia. Kuat betul sensitif, pasal bola pun nak marah beriya-iya. Duluuu? Orang kutuk lahhh kaw-kaw, boleh je dia sengihhhh. Aku dah keluar asap dah kat kepala. Aku dah marah dah, rasa nak bersilat dah. Dia cool je dengan senyuman. 

Aku rasa terbalik lah. Serius terbalik.

Kadang-kadang tu dia boleh marah berminit-minit. Berkerut-kerut muka. Membebel-bebel. Lainnnnnn. Lainnnnn sangat lah! Dulu Suami tak macam ni. Dulu aku tak cool macam ni. Lain. Dulu Suami nak tegas 30 saat je tak lebih. Kalau dia marah sangat-sangat kat aku pun sebab perangai annoying aku, dia marah kejap gilos. Pastu dia okay macam tak ada apa berlaku. Sekarang? Tolonglah.. Sensitifnyaaaaa dia.

Tak best lah tengok Suami sensitif macam ni, macam dia pulak mengandung. Hehehehehe! Kalau bab mengidam pun macam dia jugak. Aku rileks je tak kisah nak makan apa. Selalu la craving sesuatu, tapi kalau aku dah kenyang, benda yang aku teringin tu hilang terus. Tapi kalau Suami, beriya dia nak dapatkan. 

Terbalik.





































































Happy Birthday Sayang (13 Apr 2014), jangan sensitif sangat ye! Awak tak mengandung pun, kita yang mengandung. Hehehehehe <3!





Love,
Nursaila Norman!



Thursday, April 10, 2014

Kopi or Coffee?

Assalamualaikum.


Aku ni boleh dikategorikan sebagai peminat kopi. Tak kisah lah kopi takde jenama ke, kopi ada jenama ke, kopi kedai mamak ke, kopi restoren mahal ke. Janji kopi! Tapi aku takde lah ambil kerap sangat, sebab kopi ni panas lah jugak untuk aku. So kalau aku minum kopi O berterusan selama 3 hari, nanti muka aku naik jerawat kecik-kecik macam kena gigit nyamuk. Merah-merah muka. sobs!

Kalau pregnant ni mostly orang akan cakap jangan minum kopi nanti anak hitam. Aku ni susah sikit nak percaya benda kalau takde bukti kajian ke, pendekatan Islam ke apa ke. So aku just tak ambil sebab nak elak sumber caffeine jelah. Tapi beberapa kali jugak aku terjumpa artikel pasal kopi dengan ibu mengandung ni. They said its okay, asalkan dalam kuantiti yang sedikit pada setiap pengambilan.

Semalam aku teringin GILER nak minum kopi O ais. Masa lunch aku order lah. Kebetulan dia tak buat pekat, macam tawar-tawar sikit. Takpe lah. Pasal baby hitam tu aku percaya rezeki Allah je. Kalau aku makan tauhu, susu berbakul-bakul pun kalau kitorang laki bini hitam legam, DNA baby hitam jugak lah kot. Hehehehehe! Macam ibu aku dia kuat minum susu masa mengandungkan Leha. Lahir-lahir je si Leha tu putih macam kapas. Kalau bawak dia keluar, SEMUA orang akan berhenti dan tegur. Putihnyaaaaaaaaaaaaaaa kata mereka. Dan aku jeles nak mati time tu! Dah semakin besar kaler dia coklat gak macam aku. kehkehkeh. Maybe effect putih baby hanya semasa baby je kot. Ntah. Malas lah fikir.

Sape taknak baby putih hoiiiiiiiiiii.. 

Pagi tadi check up dengan KK, masa berbual pasal makanan, aku tanya lah boleh ke minum kopi nurse. Nurse tu tergelak kecik, comel je. 

Nurse : boleh, tapi jangan kerap..
Aku : okayy..
Nurse : kenapa, suka kopi ke?
Aku : suka lah jugak, semalam teringinnnn sangat, saya minum lah kopi O ais..
Nurse : boleh, tapi jangan kerap sebab kopi akan buat darah jadi cair..

Gulp! Okay, kalau pasal baby gelap aku malas nak percaya sangat, tapi kalau nurse cakap kopi akan buat darah jadi cair aku takut. Bahaya masa bersalin nanti.

Baiklah, noted.





Love,
Nursaila Norman!



Wednesday, April 9, 2014

Windu Nak Menulis, Tapi Takde Cerita

Assalamualaikum.


Jadi korang akan menyesal baca entry aku kali ni. Sebabnya memang takde cerita yang elok untuk minda pun. Huhuhu! Sobs.

