CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday, August 30, 2013

Review : Baju Raya :)

Assalamualaikum.



Salam jumaat semua!

Sesambil buat kerja ofis, sesambil tu mengupdate blog sekali lagi. Tetiba rasa macam banyak pulak entry aku sejak semalam. Apakah? Malam tadi share pasal shawl raya. Siang-siang ni nak share pasal baju raya tak seberapa pulak eh. 

Tapi kan! Ramai jugak yang beraya tahun ni dengan warna merah dan hitam. Huhuhuhu! Aku ingat aku sorang je merah mak ngah, nasib baik ramai geng. Hehehehe.

Dengan rendah hati, aku nak share full picture baju raya yang aku diy haritu. 










Alhamdulillah, bagi aku ianya perfect. Perfect la bagi baju yang aku diy dalam masa beberapa hari sahaja sebab beberapa halangan. Huhuhu. 

Ada lagi sehelai baju, khas untuk Rumah Terbuka + Family Day keluarga sebelah Ibu September ni, insyaallah. Dalam proses tapi lepastu tak sambung-sambung. Huhu. Kena kuat berusaha nih! Al-maklumlah, raya tahun ni sehari je. Yang lain-lain tu (beraya rumah kawan, sedara mara) pakai baju kerja je. Huhuhuhu! Paling serius baju kerja, balik kerja lepas solat maghrib terus beraya rumah jiran-jiran. Gila dengan baju kerja je kau. Kerlas tak kitorang? Hahaha. 

So takpe lah aku diy je baju-baju kerja eh? eh? eh? ihehehehehe :D





Love,
Nursaila Norman!

Thursday, August 29, 2013

Review : Shawl Raya

Assalamualaikum.


Baru berkesempatan nak share DIY : Shawl Raya yang aku buat masa Ramadhan haritu. Tetiba pulak memalam ni ada kesempatan kannnn.. Nampak sangat curik tulang di malam hari. ihehehehe! 

Mari kita lihat hasil shawl raya versi Nursaila Norman :)








Setakat ni berulang-ulang kali aku pakai shawl ni sampai cousin aku si budak kecik sorang tu tegur 'semalam you pakai tudung ni jugak kan?' Sabarrrrr jelah aku. Sokati lahh. Ciss.

Walaupun hakikatnya aku tersalah patch lace, patutnya aku lilit ke kiri. Tapi bila dah siap aku kena lilit ke kanan. Gila janggal. Huhuhuhu. Nak nangis dah time tu. Tapi malas la nak bukak balik pastu jahit semula. Redha jelah kan. Lepas dah pakai dua tiga kali tak janggal dah, yay!

Bahan yang digunakan untuk detailing cuma :

1. Lace
2. 3D Flowers saiz paling kecik
3. Pearls

Sukaaaa sangatttttt shawl ni. Masuk bakul angkat sendiri ye dok? Lantak. Haha.

Eh! Jap, saje nak promote blog Ayah sendiri. Boley eh,eh,eh? ihiks :)






Love,
Nursaila Norman!

DIY/Tutorial : Collar Hand Bouquet Versi Nursaila Norman

Assalamualaikum.


Ramai jugak yang bertanya 'macam mana nak buat collar hb?' huhuhuhu.. Susah sebenarnya nak explain lagi-lagi dalam email. Dalam chat. Hahahaha! Gigih jugak lah aku nak menyusun ayat. Aku taktau la mereka-mereka itu faham ke tidak. Wuwuuuuwuuu! Al-maklum lah u olls, sejak dah ada Suami ni.. Buat apa-apa asyik lupaaaaa je nak snap sebagai tuto.. Tau nak cepat siap je sebab? banyak lagi program lain nak kena buat. (selalunya program Suami la, cis! program Isteri asyik delayyyy je). Dah banyak kali buat hb kan? Tapi tak pernah la nak snap cara-cara buat collar dia. Bila dah siap baru 'alaaaaaa..nape x snap masa tengah buat collar tadi,haihhhh!'.

Itu lah al-kisahnya.

Tapi, akhirnya aku teringat jugak nak snap pic untuk tuto.. Itu pun dah pasang dah collar dekat hb, nasib baik belum jahit lagi.. Sempat la keluarkan semula pastu snap. Macam ni pun boleh kau.









Serius aku lupa nak buat dari asal, dah siap jahit baru teringat. Tu yang takde tuto dari awal. Tau-tau dah siap jadi cenggini. Tapi don't worry, cara buat dia sama je dengan tuto/diy bunga cotton untuk hantaran aku haritu. Boleh refer situ untuk steps ya. Nanti confirm akan jadi macam dalam pic.

Cuma! Saiz berbeza sebab tuto bunga cotton tu kecik, dah kata bunga. Yang ini besarrr sebab nak dijadikan collar kan. Sila ikut ukuran seperti yang diingini okay.





Dah siap jahit jadi collar, masukkan je dari bahagian bawah dawai. Tolak sampai ke bawah hujung (mencecah bahagian bawah pearls pulak). Korang faham kan apa aku tulis ni? Faham lah kott.. Huhuhu!

Lepastu siap!

Ya, dah siap collar hb korang.

Tapi aku tau collar hb aku tak secantik collar hb orang lain. Aku pun wonder macam mana la diorang buat. Tapi tak jumpa langsung tuto. Sedih. Huhuhu. So ini lah collar hb versi Nursaila Norman.





Love,
Nursaila Norman!

Pearl Handbouquet : Bride 2 Be Sentul/Raub

Assalamualaikum.




Ramai betul b2b guna warna turquoise untuk wedding. Tapi memang warna ni in all the time :)








B2B mintak pearls warna turquoise di bahagian tepi, bahagian tengah-tengah nak pearls warna off white+cream. Masa communicate thru email tu risau sangat, boleh buat ke ni? Sebab belum pernah buat lagi nak asingkan warna macam B2B tu requested. Huhuhu. 

Tapi alhamdulillah, berjaya jugak.

Selamat pengantin baru in advance, barakallah!



UPDATE!!






Love,
Nursaila Norman!



Tuesday, August 27, 2013

Tips Control Budget Untuk Majlis Pertunangan

Assalamualaikum.


Hai semua!

Untuk membuat entry yang panjang dan full with info bukan mudah lagi-lagi aku dah jadi sangat pemalas nak memerah otak menulis di sini. Huhuhuhu. Kalau takat tepek gambar dengan caption biasa-biasa boleh je. Tapi kang ada jugak yang caci maki aku. Wuwuuwuuuu.

