CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 14, 2012

Tips untuk menangani stress kerja

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Hai! Selamat petang :)

Tajuk memang over dan poyo kan? Tapi takpe, update tetap update supaya orang tak bosan. Ada ke orang baca entry Little Rabby? Hikhik. Tenkiu kepada yang sudi baca lepas tu tinggalkan komen. Anda sangat ohsem :)

Okay, berbalik kepada tajuk entry petang ni, aku nak share sikit cara-cara handle stress kerja. Aku boleh bagi sikit je sebab aku pun takde la hebat mana. Takat yang aku apply tu boleh la aku share dekat sini kan.. Jom!


Senyum
Walau banyak macam mana pun kerja kita.. Teruskan senyum. Senyum bila terserempak dengan orang lain yang ada dalam pejabat atau diluar pejabat. Memang stress kalau kerja banyak macam la tangan kita ada enam, otak kita ada tiga. Memang sakit hati dengan boss tapi jangan jadikan semua tu punca untuk wajarh kita nampak tua dari usia. Ahaks. Siapa suka kan? Lebih-lebih lagi wanita macam aku ni.. Jadi, untuk itu.. Kekalkan senyum dan teruskan senyum. Jangan masamkan muka walau seberat mana kerja anda okay. Bila muka tersenyum, hati takde la sakit sangat kan?kan?

Bergurau
Sila bergurau dengan rakan sepejabat. Bak kata teman sebilik saya.. Oppss.. Bilik saya perlu kongsi berdua. Bilik pejabat tau. Pintu bilik perlu dibuka seluas-luasnya supaya kami tidak berdua-duaan sahaja. Hiks. Dan.. Dapat juga memudahkan En Zhul menempek kat tepi pintu bilik kami. Hoho! Bak kata teman sebilik saya, kerja jangan stress2. Rileks. Gurau tetap gurau. Bila bergurau mesti ketawa kan? Bila ketawa takde la stress sangat kan.

Makan
Jangan sampai tak makan okayyy.. Ada orang bila dia terlalu sibuk dengan kerja dia tak makan. Tak boleh lah macam tu. Makan tetap makan. Macam aku bila stress mesti lapar. Hahahaha.. Bahaya tak? Masalahnya hari-hari aku stress dengan kerja, dengan itu hari-hari aku lapar tahap raksaksa. Ceh! Makan je u oll. Bayangkan, dah la stress lepas tu tak makan. Pengsan nanti macam mana? Takpun depresi. Ouch. Tamau. Tamau.

Rehat atau Tidur
Bila ada peluang untuk rehat, sila rehat dengan sepuasnya. Selalunya waktu lunch atau balik dari kerja boleh la rehat sikit-sikit. Kalau dekat rumah tu rehat la puas-puas. Tidur awal. Jangan seksa diri dengan berjaga sampai lewat malam ya. Satu lagi tip, waktu lunch kalau boleh bercerita dan bergelak tawa supaya lepas lunch minda kita fresh semula.

Jangan Ingat
Kalau boleh.. Diulangi - kalau boleh. Kalau boleh tu jangan terlalu risau atau teringat-ingat dengan hal kerja. Lebih-lebih lagi masa kat rumah atau masa dating (ops!). Tinggalkan kerja anda di pintu pejabat selepas punch card. Heh heh. Aku susah jugak nak buat-buat taktau pasal kerja. Lagi-lagi kalau kerja-kerja yang susah yang aku baru first time buat. Ngeri okeh. Takut takyah cakap. Tiap 30minit mesti aku teringat. Stress yang amat korang. Stress. Nak nangis pun ada. Tapi bila fikir-fikir balik, kalau aku asyik teringat pun, bukan boleh membantu apa-apa pun kan? Aiyooo. Kecoh la.

Bersuka ria
Waktu malam selalunya aku akan lepak dengan Ifah untuk sesi meluah perasaan. Tertekan je kat ofis aku mesti ajak Ifah makan-makan sambil dengar luahan hati aku. Heh heh. Dia memang pendengar setia. Dah puas meluah segala benda baru rasa lega baru boleh tenang-tenang. Haha. Kita memerlukan seseorang untuk mendengar masalah kita ya. Jangan simpan-simpan. Nanti tertekan. En Gaban? Kalau aku stress aku ajak borak-borak, gelak-gelak dengan dia je. Orang lelaki nak dengar bebelan orang perempuan? Aiyooo.. Fail! Haha.

Doa
Okay, yang ni paling terutama. Tidak boleh 'tidak'. Kita hanya pelakon. Pengarahnya adalah DIA. So tak payah berangan pelakon lain boleh ubah skrip. Hanya DIA yang boleh ubah skrip. Doa-doa supaya DIA bantu kita, permudahkan urusan kita. Amin.

Okay kengkawan, dah pukul 5petang. Bukan sengaja nak balik on time. Tapi dah lama dah aku stress kat pejabat ni. Jom la kita balik tengok kucing dirumah. Hikhik!



thanks korang!



Love,
Tata!






8 comments:

Qilah Khunnie said...
This comment has been removed by the author.
Qilah Khunnie said...

tips yang sangat berguna ! keep it up :)

Nursaila Norman said...

Qilah : tenkiu! :D

Saya Disini said...

bgus3..nak ikut gak ni..hehe

*copy je nak copy dr blog saya..dibenarkan..hehe

Prin said...

ada satu lagi tips... berenti kerja kemudian menganggur sambil menyusahkan mak bapak

Nursaila Norman said...

Saya Disini : okay, tenkiu :)

Nursaila Norman said...

Prin : kejamnya..haha

pexky said...

terbaca entry ini.. pg tadi..mood occay kembali.. wpun agak ke-stress-an yg melampau.. entry yg berguna.. so, kesimpulannya tak la stresso sgt walaupunnnnnnn dot dot dot.. huhu~