CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 19, 2011

Geramnya tengok diaaaaa!

Assalamaulaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Dah 2 minggu aku bela anak kucing yang aku dengan En Gaban jumpa dekat tengah2 jalan aritu. Nama dia Dada (da~ da~). Tapi buat masa ni aku takleh nak snap picha dia lagi. Dah serupa tikus aku tengok. Takleh duduk diam2. Dia diam bila dia tidur je. Kalau tak tu.. Takat berlari2 seluruh rumah tu biasa sangat. Sampaikan kucing aku si Pekak tu hanginnnnn je. Boleh tak Dada main lari2 lepastu lari bawah dagu Pekak pastu langgar dagu dia. Nasib baik tak kena lempang kannn.. Lepas tu time Pekak tidur, Dada main lari2 atas katil. Selamber je dia lari2 lepas tu pijak muka Pekak tengah tidur. Pitam aku.

Picha yang ada pun banyak yang blur dari yang elok.. Dah tu bila aku nak snap dia g terkam henfon aku. Haihhhh.. So kita layan picha kucing lain la eh, eh, eh..





























Comelkan? Munchkin Cat.. Macam Anjing HotDog kan, kan, kan?





thanks korang!



Love,
Tata!






Wednesday, December 14, 2011

Semangat yang tergendala :(

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



I'm still in the office.

See.. Adakah patut lepas kawen nanti aku pindah duduk kat Putrajaya? Dekat dengan rumah, senang bila balik lewat tapi still tak cecah waktu isyak. Sempat la nak masak even satu lauk untuk suami (bakal). Kalau nak stay kat KL jugak memang tak masak la aku jawabnya. Singgah kedai. Lelama suami pun boleh cebik muka. Huhuhu!

En Gaban, what say you? Hiks!

So malam ni takleh la nak sambung men'diy' veil untuk nikah. Oops.. A'ah, semalam dah start potong net untuk veil. Dah adjust lace, dah patch atas net. Tapi harini rasa nak guna chiffon la pulak.. Chiffon ada. So kena la alihkan lace dari net ke chiffon pulak. Disebabkan esok tak buat kerja luar, so boleh tak stay kat ofis dan ber'beads'? Wahhhh.. Permintaan berani mati kau yaa?

Pagi tadi aku ada post WW : Poodle Flower (Testing) kan? Malam tadi jugak try buat poodle flower tu. Dapat la sekuntum. Kira dah puas hati la sebab dah tahu gerak kerja nya. So lepas ni boleh la mem'poodle flower' banyak2 lepas tu jahit kat veil dan baju nikah. Lepas tu lepas tu lepas tu.

Korang perasan tak, macam2 yang aku dah try segala DIY. Walaupun baru 3,4 benda tapi consider 'beberapa' jugak la eh,eh,eh.. Heeee~ Tapi takde satu pun yang aku tunjuk final work nya kan, kan, kan? Muahahaha.. Alasannya ialah, aku tgh try and error. Kalau jadi, jadilah (tu yang aku publish sblm2 ni), kalau tak jadi, delete dari senarai. Hikhikhik!!

Apa-apa pun kalau ada benda yang settle, siap, complete.. Aku akan publish kan eh. Tapi pssstt.. Tak hebat mana pun tau,tau,tau.



it will be like this


thanks korang!




Love,
Tata!





Wordless Wednesday : Poodle Flower (Testing)

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua








thanks korang!




Love,
Tata!


Tuesday, December 13, 2011

Saya hanya mampu diy jer.. Huhuhu

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Balik lewat lagi u olls.. Rasa2 nak pindah Putrajaya je kalau cenggini. Wink! Wink! Tapi nanti malam2 takleh la nak berjimba dengan Ifah. Muahahahaha.. Okay, cancel pindah. ERL kan ada..  Hiks!