Bila ada soalan dan pertanyaan, insyaallah aku akan cuba jawab sebaiknya berdasarkan pendapat dan cara aku ya. 

Persoalan : majlis pertunang tapi budget biasa-biasa, kecil-kecilan.

Firstly nangis sikit huhuhuhuhu sobs! Aku tak bertunang.. Majlis pertunangan aku a bit funny. Memula Mak dengan Ayah Mad nak datang merisik dan berkenal-kenalan je. End of session, Mak cakap kira bertunang terus lah. Haha. Dasat tak? Gila express kau. Aku? Pakai seluar senanam dengan t-shirt je. Cantik aku time tu. kehkehkeh.

Okay, okay.. Balik ke topik asal.

Sebagai panduan, kita tanya balik diri kita.. Maksud pertunangan dan syariatnya. 

Contohnya, orang pada zaman ‘salafussoleh’, rumah tangga mereka berkat kerana dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga. Namun, kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan adab menurut Islam, sampai akhir hayat pun mungkin rumah tangga itu Nampak ‘tidak cantik’, tidak bahagia. Ada saja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku pada hari ini.

Seterusnya, janganlah dibebani rombongan peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang mahal-mahal. Contohnya, pakaian makanan, buah-buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin bertunagn, cincin nikah dan cincin hadiah. Memadai dengan sbentuk cincin sahaja. Malah Islam tidak pernah menyusahkan penganutnya dengan berbagai cara demikian. APabila hantaran terlalu tinggi, hilang keberkatan rumah tangga.

S
S
Oleh yang demikian, istigfar dan bersederhanalah hendaknya.


Checklist

Cuba buat checklist sebagai langkah pertama. Hakikatnya, kalau kita takde checklist, kebarangkalian untuk ter over budget akan berlaku. Sangat tidak dibenarkan kepada sesiapa yang sangat menjaga budget. Sebagai permulaan kita boleh buat rough checklist. Dari situ kita akan dapat detail checklist. Se detail detail nya. Selepas itu kita akan dapat buat anggaran perbelanjaan.

Anggaran Perbelanjaan

Sebaiknya kita lebihkan anggaran.. Contohnya harga kasut hantaran, kita target Rm100. Sila ke Vincci (feveret shoes forever), anda boleh dapat kasut dengan harga Rm89.90 tapi dah cukup cantik dan selesa. Ada baki Rm10.10 kan? Rm10 pun banyakkkk gunanya. Simpan Rm10 tu di satu tempat (cth:sampul surat). Buat perkara yang sama pada barang-barang / checklist yang lain. Kumpulkan duit yang lebih tu. Bila dah settle, cuba bukak sampul.. Ada berapa rm?? Boleh guna untuk perkara lain atau simpan saja!

Barang Hantaran

Contoh dari diri sendiri, barang hantaran nikah haritu aku beli apa yang akan diguna. Cuba tanya diri sendiri, barang apa yang kita akan guna. Diulangi AKAN GUNA. Tak guna kita membeli sesuatu yang kita pasti kita takkan pakai. Dengan alasan 'nanti boleh pakai masa grand dinner'. Pastikan memang ada grand dinner. Sebab sekarang ni jarang la nak ada grand dinner. Kenapa eh? Haha, tanya pulak. Macam aku dulu, aku bukan lah customer tetap Body Shop. Aku tak pernah pandang pun kedai Body Shop sebab tak mampu u olls. Anak orang biasa mana la pakai Body Shop. Tapi sebab teringinnn benor nak perfume, aku pejam mata beli satu set perfume dengan mandian. Tambah lagi dengan barang-barang lain yang aku grab automatik aku jadi member. Sampai sekarang aku stay dengan Body Shop dari hujung rambut sampai hujung kaki. Bayar lebih pun takpe janji kita guna se'maximum'nya kan. Berbaloi lah kan.

So, fikir dulu barang yang kita pasti guna/pakai sebelum beli barang hantaran. Murah takpe, jenama tak penting :)

Perkara Yang Tak Perlu

Semak apa perkara yang tak perlu untuk majlis pertunangan. Islam menganjurkan supaya majlis pertunangan tidak di hebahkan. Oleh itu? Rasanya tak perlu pelamin. Cukup sekadar bilik. Kalau bilik terlalu kecil dan sempit, tak sesuai bagi tetamu masuk, cukup sekadar sediakan ruang kemas, cantik dan wangi di ruang tamu untuk sesi sarung cincin. Boleh je kan? Perkara lain yang tak perlu? Candy buffet? Kad jemputan? Bunga tangan? Lain-lain sila nyatakan : ________

Jemputan

Untung bila buat kecil-kecilan, untuk hebahan saudara mara dah rakan terdekat, jumlah jemputan akan menjadi kecil. Ini cuma majlis pertunangan, tak salah buat secara tertutup.

DIY

Kalau boleh diy segala benda, buatlah sebanyak mungkin. Kalau belum cuba, cuba dulu.. Beli bahan untuk testing sahaja, jangan beli banyak-banyak terus. Kalau menjadi baru beli banyak-banyak untuk siapkan semua. Tips diy ialah yakin dan minat. Kalau yakin boleh buat insyaallah boleh buat. Kalau dah minat, tak jadi 10x pun tetaaapppp nak cuba sampai jadi. Cantik atau tak itu nombor 2, yang penting menjadi dan hati sendiri puas.

Hiasan Hantaran

Tak perlu membazir guna artificial flowers (ini kalau betul-betul taknak membazir), guna bahan lain yang lebih murah tapi still boleh nampak cantik. Riben, chiffon flowers, tissue flowers, pearls, semua ni bahan-bahan yang murah tapi masih boleh nampak cantik. Kalau nak dibuang pun tak la rasa membazir sangat. Pegang dengan prinsip 'Less is More' insyaallah cantik jugak :) Sila google lepas tu tengok bahan-bahan yang digunakan, ambil yang murah-murah sahaja.. Bekas hantaran apa kata guna bekas plastik yang mak-mak kita letak bawang, kentang.. Murah lepas tu boleh recyle untuk letak bawang. Haha. Eh, macam kelakar.. Ce cuba.. Kalau menjadi ce share.. Confirm mencanak-canak trafik blog naik. Haha!

Kalau ada yang nak share tips control budget bertunang ni, sangat-sangat dialu-alukan. Boleh membantu rakan kita yang bersemangat nak berjimat cermat nih! Aku tak pandai sangat, sebab tak pernah bertunang. Kenapa tak bertunang? Sebab kami malas simpan duit lama-lama. Hahaha. Simpan duit untuk kawen je sebab tu amek masa setahun je kami menyimpan. Majlis pun kecil-kecilan je. Lebihan duit kami all out untuk rumah. Iheeeeeee.. 

