CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 26, 2014

Baby Dah Lahir!

Assalamualaikum.



EDD : 4th September 2014
overdue 7 hari
DOB : 11th September 2014




******

Hi! Sumpah rindu, tak tipu!

Dah lama tak login, dah lama tak menaip, dah lama tak bercerita, jadi kekok yang amat. Tak tau nak mula dari mana dengan apa. 

Niat update harini nak bagitahu yang kita dah bersalin, baby dah lahir. Weeehuuuu!

Nak cerita ke pengalaman aku lahirkan baby girl sorang ni? Sebab masa dalam LR aku banyak lupa.. HAHAHA. Sebab aku tido sementara nak tunggu time meneran T____T (wutever).

Okay lah, aku cerita lebih kurang jelah eh.. Kalau nak tau banyak, kena tanya Suami. Aku sendiri banyak tanya dia. kehkehkeh! 

*Entry Mungkin Terlalu Panjang*



Rabu (10 September 2014) 
Aku pergi KK ikut appointment sebab masih belum bersalin. Masa ni dah overdue 6 hari. Lepas jumpa nurse, kena jumpa doctor. Masa jumpa doctor, dia buat surat supaya aku refer hospital. Tapi sempat dia bagi advice untuk elak kena induce (bersama dengan Suami - induce naturally katanya). Aku tanya doctor, bila sebaiknya pergi hospital. Doctor cakap petang ni masuk wad, esok pagi (khamis) induce (induce selalunya waktu pagi), esok (khamis) dah boleh jumpa baby. Wah, cara doctor cakap bapak senang. Macam senanggggg je kannnnn.. Keluar dari KK diskas dengan Suami bila nak pergi hospital. Lepas diskas cukup-cukup, kitorang pilih nak pergi malam nanti. Sebabnya aku pun tak sakit, tanda baru kuar soft brown yang sangat sikit, dan malas nak duduk lama-lama dalam wad sorang2. Huhuhu!

Malam tu lepas Isyak kitorang gerak pergi HKL. Tapi sebelum tu singgah Kg Bharu makan Chicken Chop, Suami nak aku makan best-best sebelum bersalin. Wu,Wu! Selera tak selera lah jugak nak makan.

Dekat-dekat pukul 12 malam sampai HKL. Macam-macam prosedur untuk check-in, buat VE pulak. Rupanya dah 3cm. Excited gila aku time tu. Motip nak excited aku pun taktau. HAHA. Dah siap semua, nurse suruh aku naik wheel chair. Aku pelik gila lah, aku tak sakit perlu ke naik wheel chair. Aku tanya nurse rupanya prosedur kalau dah 3cm kena naik wheel chair. Hamboi, syoknya :)

Baring atas katil dalam wad pukul 2am. Bermula lah episod sedih nangis-nangis sebab Suami takde. First time tido takde Suami. Damn. Suami bekalkan t-shirt dia yang dah pakai, dia suruh aku tido dengan baju dia. Bangun keluarkan baju Suami, pastu cium-cium sampai tertido. Muahahaha!


Khamis (11 September 2014)
Sementara nak tunggu Subuh tu perut kerap mengeras. Sepanjang aku pregnant memang mengeras, tapi yang ini sakit lebih sikit especially dekat bontot. Agak tidak selesa lah jugak. Aku taktau pulak itu contraction. Sebab rasa mengeras tu memang kebiasaan aku rasa masa pregnant. Aku pulak dok tunggu rasa contraction macam senggugut yang orang cakap-cakap tu. LOL.

Pagi pukul 8am, Suami masuk. Eh?! Boleh masuk ke? Suami cakap boleh je.. Wahhhh, happy lah dapat tengok muka Suami, ada kawan nak bercakap. Dalam pukul 9am Suami balik rumah nak mandi apa semua. Nanti waktu melawat pukul 12.30pm Suami datang balik. Sementara tu aku takde la bosan sangat, sebab nurse datang check itu ini, doctor datang check itu ini.