Okay, sabtu lepas pergi beli kain sikit. Tapi tak sengaja terbeli lace dengan beads untuk veil nanti. Lace murah je. Dasar penjimatan kan.. Tak boleh la feeling2 anak raja. Manik mutiara ada, manik piring pun ada.. Tapi poodle flower takde. Ingat nak try cari kat kedai bunga area rumah, tapi baru jap tadi terjumpa pulak idea nak diy sendiri poodle flower. So cancel beli. Hikhik.













Lace harga rm14.90 semeter. Lace bunga kecil2 aku tak snap. Yang tu harga dia rm4.50 semeter. Kalau nak grand beli la lace dekat Jakel. Harga starting from rm150++ hingga rm398 semeter. Bila fikir-fikir balik, niat nak buat simple nak kecil2an je. So just forget it.

Beberapa hari sebelum datang beli dekat Kedai Bunga Riben ni, dah nampak dah kat kedai bunga area rumah. Rambang mata okehh.. Kalau boleh patch 5 jenis corak lace, sure aku tempek semua sekali atas satu veil. Hehehehe.. Aktiviti meng'patch' and beads veil tak seberapa tu maybe bermula weekend ni kot. Kot yaaa.. Kalau rajin la tu. Huh!

Okbai!



thanks korang!




Love,
Tata!




Nak tempat mengadu, tapi siapa..

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Mood : Lesu.


Salam sayang semua! Firstly, thank you so much for following me ya :) Terharu takyah cakap la. Walaupun tak cecah puluh-puluh-puluh. Tapi yang ada ni pun dah cukup bermakna dah. Wink! Wink!

Secara jujurnya sejak masuk department baru ni aku tak cukup rehat sangat2. Especially rehat untuk otak. Patut la rambut gugur kemain banyak lagi. Huhuhu.. Tempat kerja lama dulu-dulu (nmpk sgt dh semakin tua), kerja berat kat ofis sebab buat insurans kenderaan orang. Memang macam gila bila time kerja. Tapi bila punch card pulang 'legaaaaa'. Sekarang ni, lagi-lagi department baru ni.. Balik rumah pun dok pikir lagi tentatif kerja untuk tempoh seminggu punya. Itu ini, buat itu, buat ini, lepas tu mcm ni.. Aiyoo! Tak kira lagi call masuk walaupun aku MC pening2 sambil layan tv3. Hehehehe..

Otak penat memang takde ubat la, melainkan kerja settle. Plus pulak dengan badan pun penat. Bayangkan la nk balik ke KL dari Putrajaya. Lepas maghrib gerak balik. Selalunya En Gaban la yang gigih datang jemput. Pun penat jugak. Dua-dua penat. Kadang-kadang bila penat, otak mesti lost. Mood memang jahanam terus lah.

Ending nya telan pain killer. Dah la demam tertanggung-tangguh. Hebat tak? Deman pun aku boleh mintak delay.. Hikhik. Lepas delegasi Brunei settle, demam terbantut. Semalam tension sangat2 duduk dalam bilik training yang bukan aku punya tugas, terus migrain. Tapi still layan kopi tarik.. Konon2 nak hilangkan mengantuk dan migrain. Cayalah.. Pukul 7pm jugak baru gerak pulang ke KL.

End up dengan otak penat, badan penat, mood hancur, hati sentap, jiwa kacau. Part jiwa kacau tu tipu. Lepas isyak terus tidur dengan aman setelah telan pain killer.

Pagi ni masuk ofis, rakan sejawat tanya pasal semalam.. Cakap, cakap, cakap.. Tercakap pulak pasal ketidakpuasan melakukan kerja byk dalam satu masa. Itu hanya membuatkan hasil kerja tidak berkualiti sebab tak boleh fokus dengan baik. Heh! Berceramah pulak kannn.. Memang pun. Kalau boleh buat banyak tugas dalam satu masa tapi hasil tak bagus nak buat apa. Akhir perbualan dia cakap muka aku merah macam orang demam. Terkesima sendiri.

