CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 7, 2012

Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500

Hai!


http://misszberceloteh.blogspot.com/2012/06/segmen-pencarian-blogger-follower-bawah.html
miss Z berceloteh

Hari ni memang aku banyak masa walaupun banyak kerja. Hikhikhik. Terjumpa pulak segmen ni dari salah sorang blogger yang aku follow. Macam best sebab follower aku pun malu-malu kucing je. Huhuhuhu!


Follower blog Que Sera Saila ialah 121 orang sahaja. Memang sah-sah kurang dari 500 followers kan? Dengan itu secara otometik aku layak join segmen ini. Yayyy!


Nak tag : Leha



siapa yang ada masa, berminat nak join, follower bawah 500 orang meh la join

TARIKH TUTUP : 12 JUN 2012







Love,
Tata!

Testing celak dari Makkah

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



*Nota : entry ni ditaip semalam. tapi apa kes tak boleh upload picha. dengki la tu kan. (o.O)




Over tak kalau aku letak picha sendiri yang pakai eyeliner padahal takde apa yang menarik pun. Macam la orang lain tak pernah pakai eyeliner. Hikhikhik.

Bagi chance eh.. Hari selasa baru-baru ni aku sangatlah berdebar-debar nak mengadap panel penilai. Kot-kot la dengan eyeliner dari Makkah tu diorang boleh jatuh hati lembut hati. Eh, tapi memang berjaya kalau tak salah. Diorang tak soal banyak. Tanya sikit tu pun simple question. Aku lak yang over. "Pelan R saya dah check ke?" "Saya tak kena panggil, semuanya okay ke?" Berdebar, takut sampai tahap aku pulak soal panel penilai. Over la kau ni. En Boss pun tak over. Huhuhuhu!





Mak su aku baru balik dari Umrah. Sebab tu boleh dapat eyeliner Al Sultan ni. Ingat boleh ke pakai eyeliner sultan senang2? Sorry sikit eh. Pergi Umrah dulu baru boleh pakai. ;p Mula-mula aku ingatkan lipstik. Disebabkan aku ni tidak boleh langsung pakai lipstik, so aku abaikan jela. Tapi rupa-rupanya eyeliner. Kebetulan eyeliner dah lama habis, terus jadi hak milik aku. Kan? Harap-harap Leha tak baca entry ni.






abaikan mata bengkak dan muka tanpa make-up (eh,mcm la selalu ber'make-up')




Takde apa yang menarik pun kan? Macam eyeliner biasa kan? Tapi ada part lain yang lebih best dari eyeliner lain yang aku pernah pakai. Apa dia? Senang nak garis. Senang yang amat. Serius tak tipu. Sekali garis je terus jadi. Takde la nak kena ulang byk2 kali mcm selalu tu. Ke aku yang tak reti pakai eyeliner? Haha! Tapi ada satu masalah besar Al Sultan ni. Bila kena air habis la. Mata lebam mcm gothic. Susah hilang lak tu. Cis.

Inai dari Makkah belum pakai lagi. Disebabkan aku tak suka pakai inai jadi terbiar lah inai tu mcm tu je. Huhuhu.

Siapa nak pergi Umrah? Kirim Al Sultan boleh? Hehehehe :D



thansk korang!



Love,
Tata!





Jemputan majlis kahwin kawan-kawan :)

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Musim kawan-kawan kawen. Wehuuuu!

Dua orang kawan pejabat aku dah kawen dan bakal kawen pada bulan Jun ni. Tahniah sayangs!

Benda paling tak sangka bila kitorang berjumpa, berkenalan, berkawan bermula semasa kitorang sama-sama bekerja di sini. Dan kemudian memilih tahun 2012 untuk bernikah. Cayalah! Takde pun berpakat, semuanya kebetulan semata-mata. Tapi paling best bila Ara kahwin dulu dengan tiba-tiba. Apakah? Hehehe.. Tapi takpe, bagus jugak kalau takyah plan lama-lama. Pening kepala. Dah selamat dah pun. Hiks! Cayalah Ara, ko potong Q eh. ;p

Entry hari ini aku excited nak upload kad jemputan diorang. Tapi paling terbaik ialah kad kawen jemputan Ara sebelah perempuan. Memang awesome sebab melambangkan persepakatan dalam persahabatan sangat. erk!






Kisah disebalik kad comel ni ialah :

Designer kad : Zhul
Designer pelan : Mun
Tempat print : tempat aku
Kos : Rm16 (seratus helai)

Hasilnya : Ohsem!!

Bila dah print, dah gunting elok-elok, nampak sebijik macam cover CD. Comel sangat. Lagi pun majlis sebelah perempuan buat majlis nikah dan jemputan tak lebih 100 orang. Okay la kan. Jimat!






Yang ni kad jemputan sebelah lelaki. First time nampak terus jatuh cinta. Merah putih. Warna kad memang fokus pada warna merah dan putih, so nampak romantik dengan tiba-tiba. Yela, merah lambang hati, putih pulak lambang kesucian. Betul la romantik kan? Betul kan? Okay, stop merepek.