Pukul 11 doctor panggil beberapa patient termasuk aku untuk buat VE. Bila buat VE dah 4cm. Kali ni doctor seluk kuat sikit, doctor cakap 'senangnya awak ni nak bersalin, dah 4cm dah, dah boleh masuk LR ni..nak masuk sekarang ke kejap lagi?' Aik, boleh pilih pulak? So aku pilih kejap lagi sebab tak sakit sangat. Nak tunggu sakit kuat sikit baru masuk. Sesambil bercakap dengan doctor tu, dia seluk beriya-iya. Dah sudah tu doctor cakap 'saya dah tolong bagi bukaan cepat sikit tadi'. Oh! Patut lah bapak kuat dia seluk. Aku dengan berlapang hati walaupun sakit mengucapkan 'terima kasih doctor' dengan senyuman happy walapun sakit. Wu, Wuu, Wuuuuu! Tak perlu induce, yayyy!

Suami sampai dengan Ibu waktu melawat tu aku dah agak sakit. Tapi masih mampu tahan dan makan sikit makanan lunch. Dekat-dekat Zohor Suami dengan Ibu dah suruh aku masuk LR je. Walaupun aku rasa aku okay lagi.. Tapi diorang dah risau-risau. Aku pun mintak Suami bagitahu nurse. Tak lama tu datang wheel chair, nurse hantar. Settle buat VE dah 6cm. Prosedur masuk LR dekat HKL 4/5cm. Lepas buat VE aku mintak izin nak ke tandas kat doctor. Keluar dari tandas nurse carik aku macam kalut semacam. Rupanya semua nurse-nurse carik aku, sebab katil dah siap nak tolak ke LR. Aku lak buat rilex je kelaur tandas. Sempat gak aku dengar nurse cakap 'dah 6cm mana boleh pergi tandas, kenapa doctor bagiii'. Gulp! Prihatin nya diorang,

Sambil naik atas katil nak ditolak ke LR sempat jugak lah nurse-nurse tu cakap 'ni ke patient yang dah 6cm? macam tak sakit je'. Aku sengih jelah tengok nurse-nurse kat situ kerumun tengok aku. Hehehe.. Sakit, tapi masih boleh tahan.

Tolak masuk LR aku sibuk cari patient nak bersalin. Sebab orang cakap bersalin kat HKL ni sebelah-sebelah je, asing dengan langsir je. Macam scary gila kan? Tetiba aku dengar ada suara cakap 'ni ke yang nak bersalin tu? muka rilexxx je'. Tak sampai sesaat ramai lah ntah sape-sape kerumun tengok muka aku sekali lagi. Damn. Sampai lah sorang doctor ni tanya 'mana?mana?' bila dia tengok muka aku tersengihhhh dia cakap 'bagus..bagus' sambil senyum kat aku. Yang lain-lain pun senyummmm manissss. Aku lak dah lupa sakit kejap sebab sibukkkk cari mana tempat bersalin yang katanya asing guna langsir je tu.

Tau-tau dah sampai dalam bilik cantik. Aku ingat tempat singgah kejap sementara tunggu aku sakit teruk atau tunggu tempat bersalin kosong. Laju je diorang buat macam-macam kat aku, epidural diorang tak boleh bagi sebab dah 6cm. Doctor siap tanya 'takpe kan?' sambil pandang muka aku rapat-rapat. Erk! Takpe lah, nak buat macam mana kan.. Aku pun tak terfikir pasal epidural. Itu aku blur, epidural eh.. Mesti doctor ingat aku blur sebab kecewa.

Sambil diorang buat keja ramai-ramai tu, sambil diorang borak macam-macam dengan aku, sikit pun aku tak sedar rasa sakit. Sampai lah diorang nak pecahkan air ketuban. Tau-tau je rasa air panas keluar. Dah settle semua Suami pun masuk sambil tersenyum. Huwaaaa.. Ingatkan Suami tak boleh masuk awal-awal, ingatkan Suami tak berani nak teman. Aku tak harap pape pun. Suami tak teman pun takpe sebab tau dia takut. Tapi rupanya tak. Dia teman dalam LR dari mula sampai akhir.

