CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 13, 2014

2nd Anniversary : 9 November 2014

Assalamualaikum


Semoga entry dalam link ini akan terus bertambah dari tahun ke tahun, amin :)

Ahad lepas sekali lagi Allah beri peluang kepada kami untuk meraikan ulang tahun perkahwinan kali yang kedua. Alhamdulillah. Cuma tahun ni tak dapat lah nak romantik sesangattts. Sebab tak boleh nak kemana-mana, Lissa baru 58 hari masa tu. Nak bawak Lissa keluar teman Ibu dengan Abah dia makan-makan pun tak berani. Kecik sangat pun. Terpaksa lah tinggalkan Lissa kat rumah, kitorang pergi makan kejap. Kejapppp sebab rasa macam ada benda kurang. Hehehe!




































Makan laju-laju, snap picha pun asal ada kenangan. HAHA. Perasaan baru betul! Tahun lepas ke Cameroon kita.. Lepas tu konon Disember nak start ehem ehem for baby. Tapi perasaan teruja tu dah datang tak sabar-sabar, siap nama pun dah ada HAHA, so November jugak TTC. Ehek!

Jadinya tahun ni celebrate bersama Melissa!!! Yayyyy.. Actually bukan celebrate dengan dia pun sebab dia kena tinggal kat rumah. Kesiannnn. Nanti Lissa dah besar sikit, Lissa ikut Ibu dengan Abah celebrate lagi sekali 2nd Anniversary ni eh. Ibu dah paw Abah supaya celebrate proper sikit. Sebab Ibu tak puas hati makan laju-laju. kehkehkehkeh.

Genap 2 tahun perkahwinan, kami banyak belajar erti sabar dan sabar. Masa bercinta dulu boleh lah aku nak merajuk lama-lama. Sejak dah kawen kurang lah merajuk aku tu. Tak boleh kot nak merajuk teruk-teruk, lama-lama. Sebab dah serumah, mana nak lari. Hehehe. Sejak pregnant aku langsung tak merajuk.. Sampai Suami suruh aku pregnant tiap tahun. Sebabnya, aku baikkkkkk sangat sepanjang pregnant, aku ayuuuuuuuu sangat. Boleh?

Sepanjang tahun kedua berkahwin ni Suami yang banyak buat kerja rumah, lagi-lagi sebab dah pregnant. Terima kasih banyak-banyak sayang, sebab sayang rumah kita bersih.

Perkahwinan kami ni terlalu muda kalau nak banding dengan orang lain. Tak sesuai nak cakap semua benda dekat sini, CUMA terlalu banyak kebaikan dari Suami untuk aku, yang aku rasa macam tak percaya dengan perkahwinan ni.

Suami aku tak pandai nak celebrate apa-apa hari istimewa, tak pandai, tak reti. Selalunya aku lah yang rancang itu ini. Dia ok je. Kalau ikutkan Isteri mana tak suka kalau Suami buat surprise gila-gila kannnnn? Oh, I wish! Tapi takpe lah, dah Suami tak reti.. Dia reti tolong Isteri kat rumah sampai Isteri rasa bersalah pun cukup sesangat dah. So bab celebrate hari-hari penting, biar aku je handle. Hikhik! Aku tak terkejut kalau tak dapat bunga, cokelat, percutian tiba-tiba atau apa saja lah.. Tapi aku jadi terkejut dan mungkin aku syak sesuatu negatif kalau tetiba ada sejambak bunga untuk aku dari Suami. Hahaha.

Walaupun kami baru berkahwin 2 tahun, tak salah kan kalau aku nak bagitau beberapa cara untuk kekal sweet? Errrr.. Ehem! Cara kami tiap kali terpandang satu sama lain, berselisih dekat dapur ke.. Kami akan senyum macam jiran berselisih dengan jiran. Bila Suami tunggu aku time balik kerja contohnya, kami akan senyum dari jauh lagi. Senang cakap, tiap kali terpandang muka Suami terus senyum. Benda ni tak dirancang, ia berlaku secara semulajadi.

Selain tu, walau apa pun perbuatan Suami dekat kita, perbuatan kita dekat Suami, amalkan ucap terima kasih. Walaupun Suami tolong ambilkan sudu untuk kita.

Benda ni nampak macam remeh.. Tapi manfaat dia sangat besar. Benda ni akan buat kita rasa hormat sangat antara satu sama lain, buat kita rasa bahagia sangat sebab benda ni kita buat setiap hari, jadi kita akan rasa bahagia setiap hari. Bukan bahagia pada hari-hari tertentu sahaja.

Lepas ni aku tak kira, kalau jalan-jalan kat luar aku nak jalan pegang tangan, peluk pinggang. Sebab sebelum ni kitorang segan nak mati.. Kalau pegang tangan tu biasa je lah kan tapi kadang-kadang tu ada lah jugak Suami peluk pinggang masa berjalan, tak sampai seminit terus tak jadi. Sebab orang pandang. Baru-baru ni kitorang keluar berdua sekejap tanpa Lissa, Suami peluk lah pinggang.. Aku pulak otometik peluk pinggang Suami jugak.. Tetiba ada orang pandang semacam. Terus cancel. Tapi bila aku fikir-fikir balik, time menaip entry ni.. Apasalah nya?? Kami halal kot. Kalau tak buat macam tu dari sekarang nak buat masa bila. Masa kulit muka kami dah ada kedut sikit ke?

Lepas ni lantak. Orang nak pandang ke, jeling ke pedulikan. Dah 2 tahun kawen pun masih rasa takut? Hahaha. Okay abaikan. Kalau Suami sudi nak peluk pinggang kita masa berjalan, biarkan. Lantak la orang nak pandang, jeling. Maybe diorang ingat kita-kita ni belum kawen kot. Nanti lah, Lissa dah besar sikit aku tolak stroller, baru tau!

psssst : sejak Suami kerja dengan company baru ni, dia tak boleh bukak blogspot. jadi aku dah kehilangan seorang follower tegar. sedih. sobs! Sayang, terima kasih kerana tidak pernah sekali pun merungut, tegur, waima complain dengan sikap kurang rajin saya nie. terutama sekali bab memasak dan membasuh. ops!





Love,
Nursaila Norman!



9 comments:

Han Hanni said...

epy anniversary sayang..
semoga saila sentiasa berbahagia dengan family..

Allah rahmati hubungan kalian..amin

Zai Zamree said...

hepi eniberseriseri...

moga bahagia hingga taman2 syurga

Rina Ellisa said...

Happy anni saila..

Kejap je dah 2tahun kan..

Rina baru merangkak2 dalam rumah tangga.. :)

Semoga hubungan saila kekal ke syurga.. Amin :)

Ann said...

org pandang tgk korang ni mcm budak blaja lagi kot..hehehe

alhamdulillah...happy anniversary...kjp je dh 2thn kan..

psss..mr.gaban ni mmg baik budaknye..hehehhe...

mila said...

muka korg mmg seiras.semoga jodoh korg kekal till jannah yer..

Rina Hamid said...

happy anniversary saila. sweet sgt entry ni. hehehehe. smoga jodoh kekal selamanya.

EZAN IDMA said...

samalah husband sy pon tak rti nak sweet sweet bagai haha. kami bru je 5 bulan kawen. thanks for the tips tau. btw happy anvvsary :)

Puteri Kayangan?@#$%???? said...

Happy anniversary dear .. moga bahgia hingga ke jannah ..amin2 ..

lama tak jenguk dear ..take care tau

Affy Afiqah said...

ehem3 happy anniversary kak saila and hubby :))