Amaran !
Tips ni tak berkesan kepada sesiapa yang nak buat majlis secara sederhana ataupun besar-besaran. Tips ni khas untuk majlis tertutup dan kecil-kecilan sahaja.

Tips dikongsi oleh wanita super berjimat cermat! LOL!





Love,
Nursaila Norman!

Monday, August 26, 2013

They Just Have Nobody To Love Them

Assalamualaikum.

























Walaupun dah attach picture kat sini, tapi tetap nak taip nak ulang.. Tak kira.

"Haters are those who love you unconditionally, they care what you talk, what you write, what you do and always find way to seek attention from you. They talk about you, the gossip about you, they even know your update faster than your mother. They will feel miserable if you just don't update your fb status even for a day. Just forgive them for being that way. They just have nobody to love them"

Thank you Saiful Nang! Thank you.



p/s : kepada yang dah terbaca asal entry ni, xpe lah. malas pulak nak update sini. macam best pulak kan. biar jelah dia je yang rasa best-best. kita tak best pun takpe lah kann.. sobs.



Love,
Nursaila Norman!

Friday, August 23, 2013

Cantiknya nombor!

Assalamualaikum.


























366,366 views so far. Ramai ke ni? Bagi aku ramai kot sebab blog tak glamer kira ramai lah ni. Hahaha! Biarlah aku perasan sorang-sorang lalalalalalaa..

Cuma, aku baru pandai buat Nuffnang. Gila lembab. Orang lain dah kaya raya, aku baru tengok earning sen sen. Hahahahaha..

Thanks lah korang, sebab korang lah dapat angka cantik macam ni.

Hugsssss and kissessssss!
XOXO




Love,
Nursaila Norman!

Thursday, August 22, 2013

Pearl Handbouquet : Bride 2 Be Raub

Assalamualaikum.








Barakallah Salfiza, moga kekal ke Jannah :) Bride to Be Putrajaya/Raub. B2B requested warna yang sama macam pearl hb aku. Masa tu macam risau jugak betul ke ni, tapi bila B2B attached kan pic masa email tu, confirmed lah warna macam ni.

Selalunya customer yang tak familiar dengan KL, Taman Titiwangsa lah tempat berjumpa.. Hehe! Mana-mana yang dah biasa tu, okay je mana-mana asalkan senang nak access. 

Tempahan dibuka semula untuk wedding September dan seterusnya. Untuk Ogos baru-baru ni saya minta maaf sangat terpaksa tolak beberapa tempahan due to fully booked. Tak menang tangan nanti hasil tak kemas, saya memanggggg tak suka. Maaf banyak-banyak.. Sampai terkejar-kejar nak menyiapkan baju raya sendiri. Last-last baju raya kedua pending sampai sekarang. Haha!

Seeloknya tempah 3 minggu sebelum majlis yer, kalau takde tempahan, seminggu lebih dari due date boleh jugak tapi itu pun KALAU takde tempahan lain. Kalau ada saya tak janji.

sobs!

Yay, kawennn!






Love,
Nursaila Norman!



Wednesday, August 21, 2013

Takde Rezeki, but Insyaallah One Fine Day :)

Assalamualaikum.


Hai!

Just to make it clear...

Takde rezeki to be a mummy Mac/April 2014 nanti. Tadi 2nd check up, doctor frust sebab tak nampak apa-apa dalam skrin. Aku pun memang dah dapat rasa, macam dah takde.. Aku pun tak mengharap sangat lepas bleeding haritu.

Settle scan, doctor still tak puas hati, check ukuran rahim, last option doctor buat UPT. Confirm single line. Clear. Doctor tabah tunggu 2,3 minit.. Aku pulak yang cakap dah takde lah doctor.. Then confirm memang takde rezeki.

Lucky, me and husband taklah mengharap sangat so kitorang pun okay jelah.. Maybe Allah nak bagi kami rasa pregnant on July macam yang kami planed awal-awal dulu, but then kitorang tukar plan ke Disember, maybe, maybe sebab itu kot takde rezeki July lepas. So, try again lah kan! hikhik :D

So far kitorang Suami Isteri okay je.. Takde la frust tonggeng-tonggeng.. Setiap yang berlaku ada hikmah.. Maybe aku pun tak ready haritu, Allah ambil balik mungkin.. Aku pun tak prepare well to get pregnant.. Aku tak amek folic acid beberapa bulan sebelum.. Aku cuma ambil setengah bulan pastu pregnant.. So macam tak best at first, lagi-lagi bila baca macam-macam info, banyak kena prepare sebelum kita pregnant.. Especially bab makanan.. Think positive, semuanya ada hikmah.

Suami jelah macam down sikit.. Sebab dia agak excited tau Isteri dia pregnant.. Tapi dia sendiri berfikiran positif, there is no point untuk rasa loser or down.. Lets try again, haha! Suami pun cakap lepas ni makan folic acid setiap hari, continue je makan makanan sihat yang aku amalkan sejak pregnant haritu... Lepas ni bila ready to get pregnant, badan kita dah ready lebih awal lagi.


At first aku taknak la buat entry pasal kehilangan ni.. Tapi ramai yang wish tahniah rasa tak happy pulak menerima ucapan tahniah di atas sesuatu yang dah tiada. Huhuhuhu. 

Bak kata Suami, banyak masa lagi untuk mencuba.. Just cool, relax and try. T_____T Percaya dengan hikmah dan niat diri sendiri. 

InsyaAllah :)

I know, mesti akan ada yang cakap aku gila tak betul, sikit tak sedih. Cakap lah. I dont care. Cause I know what I want. Belum lagi dengan taknak adalah benda yang berbeza. Don't simply make an assumption. I want a baby not a toy. 





Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, August 20, 2013

My Little A : 8 Weeks

Assalamualaikum.






















Love,
Nursaila Norman!

Friday, August 16, 2013

Pengalaman Bleeding & Travelling :)

Assalamualaikum.


Salam Syawal, salam kemeriahan semua! Selamat pengantin baru in advance kepada yang akan melangsungkan perkahwinan di bulan Syawal ni, barakallah!

Harini tergerak hati nak share pasal drama nak dekat-dekat raya haritu, huhuhu! Sebabnya bila terbaca atau bertanya siapa-siapa, ramai yang ada pengalaman bleeding. Even macam takde benda bagi sesetengah orang (especially yang dah senior macam mak-mak kita) tapi tetapppp risau bila jadi kat diri sendiri kannn. Huhuhu.