Masa 7cm aku rasa sakit sangat, Suami suruh aku amek ubat apa ntah Sister ada offer kalau aku tak tahan. Gas Entonox yang diorang bagi aku dah tak lalu nak sedut. Huhu! Suami panggil Sister cakap aku nak ubat yang Sister offer tadi tu. Ada Sister tu cakap, tapi aku dah lupa. Hehehehe. Dalam 10-15 minit Sister masukkan ubat tu aku langsung tak sedar apa-apa. Yang aku dengar Suami nak keluar solat. Aku rasa sakit, tapi macam sakit dalam mimpi. Sampai lah aku rasa nak meneran, baru lah aku sedar. Itu pun mata tak boleh bukak sepenuhnya. Sempat tanya Suami kenapa mata aku ni mengantukkkk sangat. Suami cakap ubat tadi tu.. Huhuhu! Masa 8cm aku dah rasa nak teran sangat-sangat tapi masih tidak dibenarkan. 9cm ke 9.5cm macam tu baru doctor bagi teran. 

Pukul 10.45malam baby girl lahir! Suami excited gila tengok baby keluar macam swimming katanya. Siap bagi cermin mata kat aku suruh aku tengok baby berenang. Baby kan keluar sekali dengan air, Suami pelik datang mana air banyak-banyak tu. Baby dah lahir, laju je diorang cucuk kat paha kanan untuk kecutkan rahim lepas tu suruh Suami keluar. Baby pun Suami yang sebut baby girl. Aku kan rabun, tak nampak kemaluan baby. HEHEHEHE.

Masa doctor nak keluarkan uri doctor suruh aku tidur. Dah siap tu aku terjaga sebab doctor nak jahit pulak, sempat aku tanya doctor bius ke tak. Doctor cakap 'adaaaaa'. Hehehehe.. Risau gila. Part kena jahit lah benda paling aku takut kalau bersalin. HAHA. Alhamdulillah ada bius. Nampak je doctor nak start cucuk ubat bius (nak start jahit lah kannn) laju-laju aku sedut Gas Entonox macam hape! Sakit contraction pun aku sedut rilex-rilex. Bila nak jahit gigih aku sedut macam orang kalut tak tentu pasal. HAHAHA.

Lama jugak aku dalam LR tu. Dari pukul 3ptg - 10.45mlm. Start sakit lepas Asar macam tu kot (lupa!). Start tido pun area itu jugak. Pukul 8mlm baru tersedar dari tido sebab nak teran. 

Overall, okay lah.. Walaupun sakit, tapi sebab kakitangan dia baik, penyabar, layannnn je kerenah aku.. Buat aku tersenyum bila ingat-ingat balik. Suami pulak teman aku sepanjang dalam LR. Bila aku belek gambar dalam hp, ada pulak pic aku dalam LR. Cis! Suami ni, sempat pulak dia!

Dalam mamai-mamai sakit tu, aku dengar Suami cakap 'tahun depan kita g bercuti ehh' sambil usap-usap rambut aku. Kannnn.. Kerlassss, dalam LR Suami aku plan nak g bercuti tahun depan! Masa Sister nak sedut air kencing pun sama, Suami pandang muka aku dekat-dekat lepas tu cakap 'tak sakit kan? tak sakit kan? tak sakit..tak sakit..' Motipppp? Sakit gila nak sedut air kecing. Huwaaaa.. Suami nak psiko lah tu.. Oh, Suami sempat tanya Sister, kalau anak kedua jarak 5 tahun sakit dia macam ni jugak ke. Sister cakap ya, lebih kurang macam ni lah. Kalau dekat sikit dalam 2,3 tahun takde lah sangat. See? Suami boleh tanya pasal anak kedua????!! Tahniah sayang, awak berjaya buat lawak kelakar dalam LR. Bila ingat-ingat balik memang tersenyum sorang-sorang. Ada-ada je Suami aku nih.