Yang ini kad jemputan Arina. Dia bakal dinikahkan hujung bulan Jun. Tahniah! Tahniah! Ada lagi sorang kawan kitorang yang sama-sama masuk kerja kat sini, umur pun sama.. Dayah namanya. Dia pun kawen tahun ni jugak. Tetiba rasa macam betul ke kitorang ni.. Empat-empat kawen tahun ni. Hmmmm..





Kelakar pun ada kan bila kitorang berempat kawen tahun yang sama. Hihihi. Yang ini doorgift dari rumah Ara. Cakap pasal hari nikah Ara, aku jadi sedih kalau ingat2 kan semula. Takde rezeki aku nak tengok dia bernikah. sobs. Salahkan kerja boleh tak? Manis gila warna kotak doorgift ni kan? Sayang nak bukak.



 
*Noted :  9 Jun wedding sebelah rumah suami Ara
              10 Jun wedding sebelah rumah En Abg Azam
kenduri kawen kawan-kawan hujung minggu ni okey!!






thanks korang!



Love,
Tata!




Wednesday, May 30, 2012

Dulang hantaran saya biasa-biasa je

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Adakah pelik sekiranya saya menyewakan dulang hantaran padahal saya belum pakai lagi?

Ouch! Skema nya!




Hai! Dah maghrib kan? Tapi aku still dekat pejabat. Nangis. Tunggu En Gaban ambil dan bawa pulang ke KL. Tengahari tadi aku ada post pasal trial gubahan hantaran yang selekeh kan? Tu masa mula-mula try buat bunga guna kertas tisu (tissue paper/crepe paper). Risikonya ialah bunga tersebut sangat sensitif dan mudah koyak. Huhuhu! Maknanya, kalau decide nak gubahan hantaran guna tissue paper/crepe paper, kena hati-hati dan menatang bagai minyak yang penuh <----- peribahasa untuk malam ini ;)

Tapi aku bukan nak cakap pasal gubahan eh, sebab part gubahan hantaran belum decide dan confirm lagi. Masih diperingkat berangan-angan. Hehehe. Sekarang aku nak cakap pasal dulang hantaran (ada yang nak tau ke takat dulang tak canggih tu).







Dulang ni ada kaki. So tak payah nak pakai kaki dulang lagi dah. Betul ke nama dia kaki dulang? Ala, yang macam tapak dulang tu. Belasah lah. Sure korang tau kan apa ke bendanya tu. Huhuhuhu! Harga Rm9.90 setiap satu. Total 9 dulang bersamaan Rm89.00. Setakat ni Ara guna untuk hantaran dia pada sabtu ni. Tak sabar nak tengok dulang yang aku belum guna, tapi dah bagi Ara rasmi! Hiks.

Harga Rm9.90 tu adalah selepas tawar menawar. Aku bab tawar menawar memang gagal! Aku bayar je kalau dah berkenan. Tapi ibu aku gigih tawar menawar. Harga dekat tempat lain (area KL) Rm11 setiap satu selepas tawar menawar.

Lagi pun bentuk dia yang ada ruangan di dalam menyebabkan aku rasa konfident untuk letak barang hantaran. Ruang dia luas. Memang kena lapik dengan sesuatu supaya nampak selesa. Nak lapik dengan span lah. Bagi nampak macam tilam empuk. Hehehe ;p

Dulang ni hantaran untuk En Gaban. Untuk diri sendiri aku pilih cermin sebagai dulang hantaran. Honestly idea ni datang dari Intan Norazam blogger terkenal a.k.a ratu diy :) At first aku dah pun tempah dekat kedai cermin supaya buat cermin yang ber'frame'. Rm20 setiap satu. Total 7 frame bersamaan Rm140.00.

Tapi dengan tiba-tiba aku suka dengan cermin dari IKEA. Aku yakin korang sangat familiar dengan cermin IKEA ni. Tapi bukan cermin Malma tu tau. Cermin ni takde frame. Rm25 dapat 4 keping. Total 8 keping cermin bersamaan Rm50.00. Jimat Rm90!! Macam kurang puas hati sebab takde frame. Tapi takpe lah. Janji cermin, dan boleh diguna semula. Thx Kak Intan for the idea! So cancel tempah frame. Sorry Amat :(

Dulang dan cermin untuk tapak hantaran memang aku beli awal. Kalau tak silap bulan Januari dan Febuari aku dah beli. Excited tak? Hahaha! Aku memang jenis tak penyabar. Sebab lagi di 'pending' lagi semak kepala otak. Huhuhu!




Bila fikir2 balik dulang hantaran tu mesti tersimpan je tunggu bulan 11 baru nak pakai. Kalau aku buat sewa Rm3 setiap satu ada siapa-siapa nak tak? Wink! Wink! ;p




thanks korang!



Love,
Tata!







Wordless Wednesday : Trial!

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


 
 
 
 
 
 
 
 
 
thanks korang!
 
 
 
 
Love,
Tata!
 
