CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, September 22, 2015

Checklist Untuk Birthday #melissaturns1 & Happy 1st Birthday Melissa!

Assalamualaikum




Alhamdulillah, Melissa dah pun setahun pada 11 September 2015 (Jumaat) yang lalu. Susah nak percaya yang aku ada anak. Sebabnya aku ni bukanlah friendly kanak-kanak, HUHU. Bila Lissa lahir memang rasa miracle sangat. Dia membesar dengan tangan aku. Susah betul nak percaya. Huhuhuhu.

Tapi hakikatnya, aku sedang melayan kerenah baby dari dia lahir sampai lah setahun. Jauh lagi perjalanan kan? Get ready untuk lebih berhati-hati, sebab dia dah banyak bergerak, banyak explore, banyak akal. Suka cuba benda baru. Maka, berhati-hati adalah PERINGATAN UTAMA sekarang ni. Cakap pasal berhati-hati nanti lah kita share sama-sama macam mana korang amalkan ciri-ciri berhati-hati dekat anak, okay?

Sekarang ni kita cakap pasal birthday party dulu eh. Sambutan hari jadi memang dah jadi amalan keluarga aku. Sejak ulang tahun aku yang pertama, Ibu & Ayah dah mula sambut walaupun hanya secara kecil-kecilan. Sambutan hari lahir aku bukan setakat umur setahun dua.. Tapi sampai sekarang. Bukan aku je.. Adik-adik aku pun sambut hari lahir jugak. Takde istilah ‘alaaaa, anak first boleh la’ ‘alaaaa, anak baru sorang boleh lah, cuba anak dah dua tiga nanti’ Why so negative? Duh!

Jadi aku nekad nak teruskan amalan ni. Lagipun bukannya ada tiup-tiup lilin. Niat aku nak buat macam Ibu & Ayah. Setiap tahun, setiap kali birthday kami, wajib ada gambar kenang-kenangan. Banyak album birthday kami kat rumah diorang tu. Terima kasih Ibu & Ayah, sebab tak pernah miss sambut birthday kami. Setiap tahun ada gambar. Terima kasih sebab jadikan semua tu kenangan terindah untuk kami. *swipe tears*

Aku nak anak-anak aku rasa apa yang aku rasa jugak.

Pada awalnya nak celebrate kami bertiga je (Aku, Suami & Melissa). Tapi family aku dekat je pun. So tukar, celebrate kami bertujuh. Bajet tak besar, cukup lah sekadar celebrate dan ada gambar sebagai kenangan. Tak lama tu Ibu aku mintak family terdekat ada sekali. Itu yang nampak macam meriah, tapi tak pun.. Makan-makan je. Aku pun slow-slow buat checklist. Simple checklist, sebab ini adalah simple birthday party. Hehe!

Aku ringkaskan checklist / senarai aku kat sini eh. Sebabnya aku draft dekat kertas kosong, lepas dah puas hati baru aku buat kat Excel. Tapi takyah kot aku letak Excel tu kat sini. Kacang je!


CHECKLIST BIRTHDAY PARTY FOR MELISSA

1 TEMA
Aku taknak nampak terlalu gegirl sangat. Masih ada warna pink, tapi taknak semuaaaanya pink. Aku suka putih. Tapi untuk anak perempuan, ulang tahun pertama pulak, macam plain sangat kalau semuanya putih. So aku combine kan Putih + Pink. Nampak macam selalu dah orang buat tema ni kan? So aku add kan warna Gold. Disebabkan bukan mudah untuk dapat kertas craft warna gold, aku blend kan warna kuning, oren dengan peach. Nampak perkataan blend tu? Macam best je. Haha!

2 BAJU
Untuk queen of the day tu – Melissa, aku plan nak pakaikan dia tutu dress. Dah jumpa Instagram kawan yang buat tutu dress. Tapi beberapa minggu sebelum birthday aku jumpa skirt pink ala-ala tutu tapi lebih cantik RM49 je dekat Manjaku. Baju pulak plan sleeveless putih. Tak suka pakaikan dia dress kembang-kembang, tebal-tebal – cliché sangat. Huhu! But who knows? Neksu Melissa hadiahkan (as usual) simple-romper-dress untuk birthday nanti. Dari Nicholas & Bears. Haihhhh.. Untung Melissa. Dress labuh brand yang sama Neksu bagi pun tak pakai lagi. Konon nak pakaikan itu (sebelum jumpa skirt kat Manjaku) Huhuhu!