Apa-apa pun, semuanya dah selamat. Baby agak berat, tak macam jangkaan aku, seperti yang aku harapkan below 3kg. Baby lahir dengan berat 3.34kg. Gunting lah jugak. Tapi nasib baik buat urutan perineum. Kalau tak lagi teruk kot. So jahitan dekat gunting jelah. Jahit pun tak lama. Alhamdulillah :) Aku minum jeli gamat sekali dua je terus rasa ringan dekat tempat jahit. Hari ke-6 bersalin aku dah boleh bergerak lebih selesa (takde la rasa bengkak). Hari seterusnya dah lebih dari okay :)

Harini hari ke-15 umur baby. Baby kena pro-long jaundice. Next entry aku cerita eh.

Till then..





Love,
Nursaila Norman!




Tuesday, August 5, 2014

Kaki

Assalamualaikum.




Al-kisah, aku beraya sakan tahun ni. Baju raya, tudung raya, kasut raya, handbag raya memang takde langsung. Tapi tahun ni tak balik mana-mana kampung, kami beraya di KL je di rumah Ibu. Selama ni bertahun-tahun beraya kat kampung sebelah Ibu, tiba-tiba tahun ni beraya di KL memang best lah. Tak payah nak packing2 bag. Hikhikhik. Menyebabkan ramai lah tetamu datang beraya. Selalu rumah sunyi je, tahun ni pintu terbuka pulak, apa lagi.. Tiap kali sedara nak datang diorang akan call dulu, bila dah tau sedara nak datang mesti lah nak kena memasak kan..

Sejak dari puasa yang last memang dah start busy, masak macam-macam.. Sampai lah raya ke-7. Tiap hari ada je tetamu datang, tiap-tiap hari kena lah memasak untuk tetamu. So kaki yang tak pernah bengkak (gemuk sikit dari biasa), bengkak lah masa raya ke-7. Alhamdulillah walaupun dah 35weeks, kaki tak sembab. Menggemok tu ada lah. HAHA. Bila kaki bengkak sikit, pastu tapak kaki pun dah sakit-sakit sebab berhari-hari berdiri, memasak, mengemas rumah, layan tetamu, mau tak cuak.. Huhuhu.

Kaki nampak mok-mok.. Pastu sakit-sakit pulak tapak kaki, aku mintak Suami sediakan air suam campur dengan garam nak lega kan sembab kaki. Alhamdulillah okay.. Legaaaaa macam dalam spa! Terus kaki back to normal.. Tak sakit tak sembab. Kaki aku berisi sejak pregnant, kalau sekali pandang orang ingat macam sembab sikit.. Tapi sebenarnya penuh isi. HAHA. Doc ke, nurse ke, mesti salah pandang sekejap. Pastu Ohh, kaki dia gemok rupanya. Kehkehkehkeh!

Suami pulak tak habis-habis cakap kaki aku nampak comel.. Siap nak snap picha kaki ku. Cis!

Alhamdulillah, rezeki Allah bagi walaupun dah nak masuk 36weeks kaki masih okay.. Dengan kuat berjalannya, naik tangga turun tangga.. Rezeki. Lain orang lain pengalaman kan.

Sekarang ni fokus dengan urutan perineum. Usaha, doa dan tawakal. Hujung-hujung ni excited dan takut bercampur baur. Kejap excited, kejap takut. Suami tak habis-habis suruh baby keluar cepat. Sabar bolehhhh, i olls masih takut-takut nie.. Walaupun i olls pun tak sabar nak kempiskan perut sebab i olls sudah berat dan mengembanggggggg.. Apa baju pun tak sesuai dah. Huwaaaaa..

Picha kaki takde, tak kuasa.




Love,
Nursaila Norman!



Friday, July 25, 2014

DIY Sampul Duit Raya

Assalamualaikum.



Dapat sampul duit raya dari company tapi macam tak sesuai je nak bagi dekat budak-budak. Sebab paper tebal sangat, saiz panjang. Company Suami pun sama. Huhuhu! Bukan kedekut nak bagi sampul tebal-tebal, panjang kat budak-budak.. Tapi budak-budak kannn.. Yang penting isi, bukan sampul pun. HEHE.