Entry ni agak panjang, sebab nak share info selagi boleh dengan pembaca. Harap bertabah ya :)

Puncanya malam Ramadhan ke-16 tu pergi ke Jalan TAR mencari baju melayu Suami dan mencari Inner Neck. Memang puas hati la malam tu dapat baju melayu Suami versi Aaron Aziz walaupun takde la teringin or terniat pun nak baju Aaron tu, tapi dah semua tak best, memang Jakel lah jawabnya kan.. Jauh jugak berjalan, parking takde, yang parking lot pun taknak mengalah.. Rm15 per entry, Rm10 per entry itu pun full. Last-last kitorang parking kat Jalan Doraisamy Rm5 per entry. Takde la jauh sangat dengan Jakel, lagi-lagi dah pukul 11 malam mana nak terasa kalau jalan kaki pun kan.. Dalam berjalan tu ada jugak rasa cramp dekat perut, pastu relax kejap.. Hilang cramp jalan lagi.. Sammmpaii la settle membeli baju melayu dengan inner.


pukul 12 malam macam kat param*!

Dah settle membeli haruslah haus dan lapar kann.. On the way nak ke kereta tu mesti la lalu kawasan sup Doraisamy, aku memang suka gilerr sup dia, so menyinggah la kejap kami-kami punn. Tak padan dengan esok kerja! Masa tengah makan sup daging tu baru teringat yang diri ni pregnant. See, boleh lupa kan! Tapi masa tu pun dah nak habis sup dah. Alang-alang tu aku habiskan je la. Sup tu pulak memang kaw giler dia punya rempah. Masa tu macam was-was sikit.. Takpe ke ni? Dalam hati jela, tapi habiskan jugak sup tu. Bengong.

Esoknya Jumaat masa kat ofis dah dekat pukul 12 tengahari pergi toilet terkejut tengok warna air dalam bowl tandas warna lain, tengok dekat underwear ada spotting. Masa tu dah errrrrr.. Perlu risau ke tak? Perlu ke tak? Masuk ofis bagitahu officemate, dia suruh cepat-cepat pergi klinik. Masa ni confirm la risau kan.. Dah suruh g klinik pulak.. Cepat-cepat amek medical card pastu teringat baik g klinik panel Suami, dah buat check up kat situ dua hari lepas better refer situ je kan.

Cut it short, doctor tak boleh nak trace spotting sebab apa. Sebab kandungan baru sangat, 5 weeks masa tu memang tak boleh nampak apa. Doctor check air kencing nak tengok okay ke tak. Result okay takde jangkitan. So doctor suruh balik berehat sahaja. Kalau banyak darah dan sakit perut yang kuat doctor suruh pergi hospital terus. Since spotting not bleeding, hati macam okay sikit. Dengan harapan tidak menjadi lebih worst.

Lepas Suami hantar aku kat rumah, aku terus tido sampai pukul 6 lebih itu pun sebab Suami kejutkan ajak pergi rumah Ibu untuk berbuka. Masa tengah berbuka tu la perut aku cramp gila-gila macam nak period. 2x contraction. Pergi bilik air macam period. Huhuhuhuhu tak bestnyaaa. Lepas solat maghrib kitorang terus pergi Hospital KL. 

Sampai kat klinik pesakit luar diorang suruh refer Pregnancy Assessment Center (PAC) Hospital Bersalin terus. Dekat situ daftar apa semua, baru naik tingkat 1 refer dengan Early Pregnancy Assessment Unit (EPAU) untuk scan lebih lanjut. Ingatkan scan bengong-bengong je..... Tidak rupanyaaaaa..

Nak dipendekkan cerita, nurse bagi kain suruh ditukar dengan seluar jeans yang aku pakai tu. Ada katil dan katil adalah sama paras dengan tingkap! Kalau lah ada orang di blok lain yang sama tingkat dengan aku mesti free freeeeee je dapat tengok kannnn. Benda first yang doctor buat ialah memasukkan Speculum. Aku pun baru tau dia buat Pap Smear rupanya. Tau kan apa itu Pap Smear?

A Pap smear is a microscopic examination of cells scraped from the opening of the cervix. The cervix is the lower part of the uterus (womb) that opens at the top of the vagina.
It is a screening test for cervical cancer.

Nak tahu rupa Speculum tu? Sila google. Malas nak attach dekat sini, macam ngeri je. Haha. Tips semasa prosedur Pap Smear jangan angkat punggung. Jangan okeh! Masa tu siapa pun taktau kan, bila speculum tu dibuka mesti la rasa lain, rasa sesuatu yang ganjil di situ, memula aku terkejut dan terangkat sedikit punggung, cepat-cepat nurse larang, dia cakap nanti terasa sakit. Oh yeke, aku pun slowly relax kan badan, paksa relax okeh.. Kalau tak relax memang terasa sesuatu. Hati takyah cakap la, dok tengok je muka doctor dengan nurse, dalam hati tanya 'bila nak habis babe?' huhuhu. Aku dah malu gilerrrr tengok muka diorang berdua. Kalau ada bantal nak je tutup muka. Lepas doctor tengok-tengok, intai-intai aku dengar doctor tu cakap dengan nurse 'okay je'. Pastu dia cuci-cuci sikit, dia dah puas hati bersihkan apa yang rasa dia nak bersihkan tu baru dia keluarkan Speculum yang mengerikan ittue. Gulp! 

Lepas tu doctor macam tak puas hati sikit, dia suruh aku tahan nafas. Serentak itu juga dia check dengan jari pulaksssss. Tips lagi satu, kalau doctor suruh tu buat je terus. Jangan ha? ha? Sebab bila dia suruh tu, dan dan tu jugak dia nak buat sesuatu. Masa dia suruh tahan nafas tu tak tunggu sesaat terus aku tahan nafas, nasib baik.. Dia terus masuk saje jari dia. Tak tunggu 0.5 saat pun u ollss. Huhuhu. Dah settle tu dia suruh buang air kecil sebab nak tengok air kencing okay ke tak. Again? Pagi tadi dah kencing kat klinik dah.. Malas okeh nak tadah-tadah air kecil nihhh. Masa kat tandas tu la aku tergelak geli hati memikirkan proses yang aku baruuu je lalui. Kelakar sebab macam tak percaya doctor masuk Speculum masuk jari. Wuwuwuuuuu!