Untuk Ibu & Abah pulak aku nak kitorang pakai t-shirt tulis ‘MEL’ dan ‘11’ warna gold. T-shirt tu aku tempah. Alang-alang tu dengan family sekali pakai t-shirt custom-made tu.

3 JEMPUTAN
Dalam jemputan of course ada tarikh, masa dan tempat. Aku edit daripada kalender hp lepas tu jemput dalam group wassap je. Hehehe! Tarikh aku terpaksa buat pada 13 September 2015, lepas Zohor, dekat rumah baru kami. Wink! Wink! Dalam jemputan ni jugak aku dah kira berapa orang tetamu yang dijemput. Ahli keluarga terdekat sangat-sangat. Lebih kurang 50pax!

4 KEK
Mulanya nak tempeh kek. Tapi budget tak besar, lagi pun Melissa bukan boleh makan sebiji kek tu. Hehe. Aku tukar dengan pulut kuning. Aku mintak Ayah design huruf ‘M’. Aku teringat, dulu masa birthday aku darjah 3, Ayah buatkan kek 2 tingkat guna pulut kuning. And I admit, kek aku dulu lebih cantik. Huhuhu! So aku nak throwback lah konon-konon. Hehehe. Suprisingly, Neksu Melissa bawak pulak sebijik kek Red Velvet! Thank you Ucu!

5 MAKANAN
Semua jenis makanan Ibu aku yang handle. Dalam checklist ni kira sekali segala peralatan untuk makan. Termasuklah meja untuk makanan dan meja untuk kek.

6 DEKORASI
Dalam checklist dekorasi ni aku bahagi kepada dua.
A Dekorasi untuk backdrop
B Dekorasi untuk candy buffet

Disebabkan kesuntukan masa dan kesilapan teknikal (dah buat, terpaksa canceled), aku dapat fokus kat backdrop je. Untuk candy buffet sangat simple. Sepatutnya ada hiasan kat dinding jugak tapi masa dah suntuk sangat-sangat. Huhu. 

Itu je checklist / senarai aku. Simple kan? Aku takde pendapatan sendiri tahun ni, taknak susahkan Suami, mana-mana yang kurang tu aku tambah guna elaun bulanan. Hikhik! Nasib baikkkkk duduk rumah dapat elaun, dapat lah buat kecil-kecilan. Hehehehe. Next year, mintak-mintak ada rezeki lebih elaun pun lebih dapat buat better sikit. Aminnnn.

Happy First Birthday Melissa. I am so proud with you. You are so clever. Doa Ibu untuk Melissa tak payah lah Ibu tulis kat sini. Cukup lah doa-doa tu Ibu baca setiap kali lepas solat dan masa Melissa tengah tidur. Supaya doa-doa Ibu tu Melissa simpan kemas-kemas dalam mimpi. Jadi anak yang pandai. Pandai segala perkara. Ibu dah bacakan senarai pandai tu masa Melissa tidur. Syhhhh..

You guys, aku tak amek semua gambar yang ada. Cukup lah kot beberapa keping ni. Live update of course kat IG. Jadi, cukup lah sekadar menebus kekejaman aku selama ni mengabaikan blog. Aku harap sangat blog aku happy dapar pictures dari tuan dia. Lama sangat tak masukkan gambar tuan dia. Hikhikhik.

Enjoy our simple birthday party! *picture tak edit. malas.





























































































































































Next entry aku cerita macam mana aku DIY backdrop dan candy buffet eh. Walaupun lambat janji tetap janji. Daaa!



Love,
Nursaila Norman!


Wednesday, August 26, 2015

DIY : Soft ABC's Book For Melissa

Assalamualaikum.