Bila isi minyak dekat Petron dapat sampul jugak, tapi versi panjang. Sekarang ni susah ya nak dapat sampul yang pendek-pendek macam dulu-dulu tu? Comel-comel je.. Dapat dari Affin Bank pun versi panjang jugak. Tak pasal-pasal penuh sampul duit raya kat rumah, tapi semua panjang-panjang.

Tiba-tiba, kebetulan aku terjumpa satu website ni, dia bagi free je template sampul duit raya. Masa tu dekat KK nak check up. Takde lah berkobar sangat nak buat. Sebab fikir tinggal berapa hari je pun. Tapi bila masuk ofis, mood kerja dah takde, kerja pun takde.. Aku print jugak lah template tu semata-mata nak mengisi masa lapang.








































Tak sangka dapat buat 54 keping sampul duit raya, atas bantuan Suami dengan adik malam tu jugak. HEHE. Terima kasih sayangs! Tapi Ayah suka dia mintak beberapa keping. Adik pun nak jugak, Leha pun jugak. So harini datang ofis semata-mata DIY sampul duit raya jelah.. Menambah bilangan yang dah berkurang.

Seronok gila bila dapat DIY sampul duit raya, lepas tu isi dengan duit, lepas tu bagi dekat budak-budak. Hohoiiiii.. Perasaan dia sangat teruja! Siapa nak sampul duit raya? Siapa nak? Siapa nak? HEHEHEHE.

Terima kasih http://inmystudio.com.au

Tak sabar nak balik kerja. Mood nak raya je nieeeee..






Love,
Nursaila Norman!



Wednesday, July 23, 2014

33 Weeks Dan Raya Yang Bakal Tiba

Assalamualaikum.



33w5d. Macam tak percaya.. Tapi kena percaya lah jugak HEHE. Tahun ni aku dengan Suami decided untuk tidak membeli apa-apa persiapan pun untuk pakaian raya. Sebab aku takde mood nak berbaju raya dengan saiz tak balance ni. kehkehkeh! Aku pakai je dress-dress yang aku dah beli, dah pernah pakai pun sekali dua. Yang penting sedara mara aku tak pernah tengok lagi aku pakai dress-dress tu semua. HAHA.

Tahun ni aku bagusssssss sangat-sangat bab bersahur. Dulu aku ada masalah malas bersahur dan bersahur dengan kurma dan air je. Tahun ni aku bersahur macam orang berbuka. Seronok lah Suami sebab ada kawan bersahur. Yelah, nak berpuasa untuk berdua kan. Kena lah makan lebih. Tapi aku tak sama dengan orang lain, aku penat lebih, hilang tenaga pun lebih.

So far aku dah tinggal 9 hari. sobs! Selalunya aku dah flat teruk, baru pukul 7 pagi aku dah haus yang teruk.. Nak tak nak kena lah berbuka, Suami dah risau. Padahal bukan makan beriya pun bila dah berbuka tu. Time berbuka jugak lah aku makan beriya. Lebih kepada nak air je sepanjang hari. Takpe lah, Suami cakap nanti ganti slow-slow Sabtu Ahad. Baikkkkkkk..

Aku berpuasa tengok pada 3 point, kebetulan terjumpa artikel dekat internet. Boleh teruskan berpuasa kalau baby bergerak macam biasa, kalau baby senyappppp je better buka. Second tengok pada warna air kencing, kalau warna dah kuning pekat, tak digalakkan berpuasa, tu tanda air kurang dalam badan. Third kalau perut mengeras berpanjangan pun disarankan berbuka.

Warna air kencing memang agak gelap sepanjang aku berpuasa. Hampir ke oren selalunya. Bukan tak minum air, tapi banyak mana je air boleh masuk sepanjang malam. Huhuhuhu! Perut dah full dengan baby, dengan makanan berbuka lagi. Dapat la dalam 600-700 ml je. Sikit lah tu kan. Tapi so far check up dengan KK dan swasta masa bulan Ramadhan ni, takde berlaku kencing kotor. Alhamdulillah. So aku teruskan berpuasa selagi mampu (bertenaga, takde lah tahap layu macam pokok semalu).

