CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 12, 2015

Printables : Labeling

Assalamualaikum



Untuk pertama kalinya aku DIY label sendiri. *tepuk tangan* Semalam aku ada buat teaser. Harini aku update full terus k! Label ni aku buat bentuk bulat, dan ada 10 warna. Mana tahu satu hari nanti kot-kot aku free lagi, aku buat pulak label bentuk petak ke. Kan? Aku dah try untuk diri sendiri. Aku random je ambil warna merah, dan jadi macam gambar di bawah! Gambar bulan september ni. Huhu.

Aku tulis guna tangan je. Kalau nak aku taipkan pun boleh, tapi nanti aku charge kos penghantaran lah pulak kan. So better tulis sendiri jelah. Jimat. Hehehehe. Kalau taip siap-siap jadi macam kat bawak ni (contoh je) :

Untuk order tulis 12 items yang korang nak.
charge (kos admin + postage)
Saiz bulatan 2 inci (2.1 inci to be exact)



Lets check out the colors!!


Blue



Emerald


Green


Lime


Orange


Pink


Purple


Red


Tiffany


Black

Untuk dapatkan softcopy ni senang je..


EMAIL
msyunnsein@yahoo.com.my dengan subject LABEL
dan mention nak WARNA APA dalam email






Love,
Nursaila Norman!


Wednesday, November 11, 2015

Teaser : Printable

Assalamualaikum





Sejak entry Props Untuk Photobooth Saya! tu dapat sambutan (sampai ke hari ini!), aku berangan-angan nak update printable lain. Sebelum ni (masa aku pregnant, tahun lepas 2014) aku ada share printable untuk Thank You Tags. Tapi sayang, tak lama lepas tu laptop office rosak. Habis hilang SEMUA files yang aku simpan. Sempat bagi kepada beberapa orang je. Sampai ke hari ini masih ada yang mintak, tapi sorry, files dah hilang. Jadi, tak dapat nak bagi softcopy. Maaf sangat-sangat!

Baru-baru ni aku search untuk Label pulak. Konon nak label balang-balang kaca/plastik dekat dapur tu. Bila search, susah betul nak dapat yang printable. Kalau ada pun tak berkenan dihati. Dah nak panas mata ni searching, aku terus come out dengan hasil sendiri. Huh! Aku dah print dan tampal. So far puas hati! 

Lepas tu aku fikir, why not aku tak share je dekat sini. Mana lah tau ada yang nak ke kannn. Ada ke yang nak? Aku ada buat 10 warna! 

Ada yang nak tak? Wink! Wink!







Love,
Nursaila Norman!



3rd Anniversary : 9 November 2015

Assalamualaikum




Alhamdulillah, seperti yang diharapkan aku berjaya jugak masak untuk malam anniversary Isnin baru-baru ni. Ahad tu aku ajak Suami pergi beli bahan-bahan dekat Aeon, Isnin malam tu aku berjaya buat Nachos & Chicken Salami Burrito!

Anyway kami celebrated dekat Mexico. Fefeeling sangat sambil makan Nachos & Burrito, HAHA.

Pada awalnya aku agak risau kalau-kalau perancangan aku tak menjadi, balik kerja pun agak lambat, sobs! Tapi alhamdulillah, Melissa tidur awal sikit dari biasa, dalam 9.40malam aku start masak. Actually ini first time aku masak Nachos & Burrito. Belum pernah aku try masakan Mexico. Alhamdulillah Suami suka!







































Ini lah Chicken Salami Burrito dengan Nachos yang berjaya kami habiskan dengan penuh berselera. Masa nak makan tu risaaaaauuu sangat kalau rasa dia ke laut. Tapi alhamdulillah, Suami cakap sedap 'good try'. Lalalalalalalalala. Hati berbunga-bunga lah kan bila Suami cakap macam tu. Hikhikhik.