Ahad baru ni aku masak. Terseronok disitu sebab tiap ahad je aku masak. Hehehehe. Masak Spaghetti je. Tak snap gambar apa pun sebab malas dan lapar T___T. Aku je lunch, Suami tak lunch sebab breakfast pagi tu dah makan nasik dagang. Petang lepas Asar Suami kan nak beraksi dengan kasut bola baru dia. So dia tak join lunch dengan aku. Dia tengokkkk je pastu cakap balik main bola dia nak makan dua pinggan. Motip bersukan??? Haihhh..

Petang Ahad tu aku teman lah Suami tercinta bersukan. Untuk elak gemuk katanya, alhamdulillah. Tapi niat dia nak makan spaghetti dua pinggan tu nak kira macam mana pulak ye? Aku macam biasa lah, kalau teman Suami buat aktiviti dia waima sejak single dulu, aku akan bawak buku dalam handbag mcm nak g jawab exam! Aku sekarang gila baca buku brand FIXI. Eh, buku ada brand ke?? Ah, what everrrr. Sudoku pun aku bawak, Word Search pun aku bawak. Melampau tak? 

Hari Sabtu pulak aku bawak Encik Johnny bersunat (kasi/neuter). Pastu singgah makan kat warung buruk, ya buruk. Maaf ye owner. Gerai makan yang biasa gilerrr, tapi makan dia?? Banyak gila pilihan, pastu aku pilih bihun goreng sebab dah teringin. Oh ya, sepanjang aku pregnant ni aku menang suka sangat dengan bihun goreng T___T. Rasa dia?? Ya Allah, terbalik-terbalik bijik mata sebab sedap sangat! Suami makan pulut kuning + rendang + sambal. Punnn sedappppp. Nak breakfast macam zaman dulu-dulu, ala kampung memang situ lah tempat dia. Huhuhu.

Masa nak bayar Suami terpandang sesuatu kat dinding, pastu dia tunjuk dekat aku yang jauhh sikit dari dia. Puas aku tengok apa benda la Suami aku tunjuk ni. Takkan nak offer makanan kat aku lagi. Rupanya ada frame Jalan-Jalan Cari Makan. Ohhhh, patut lah penuh. Setakat duduk semeja dengan pelanggan lain, laga-laga siku itu normal. Haha.

Oh, nama kedai tak ingat sebab signboard dia pun tersorok sikit. Tapi dekat gila dengan SPCA Ampang.

Lepas settle sunatkan Encik Johnny, kitorang pergi Aeon Wangsa Maju. Sekali Poney buat sales! Menangis kat situ jugak. Nasib taktau gender lagi.. Sakit je hati tengok baju baby comel-comel. Poning nak pilih kalau ikutkan. Hehehehe! Masuk MPH beli buku untuk buat diary pregnancy.. Suami dah tanya banyak kali bila nak beli buku, bila nak beli buku. Akhirnya, dah ada pun sebuah buku kecik, khas untuk diary pregnancy, khas untuk baby bila dah besar nanti, boleh lah dia tau perjalanan dia dalam rahim ibu dia macam mana. Dan untuk kenangan aku jugak. Macam file kawen. Wink! Wink!

Nanti kita review eh :)

Weekend ni birthday kami, gila bapak tok nek excited aku. Macam biasa la, aku kalau bab nak meraikan hari-hari indah memang macam ni excited tak beragak. Padahal takde apa pun. Ngehngehngeh. Suami dah dapat hadiah, korang pun dah tau hadiah apa. Aku pun dah dapat jugak. Tapi hadiah Suami untuk aku memang memusnahkan hidup aku nampaknya. Hahahaha! Nanti lah bagitahu, sekarang ni jangan tanya kenapa aku jarang on blog, on FB. Sebab aku tengah memusnahkan hari-hari aku dengan menatang yang aku taknak beli langsung! Kalau dari duit aku memang aku takkan beli la. Takkan. Lantak la aku kuno tahap paleolitik pun. 

Salah Suami.

Hehehehehehehehehehe.

Cukup lah kot, kang termengarut yang jauh-jauh kang buat malu je. Nak layan picha sila lah visit ig aku. Nama sama. Senang kan, malas taip upload je sekeping gambar. Tapi ig baru dihidupkan semalam. Memang suam-suam kuku lagi lah ye. Masih berhati-hati menggunakan ig. Takut terlebih upload. Maklumlah, aku ni suka mengambil gambar dah diambil gambar. Hewhew!

OKbai!





Love,
Nursaila Norman!



Wednesday, April 2, 2014

#3 : My New Header

Assalamualaikum.


Harini takde keja, boss pun takde. Boleh lah meng'edit' secara mengila vavi. Hiks! Pastu upload pulaks gambar sekeping dekat FB. Tapi gambar lama la. Gambar baru takde sebab keluar jalan-jalan pun baru je masuk gear 1. Pastu selekeh pulaks. Nak bergambar pun malu!