Semalam check up dengan Doc Ezeta untuk 33w4d, doctor terkejut jugak aku tinggal puasa 8 hari je. Sempat jugak dia pesan hati-hati, kalau tak mampu buka je, jangan paksa diri. Macam biasa detail check up, berat badan aku tak naik. Bulan lepas 49kg, bulan ni pun 49kg. Penangan puasa. So aku nak tau sangat lah berat baby naik tak. Alhamdulillah naik.. Nampak sangat segala benda yang aku makan sepanjang bulan puasa ni pergi ke baby. Untuk aku takde. Bahaya sikit di situ, tapi takpe.. Insyallah takde apa-apa. Lagipun semuanya okay :)

Pernah sehari aku batalkan puasa sebab baby M tak bergerak. Aku pulak tidur, tapi selalunya masa tidur pun aku boleh rasa dia bermain-main di playground. Tidur awal pagi kan, bukan nyenyak mana saje malas bangun awal. Bila dah bangun, tengok TV, kemas-kemas barang baby, baru aku perasan baby tak bergerak. Kitorang panggil-panggil pun dia tak bergerak. Tunggu dalam 20 minit macam tu masih tak bergerak. Suami dah risau-risau suruh aku batalkan puasa. Aku pulak serba salah sebab dah pukul 12 lebih. Suami pulak risaukan baby dia. Akhirnya aku batalkan jugak puasa, minum air masak je. Memang haus. Masa tengah minum tu aku rasa baby macam gerak 'choit' sikit je. Perlahan sangat. Aku makan kurma pulak, masa tengah makan tu aku rasa dia gerak lagi sikit 'choit'. Wuwuwuuuu.. Perlahannya dan sikitnya. Suami apa lagi terus ajak aku pergi beli air kepala. Lepas zohor dalam pukul 3 petang kitorang keluar cari air kelapa. Jumpa. Dalam kereta jugak Suami suruh aku minum. Huwaaaaa.. Tak sanggup okeh nak minum depan orang berpuasa. Tapi minum jugakkk. hikhikhik!

Raya ni lebih kepada makan-makan kami sekeluarga lepas tu pergi beraya! Baju raya takde takpe, yang penting makan-makan. hiks! Suami tak sabar nak beraya tahun depan.. Hamboiiii. Nak beraya dengan anak dia lahhh. Siap dah decide nak tema warna apa tahun depan dengan anak dia. Hohoiiii.. Abah-abah sangat kannnn :)

Kalau ikutkan hati nak buat kuih semperit, tapi bilanya? Huhuhu. Tapi puding roti insyaallah konfem sebab dah terbayang-bayang dari awal Ramadhan. Tapi sengaja nak buat untuk pagi Syawal. Hehehehe!

Oh, doctor sempat pesan, raya ni banyakkan minum air masak, makan sayur dan buah. Memang susah nak jumpa 3 jenis makanan ni time raya. Jadi aku plan dengan Suami supaya bawak air masak sepanjang beraya sekurang-kurangnya 1-2 liter. Kena beli sikit buah jugak supaya tak miss makan buah. Suami cakap 'apa lagi, subway jelah..lengkap semua'. A'ah kan!!

Maybe ini last entry sementara nak tunggu raya, so next entry selepas raya lah ye. 

#prayforGaza
#prayforMH17
#prayforMH370






Love,
Nursaila Norman!



Thursday, July 17, 2014

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.com.my

Assalamualaikum.