Sambil makan sambil layan firecrackers. Malam raya kan. Hehehehehe. Nasib baik Melissa rilex je tidur, sama lah macam tahun lepas, masa tu Melissa baru 2 bulan. Nasib baik dia kalau tidur malam bunyi mercun pun buat taktau je. Tapi kejap-kejap intai jugak dia dalam bilik.

Dari balkoni rumah boleh nampak mercun, kawasan apartment dah kelabu penuh asap mercun. Sabar jelah, dalam rumah tengok Astro 202. Ajit Kumar berlakon pulak, layannnn citer Tamil setiap malam. Eh, nak cerita pasal Anniversary ke pasal Deepavali? Hahahaha.

Tapi sebelum makan, aku masuk bilik kejap tengok Melissa. Suami keluar pergi beli air best Isteri suruh beli. Bila Suami balik dari kedai dia masuk bilik tunggu aku settle tengok Melissa. Bila aku nak keluar dari bilik cepat-cepat Suami tutup mata aku. Aku pelik lah, buat apa tutup mata.. Makanan tu pun aku yang masak mana ada surprise nyaaaaa. Hahaha. Bila sampai depan TV ta-raaaaaaa~






































kek anniversary!

Thank you husband. Actually, tak minta apa-apa pun dari dia. Memang kenal dia dari awal dia jenis tak pandai nak romatik-romantik guna barang ni. Selama 9 tahun (belum halal & lepas halal) dia tak pernah surprise kan apa-apa. Ada sekali tu dia pernah surprise kan aku dengan anak patung Patrick kawan si Spongebob tu. Masa tu tahun 2007. Itu pun aku taktau kenapa dia belikan. Huhuhu. Lepas tu takde dah.

Dia lelaki cliche yang tak pandai nak buat surprise. Kalau tanya aku sebagai perempuan of course aku suka tiba-tiba dapat bunga. Eh! Cakap pasal bunga, ada sekali tu dia hantar bunga dekat ofis aku dekat Putrajaya masa tu. *tepuk dahi! 

Okay, 2 kali dia suprise aku setakat ni dan semalam sekali. So total 3 kali. Dush!

Kalau ikutkan aku teringin jugak tiba-tiba Suami cakap 'okay sayang, 2 minggu lagi kita pergi bercuti, saya dah tempah hotel'. Wahhhhh, kerlas cita-cita kau kan. Hahaha. Tapi aku rasa (sifat underestimate aku terhadap Suami, kahkah) mungkin takkan berlaku. Tapi takpe, aku kenal dia memang macam tu. Aku terima Suami seadanya, sebab aku pun jenis cool je. Kalau ada, best lah. Kalau takde pun takpe. Sebab aku pulak memang jenis suka plan itu ini. Sifat semulajadi perempuan kan.

Biasanya aku yang plan apa-apa, Suami just betulkan masa yang kurang. Lepas tu layankan aje Isteri dia ni. Huhuhuhu. Tapi aku bangga dengan Suami sebab dia jenis mudah menerima segala macam idea Isteri. Dia bukan seorang yang mudah membantah. Kalau dia tak setuju dengan plan aku dia akan bagi sebab dan betulkan. Instead of reject bulat-bulat. Dan sebolehnya dia cuba penuhi plan Isteri dia.

Contoh macam masakan Mexico tu. Aku cakap aku nak buatkan dia Nachos. Dia pernah cakap dia teringin nak makan. Masa tu aku pregnantkan Melissa (lama gila). Baru semalam aku dapat buatkan. Burrito tu aku belasah ikut suka sendiri je. Sesat tak jumpa dapur pun hebat jugakkkk. Wink! Wink! Sila lempang skrin masing-masing >.< Dia cakap okay boleh je, lepas tu dia layannn jelah Isteri dia berpusing-pusing dalam Aeon tu. Dia tau Isteri dia malas banyak kalau masak masakan Melayu (sebab leceh banyak step). Suami pun jenis tekak universal, alhamdulillah. Layan lagi sekali kerenah Isteri dia. Hehehehehe.