Hasil entry : ditaip sikit, sambung handle kerja bertimpa2. taip sikit, stress dengan kedutaan, wisma, oman lah, nigeria lah, pakistan lah. boleh tak kalau request nak buat courtesy call jangan last minute? ingat bapak-bapak besar kat sini duduk saja keee.. lusa nak datang harini request. orang nak datang beraya rumah terbuka pun siap rsvp seminggu. ni kan pulak benda rasmi. yang pitamnya kami-kami si kuli ni laaaa.. Sign Off.




thanks korang!



Love,
Tata!



Friday, December 9, 2011

Kasut Kahwin Saya

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Pagi tadi aku sempat baca blog orang lain.. Baca pasal preparation orang buat majlis kawen. Sibuk je hal orang.. Hal sendiri terkontang kanting.. Hikhikhik! Oleh sebab itu perlunya bantuan dari blog-blog orang lain yang lebih maju kedepan berbanding diri sendiri.. Hoho. Tapi aku sangat suka bila baca entry kat blog sini, pasal kasut kawen dia. Terbaik okehh.. Tak pernah dibuat orang.. Tapi rasa2nya aku bakal jadi pengikut setia kot.. Takpe kan?

Kasut hubby dia crocs tipu rm10 je katanya.. Ala, macam yang En Gaban pakai sekarang tu la.. Hehehehe. So, boleh la pakai crocs murah tu time kawen kita nanti kan sayang? Muahaha.. Jimat itu pentingggg.. Lepas kawen takkan nak tengok dinding rumah je. Huhuhu!





Kasut flipper ni okay kan? kan? kan?



Suruh En Gaban simpan dulu flipper tu. Time kawen nanti baru kita pakai. Hehehehe.. Oh ya, cakap pasal kasut kawen, lepas aku dapat idea kat blog cik lijah ni, terus rasa lega hati. Sebab? Awak-awak semua nak tahu takkk.. Saya selaku pemegang nama Cik Saila ni tak boleh tengok kasut. Mengalahkan lipan. Kaki ada dua, tapi nak beli kasut macam kaki lipan. Boleh tak haritu pergi beli kasut untuk hantaran, aku siap beli sepasang untuk diri sendiri buat lasahan. Buat muka sedih kat En Gaban.. Konon2 mintak simpati.. Tapi dia memang sangat2 memahami. Hehehehe.. Dapat la sepasang lagi kasut back up. Back up la sangatttt.. Actually En Gaban pun risau.. Dia risau aku takleh tahan tengok kasut untuk hantaran tu.. Hahaha. Tengok, betapa memahaminya dia dengan belahan jiwa dia yang berkaki lipan ni..

Lepas tu masuk lagi kedai kasut seminggu kemudian.. Amek lagi. Alasan? Kasut time nikah nanti belum ada lagi.. Betul jugak tu kan.. Tapi bila dah bawak balik, aku feeling2 nak jadikan kasut tu kasut hantaran pulak. Okay, apa kata 7 dulang nanti semua En Gaban isi kasut. Boleh? Keji.

Tapi kan, bila aku dah tengok ada orang selamber je pakai selipar jepun dan crocs murah masa wedding dia.. Aku dengan gediknya teruja jugak nak pakai flipper kuning kat atas tu.. Mesti En Gaban setuju sangat2. Kan, kan, kan? Kita tengok jelah nanti.. Kalau aku pakai heel pun sure sekejap je. Sebabnya takde majlis bersanding pun. Just layan tetamu yang dihormati yang sudi hadir nanti je. Yang pasti idea nak sediakan flipper tetap wajib okay.. Kaler flipper harus in dengan baju kami nanti. Poyoooo!

p/s : picha kasut(s) hantaran aku? takyah lah.. nanti ada orang tak suka aku cerita semua benda kat sini. eh, tapi dah cerita dah pun.. erk!!



thanks korang!



Love,
Tata!

Wednesday, December 7, 2011

Jatuh Cinta Lagi Bolehhh?