I wish I get the rm300 from Nile.com.my! Thank you Nile! Dah lama tak shopping baju sendiri sejak pregnant ni. sobs! Tak sabar nak tunggu bersalin, lepas tu nak start membeli baju-baju baru. Kalau dapat rm300 dari Nile boleh lah shopping dekat Nile puas-puas! Dah la baju-baju dekat Nile murah-murah, cantik-cantik, boleh mix and match. Pengalaman shopping dekat Nile memang senang, hari cuti pun ada delivery. Puas hati dengan service Nile. Memang terkejut sangat, budak yang hantar barang pun sangat baik :) Harap Nile belanja lah mommy to be ni ;)



Kalau nak join Giveaway ni, follow step di bawah :

1. Tajuk entri : Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.com.my

2. Letak banner diatas dalam entri korang. Linkkan ke http://www.nile.com.my/page.php?cd=76.

3. Cerita sekiranya korang dapat RM300, apa korang nak buat untuk hari raya.

4. Emailkan ke give_away@nile.com.my korang punya detail dengan tajuk :
Raya GiveAway (Nama Penuh Korang)
a. Link Blog :
b. Nama Penuh :
c. h/p Number :

Korang boleh check result nya nanti di SINITarikh akhir contest pada 21/07/2014,11.59pm. Pemenang akan diundi menggunakan http://www.random.org/






Love,
Nursaila Norman!



Tempat Saya Membeli Barang-Barang Baby

Assalamualaikum.



Maafkan tajuk di atas. Taktau nak letak tajuk apa sebenarnya. sobs! Sebab tujuan entry ni pun just nak share kat mana aku beli baju-baju baby dengan harga yang murah dan mampu beli. Aku tak beli banyak, tak lah memborong macam tak bershopping dah.. Aku beli ngam-ngam sampai baby umur 3 - 4 bulan macam tu. Selebihnya beli masa baby dah ada.

Maaf jugak kalau entry ni macam panjang, pastu takde lah membantu sangat sebab aku memang tak menjelajah banyak tempat mencari barang.

Jadi tempat yang aku shopping pun tak banyak, tapi takpe lah nak tulis jugak. Kalau tak untuk orang lain pun, untuk kenangan diri sendiri. HEHE.

Baju pertama yang aku beli masa tu aku pregnant 4 bulan ialah baju kat bawah ni. Beli kat FOS OU. Masa tu saje je jalan-jalan, masuk FOS saje beli sebab nak warm up konon. Hikhik! Harga tetiba tak ingat.. Kalau tak salah sehelai rm6 kot. Memang newborn habis. Saiz takyah cakap lah, comel tahap dewa. Aku agak kalau baby tak besar (<3kg), boleh lah pakai dalam seminggu lebih. Kalau tak, pakai sehari dua je kot. Heee :) Malas nak bukak lipatan, sebab kecik sangat. Jadi aku susun macam roti canai lak. 





































Lepas tu aku start membeli belah dekat Manjaku. Baju semua untuk newborn sampai 3 bulan sahaja. Baru-baru ni aku tambah sikit dengan saiz 3-6mo. Tak banyak tak sikit. Setakat seminggu tak membasuh tu lepas la. Tapi menipu la seminggu tak membasuh kan. Encik Suami sayang kan adaaaaa.. Hehehe. Macam dalam picha, ada baju tidur sepasang (yang tinggi sikit tu), pastu baju untuk lengan pendek, seluar pendek dan panjang. Cukup lah kan, takpe lah tak boleh pakai lama pun. Takde istilah membazir untuk baju anak :) Kalau masih elok tak uzur, boleh pakai dekat adik pulak :)





































Masa nak beli barang-barang untuk breastfeed, aku decided untuk pergi One Baby World (OBW). Dekat sana walaupun tak sebesar Manjaku, tapi pilihan yang ada boleh tahan rambang mata jugak! Yang bestnya customer kena bukak kasut, jadi orang muatan berat macam aku ni boleh lah bersila masa memilih. HAHA. 


































Barang breastfeed memang tak banyak. Beli mana yang betul-betul perlu je. In case tak cukup atau ada yang terkurang beli online dekat OBW semua ada. Tapi insyaallah, doa-doa lah cukup. Botol susu, pam manual beli online jugak dekat FB ZT Baby Essentials. Beli kat FB ZT, beli masa promo. Botol Avent 4oz (2pcs) 9oz (2pcs), berus pencuci botol, puting (pacifier), breast pad untuk siang & malam rm150. Pam manual Avent rm160. Beli sekali dua-dua barang tu rm300 free postage. Bagi aku dah murah gila lah. Kat page-page lain ada jugak, tapi lebih dalam rm10 rm20. Okay lah kan..



































































Baju 'Mom' & 'Dad' memang sepasang. Harga dalam rm26.90 kalau tak salah. Tuala mandi rm29 kot sehelai. Beli dua helai je, kalau nak menambah sehali dua lagi pun boleh. Tapi tak payah yang hoodie lah.





