Suami mintak aku buatkan lagi Nachos & Burrito tu. Isteri dah kembang-kembang tak boleh nak kuncup dah ni. Hahaha. Baiklah husband, nanti saya buatkan ye.

Happy 3rd Anniversary sayang. Terima kasih sebab bertahan dengan kerenah saya. Love you to the moon and back! Taktau nak tulis apa, sebab rasa diri dah tua sangat nak tulis hal laki bini. Hek!

Tahun ni takde gambaq SuamiIsteri. Celebrate dalam rumah gelap-gelap, tak kuasa nak berselfie. Malaih nak capai tudung. Hikhik.











Love,
Nursaila Norman!



Friday, November 6, 2015

Soon Anniversary!

Assalamualaikum.




Isnin (9 November 2015) insyaallah it will be 3rd Anniversary! Masyaallah, alhamdulillah. Mungkin hari isnin tak sempat nak update, jadi aku just buat simple update sempena upcoming day. Hehehehe. Alhamdulillah, dah 3 tahun kami berhalal. Cuma akhir-akhir ni Suami terlalu banyak sangat kerja di ofis, balik lewat malam, penat, jadi kami kurang habiskan masa bersama. 

Betullah apa yang dikata. Antara duitVSmasa. Kalau nak masa, Suami kerja biasa-biasa. Banyak masa terluang. Kami masih happy walaupun kehidupan itu sekadar cukup semua. Bila Suami dapat kerja yang lebih baik, lebih pendapatan, masa pulak tak cukup untuk bersama. Tapi aku selalu pesan dekat diri sendiri, jangan mengeluh. Bersyukur. Allah dah bagi kami rasa dua-dua. Masa dan duit. Aku taknak Allah tarik kedua-duanya nanti. Sejak sebulan dua ni Suami banyak habiskan masa dekat pejabat walaupun Suami nak balik on time. Yelah, kita makan gaji dengan orang. Terpaksa akur. Bila difikir-fikir balik, Suami kurang masa dengan kami tapi apa yang kami dapat ialah Suami sediakan sebuah rumah yang elok. Jadi aku bersyukur. Aku takkan mampu untuk dapat semuanya. Masa 24jam dengan Suami tapi mampu hidup senang. Mustahil. Huhuhu.

Cabaran 5 tahun pertama perkahwinan berbaki lagi 2 tahun. Fuh!

Kebetulan anniversary kami sehari sebelum Deepavali. Aku takde plan yang berlebih-lebihan sebab dah ada Melissa. She is too young untuk join candle light dinner kami. Haha! So I prefer makan larut malam. Eh? Hahaha. Melissa akan tidur pukul 9.30-10mlm. Lepas Melissa tidur aku plan nak buat sesuatu yang simple yang more to kudapan punya lah. Not the heavy one. Kiranya malam tu boleh lah over night sebab esok cuti Deepavali. Hewhewhew.

Bila tanya Suami 'ingat tak minggu depan hari apa?' dia suka bagi jawapan jujur. 'Tak ingat, sebab busy'. Koajar tak? Malas aku nak layan. Tak ingat sudah. Ada aku kisah? Takdeeee.

Cuma aku nak dia bawak aku pergi beli bahan-bahan buat masak malam tu je. Lepas tu dia nak lupa balik ke apa ke sokatiiii. Huh.

Doakan lah ahkak korang ni jadi masak kudapan tu ye. Jangan janji tinggal janji sudahhhh. Al-maklum lah selalu sesat tak jumpa dapur. Hihihihihi.


*******************************************
Takkan aku je re-call anniversary yang lepas kann.
You all pun mari lah re-call sekali. Hikhikhik!



*******************************************

Kengkonon nak pergi bercuti, tapi belum rezeki lagi. Next anniversary lah, amin. Happy 3rd anniversary Ahmad Shahir & Nur Saila. Woehuuu!













































Love,
Nursaila Norman!