Selepas mood raya berakhir, aku masukkan mood diy mainan anak pulak. Sesambil tu mood birthday anak pun on jugak. Dah jadi 2 in 1 kat situ. Last minute ni kawan kepada kawan tempah bunga 3D macam kat previous post (SINI) untuk pakai raya haji. Attended interview lagi. Eh, so much thing to do in one time. Proud to myself lah. Hehehehe! I wish I have more than 24 hours per day.

Pasal birthday tu kemudian, pasal diy bunga 3D pun kemudian. Entry ni kita cakap pasal soft book okay.

Asal-asalnya aku terinspirasi dari info kat FB. Biasa lah main share-share ni kan.. Terjumpa ternampak pastu dah tak tau kat mana. Buat soft book ni main ingat-ingat jelah. Recall balik apa yang aku nampak haritu lepas tu adjust ikut cara sendiri. Sebab memang tak ingat 100% apa yang aku nampak haritu, aku decided untuk buat ABC's book. Buku ABC. Bagi aku simple dan tak rumit. Sebab first time buat, kita buat ikut kemampuan dulu. Dah tau step, lepas ni nak buat gempak sikit ke dah boleh lah.

Tak payah nak membebel sangat, kita go through secara ringkas jelah ye. Yang penting konsepnya DIY. Lepas tu untuk anak, jadi perlu berwarna-warni walaupun gajah tidak sepertinya gajah. Hahahahaha!































Rasanya huruf dan gambar betul kan? Risau jugak G untuk Gajah tapi kenapa macam kayu balak je gajah tu. Hahahaha.

Bahan-bahan yang aku perlukan untuk buat soft book ni simple je tapi harga tak berapa nak simple lah. Huhuhu. 

1. Kain felt aku beli saiz A4 Rm2 sehelai
2. Huruf-huruf ABC Rm0.80 sebiji (jenis kayu).
3. Huruf-huruf ABC Rm3 sepaket (jenis felt).
4. Gam UHU
5. Hiasan
6. Bahan-bahan sampingan guna apa yang ada dalam rumah

Nak buat buku ni aku rasa senang je, cuma kita perlukan masa. Orang cakap 'keratif boleh laaaaaa huhu'. Part yang itu maybe, tapi kalau berminat, nak jugak buat, tak kreatif mana pun boleh. Bukan nak buat jual pun. Hehehehe. Asalkan boleh ajar kat anak A Ayam B Bola C Cawan okay dah.

Padahal nak beli buku ABC anak boleh je kan. Tapi nak jugak buang masa buat sendiri. Kos pun boleh tahan. Tapi feel dia tu yang lain. Hehehe. So kalau sesape yang nak buat, buat je. Cantik, kreatif, itu kemudian. Yang utamanya ialah air tangan. Ingat masak je ada air tangan? Hehehehe. Kalau nak beli soft book ni boleh je, dalam rm50 kalau tak salah. Tapi aku tak jual ye. Walaupun ramai yang pm cakap nak beli 1, tapi maaf sangat.. Benda ni rumit, nak kena potong kecik2, kemas, elok.. Memang tak, maaf ye. Sobs!

Be inspired and you shall inspire, prinsip/slogan aku sekarang ni. Supaya orang jelas, segala benda yang aku diy, sejujurnya supaya orang rasa terinspirasi. Sebab apa yang aku diy selama ni saaaaangat low cost and simple. Orang boleh tiru, buat sendiri, and proud with yourself. Jangan pulak anggap aku share benda-benda diy ni untuk show off pulak. Huhuhu! Be inspired and you shall inspire.



Love,
Nursaila Norman!



Tuesday, August 11, 2015

Resepi : Chicken Stock (Kaki Ayam)

Assalamualaikum



Hi, entry kali ni ibu Melissa nak share pasal chicken stock. Gaya macam rajin memasak je kannn. Padahal takde pun, sebab chicken stock ni senang je pastu sedap pulak, boleh laaa. Hehehe!

Actually resepi chicken stock ni dah banyak. Google je, macam-macam entry keluar. Macam-macam style. Tapi aku punya ni yang paling simple aku dah habis pilih tapi dijamin sedap!