Dah sudah tu tunggu kejap kat ruang menunggu, Suami tanya doctor buat apa tadi. Aku malas nak cerita.. Kang pengsan pulak. Tapi pastu aku cerita lah jugak.. Pucat muka Suami aku. Hahaha! Tu la nak tau sangat.. hikhikhikhik. Tak lama lepas tu nurse panggil masuk lagi kat bilik kecik tu. Lahaaaiiiii menyampahnya.

Kali ni nak scan pulak. Tapi bukan atas perut. Di bawah itu lagi. Vagina. Damn. Kali ni doctor annoying giler macam tengah bergaduh dengan boyfriend. Dia masukkan alat yang serupa macam lelaki punya alat kelamin, tapi serius tak best sebab doctor tu cam hahahampeh. Doctor dengan nurse tadi baikkk sangat, lembutttt je. Yang dia ni masyaallah.. Ko dah kenapaaa? Dia check macam orang malas, dia sebut apa yang dia nampak dalam skrin pun macam orang berbuka dengan air je. Malas. Dah settle tu dia cakap semua okay, memang pregnant tapi tak boleh nak nampak apa-apa sebab baru sangat. 

Tapi ayat paling sentap bila doctor annoying tu cakap 'kita nak amek darah awak nak tau sama ada awak mengandung dalam rahim atau luar rahim, kalau luar rahim kena buang lah'. Gittueeeee ayat dia. Doctor yang lembut-lembut tadi tengok je muka doctor annoying tu. Dia pun terkebil-kebil. Sebab bleeding ni boleh terjadi sekiranya kehamilan luar rahim. Tapi perlu ke ayat sadis cenggituuuu? Huhuhu.

Dah siap semua sambil nurse ambil darah aku tanya kalau saya pregnant luar rahim macam mana prosedur buang dia? Nurse cakap operation. Aku tanya balik sakit tak? Nurse cakap masuk labor room tak sedar dah. Okay noted. Aku saje prepare mentally. Aku memang macam ni. Get ready yang ngeri-ngeri. At least aku prepare mental dan emosi.

Balik dari hospital Suami jumpa kawan sebab hal bisnes, masa tu kawan dia tanya 'dah ada ke'. Suami pun bukak cerita, akhir perbualan kawan tu suruh refer ubat kampung. Sebab isteri dia pun ada masalah jugak masa pregnant, air ketuban makin berkurang2, tak larat refer hospital diorang buat cara kampung. Settle. Dah bersalin dah pun. Suami apa lagi, remind aku berkali-kali. Esoknya aku sms Ibu tanya mana nak dapat ubat kampung. Pagi Sabtu tu dah banyak darah keluar macam period. Sakit macam nak period, sangatlah tak selesa. Disebabkan aku kalau period takde sakit pelik-pelik, takde symptom pelik-pelik, jadinya aku rasa tak best la. Huhuhuhu.

Nasib baik masih ada bidan klinik kerajaan dulu-dulu, dia buat jugak cara lama.. Ibu bawak aku dengan Suami pergi rumah bidan tu dengan 3 biji kelapa dan air mineral. Bidan tu cakap perut aku panas, ada makan apa-apa yang panas ke? Takde, tapi aku makan sup daging kuah dia panas jugak sebab rempah dia kaw gila. Itu jelah puncanya, plus aku puasa. Bidan tu suruh minum air kelapa tu sebijik sehari dan jangan puasa.

Dipendekkan cerita lagi (tapi pajang jugak aku rasa ni), darah pun berkurangan. Kurang banyak lah jugak. Dari pakai panty liner, terus tak pakai sebab makin sikit, sikit dan sikit. Dalam 7 hari ngam-ngam jugak darah kuar. Paling banyak lewat hari jumaat dan pagi sabtu. Lepas tu berkurangan sampai last day masa raya pertama. Itu lah hari terakhir darah keluar.

sobsobsob.

Disebabkan bleeding tu Suami pun bagitahu Mak dekat Kelantan yang kitorang tak jadi balik sana beraya. Sedih takyah cakap la, dah la plan awal-awal nak balik ke sana beraya tapi last-last tak jadi pulak. Mak pulak sms and call Suami tanya keadaan aku. Siap cakap kalau tak jadi balik bagitahu ye, takde la Mak masak banyak. Sedih bila Mak pesan macam tu. Lepas 3 hari amek darah kat hospital tu kitorang datang semula nak tau result, berdebar-debar takyah cakap la.. Aku takut operation sebenarnya. Haha. Nangis dalam kereta masa on the way, pastu nangis lagi masa tunggu doctor sebab ada dua orang yg bleeding. So prosedur dia sama la macam aku haritu. Tapi kali ni siap ada sound effect dari dalam bilik kecik tu.. Haruslah suami-suami yang menunggu kat luar tu pucat lesi macam nak pengsan termasuk la laki aku. Hahahaha.

Oh, last-last bukan dapat result, dia amek lagi darah. Aku pun pelik, aku tanya la amek untuk tau pregnant dalam atau luar rahim kan? Doctor lelaki tu cakap 'a'ah'. Dah tu darah yang aku sedekah haritu mana? Nape amek lagi? Huhuhu. Malas nak argue aku biar jelah dia amek darah aku lagi. Pastu result dia 3 hari bekerja. Haihhhh.. Bertabah lah kannn. Sebelum balik aku tanya doctor lelaki tu yang aku nak balik beraya kat Kelantan boleh ke tak. Doctor cakap boleh tapi kalau sakit yang teruk kat kiri dan kanan perut beserta darah yang banyak kena pergi hospital terus tak boleh tunggu-tunggu. Aku cakap la aku takde pulak sakit kat kiri dan kanan, aku sakit kat ari-ari macam nak period tu.. Doctor cakap 'ohh, itu cramp rahim mengecut.. ini sakit dekat kiri dan kanan area tiub fallopio'. Okeh faham! Faham sudah.. Balik dengan hati gembira lalalalalalaaaa.

Penat je aku menggelabah ayam, siap nangis-nangis susah hati nak kena operate (over prepare mentally punya pasal) ngehngehngeh. Doctor annoying tak cakap symptom pregnant luar rahim tu macam mana. Dia selamber je bagi dua pilihan kat aku. Kan senang cakap macam doctor lelaki tu.. Takde la aku risau.. Sebab memang tak sakit kat area situ, takde la aku fikir bukan-bukan. Huh!

Bila ngadu kat Mak, Mak cakap yelah pregnant luar rahim tu selalunya dia stuck dekat tiub fallopio. Situ sempit sebab tu sakit. Doctor lelaki tu pun cakap kalau bleeding teruk maknanya dah pecah. Aku pun tak tanya lebih apa benda yang pecah. Embrio atau tiub? Embrio kot.