Baju yang kat atas ni aku beli dekat Mom & Baby Expo Mid Valley haritu. Terkejut jugak kan, pergi expo tapi beli ini je.. Selain pampers lah. Tujuan ke expo beli pampers, lepas tu macam sedih sangat, amek lah wet tissue, maternity pad, dengan baju kat atas ni. Hehehehehe. Rm25 sahaja.





















Yang ini aku beli dekat Plaza GM Chow Kit. Kebetulan masa tu nak membeli bahan buat pearl HB. Saje lah mencari kedai yang ada jual baju baby. Jumpa lah satu kedai ni, baju-baju dia cantik-cantik dengan harga yang okay. Total romper baby yang aku beli 12 helai. Sekali dengan stokin baby 18 helai. Total rm100. Ini untuk saiz 3-6mo.

Baju kat bawah ni pulak aku beli dekat FOS jugak. Romper baby rm13 sehelai. Ambil 3 helai jadi rm30. Seluar paras lutut tu sehelai rm7. Aku dah pilih sampai 4 helai, tapi takyah tamak-tamak. Macam la tak membeli dah.. Ambil 2 helai je dulu.


















Murah-murah je baju baby aku. Tempat membeli pun area KL sahaja. Aku malas lah nak ke Shah Alam walaupun kebanyakkan penjual online bukak kedai kat area sana. Macam tak berbaloi je pergi jauh-jauh untuk jimat rm1 rm2. Huhuhu! Area KL pun kalau pandai cari, ada budget boleh jugak dapat harga yang reasonable.

Itu jelah, barang-barang lain semua beli dekat Manjaku je. Aku memang tak beli lebih, tak beli semua benda. Mana yang boleh KIV, aku KIV dulu. Mana yang tak perlu aku tak beli. Kesemua peralatan menyusu (botol, pam semua2 tu) aku sterilize dalam periuk kukus je. Yang pentingnya air mendidih untuk bunuh kuman. Esok tiap kali nak sterilize boleh guna periuk yang elok lah jangan guna periuk masak pulak. Hehehehe!

Okay lah, lamanya aku ambil masa untuk update entry ni.. Taktau lah kenapa :(





Love,
Nursaila Norman!



Monday, July 14, 2014

Main MasakMasak : Air Longan + Kurma Merah + Kundur

Assalamualaikum.


Hari jumaat aku dengan Suami pergi bazaar. Nampak la macam-macam air. Dan-dan tu semua air yang ada kat bazaar tu aku nak. Paling aku nak ialah air mata kucing (air longan). Nak beli terus teringat, balance bahan-bahan untuk buat air longan haritu ada lagi. Boleh la buat dalam 3-4 kali lagi. Buat apa nak beli kannnn.. Cewahhh, sombong nampak. Hikhik! 

Balik tu terus buat. Tak lama pun nak buat air ni. Senang kacang goreng je, rajin dengan malas je.

Bahan-bahan yang diperlukan :

1. Longan kering
2. Kurma merah kering
3. Buah kundur
4. Gula batu

Cara nak masak air ni senangggggg sangat :

Basuh longan kering dengan kurma kerah. Lepas tu panaskan air dalam periuk, ikut suka nak air banyak mana. Tak perlu tunggu air mendidih pun, boleh masukkan longan kering dengan kurma merah. Agak-agak longan dengan kurma merah dah nak masak (lembut), masukkan gula batu kacau2 bagi larut lepas tu masuk buah kundur. Buah kundur ni tak payah tunggu lembut sebab dia memang boleh dimakan begitu saja! 

Sejukkan, tambah ais, minum!

































Ta Daaaaaa~ 





Love,
Nursaila Norman!