Gambar header ni aku paling suka sejak dari hari pertama aku snap. Sebab pakai baju rumah je laki bini, berselipar jepun, sebab ingat dalam kereta je. Tetiba singgah KTM Kuala Lumpur. Pastu apa lagi, buat muka badak jelah. Pedulik apa aku. Hahaha. Tak rasa bersalah pun. Hikhik!

Gambar ni bulan Februari lepas, tapi kalau korang perasan, blog aku lama takde header. Sebab takde masa nak edit. Plus keja banyak. Boss ada. Tak syok pulak nak meng'edit' dengan gangguan kan? Poyo je. Makanya, harini blog aku dah ada header lah seperti blog orang lain. Walaupun tak se'gempak' header orang lain. sobsobsob! Orang lain punya gempak-gempak. Pastu pandai guna photoshop lah, adobe lah, aku? Manual je. Huwaaaaaa.


















Profile picture tu aku terjumpa. Lepas godek-godek folder gambar aku kat laptop ni. Tetiba.. Tetibaaaaaa, aku rinduuuuuuuu nak naik motor laju dengan Suami. Huwaaaaaaa! Gambar tu pun masa pergi Sepang. 

Nampak tak takde modal nak bercerita. Mengarut pasal benda macam ni pun boleh. Sape pedulik aku tukar profile picture? Cover photo? Sape? Huhuhuhuhu!

Dah lama tak bercerita benda bebas, macam ni lah. Maafkan saya. sobs!




Love,
Nursaila Norman!



Wordless Wednesday : Walaupun Mengandung Masih Boleh Bergaya :)

Assalamualaikum.



The 4 pregnancy body type and how to dress them!


If you're big all over
From puffy face to swollen ankles, you want to signal that you're pregnant, not fat!
Your goal : Emphasize length, not width.






If you're carrying low
Your baby rides so low in your frame that you look overdue.
Your goal : Rebalance your proportions by drawing attention elsewhere.






If you're carrying high
Breast and belly have merged into one - you're an apple on a stick.
Your goal : Use a little flare here, a little cinch there, to create a leaner,
more feminine silhouette.






If you're small all over
You look like a python that swallowed a basketball,
and you're having trouble finding clothes that fit.
Your goal : Showcase your belly and add dimension to your boyish figure.





Maybe idea ni boleh bagi sedikit inspirasi kepada anda yang masih tercari-cari baju apa yang sesuai nak dipakai masa pregnant ni - macam aku! Cuma kalau boleh jangan ketat sangat dekat bahagian perut, takut orang sakit mata atau jadi tumpuan pulak. Huhuhu! Macam aku, secara jujurnya memang tak banyak lagi baju-baju besar yang sesuai, so aku akan recycle baju sedia ada, selalunya t-shirt, top, yang otometik jadi sempit dekat perut sebab perut dah tak flat kannnnnn.. sobs! Aku akan cover dengan cardigan. Supaya bahagian perut tak menonjol melampau2 macam picha dua terakhir tu.

Seluar pulak pakai palazo atau lycra skirt, dah takde makna nak skinny dah. Tapi aku ada dua helai skinny yang muat untuk perut walaupun perut membesar (memang beli khas utk pregnant). But make sure, pakai kemeja atau blouse dengan skinny tu! Mix and match. Nak membeli baju mengandung aku tak minat, so dress lah jawapannya. Yang penting jangan nampak terlalu selekeh ye darlings!

Sekarang ni kalau pergi ofis, kena lah all out sebolehnya. Swasta kan, ahkak-ahkak yang umur dah banyak pun masih bergaya. Huhuhu! Tapi kalau dah hari Jumaat, pakai kasual, nampak lah perut sebab dah pakai top g jalan-jalan. Orang lelaki ke perempuan ke suka sangat usik aku. Comel kononnya. Ntah ye lah tu.

Bila lah nak shopping baju. Dah lama tak beli baju baru. sobs!





Love,
Nursaila Norman!



Tuesday, April 1, 2014

April : Bulan Kami :)

Assalamualaikum.


Ya Allah, hari ni dah masuk bulan April. Lupaaaaa sangat April bulan penting kami. Huhuhuhu. Hari ni nak buat entry kosong, entry sukasuka. Asyik entry mengandung dengan makannn je kan. Hehehehe.

Insyaallah, 13 dengan 14 April ni kami sambut ulang tahun kelahiran. As usual lah kan.. Tapi kali ni kali ke-2 sambut sebagai Suami Isteri. Tahun lepas Suami takde, berkonvoi pulak dia. Tahun ni dia nak jadi bapak-bapak dah, so takde konvoi-konvoi. Jadiiiii, super excited lah daku! Ehem, ehem.