So raya pertama kami dapat la beraya macam biasa di KL dan Kelantan serentak. Alhamdulillah..


masa ni jam sebelum simpang Genting Highland pun!





kau ingat kapal terbang MAS ke ada tempat makan atas riba??





colek ayam! masa lalu-lalu kat Kelantan tu nampak la kedai-kedai tulis 'COLEK' 'ANEKA COLEK'. Esoknya aku saje request, laju je Mak bawak ke Pengkalan Chepa dekat Lapangan Terbang.
Colek Ayam Rm6, Colek Buah Rm3.50.
Sedap sengoti wehhh.







yang ni Maggie Ketam! Rm12 semangkuk. Mangkuk dia besar giler, ketam 2 ekor. Sup memang rasa ketam semata. Hilang rasa maggie tu.. Haha. yang ni Ayah Mad gigih bertanya orang Tok Bali mana Maggie Ketam.
ini pun sedap sengoti jugok wehhh :)

Isnin, raya ke-5 kitorang gerak balik ke KL, konon Isnin tu dah tak jam.. Yang adooo.. Baru dekat Machang.. Stress dah kami laki bini. Tak kuasa nak tunggu lagi kitorang masuk Gerik ke Grik ke sama je kan? Hehehehe.. Then aku drive sampai Kulim. Cramp jugak sekejap kat perut. Wuwu! Berani sungguh kau kannn.

Sampai Pendang kitorang stay rumah Abah Suami. Esok Selasa, lepas subuh kitorang bertolak balik KL. Nasib baik kitorang tak balik KL jugak dari Gerik. Jam teruk lagi rupanya. Fuhhhh.. Untung lah beraya Kelantan dan Kedah tiap-tiap tahun. Hehe!

Ada jugak terbaca dekat blog, pengalaman bleeding orang lain. Ikutkan kena rehat betul-betul.. Tapi jangan ikut cara dan perangai aku ni eh. Aku ni kes kuatkan hati dengan badan. Risau jugak, ada lagi ke baby, okay ke dia? Apa-apa pun kena positif. Tak boleh ikutkan hati kalau berlaku benda-benda yang tak diingini. Minggu depan 2nd check up genap 2 bulan. Kalau masih ada rezeki ada lah.. Risau sebenarnya kalau-kalau xde rezeki. Fuhhhhhh. Insyaallah, Allah Maha Mengetahui.


Siapa-siapa yang ada pengalaman bleeding boleh share sekali, boleh jadi info dan rujukan mommy to be yang lain dan bakal-bakal mommy to be jugak. Niat aku share ni pun sebab nak berkongsi setiap pengalaman yang aku dapat walaupun sikit berbanding orang lain.

Alhamdulillah, walaupun prosedur yang aku lalui haritu agak ngeri (sebelum buat) tapi sebenarnya prosedur tu okay, takde la ngeri mana (asalkan ikut tips yang doctor/nurse bagi kat aku tu). Bila diingat-ingat balik, sumpah kental jugak aku rupanya. Haha.

Till then, sharing is caring :)

*param = pasar ramadhan


Love,
Nursaila Norman!


Thursday, August 15, 2013

My Little A : 7 Weeks

Assalamualaikum.





7 weeks already, alhamdulillah weeeee! Entry saiz baby ni untuk record saya dan my future baby :) 




Love,
Nursaila Norman!

Wednesday, August 14, 2013

Raya 2013 : Syawal, Kami Berdua!

Assalamualaikum.



Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin bloggers and followers!!





















Alhamdulillah baju raya kami menjadi, hikhik! Sukaaaaaa :) Tak plan pun nak snap-snap mcm post wedding haha! Kebetulan Ayah rajin melayan, merasa la kami Outdoor kali ke-3. Wink! Wink! Pagi raya lepas solat raya, makan-makan, snap-snap baru gerak balik ke Kelantan. Nasib baik jalan tak jam.. Huhuhu.. Drive slow and steady sampai rumah Mak malam lah jugak.

Banyak nak cerita pasal raya nih, tapi satu-satu dulu eh.. Kang huru hara pulak hehehehe.. Nak cerita pasal segala makanan Kelantan yang sempat aku rasa (Mak dengan Ayah Mad rajin giler malayan selera aku hikhik), pasal balik Kedah dengan tiba-tiba (lari dari jam di Kelantan), banyaklah nak cerita. Sabarrr yee..

Seronok raya di Kelantan dengan family mertua, diorang rajin melayan aku memang la seronok haha!




Love,
Nursaila Norman!

Wednesday, August 7, 2013

Monday, August 5, 2013

Isu Balik Kampong Mesti Nak Sentap-Sentap :(

Assalamualaikum.


Lagi berapa hari nak raya?! Hohoiiiii.. Excitednya.. Sebenarnya taktau apa yang excited sangat.. Haha. Excited nak pakai baju raya sama-sama dengan Suami sebenarnyaaaa.. Sebelum ni 6 tahun raya asing-asing, tahun ni siap lah! Hahaha.. Sukanyaaaaa!

Kalau cakap pasal raya mesti timbul isu nak balik kampung sape dulu kan? Macam kitorang kebetulan sebelum kawen tahun lepas Suami bagi hint balik raya belah dia. Tak kisahh.. Mana-mana pun boleh.. Tak lama tu ada jugak kawan-kawan lelaki mengusik 'tahun ni raya kampung Gaban padan mukaaa'. 

So tahun ni ramai yang tanya 'raya mana tahun ni?'

Tahun ni kami raya KL dengan Kelantan serentak. Hahahaha. Boleh?

At first kitorang plan nak balik Kedah, tapi kitorang tukar plan.. Balik Kelantan lah. Suka-suka je main tukar-tukar kan? Nasib la sape suh banyak sangat kampung. kehkehkeh! Tapi bila fikir-fikir balik, jalan mesti jam teruk-teruk. Hmmmm.. Kitorang plan lain.. Solat raya dengan makan puas-puas dulu sampai kenyang dekat sini pastu baru gerak balik ke Kelantan. Semata nak elak jam.. Setakat perjalanan bergerak perlahan okay lagi, jangan la stuck terus. Huhuhuhu!

Ada jugak yang cakap 'lamaaanyaaaa beraya sebelah mertua'. Takpe lah, Suami pun jarang sangat jumpa mak dia.. Bagi la chance.. Kesian mak dia.. Dah la Suami anak bongsu, mesti diorang rindu-rindu. Aku takpe, anak sulung, jiwa kental. Muahahaha.. Siyes ni, memang kental. Janji hati aku happy je, tak happy siap. Hehehehehehehehehehe.