Thursday, November 5, 2015

beranganITUfree : homeSUITEhome Idea

Assalamualaikum



Siapa tak suka rumah cantik, angkat tangannnn!

Takde, semua tangan kat mouse. HEHE.

Aku nak buat pengakuan sikit ni, jujurnya aku memang mencari-cari idea untuk rumah sendiri. Waima untuk rumah sewa dulu. Bila dah ada rumah sendiri ni, semangat juang tu memang lebih lah. Yang tak lebih cuma uwang (wang). sobs! Selalunya aku godek-godek lah dekat Google, Pinterest. Tapi kebanyakkan idea adalah milik omputih-omputih yang barangnya jauh berbeza dengan barang yang ada dekat Malysia ni. Bukan nak sebijik-sebijik sama, tapi gambaran untuk aku translate kan kepada apa yang ada dekat Malaysia agak lembab. Huhuhu.

Semalam aku terjumpa gambar hiasan dalaman rumah yang aku sangat kagum. Kagum sangat sampai ternganga mulut ni. Kagum dari banyak aspek. Paling utama aspek warna. Owner berani bermain dengan warna. Salute! Aku sendiri tak berani sangat, ragu-ragu. Rasanya aku cuma berakhir dengan pilihan warna kelabu + putih + hitam. Haih!

Akhirnya aku jumpa jugak dengan rumah yang betul-betul aku suka, untuk dijadikan rujukan dan inspirasi. Actually gambar-gambar ni aku dah share dekat wall sendiri. Tapi kalau dah lama-lama mesti jauh ke bawah lepas tu hilang macam tu je. Untuk menyelamatkan keadaan, aku share dekat blog. Bila dah cukup duit, cukup masa, cukup semua, aku klik je label 'homeSUITEhome'. TaRaaaaa~ Credit kepada owner rumah iaitu Nani Idayu

AMARAN : Sila bertenang semasa melihat gambar-gambar di bawah.


RUANG TAMU

Side 1












Side 2












Side 3














Side 4













DAPUR
















BILIK TIDUR














BILIK TIDUR ANAK
















RUANG MAKAN







Fuh! Banyak sebenarnya gambar rumah Kak Nani ni, tapi aku rasa beberapa keping gambar rumah beliau dah memadai untuk aku jadikan inspirasi.

Rumah atas angin macam rumah kami ni ruang tamu dan ruang makan berada dalam satu ruang. Puas aku fikir divider untuk ruang makan dan ruang tamu. Aku memang plan untuk guna rak buku macam Kak Nani guna (refer ruang tamu side 4) tu, tapi aku langsung tak terfikir nak beli dua! Huhuhu. Apa la aku ni. Sebab kalau guna satu je memang tak cukup panjang, jadi beli lah dua! Hikhik. Lagi pun dari pintu masuk boleh nampak ruang tamu. Aku memang plan nak elakkan tetamu terus nampak ruang tamu. Tapi idea tu susah betul nak datang. Kalau guna rak buku Ikea ni insyaallah boleh :)

Secara jujurnya memang banyak persamaan yang aku idamkan ada dalam rumah Kak Nani ni kecuali bab warna. Hehehehe! Aku masih tak sebegitu berani nak bermain dengan sebegitu banyak warna. Aku lebih suka warna-warna lembut sebagai basic, lepas tu nak add color bagi splash sikit warna-warna ceria maybe pada curtains & pillows. Jalan selamat. Haha! But basically, susun atur dan jenis barang yang Kak Nani guna memang 87% apa yang aku inginkan tapi tak keluar kat otak ni. Huhu.

Dah nampak idea kasar kan? Jadi, mulai sekarang dah boleh rangka slow-slow idea untuk rumah sendiri. Bukan lah nak tiru 100%, mustahil lah aku nak beli sebijik-sebijik barang yang ada dalam rumah Kak Nani tu.. Huhu! Cara of course berbeza, sebabnya kat atas ni pun aku dah sebut aku tak berani nak bermain dengan warna. Mine will turn pale, kot. Hekhek.

