CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 17, 2012

Ucapan Raya Untuk Followers QSS!

Hai!



Assalamualaikum.


Untuk ucapan raya tahun lepas boleh tengok ucapan hari raya dari perantau. Masa tu followers tak ramai, belas-belas je. Sobsobsob!! Yang ramai baca pun silent readers. Terima kasih banyak2. Masih ada lagi silent readers yang baca blog ni sampai sekarang, terima kasih yang tak terhingga.

Maaf ya sebab takde kad raya.. Tak tahu pulak kad raya masih 'in' lagi. Bila Kak Sheila, Linda bagi kad raya baru terfikir, seronok dan bagus betul hidupkan semula tradiri memberi kad raya ni. Maaf lah ya, insyaallah, tahun depan kalau umur panjang, aku akan hidupkan tradisi kad raya terutama kepada bloggers semua.

Hari ni hari last bekerja, tapi banyak pulak kerja nak kena check. Ada beberapa delegasi dari luar negara nak datang Malaysia pastu nak buat lawatan kerja kat Kemeterian ni, diorang bukan tau pun kita nak raya ke, nak makan lemang ke. Huhuhu! Takpe lah, nak buat macam mana kan.



*************************************************************************

Kepada :
Followers, Bloggers & Silent Readers



Terima kasih yang tak terhingga kepada para bloggers sekalian, hanya dengan internet kita sentiasa bertegur sapa, bertanya, saling menyokong antara satu sama lain. Kepada Bride to Be, terima kasih atas sokongan anda, perkongsian idea anda, kata-kata semangan anda. Kepada yang akan melangsungkan majlis pernikahan, Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia hingga ke Jannah. Semoga permulaan anda sebagai suami dan isteri mendapat keberkatan hingga ke akhir hayat.
Bloggers/followers semua, korang memang ohsem! Tanpa korang, blog ni mesti sunyi sepi. Terima kasih banyak2.
Kepada silent readers, terima kasih juga.. Malu jugak bila berjumpa korang akan tanya pasal tulisan-tulisan aku. Huhuhuhu..
Kepada rakan-rakan pejabat yang baca blog ni terima kasih sayang semua :)
Kepada En Gaban, seperti biasa pemantau blog ni, terima kasih sebab selalu menjaga penulisan saya supaya tak terpesong. Supaya saya menulis hal-hal yang baik sahaja untuk kebaikan bersama.
Mohon maaf kalau ada terkasar bahasa semasa kita berbalas komen, mungkin ada kata-kata yang tidak disenangi yang aku sendiri tak sedar. Maaf banyak-banyak ya. Semoga hati kita bersih dan suci dari perkara-perkara yang tak baik. 


Berkebaya merah dipagi raya,
Menjamu ketupat bersama Cik Siti,
Mohon dan maaf kepada pengikut setia,
Bersama kita meraikan Aidilfitri.



 Daripada :          
Nursaila Norman


*************************************************************************


pssst : kalau sudi, tinggalkan komen ya.. Nanti saya singgah blog kamu juga. sebab ada juga followers yang saya tak nampak link dia. tak tau lah kenapa. 







Selamat Hari Raya!



Love,
Nursaila Norman!

12 comments:

cikCT said...
This comment has been removed by the author.
cikCT said...

selamat hari raya QSS:)

Diyana said...

Selamat Hari Raya Saila (^_^)
maaf zahir & batin

anariffin said...

Selamat hari raya saila...
maaf zahir batin...
=)

LiNda said...

Selamat hari raya utk saila dan en.gaban
Semoga raya kali ni lebih meriah..;)

ayut said...

hihihi..Selamat Hari Raya kak Saila!Be happy dan semoga berbahagia selalu.amin! :)

Puan Rad said...

selamat hari raya saila!~ semoga raya bujang ni meriah ya.. tahun depan dah raya double pula kita kan?? hehehe

Anonymous said...

kita satu rumah pun kena wish gak ke? hikhikhikk... Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir & Batin :)

Anonymous said...

KA nak balik kg dah dan sebelum itu nak wish selamat hari raya ye

Rtp Farra Arisha said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Sis Saila dan keluarga. Minal Aidzin Wal Faidzin. Mohon maaf lahir dan batin.

PetakBunga said...

Selamat Hari raya juagka Saila...

Mr and Ms bOZhiCkA said...

Belum terlambat nak ucap...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...heeee