 

Monday, May 28, 2012

Preparation #2

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Mood bekerja sangat ke laut. Nun jauh ke tengah laut. Malas nak kejar. Biar jelah. Tunggu En Boss marah baru buat kerja. Maaf ya En Boss. Cuti sekolah la.. Banyak kenduri kawen pulak tu. Apa kena mengena? Hikhikhik!

Tetiba nak kongsi dengan anda semua beberapa perkara tentang majlis nikah aku. Wink! Wink!


Ingat tak dengan tukang jahit baju resepsi aku? Dia jugak tukang jahit untuk baju nikah aku. Lepas bereksperimen dengan baju resepsi (ambil risiko gila) aku tersangat berpuas hati. Untuk baju nikah aku tak tau nak buat design apa. Disebabkan aku suka sangat dengan cutting baju kurung moden untuk majlis resepsi tu, aku malas nak fikir lama-lama, aku terus on dengan design yang sama. Lantak lah. Cuma part kain je aku ubah sikit.

Kain untuk baju resepsi aku mintak akak tu buatkan style payung/kedut. Ntah mana satu ntah. Untuk baju nikah pulak mintak akak tu buat kain style meleret. Meleret la sangattttt..









sebelah kiri : kain payung/kedut
sebelah kanan : kain meleret
O.o



Baju tetap sama, baju kurung moden sahaja. Cuma baju nikah akak tu buat longgar sebab ibu aku bising. Huhuhuhu! Lengan dekat baju nikah ada kedut-kedut sikit dekat bahu. Part kedut-kedut dekat bahu tu akak tu yang create sendiri. Aku tak suruh pun. Tapi aku suka. Pandai akak tu kan.. Okay, i noe, simple. Takde perbezaan sangat. Lantak lah.


Sekarang tengah berusaha paksa diri supaya rajin mem'beads' baju resepsi dan baju nikah. Malasnya. Eh, rajin. Rajin. Cakap 44x cepat. Rajin, rajin, rajin, rajin, rajin, rajin.... ZzzZzzZz!!




yang ni veil nikah :)
lagi sikit nak siap. lambat gila nak siap. tak habis-habis 'lagi sikit' T____T
sambungan dari SINI


Kain untuk veil adalah sama dengan kain baju nikah. Nak selamat. Nanti ketara pulak warna berbeza.

So far itu sahaja preparation yang in progress. Lain-lain baru nak mula, terbengkalai dan macam-macam lagi. Sedihnya perangai. Harap-harap semuanya okay. Dah la jenis try and error. Eksperimen macam dalam makmal. Suka hati je.

Aku buat semua ni sebab nak jimat kos dan nak hasilkan guna tangan sendiri. For sure semuanya tak se'grand' wedding orang lain, sebab seriously wedding aku tersangatlah simple. Huhuhu. Takpe lah, janji aku kawen dengan lelaki yang aku cintai dan aku sayangi. Weyyyk! Maaf. Jangan muntah ;)

Malam ni nak sambung segala benda yang terbengkalai. Kalau ikutkan mood aku nak sambung buat bunga chiffon. Gatal. Boleh lak main pilih-pilih. Ceh!




thanks korang!



Love,
Tata!

 



Jom intai-intai Kasut Kahwin

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua






171 days to go!
fuh!!
itu pun pada tarikh 22 Mei. sekarang dah 28 Mei. O.o


Back to the simple list yang aku dah buat, banyak jugak benda-benda remeh yang aku belum mula lagi. Tetiba nak cakap pasal kasut. Sabtu lepas Nisa, kazen aku suggest nude color for my wedding shoes. Kitorang google sambil lepak atas katil. Result memang best. Semua aku nak. Huhuhu. Kalau cakap pasal kasut aku memang tak berkompromi. Huhuhuhu!

Tapi picha(s) kat bawah ni apa yang aku jumpa dalam Facebook. Page ChristyNg.com. Saje aku kongsi dekat sini. Jom!












1







2







3







4







5


Mana satu eh? Kalau ikutkan semua pun aku suka. Weeee :)


Kasut dekat dewan kena paling selesa, sebab nak kena banyak berjalan dari meja ke meja. Pastikan keselesaan melebihi appearance. Nanti terlalu nak yang cantik tapi tak selesa, habisla. Kena pakai selipar je lepas tu. Hehe. Kasut nikah tetap nak jugak walaupun dah sah-sah tak pakai lama. Nak jugak. Tak kira. Wink!!

Beberapa perkara dalam semangat men'diy' :
1. Lace sudah di patch dekat baju nikah
2. Sedang mem'beads' baju resepsi
3. Sedang menambahbaik beads dekat veil nikah
4. Menyambung semula menjahit chiffon untuk hand bouquet
5. Memotong kertas untuk buat burung
6. Akan menyambung semula membuat corsage yang terbengkalai

Banyaknya?! Tu belum masuk bab centerpieces, hiasan hantaran, bilik pengantin. Oh no! Lagi 5 bulan je lagi Cik Saila. What are you doing? Kalau lah boleh bawa segala benda tu ke pejabat.. Kan best :(




thanks korang!




Love,
Tata!