Kalau takde halangan raya ke-5 balik KL semula.. Jumpa family aku pulak. Pastu beraya la sampai raya ke-29 punnn.. Orang KL memang raya sebulan. Wink! Wink!

Bagi aku isu balik kampung ni jangan lah di besar-besarkan.. Kalau masing-masing kampung halaman jauh-jauh, sorang Perak sorang Kedah memang tak boleh nak buat apa la kan.. Memang la berebut nak balik mana dulu.. Tapi kalau macam aku ni, dekat dengan family sendiri aku okay je beralah dengan Suami.. Tiap-tiap tahun nak raya Kelantan pun takpe.. Sebolehnya taknak la masam-masam muka nak raya-raya ni kann.. Masam muka tak dapat beli handbag raya takpe. Muahahaha!

Tapi lagi satu kalau mertua okay memang tak kisah la balik lama pun rumah mertua kan.. Kalau family mertua macam suam-suam kuku je.. Macam tak berapa nak berseri je.. Memang berat la hati nak beraya belah sana kan.. Huhuhu. Faham.. Rezeki masing-masing, ada yang okay dengan keluarga mertua, ada yang tak.. Yang tu banyak-banyak la berbincang dengan Suami/Isteri. Meeting hari-hari lepas terawih pun takpe.. Janji raya jangan masam-masam muka ye.

Kepada yang bersikap tamak semasa hari raya ni ingat-ingatlah.. Satu hari nanti kalau anak-anak kita tak balik beraya dengan kita sedih ke tak sedih? Seorang mak, dia nak jugak anak dia makan ketupat rendang dengan dia walaupun untuk sejam dua.

Kepada yang pregnant awal-awal macam aku ni, aku sempat tanya beberapa doctor dan refer web pregnancy, diorang cakap okay kalau nak travel di hari raya.. Tapi kena kerap berhenti untuk hilangkan lenguh-lenguh badan kaki, banyak2 minum air masak. Suami dah pesan suruh bawak bantal supaya selesa.. Yer, pastu aku tidur sepanjang perjalanan padan muka. Hewhewhew :)





Love,
Nursaila Norman!

Pearl Handbouquet : Bride to Be Zai (Ipoh)

Assalamualaikum.





Alhamdulillah sekali lagi, dalam tak sihat, malas malas malas malassss je siap jugak pearl handbouquet bakal pengantin dari Ipoh ni. Huhuhuhuhu.. Cuba cari net warna navy blue, memang tak jumpa lah kan.. Huhu. 

Combination color : Navy Blue and Cream/Soft Brown

Ramai betul kawen lepas raya, harap bersabar yer mana-mana yang dah bayar deposit tu.. Insyaallah siap dan akan sampai ke tangan sebelum tarikh majlis. Dont worry yer.. Doakan saila sihat dan super rajin ekk :)











Bride to be kawen raya ke-2, semoga kekal hingga ke akhir hayat, amin. Semoga awak suka yer Zai!

Barakallah!





Love,
Nursaila Norman!

Thursday, August 1, 2013

Tak Lama Lagi Bertiga ;)

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, Ramadhan ke-23. Alhamdulillah banyak perkara-perkara baik berlaku dalam Ramadhan tahun ni untuk kami Suami Isteri. Alhamdulillah. Dan for sure, kita-kita semua pun banyak menerima rezeki dari Allah di bulan mulia ni kan.

*happy!*

Kalau baca tajuk pun korang dah boleh faham malah dah faham sangat apa yang aku tulis dalam ni kan? iheeee.. Taktau nak mula dari mana, macam mana. Fuhhhh.. Disebabkan blog adalah segala-galanya bagi aku more than facebook, so aku meulis segala-galanya di sini. Aku pun taktau nak mulakan dengan apa, ikut jelah apa yang terlintas eh.

Aku bukan lah orang yang pertama menulis tentang 'orang baru', tapi ini lah entry pertama aku tentang 'orang baru' dan perjalanan sebenar pregnancy kami :)

Bismillahirrahmanirrahim..

Officially we are pregnant, kenapa we? Sebab kami berdua Suami Isteri lah, haha! Cannot I am pregnant. Hewhewhew! Secara jujurnya we don't expect aku akan pregnant. Sebab perancangan terbaru sepatutnya nak start pregnant bulan Disember nanti. Tapi mungkin sejak sebelum kami berkahwin kami sudah merancang beriya-iya untuk pregnant on July, mungkin niat kuat di situ, mulut pun masin, Allah Maha Mendengar, so now i am 5 weeks and 4 days already! Alhamdulillah.

Selama 7 bulan lebih kurang jugak la aku tahan telinga mendengar pertanyaan orang 'dah ada?' 'dah ada?'. Takkan aku nak bagitahu detail kan? Terpulang, ada jugak yang cakap tak baik cakap taknak. Bila pulak la cakap taknak, nanti dulu dengan taknak ada beza kan? Mungkin orang tak faham atau tak mahu faham. Mungkin. Dan, orang cakap tak baik merancang. Orang cakap, Allah tak cakap. Kita yakin dengan Allah dan kita tahu niat kita apa.. Allah Maha Mengetahui. Jangan la takut kalau niat kita betul.

Ada orang dengan selamber tanya 'kenapa pulak belum lagi? taknak ke?' dengan muka penuh pertanyaan. Perlu ke aku mention aku nak rasa selesa berdua? Perlu ke aku mention aku nak rasa puas berdua? (tak puas pun sebenarnya haha) Perlu ke aku mention aku nak tengok financial kami Suami Isteri dulu okay ke tak? Berapa balance? Balance cukup ke untuk baby? Boleh saving tak untuk baby selain general saving?

Since yang follow blog ni tau kan, aku pernah mention tempat kerja lama dulu tak cover cuti bersalin, takkan aku simply nak pregnant. Huhuhu. Kitorang saving a lot sebagai persediaan. Tup tup aku tukar kerja, kerja baru pulak cover cuti bersalin.. Seronok gilerr.. Tapi kitorang plan untuk start ada baby on December sebab nak bagi aku catch up everything dekat ofis baru.. Tapi sebab niat asal bulan Julai kan, niat kuat sangat masa plan tu agaknya.. Accidently.. Haha.. Kitorang memang tergelak start tau aku pregnant.. Tak sangka giler.. Hehehehe!

