CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 29, 2015

Bukan Mudah Berdiam Diri Sebenarnya. Serius, Tak Mudah.

Assalamualaikum.




Pernah tak kita mengalami situasi di mana orang tak suka kita tanpa sebab?

Tanpa sebab ni sampai tahap kita tak pernah berkenalan pun dengan orang tu. Tapi orang tu tak suka kita tiba-tiba. Ajaib kan?

Kalau kita pernah berkawan, atau berkenalan dengan orang tu kita faham. Mungkin kita ada tersakitkan hati dia ke, terkecilkan hati dia ke, logik lah orang tu boleh simpan perasaan tak puas hati, dendam, benci dekat kita.

Ni takde angin takde ribut, tetiba dah la tak suka kita. Lepas tu jaja pulak cerita kita kat orang lain.

Tak pernah? Alhamdulillah. Doa-doa lah dijauhkan dengan orang macam ni. 

Kalau pernah, rilex dan coooooollllll je. Jangan menggelabah. Sebab orang macam tu sanggup buat apa saje untuk burukkan kita. Jadi kalau kita menggelabah, lebih senang dia nak highlight kan keburukan kita kat orang lain.

Aku pernah lah sekali sepanjang aku hidup ni aku terpaksa berhadapan, melalui, bersabar habis-habisan dengan orang macam tu.

Aku rasa lebih senang kalau kita rename orang itu dengan "y" kan? Senang nak faham dan senang aku nak explain.

Been there, done that.

Mula-mula berhadapan dengan situasi tu memang susah untuk aku terima. Tak malu untuk aku mengaku yang aku agak tertekan masa tu. Tapi sebab aku susah nak tunjuk perasaan sedih, takde sorang pun tahu aku berperang dengan perasaan sendiri time tu. Aku tak pernah lalui situasi macam tu sebelum ni. Tapi siapa sangka, Allah nak uji kita bila-bila Dia mahu. Nak tak nak kita kena terima jugak.

Pada awalnya aku agak goyah dan kelam-kabut memikirkan perbuatan y. Pada awalnya aku cuba berterus terang bila ditanya (untuk kepastian) tapi keadaan tak berubah, tiada apa-apa fungsi pun. Malah berbalas kenyataan hanya memburukkan lagi keadaan. Aku berani cakap mungkin aku tidak 100% innocent. Tapi aku tak pernah kenal dengan y dan aku rasa sangat pelik untuk dia benci aku sampai tahap menjaja cerita aku ke sana sini. *tak pernah kenal yang aku maksudkan ialah "tak sempat nak berkenalan huhu"

Selepas beberapa ketika aku tarik diri. Tarik diri dari mempertahankan diri sendiri (macam buat keja bodoh huhu). Masa tu dah tak penting untuk explain sape yang berada dipihak yang benar. Just let it be. 

Aku belajar sesuatu di situ. Aku belajar sabar, dan redha. Aku tak kisah sejauh mana, sebanyak mana y nak jaja cerita aku. Sumpah, demi Allah aku tak kisah. Aku tak boleh nak tutup mulut seluas tempayan. Aku takde kuasa. Aku takde hak nak halang orang lain bercakap. Kan? Biarkan je.

Selepas beberapa tahun, y masih tak berputus asa. Kisah aku dijaja ke sana ke mari akhirnya sampai ke telinga aku. Dunia ni kecik. Pi mai pi mai, tang tu jugak. Walaupun apa yang dijaja tu sampai ke telinga aku, aku diamkan aje. Sepanjang beberapa tahun tu aku didik diri untuk terima apa saja kemungkinan, belajar telan benda pahit. Sebab aku tau, y takkan berhenti macam tu je. Dan betul. Jadi, aku tak rasa apa-apa pun bila orang sampaikan apa yang y cerita tentang aku. Hati, jiwa dengan telinga aku macam dah tuli.

Suami tahu hal ni, dia sahabat paling baik aku pernah ada. Memang dengan dia aku luahkan untuk ringankan beban dalam hati ni. Pernah baru-baru ni Suami ucapkan sesuatu yang buat aku betul-betul terharu. Suami kesian dengan aku sebab terpaksa lalui semua tu. Aku rasa nak nangis, bukan sebab aku sedih mengenangkan apa yang y buat kat aku. Tapi aku sedih rupanya Suami simpati dan kesiankan aku. Walaupun hakikatnya aku selalu tunjuk kuat depan Suami. sobs!

Apa yang penting sekarang, berkat aku sabar, sabar, sabarrr.. Aku paksa diri aku sabar sebenarnya. Huhuhu. Sabar jelah, tahan jelah, telan jelah. Berkat aku paksa diri aku tu aku boleh tersenyum sekarang.

Segala jenis najis yang y palit kat nama aku, dia sendiri tolong bersihkan.

Dulu orang sampaikan apa yang y cakap pasal aku. Tapi sekarang orang bercakap buruk pulak pasal y depan aku. Orang-orang tu semua adalah orang-orang yang y cuba tagih simpati dulu. Y nak orang nampak dia baik, di pihak yang benar, cantik, elok. Sekarang, nah.

