Assalamualaikum.
Tema kali ini Gold dan Silver. Sebelum siap rasa canggung sikit kan? Tapi bila dah siap, cantik rupanya.
Percaya? Tak percaya? Aku lagi tak percaya.. Hahahaha! Pearl HB siap selepas habis berpantang. Good job Saila! Customer nak pada November. Sebelum bersalin aku dah beli bahan-bahan. Standby je untuk disiapkan. Masuk je November dapat berita kurang baik, terpaksa contact customer mintak hantar lambat sikit dari tarikh yang dijanjikan. Alhamdulillah customer faham, dah macam kawan pulak dengan customer ni. HEHE!
Selepas ini tempahan untuk Pearl HB dibuka seperti biasa!
Sebelum tu, aku nak bagitahu awal-awal harga masih sama macam mula-mula aku buat Pearl HB. Harga paling murah aku rasa. Kalau ada lebih murah dari Pearl HB aku ni memang hebat lah orang tu. Hehehehehehehe. Aku tak beli secara pukal atau borang pearls ni semua. Oleh kerana itu aku tak dapat nak kurangkan harga HB lebih rendah lagi. sobs! Aku pun tak amek tempahan dengan kuantiti yang byk dalam sebulan. Jadi, aku tak boleh dapat harga borong. Maaf :(
Banyak tempahan aku terpaksa tolak sebenarnya, sebab customer mintak pos kan HB. Tapi lepas ni aku akan ambil tempahan luar dari KL tapi harga courier akan di charge lah ye. Mahal sikit dari courier Pos Laju. Sebab aku taknak guna diorang. HB ni barang SENSITIF. Taktau lah diorang take note atau tak. Huh!
Manik/Pearls pulak aku bukan guna pearls yang TAK BERKILAT tau. Pearls aku jenis BERKILAT. Super shining punya. Boleh compare lah dengan Pearl HB yang lain k!
Aku SEBOLEHNYA akan guna pearls bersaiz besar untuk main colour. Pearls kecik untuk shadow. Tapi kalau dah terdesak, warna utama takde dalam bentuk pearl besar, aku terpaksa guna saiz sederhana atau kecil. Part ini aku tak boleh tolong, sebab aku tak straight dengan pemborong. Huhuhu! Maaf sekali lagi. Tapi! Kalau aku terpaksa guna pearl sederhana atau kecil, aku terpaksa lebihkan pearls dalam satu HB. Aci kan?
Cukup lah kot penerangan aku ni.. First time pulak aku membebel pasal manik bagai. Bukan apa, nak pastikan customer puas hati bayar untuk dapatkan Pearl HB aku. Kot lah ada yang lebih murah, boleh lah bandingkan kenapa Pearl HB aku mahal dari peniaga lain.
Tunggu apa lagi b2b? Ada yang nak pakai Pearl HB untuk hari bersejarah? Meh la wassap kita 019-2290413. COD area Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Booking + Security Deposit 50%. Balance lagi 50% bayar masa ambil HB. Bagi yang guna postage, payment 100% ya :)
Love,
Nursaila Norman!
5 comments:
Cantiknya.
lawa la kaler dia...naseb dh kawen :p
cantek..
HB saila memang terbaik laa..
Terms and condition itu perlu....explainarion pon lg la perlu...moga trus success kak... :)
Terms and condition itu perlu....explainarion pon lg la perlu...moga trus success kak... :)
Post a Comment