Biasa buat chicken stock guns tulang2 ayam atau rangka ayam kan.. Tapi aku nekad lepas ni tiap kali buat chicken stock aku nak guna kaki ayam. Kebanyakkan orang kita tak minat kaki ayam. More to jijik sebenarnya. Maybe sebab ayam guna kaki untuk kais pasir kot. Hehehehe. Tapi kalau kita tengok kepada khasiat dia especially part kolagen tu.. Demi kulit dan anak, why not? Ihiks!

Ni first time aku buat chicken stock guna kaki ayam. Malam nak sediakan bahan memang ngeri sikit la nak handle 500g kaki ayam. Banyakkkkkk kaki ayam siap dengan jari. Hahaha. Ngeri2 pun ada. Lepas dah potong hujung jari2 ayam tu baru okay. Hikhikhik. Jangan kutuk aku you alls! Haha.


Bahan-Bahan :
500g kaki ayam
1 biji bawang Holland
1 biji bawang merah
3 batang celery
1 batang carrot
3 biji tomato
Sup bunjut
Air secukupnya

Cara-Cara Membuatnya :
Rendam kaki ayam dengan bahan-bahan lain yang telah dipotong sederhana besar. Air rendaman cukup sekadar menutupi kesemua bahan. Tak perlu terlalu banyak air. Rebus selama 2jam30minit dengan api kecil. Nak rebus lama sikit pun boleh ikut kesukaan. Dah siap rebus, blend dan tapis untuk dapatkan airnya sahaja.

Tapi resepi chicken stock aku kali ni aku tak blend. Sebab sengaja nak guna hampas tu dalam bubur nasi anak. Tak faham? Tengok bawah ya..


Yang atas ni air rebusan kaki ayam tadi. Straight dari periuk. Hampas tinggal.


Yang atas ni pulak hampas kaki ayam dengan bahan-bahan yang dah hancur lebur. Hehehe. Aku masuk dalam container berasingan. Nanti bila aku nak masak bubur anak ke pasta ke, aku akan ambil 1 cup air stock + 1 cup hampas. Ni sebab aku nak ada texture dalam bubur Melissa. Sebab dia dah boleh mengunyah walaupun gigi baru dua. Hehe.

Pagi tadi bagi Melissa hirup air stock, kemain berhinjut-hinjut mintak disuap lagi. Hamboi sangat. Saje belanja budak 11bulan (harini) hirup stock ayam. Hehehe.

Boleh lah try kalau berminat. Saya budak baru belajar bab good food untuk anak ni. Kita buat yang terbaik selagi boleh, kan?




Love,
Nursaila Norman!


Wednesday, July 29, 2015

Bukan Mudah Berdiam Diri Sebenarnya. Serius, Tak Mudah.

Assalamualaikum.




Pernah tak kita mengalami situasi di mana orang tak suka kita tanpa sebab?

Tanpa sebab ni sampai tahap kita tak pernah berkenalan pun dengan orang tu. Tapi orang tu tak suka kita tiba-tiba. Ajaib kan?

Kalau kita pernah berkawan, atau berkenalan dengan orang tu kita faham. Mungkin kita ada tersakitkan hati dia ke, terkecilkan hati dia ke, logik lah orang tu boleh simpan perasaan tak puas hati, dendam, benci dekat kita.

Ni takde angin takde ribut, tetiba dah la tak suka kita. Lepas tu jaja pulak cerita kita kat orang lain.

Tak pernah? Alhamdulillah. Doa-doa lah dijauhkan dengan orang macam ni. 

Kalau pernah, rilex dan coooooollllll je. Jangan menggelabah. Sebab orang macam tu sanggup buat apa saje untuk burukkan kita. Jadi kalau kita menggelabah, lebih senang dia nak highlight kan keburukan kita kat orang lain.

Aku pernah lah sekali sepanjang aku hidup ni aku terpaksa berhadapan, melalui, bersabar habis-habisan dengan orang macam tu.

Aku rasa lebih senang kalau kita rename orang itu dengan "y" kan? Senang nak faham dan senang aku nak explain.

Been there, done that.