Aku ingat tahun ni nak beli lah hadiah untuk Suami. Tahun lepas kekok lagi taktau nak celebrate macam mana. Hikhikhik. Tapi susahnyaaaaa nak beli hadiah orang lelaki. Kan? Huhuhuhu! Puas lah fikir nak bagi apa. Awal-awal tahun dulu ingat nak beli aksesori motor untuk dia. Tapi tak jadi. Pastu blur taktau nak bagi apa.

Tiba-tiba, kebetulan.. Kasut bola dia sudah rosak. Dua minggu lepas dia main bola pastu rosak. Kelakar pun ada, hehehehehe! Tiba-tiba ada lah idea nak bagi hadiah apa. Tapi masalahnya bila yang aku nak belinya? Aku mana pernah pergi kedai sorang-sorang tanpa dia. Waima ke kedai bunga depan rumah je, pun dia nak ikut. Jalan kaki berdua-dua lah kami. Oh suwittttttt T____T.

Kalau dah macam tu bilanya aku nak beli kasut bola dia sorang-sorang, balut and surpriseeeee! Jenuh aku memikirkan macam mana lah aku nak curik-curik keluar g beli hadiah dia. Sobs!

Malam tadi aku rajin pulak nak keluar jalan-jalan, aku ajak Suami pergi Aeon Keramat. Niat nak makan coleslaw+whipped potato. Dalam kereta kawan Suami called, bagitahu Ahad ni ada bola. So kena turun. Aku dalam hati 'alamak!'. Aku nak belikan hadiah kasut bola, tapi dia nak kena main ahad ni pulaks. Dilema terus aku dalam kereta. Pastu Suami cakap kena beli kasut bola nampaknya, sebab dia nak beraksi ahad ni. Beraksi tu takyah lah korang ingat dia akan beraksi macam Oliver Giroud pemain bola antarabangsa. Tapi sebagai Isteri aku tetap cakap dia sebijik macam Ozil. Haha!

Sampai je dekat Aeon Keramat, Suami layan selera Isteri dulu. Kemain nak makan Tako Tao. Lepas tu nampak rumpai laut, nak rumpai laut jugakkkk. Last-last makan tak habis. Orang pregnant takpe kan kalau macam tu. Hehehehehe.


lama tak letak gambar sendiri.
malu nyew!
malu-malu kucing nak suruh Suami snap kan gambar ihee!


Lepas dah dapat Tako Tao, Suami ajak carik kasut bola dia. Masa tu aku plan nekad jelah beli hadiah tak surprise. Huhuhuhu. Masuk Al-Ikhsan, Suami busy pilih kasut bola dia. Aku usha kasut perempuan, konon nak buat kasut pregnant lagi. Lagi? Huh. Dah lama sikit tu, Suami jumpa lah yang dia berkenan, tapi dia bajet-bajet je. Taknak yang mahal-mahal sangat. Masa ni aku suruh dia pilih yang dia betul-betullll suka dan elok. Aku cakap aku belanja untuk birthday dia. Bersinar-sinar bijik mata dengar nak dapat hadiah birthday. Hehe! Pastu dia gigih nak amek yang bajet-bajet gak. Tak payahhhh, yang penting puas hati sayang.

Orang lelaki kalau memilih barang lama Ya Rabbi. Kalah aku. Aku kalau berkenan, mahal ke apa ke kalau sesuai dengan poket aku belasah je. Tak dapat aku masuk Daiso malam tadi sebab Suami memilih memilah kasut bola punya lah lama. sobs!

Ending dengan dua pilihan ini. Actually sama je, cuma kaler yang berbeza. Huhu! Nampak tak kasut yang aku pakai tu? Tak menyesal beli sebelum kawen, sekarang pakai sebab pregnant. Cuma kaler dia putih, bahagian dalam kaler firus. So nampak macam kasut sekolah. Uhuk! From Puma. Puas hati walaupun nampak dah comot momot :(

Untuk birthday aku Suami tak pandai nak beli kan apa. Nak buat surprise lagi lah tak reti. Jadi dia suruh request aku nak apa. Apa ya? Hmmmmm.. Mood sekarang nak shopping barang baby je. Sekali dah start, susah nak berhenti! Scary. Huhuhuhu.

Laki bini tak pandai nak surprise-surprise. Huhu.. First time membeli hadiah birthday kelakar macam kartun pulak. Hehehehe! Kena praktis lagi lepas ni. Hikhik.

Yang penting Suami dah buat perangai macam Isteri dia. Balik-balik terus pakai kasut bola. Suka bukan main. Aku dah golek-golek dalam bilik layan TV, boleh dia masuk bilik dengan kasut bola, posing-posing depan aku. Haihhhhh.. First time dapat hadiah birthday ye sayang.. Cumilllllll je T_____T. Anda dibenarkan pitam beramai-ramai. Silakan.

* lama betul nak siapkan entry ni, banyak sangat gangguan :P





Love,
Nursaila Norman!