Assalamualaikum.
Bila bercakap pasal perut berangin, heartburn dekat sesiapa sahaja termasuk lah doctor, jawapan semuaaaaaa sama 'normal'. Tapi maybe, maybe kes aku lain dari orang lain. Maybe. Sebabnya orang lain perut berangin, heartburn masa pregnant, muka coooollllll je. Macam takde pape pun. When it comes to me, masyaallah..... Rasa tak selesa terseksa, macam berlaku pendarah kronik okeh. Aku tak tau lah rasa pendarahan dalaman tu macam mana. Tapi itu lah yang aku boleh bagi contoh. Nak bagitahu betapa terseksa nya. Huhuhuhuhuhu.
Lebih 2 bulan, aku hadap masalah perut berangin + heartburn secara pakej eksklusif tu. Start tahu pregnant masa 6 weeks tu dia mula dah. Sampai lah minggu ke 15. Bertabah aku ikut panduan untuk elak perut berangin + heartburn. Masa memula aku taktau, tekak pulak masa tu nak makan yang bestttt-besttt je. Nak tomyam, nak laksa. Tak pasal-pasal kami laki bini makan tomyam almost every night. Kebetulan, aku baru baik demam teruk, batuk2 pulak. Petuanya minum air limau kasturi campur madu. Memang mujarab, tapi kena amalkan selalu. Bila makan kat luar aku order air limau panas.
So?
So.... Semua tu penyumbang kepada kesakitan yang teruk!
Sepatutnya aku tak boleh makan pedas dan masam. Tapi nampak tak apa yang aku makan? Masuk minggu ke-11 macam tu aku stop makan masam dan pedas. Tak sentuh langsung dah. Apa-apa sumber makanan yang ada rasa masam dan pedas aku elak. Kalau terpaksa macam g kenduri kawen ke, aku elak ambil sambal. Ambil isi je. Sambal asing tepi.
Tapi aku still sakit perut. Susu takyah cakap lah, tak minum lansung. Beli je susu HL tapi duduk dalam peti ais comel-comel. Susu kan ada unsur masam. Kadang-kadang tu curik-curik minum soya, takpun kalau Suami makan koko krunch dengan susu, aku minum sikit.
Makan kuantiti yang sikit tapi kerap pun aku buat. Apa je yang sepatutnya, semua aku buat. Huhuhuhu. Perut tak boleh kosong doctor dan nurse cakap. Ya. Tak sempat nak kosong, otak ni ligatttt je fikir nak makan apa. Tapi? Makanan terhad la.. Masakan melayu apa yang takde pedas dan masam???
Kalau masakan cina tu halal, dah lama aku g sana okeh! Wu wu wuuu!
Aku amalkan makan kerap, kat meja ofis aku ni diorang cakap macam pantri. Pastu share ramai-ramai, kejap-kejap ada yang singgah bukak tupperware aku. Haha. Kurma lah penyelamat aku. Lapar sikittttt je, sikittttt je babe, laju-laju bukak tupperware makan kurma 2-3 biji. Pastu aku bawak cornflakes dalam tupperware, lapar sikittt je aku kunyah cornflakes. Buah lah, segala macam. Biskut vegetable pun ada. Nak?
Tapi masih sakit. Sakit yang 24 jam, kecuali aku tidur, bangun tidur pagi nak pergi keja je tak sakit. Lepas tu start sampai ke malam. sobs! Rasa nak baringggggg je. Baring je selesa. Baring mengiring. sosb!
Kalau orang lain kata perut berangin dan heartburn tu normal, aku tak rasa aku normal. Huhuhuhuhu.
Habis idea dah nak buat apa. Pantang makan sudah (pedas, masam, makanan berangin), jangan bagi perut kosong sudah, jangan makan berminyak sudah (walapun susah). Apa lagi eh, kot ada yang aku terlupa..
Tiap-tiap malam sapu balm kat tapak kaki konon supaya angin tak masuk dan menambahkan sengsara, entah ye ke tidak. Hehehehe. Sapu balm urut-urut sikit, pastu pakai stokin. No more sapu losyen-losyen. Hahaha. Burp takyah cakap lah, macam raksaksa and orang tua! Orang kecik, tapi burp macam raksaksa kenyang. Ngeeeee..
Semua ni sebab pregnant, tapi aku tak suka dan tak pernah salahkan keadaan pregnant aku menyebabkan aku jadi macam ni. Tak baik kan. Aku salahkan diri sendiri sebab tak jaga makan sebelum ni. Dan aku pun tak prepare langsung pasal perut berangin ni bila pregnant :(
Hakikatnya ruang jadi sempit sebab ada kehadiran baby, mudah senak dekat ulu hati. Kan? So bila kita makan lebih sikitttt je, berkawan pulak dengan angin dalam perut, serba tak kena terus!
