CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 18, 2014

Dulu Checklist Kawen, Sekarang?

Assalamualaikum.



Baby kita dah masuk minggu ke-15, alhamdulillah. Masuk minggu ke-16 je kita nak sibuk-sibuk buat checklist. Dulu sibuk buat checklist nak kawen kan.. Dah setahun lebih meninggalkan dunia checklist diy tu. Sekarang nak menyibuk buat checklist diy untuk baby pulakkkkkkk. Semalam MC melepak rumah Ibu sebab aku kan pemalas nak masak, duduk rumah Ibu macam duduk kat restoren (Suami cakap), sambil-sambil tolong Ibu masak tu cakap la aku nak buat itu ini. Tapi Ibu tak bagi aku menjahit dah! Orang-orang tua/dulu-dulu tak bagi gadis mengandung (gadis ke?!) menjahit. Dang! Baruuu berangan nak jahit itu ini. Wahhhh, macam banyak kan itu ini. Padahal alas tidur baby (baby quilt) dengan barut je pun. Hehehe.

So Ibu lah kena jahit. Aku menggunting jelah. Heeeeeeee.. Plus aku pilih kain, decide itu ini, bab menjahit bagi kat Ibu. Bagus tak? kehkehkeh.

Checklist setakat ni belum banyak lagi, baru beberapa je :

1. Barut
2. Baby Quilt (actually tak perlu mana pun, Malaysia kan panas)
3. Selimut
4. Bedung

Set tilam nak buat sendiri macam tak mampu je.. Walaupun berkobar-kobar nak pilih corak sendiri. So tempah jelah. Pilihan yang ada pun takde lah memuaskan mata sangat, apa yang aku pilih tu kira dah puas hati habis lah tu. Huhuhu.

So far itu jelah.. Diy barang baby tak banyak macam diy barang kawen. Sebab tu best lagi nak ada baby. Hikhikhik :)

Doakan checklist aku berjaya :)





Love,
Nursaila Norman!



13 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. hehe best kan nak sediakan checklist. hihi. sheila masuk 20weeks ke atas baru mula sibuk nak beli barang baby. lagi2 lepas tahu jantina. excited nak shopping. jaga diri baik2 ye ~~~

mila said...

wah bestnye pegnen.jg kandungan elok2 ye..

Unknown said...

seronoknye kalau pndai wat sendiri kelengkapan baby..mcm barut etc...tapi kenapa x boleh mnjahit time preggy ye???

Lyaa Suriany said...

seronok nya ada bakat diy ni.
lya bab menjahit la yg lemah. padahal teringin sgt nk jht tilam la , bantal. sbb range harga tilam kekabu skrg plg tdk pn srts lebih.

PetakBunga said...

barut and bedung lain ek?

khadijah said...

Barut bedung semue mama dija yang jahit. Tapi takdenye corak2 putih je. Hee baby sekarang bukan nak berbedung, panas pulak. Tak sampai sebulan pun dija pakaikan zarif bedung :)

suria lekatlekit said...

akak tak tau lak masa mengandung tak boleh menjahit sebab akak masa mengandung memang takde sangat pantang larang. mengandung sorang2 jer.. yg ada asben je bkn dia reti bab pantang larang pun. tp masa dalam pantang mak akak ada tegur tak boleh menjahit sebab akak jahit butang baju asben masa tu.

Nursaila Norman said...

misz sheyla : org tua2 kata nanti 'jalan tak buka'..kalau ikutkan hati taknak percaya benda tak pasti, nnt takut jatuh kurafat/syirik pulak..tp just ikut/sedapkan hati ibu..plus ada org tlg jahitkan iheeee..

petak bunga : barut dgn bedung lain dear..barut yg balut kat dada baby..bedung yg balut dia 1 badan nk bagi cantik :)



Yna said...

untungnya saila pandai menjahit..
kita jahit jelujur pun senget benget..hehe..

selamat menjalani hari-hari yang indah..=)

Jajas said...

tahniah...semoga dapat baby comel2...

Affy Afiqah said...

alhamdulillah tahniah kak saila...tak sabar nak tengok bby akak nanti....ihiks
jaga diri baik2 tau!!!

Anonymous said...

wah seronok kalau semua boleh buat sendiri kan...

Rina Hamid said...

bes sgt nak prepare brg kawen. me likeeee! btw saila ms preggy dlu rina jahit jek. xleh pecaya sgt pantang larang tu sume. bab makanan jek rina pantang ikut org tua2 ckp. yg lain2 semua buat. alhamdulillah semua dimudahkan jek. pecaya kt Allah yakin dengan Allah. masa rina ngadung byk tempahan tudung. byk sgt jahit itu ini.