Dulu aku tak bijak. Aku risau kalau-kalau orang ikut sama benci aku hasil jajaan cerita y. Tapi bila aku redha kalau orang benci aku, kalau orang tak suka aku, rupanya ada hikmah. Adalah lebih baik aku bertenang je dulu kan? Takyah nak bazir-bazir masa risau benda yang tak pasti. Huhuhu!

Tak payah aku nak habiskan air liur membetulkan statement y. Tak payah aku nak habiskan tenaga ke sana sini jumpa orang untuk bercerita buruk tentang y. Tak payah. Y dah buat semua tu untuk aku.

Kalau korang pun sedang berada dalam situasi macam aku, amalkan sikap berdiam diri dan bersabar. Dua tu je kuncinya. Berdiam adalah lebih baik. Tutup aib orang. Sabar bila Allah uji. Doa orang teraniaya ni makbul. Doa lah banyak-banyak mintak dapat Suami baik ke, mintak dapat rumah ke, mintak kebahagiaan ke, mintak lah apa pun. Berkat y buat aku macam ni, Allah bagi macam-macam kebahagiaan kat aku sekeluarga. 

Tapi jangan sesekali doakan keburukan untuk orang. Sia-sia je doa mintak keburukan orang, Allah tak makbulkan pun. Tapi aku terkejut bila sorang hamba Allah ni cakap depan aku "nak kata mewah, tak nampak pun". Padahal y layak hidup senang hasil tangkapan beliau. Tapi nak buat macam mana, Allah Maha Berkuasa.

Dulu, beberapa tahun lepas aku terpaksa biarkan y burukkan aku.

Sekarang, aku terpaksa buat-buat tak dengar bila orang burukkan y depan aku.

Sampai satu tahap sorang lagi hamba Allah ni kutuk fizikal y depan orang lain. Aku pun ada jugak masa tu. Nauzubillah.. Sampai macam tu sekali orang lain bercakap tentang y. Y pernah kutuk fizikal aku.. Takpe lah, y lupa mungkin yang aku tak mampu nak cipta fizikal sendiri. Huhuhuhu.

Walau sebenar mana pun kamu, diam jelah. Allah ada. Aku akui, seksanya aku memaksa diri berdiam dan bersabar selama ni. Rupanya Allah tahu. Allah Maha Mengetahui kan? 

Jadi? Jangan lah sibuk jaja buruk orang. Kalau betul orang tu bersalah sekali pun diam jelah. Allah akan bagi balasan yang setimpal.

Aku tak pernah harap Allah balas apa-apa kat y. Aku pun tak sangka Allah beri balasan yang setimpal secepat ini. Aku ingatkan dalam TV je anatogis dapat balasan dalam masa sejam dua. Realiti pun ada rupanya. Betul lah kot orang-orang cakap "Allah bayar cash sekarang ni".

Apa-apa pun aku simpati jugak dengan y. Hidup dia susah sekarang ni. Dulu masa dia hidup senang, dia hina-hina je aku. Terasa betul time tu. Taktau kat mana silapnya, hidup y makin lama makin susah. Aku tau pun, orang lain yang sampaikan siap dengan bukti lagi. Adoi.

Tapi y tak selesai lagi dengan kerja dia. Aku tau, lepas ni ada lagi. Tapi takpe lah, aku tetap akan berdiam diri je. Tak perlu cakap apa-apa. Satu per satu dia tunjuk siapa diri dia. Buat apa aku nak bercakap lagi kan? Biar dia buat kerja dia.

Jauhkan lah aku dari orang-orang macam ni. Cukup lah sorang tu. Aku taknak dijumpakan lagi dengan yang lain, amin.

*takde niat nak memalukan y, pengajaran je kita ambil. bersabar lah dengan setiap ujian Allah, pasti ada hikmah.








Love,
Nursaila Norman!


10 comments:

Sha said...

Bagusla kalau 'Y' tu dah insaf. Orang yang stalk saya ni tak insaf-insaf lagi. Saya dah tak heran dah. Lantak la.. I just care about my life. Yang penting kena sabar dan sentiasa berfikiran positif.

Unknown said...

dah kenape si y tu jaja crite...klau kenal tu blh terima akal ... tpi setuju dngan awak... bnda yg same pernah jadi kt saye+ kawan... bile ade geng semangsa xde la stress sgt hidup..tp akhirnya org tau jgak cerite sbnar

Unknown said...

diam lebih baik.

Hani Rahman said...

Semoga urusan kita semua dipermudahkan ...

MOMMYLIN said...

ada la tu pengapinya.. org gitu tak perlu dekat pun.. biar la dia dengan dunia dia.

meza said...

pernah dan masih melalui keadaan tu. dia buknlah stranger tapi apa2 aja yg kita buat memang tk penah nampk ok untuk mata dia. tkde apa pun yg boleh buat selain diam dan mendoakn yg baik2 utk dia dan kita.

InsyaAllah.

Cik Puan Kocik said...

Pernah lalui keadaan mcm ni. Tapi akak diamkan aje. Lama2 penat la org tu bcerita. Org mcm ni jgn dilayan. Makin layan mkin menjadi

Kak Vit said...

takpe..diamkan aje.. diam itu kebih baik.. moga Allah beri dia petunjuk kebenaran..

Maria Firdz said...

Sy pernah lalui perkara sebegini... Tapi think positif and enjoy life.. Malas nk pikir sgt...

dorsett pink said...

sabar