Bila dah masuk bulan Jun aku consume Folic Acid, dalam hati pulak asyik terdetik nak try pada Julai. Taktau kenapa, mungkin sebab dah niat awal-awal dulu, walaupun tukar plan last minute tapi dalam hati nak try jugak bulan Julai. Perasaan tu datang dengan sendiri. Suami pun okay. Allah Maha Berkuasa.

Sejak lambat period haritu aku dah tak senang duduk, risau.. Dah ready ke aku? Nak tapi tak confident. Huhuhu. Suami excited gila-gila.. Last-last aku slowly terima kalau-kalau aku pregnant. Kalau dah lewat period tu nak tak nak kena akui aku pregnant kot ni.. Huhu. Masa test sendiri dekat rumah memang takut giler, berdebar-debar.. Sampai rasa taknak buat test haha, over kan.. Lepas seminit dua still satu line.. Macam lega sikit. Keji okeh jangan tiru perangai aku ni! Dah settle mandi berjam-jam (tipu) aku tengok eh! ada dua line.. Even pudar tapi memang ada line. Takut. Seronok. Semua ada. Keluar bilik air buat bodoh je. Macam tak confident lagi dengan diri sendiri. Ready ke ni? Tak lama tu Suami pulak masuk bilik air, boleh tak dia keluar balik semata-mata excited nampak UPT atas sink pastu ada dua line. Homaigodddd laki akuu.. Tak perlu lah cerita kat sini excited dia macam mana. Errrrrr boleh pitam kejap. Huhuhuhu.

Esoknya aku check dekat klinik company sebab rasa tak selesa sikit dekat ari-ari, rasa macam nak period, takut la kan.. Mula-mula memang tak ready lah, tak confident lah.. Tapi seronok, sayang kannnn.. Lepas check tu doctor confirm aku dah 5 minggu. Time tu macam mamai-mamai je. Takut sangat pun ada. Bila bagitahu Suami bertambah-tambah lah pakcik tu excited siap bagitahu Mak dekat Kelantan. Huhu. Balik tu masa berbuka Suami bagi hint dekat family aku pulakss.. Boleh tak main bagi-bagi hint. Cisss. And everybody happy dengar berita gembira, yayyyyy.

Semalam buat official check up dekat klinik company Suami pulak.. Semuanya okay.. Scan semalam nampak rahim membulat dari normal. Doctor explain macam-macam pasal janin dan rahim, everything okay.. Rasa tak selesa dekat ari-ari, rasa macam nak period tu quite normal sebab rahim nak mengembang. Apa-apa pun kena scan awal-awal. Kena banyak minum air, kena makan makanan sihat sampai bulan ke-3.. Alhamdulillah. Aku masih blur but happy sangat. Lagi-lagi bila tengok Suami happy giler, asyik tersenyum, keep calling himself daddy.. Haha.. Dia memang teruja teruja teruja.. Padahal Suami bukan peminat budak-budak, tak pandai pun dengan budak-budak.. Tapi naturally dia sukaa sukaaa dan suka. So aku pun ikut happy dan teruja :)

Dah 2 hari actually aku tak puasa sebab advice dari doctor, kena banyak minum air sebab nak pastikan kencing okay. Sebelum confirm aku pregnant aku tahannn je lapar walaupun hakikatnya aku lapar teruk sangat. Huhu. Tapi bila dah confirm, lepas tu second doctor confirm lagi plus first check up pulak tu, bila lapar je takut sangat.. Kesian my embrio. Makan lah. Doctor advise semalam awal-awal pregnant tak boleh lapar teruk, nanti effect perkembangan embrio. Kesian kan.. Bukan nak makan banyak-banyak.. Makan sikit tapi kerap.. Makan sikit je dah kenyang dah, pastu 30 minit lapar balik..

Sejak tahu aku pregnant aku start login macam-macam web, web yang aku rajin singgah sebelum kawen aku save siap-siap dekat laptop : babycenter. Lain-lain web yang aku suka :

1. Mayo Clinic
2. The Bump
3. What To Expect
4. WebMD
5. Fit Pregnancy
6. Smart Momma
7. Dumex
8. Pa&Ma

So far tu je, lain-lain web boleh cari di google eh. Lepas tu dah pandai pulak cari majalah Pa&Ma.. Takde dah usha majalah InTrend, Hijabista, Inspirasi Perkahwinan haha.. Tapi still usha-usha la kann.. Takde la lupa terus.. Cuma keutamaan sekarang kesihatan dan perkembangan embrio lepas tu baby :)

Cakap pasal makanan pulak, Suami sangat ambil berat pasal tu.. Aku belum mengidam apa-apa, cuma as usual aku memang suka makan.. So far request makanan pun sebab lapar teruk, tapi kalau request makanan yang takde khasiat Suami larang. Berbuka Mc'D haritu pun bubur je, letak garam sikit dekat fries Suami tak bagi makan. Wuwuuwuuu! Curik-curik makan gak hahaha! Tapi request yogurt malam semalam sebab ada kalsium dan baik untuk baby, lajuuu je Suami g kedai membeli 2 cup yogurts. Over okehhh.

For now aku sangat happy, dah boleh terima dan get ready. Banyak yang aku kena study, apa yang aku study dulu tetiba jadi lupa. Whattt? Sebelum kawen haritu banyak benda yang aku noted, bila dah tau pregnant ni tetiba semua lupa. Sebijik macam masuk dewan peperiksaan.. Hehehehe.. Kena baca semula, study, bertanya.. Nasib baik kawan baru dekat ofis ni baaaanyaakkk giler info, rupanya lagi banyak kita study, lagi banyak yang kita tak tahu. Syukur to Allah sebab jumpakan aku dengan akak ni dekat sini. Banyak betul info dia.. :)

Tak putus-putus ucap alhamdulillah, seronok sangat nak ada baby.. Allah Maha Mengetahui kan, walaupun belum ready, tapi perasaan tu berubah jadi lain bila kita sedar yang kita ready sebenarnya. Tiba-tiba datang perasaan terharu. Ramadhan ni memang besar makna bagi aku dan Suami, raya ni kami raya bertiga, yayyyy!

Entry ni aku dedicate untuk diri sendiri dan little A dalam tummy ni. Nanti dia dah pandai membaca, i'll show this entry to him/her. This is for you sayang :)

Mommy to be, hi! I am your new member, alhamdulillah :)

p/s : entry ke-600 tentang pregnancy Nursaila Norman! Ya Allah, besarnya kekuasaanMu. Alhamdulillah.




Love,
Nursaila Norman!