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Hai!!
Kembali sudahhh..

Last entry yang aku post hari tu aku taip dalam keadaaan separuh sedar. Erk! Yup, separuh sedar. Lagi separuh jiwa dan fikiran aku ada kat KLIA, JW Marriot blablabla. Dalam kepala otak fikir ' boleh buat ke? boleh buat ke? boleh buat ke? '. Takut takyah cakap la macam mana.. Berbuih mulut ni (tipu) mengadu kat En Gaban tentang kegusaran hati yang tak boleh nak ditanggung sorang-sorang. Start dari hari Selasa (29 Nov) aku dah tak senang duduk. Rama-rama berterbangan lah, anak kucing lari-lari dalam perut lah.. Semua ada.

Rabu (30 Nov) kitorang yang terlibat pergi buat lawatan ke tempat yang sepatutnya program berlangsung. Disebabkan aku sorang je perempuan yang terlibat, jadi emosi aku makin la bercelaru. Tapi aku dah mention awal2 kat urusetia yang aku ni Liason Officer baru (baru+bapak gila baru dalam Ministry+apa pun tarak+blur takyah cakap la+emosi lebih).. Hahaha. Dalam meeting aku mention. Betapa jujurnya aku. Dan disebabkan kejujuran bengong aku itu telah menyebabkan aku menjadi tumpuan. Bukan macam artis tuuu.. Tapi tiap kali ada perbincangan, akan ada suara 'Saila, okay?'. Bila ada briefing, ada jugak suara 'Saila, okay eh?'. Aku okay saja.. Nak mati cakap tak okay? Huhuhu.. Okay Tuan. Okay saja! Hahaha.. Disebabkan aku ni jenis cepat emosi, jadi aku pastikan setiap maklumat yang diberikan, aku tangkap laju2 jangan bagi lepas. Aku hadam baik2. Aku simpan kuat2. Fuh!

Khamis (1 Dis), pagi aku sempat update blog. Tapi aku tau, tak sempurna pun entry aku tu. Maaf ya.. Petang sebelum pukul 3pm aku kena ada kat Bilik VIP KLIA. Nasib baik pemandu yang drive aku ke KLIA banyak bagi kata-kata semangat.. Hahaha. Over tak? Kan aku dah cakap.. Aku ni emosi lebih.. Hahaha.. Muka kalau cuak sumpah boleh nampak.. Muahahaha. Bila diorang dah tiba, kitorang LO kena pastikan setiap wakil delegasi yang dah ditugaskan setiap sorang di bawah seorang LO berjalan dengan lancar. That time, dah la aku tak kenal wakil delegasi aku. Tahu nama je. Macam la kat dahi diorang ada nama kan.. Hahaha.. Nasib baik jumpa jugak..

Jumaat, Sabtu, Ahad aku happy sangat2 handle delegasi dari Brunei. Semuanya berjalan dengan lancar. Jadual, time, logistik semuanya okay. Diorang memang humble sangat2. Semua LO selesa sangat2 bekerja dengan diorang sepanjang 4 hari tu. Walaupun penat tapi seronok sebab diorang memudahkan kerja kami dari mula sampai akhir. Rasa macam layan ahli keluarga sendiri. Walaupun diorang berpangkat Dato' tapi tak terasa pun diorang tu Dato'. They are so humble.

Isnin, Selasa demam. Hikhikhik. Demam rindu kat Tuan Haji hensem. Aku cakap kat En Gaban 'walaupun umur dia 50 tahun tapi dia hot okeh. tak macam 50'. Lepas tu En Gaban cakap dia pun hot jugak. Sambil tunjuk2 dada dia. Ohhh.. Panas hati ehh.. Sorryyy! Hehehe.

Suara dia, cara dia, senyuman dia.. Falling in love again boleh tak? Opppss! Harap2 En Gaban terrr'skip' entry ni. Amin. Lariiiiiiii!



thanks korang!




Love,
Tata!