Anyway, aku baru nak start untuk rumah. Walaupun officially duduk on June 2015 tapi kena tangguh 2016 baru boleh start mendeko. Macam aku cakap mula-mula tadi, uwang belum cukup untuk berjuang. sobs! It takes time baybeh.

Untuk itu, wish me luck pleaseeee *begging

Idea untuk ruang tamu
Idea untuk dapur
Idea untuk ruang makan
Idea untuk rumah
Idea untuk ruang tamu sempit
Idea untuk rumah kecil






Love,
Nursaila Norman!


Thursday, October 22, 2015

GMBM 1st ANNIVERSARY GIVEAWAY

Assalamualaikum



GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY



JOM MERIAHKAN SEGMEN 
KLIK BANNER SEGMEN UNTUK INFO LANJUT

DETAIL SEGMEN

** 19 PEMENANG DI CARI
** MULA : 21 OKTOBER 2015
** TAMAT : 31 OKTOBER 2015


GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY ini di taja sepenuhnya oleh Kathy, Mamaniza, Sofu, Suria, Sally,  Hani, Eyra, Fuza, Adna, Ayumie, Yong, Zie, Eda, Hana, Yana Yani, Ida, Fiza, Ida Bits & Aida.

*****************************************************************************

Memandangkan aku ni ahli GMBM, sebolehnya aku akan join GA yang dibuat oleh Group! Macam aku cakap kat previous post, susah sikit nak update entry sekarang ni. Tapi, Group punya pasal, aku usahakan jugak untuk join dan update! Yay.

19 pemenang dicari. Tak menang pun takpe, janji penyertaan sebagai tanda sokongan. Kan? Apa yang aku harapkan dari Group ni ialah semoga Group akan terus kekal dan erat sesama ahli.

Aku selesa berada di Group ni sebab walaupun ahli Group diambil berdasarkan kriteria seorang Ibu, Blogger & warganegara Malaysia, tapi Ibu-ibu kat sini cool je. Cool yang kewlllll. Haha!

Cool sebab diorang takde lah 24jam nak cerita pasal anak semata-mata, sharing knowledge pun pasal anak semata-mata. Bukan aku anti-anak. No! Tapi aku rasa macam there are so many things outside there or in my life yang kita boleh cakap dan sharekan. Sometimes, pasal anak ni just let me and my spouse know. Sorry, it just my two cents. Sorry!

I am too emotional sebab aku baru je left satu group ni. Katanya group pasal ilmu keibubapaan. Bila duduk dalam tu untuk 24jam, 1000++ notify cerita pasal anak sendiri sesama kawan diorang je?! What? Bila ada orang left, diorang kat dalam tu perli-perli cakap 'tak tahan jangan ber'group' wassap' 'tak tahan takde sape suruh join' What??! I pun tak tahan. So I left. Duh.

I really wish, ada 1 group wassap keibubapaan yang seriously talking about knowledge. Bukannya cerita pasal anak sendiri, lepas tu dijadikan kayu pengukur untuk anak-anak lain. Of couse lain anak lain cara. Lagi pulak, orang yang galak sangat guide kita secara rigid tu anak baru sorang, umur anak pun baru nak masuk 2 tahun. Hehehehe. Bukan lah nak menidakkan niat diorang nak berkongsi. Tapi cara perkongsian tu tak kena. Banyak group-group kat FB tu bila berkongsi dah jadi 1 trend kita wajib ikut cara si pengkongsi tu. Kalau kita macam berlainan arah sikit je, tetiba kena kondem kaw-kaw. Senang cakap tak boleh berbeza pendapat langsung. You Just Follow What I Said/Do In This Group. If Not, Please Left. <--- sila letak amaran ni siap-siap. Hehehe!

Teruskan 'cool' tu okay mommies!



Love,
Nursaila Norman!