Minggu ke-15 aku jumpa doctor sebab dah tak tahan (macam dalam entry lepas yang aku pernah cerita), doctor kesiannnnnn dengar cerita aku pastu doctor bagi lah ubat. Safe for pregnancy. Walaupun gaviscon ada untuk pregnancy, tapi aku tak confident kecuali dapat nasihat doctor. Since Dr Ezeta ni satu-satunya doctor yang tahu keadaan aku dari pertama kali lewat period, sampai lah ke hari ini, senang lah dia tahu track record aku.
Kalau ikutkan cadangan makan ialah 10ml 3x sehari. Tapi aku ambil sekali sehari je. Itu pun hari pertama. Hari kedua aku ambil 7.5ml sehari sekali. Hari seterusnya 5ml sehari sekali. Ambil dalam 4 hari je. Harini tak ambil. Cuba untuk tidak ambil sebab perut dah okay sejak hari pertama ambil.
Alhamdulillah, legaaaaa banyak. Walaupun orang cakap tak elok ambil ubat sebab takut effect baby, tapi kalau atas nasihat doctor aku berani lah. Aku tak sanggup nak abaikan hari-hari aku hanya kerana aku sakit perut berangin. Banyak benda yang aku tak buat lagi untuk pregnancy ni. Kismis pun tak beli lagi sebab bila dah sakit perut tak selesa ni rasa nak baringggg je. Nak malas-malassss je. Pastu nangis sebab sakit :(
Kacang badam tak beli lagi, salmon tak beli lagi. See? Cream untuk stretch marks pun tak beli lagi. Kang dah bergaris2 kang sape yang bengang? Akuuu jugak. Sekarang ni sapu baby oil je. Dah okay ni boleh lah fikir pasal baby dengan seriusnya! Sebab Ibu dah sihat! Makan pun dah boleh makan banyak sikit, hiks!
Setiap Jumaat adalah permulaan hari baby membesar week by week. Jumaat ni baby dah 16 weeks! Alhamdulillah :) Jumaat depan 17 weeks kita jumpa sayang :) Insyaallah, amin.
lalalalalalalala hati senang sebab perut dah okay :)
Love,
Nursaila Norman!
Alhamdulillah, legaaaaa banyak. Walaupun orang cakap tak elok ambil ubat sebab takut effect baby, tapi kalau atas nasihat doctor aku berani lah. Aku tak sanggup nak abaikan hari-hari aku hanya kerana aku sakit perut berangin. Banyak benda yang aku tak buat lagi untuk pregnancy ni. Kismis pun tak beli lagi sebab bila dah sakit perut tak selesa ni rasa nak baringggg je. Nak malas-malassss je. Pastu nangis sebab sakit :(
Kacang badam tak beli lagi, salmon tak beli lagi. See? Cream untuk stretch marks pun tak beli lagi. Kang dah bergaris2 kang sape yang bengang? Akuuu jugak. Sekarang ni sapu baby oil je. Dah okay ni boleh lah fikir pasal baby dengan seriusnya! Sebab Ibu dah sihat! Makan pun dah boleh makan banyak sikit, hiks!
Setiap Jumaat adalah permulaan hari baby membesar week by week. Jumaat ni baby dah 16 weeks! Alhamdulillah :) Jumaat depan 17 weeks kita jumpa sayang :) Insyaallah, amin.
lalalalalalalala hati senang sebab perut dah okay :)
Love,
Nursaila Norman!
8 comments:
sapu cream awal2 saila.sementara perut belum membesar.pakai minyak zaitun safi tu pun okay dh..sarah pernah kena heartburn.tak tahan gak masa tu,.
awin pun alami perkara yang sama sewaktu mengandungkan arwah adam...time keje,lum kul 5 ptg lagi, kepala dah ingat bantal n nak baring je kat umah...
boleh makan antacid macam gaviscon.tapi jgn ada simethicone.fiqa dulu pun teruk.layankan aje
Alhamdulillah dh okey...cik mah pun pernh kn..tp xlm lm..kejap2 je...take care ye...
Assalamualaikum awak.. kesiannya. semoga kuatkan semangat dan cepat sihat ye. sheila still lagi boleh makan benda pedas cumanya nowdays selera hilang... makan pun kurang. haritu kg turun 0.5 dalam masa sebulan. risau baby kecik Y___________Y
cream utk strech mark tu mmg kena awal2 sapu.
nanti jd mcm kita kt kaki dah ada! nasib part perut cantik lg.
huhu!
cream utk strech mark tu mmg kena awal2 sapu.
nanti jd mcm kita kt kaki dah ada! nasib part perut cantik lg.
huhu!
Alhamdulillah...moga ibu gan baby shat mmbesar ye :)
Post a Comment