Mula-mula berhadapan dengan situasi tu memang susah untuk aku terima. Tak malu untuk aku mengaku yang aku agak tertekan masa tu. Tapi sebab aku susah nak tunjuk perasaan sedih, takde sorang pun tahu aku berperang dengan perasaan sendiri time tu. Aku tak pernah lalui situasi macam tu sebelum ni. Tapi siapa sangka, Allah nak uji kita bila-bila Dia mahu. Nak tak nak kita kena terima jugak.

Pada awalnya aku agak goyah dan kelam-kabut memikirkan perbuatan y. Pada awalnya aku cuba berterus terang bila ditanya (untuk kepastian) tapi keadaan tak berubah, tiada apa-apa fungsi pun. Malah berbalas kenyataan hanya memburukkan lagi keadaan. Aku berani cakap mungkin aku tidak 100% innocent. Tapi aku tak pernah kenal dengan y dan aku rasa sangat pelik untuk dia benci aku sampai tahap menjaja cerita aku ke sana sini. *tak pernah kenal yang aku maksudkan ialah "tak sempat nak berkenalan huhu"

Selepas beberapa ketika aku tarik diri. Tarik diri dari mempertahankan diri sendiri (macam buat keja bodoh huhu). Masa tu dah tak penting untuk explain sape yang berada dipihak yang benar. Just let it be. 

Aku belajar sesuatu di situ. Aku belajar sabar, dan redha. Aku tak kisah sejauh mana, sebanyak mana y nak jaja cerita aku. Sumpah, demi Allah aku tak kisah. Aku tak boleh nak tutup mulut seluas tempayan. Aku takde kuasa. Aku takde hak nak halang orang lain bercakap. Kan? Biarkan je.

Selepas beberapa tahun, y masih tak berputus asa. Kisah aku dijaja ke sana ke mari akhirnya sampai ke telinga aku. Dunia ni kecik. Pi mai pi mai, tang tu jugak. Walaupun apa yang dijaja tu sampai ke telinga aku, aku diamkan aje. Sepanjang beberapa tahun tu aku didik diri untuk terima apa saja kemungkinan, belajar telan benda pahit. Sebab aku tau, y takkan berhenti macam tu je. Dan betul. Jadi, aku tak rasa apa-apa pun bila orang sampaikan apa yang y cerita tentang aku. Hati, jiwa dengan telinga aku macam dah tuli.

Suami tahu hal ni, dia sahabat paling baik aku pernah ada. Memang dengan dia aku luahkan untuk ringankan beban dalam hati ni. Pernah baru-baru ni Suami ucapkan sesuatu yang buat aku betul-betul terharu. Suami kesian dengan aku sebab terpaksa lalui semua tu. Aku rasa nak nangis, bukan sebab aku sedih mengenangkan apa yang y buat kat aku. Tapi aku sedih rupanya Suami simpati dan kesiankan aku. Walaupun hakikatnya aku selalu tunjuk kuat depan Suami. sobs!

Apa yang penting sekarang, berkat aku sabar, sabar, sabarrr.. Aku paksa diri aku sabar sebenarnya. Huhuhu. Sabar jelah, tahan jelah, telan jelah. Berkat aku paksa diri aku tu aku boleh tersenyum sekarang.

Segala jenis najis yang y palit kat nama aku, dia sendiri tolong bersihkan.

Dulu orang sampaikan apa yang y cakap pasal aku. Tapi sekarang orang bercakap buruk pulak pasal y depan aku. Orang-orang tu semua adalah orang-orang yang y cuba tagih simpati dulu. Y nak orang nampak dia baik, di pihak yang benar, cantik, elok. Sekarang, nah.

Dulu aku tak bijak. Aku risau kalau-kalau orang ikut sama benci aku hasil jajaan cerita y. Tapi bila aku redha kalau orang benci aku, kalau orang tak suka aku, rupanya ada hikmah. Adalah lebih baik aku bertenang je dulu kan? Takyah nak bazir-bazir masa risau benda yang tak pasti. Huhuhu!

Tak payah aku nak habiskan air liur membetulkan statement y. Tak payah aku nak habiskan tenaga ke sana sini jumpa orang untuk bercerita buruk tentang y. Tak payah. Y dah buat semua tu untuk aku.

Kalau korang pun sedang berada dalam situasi macam aku, amalkan sikap berdiam diri dan bersabar. Dua tu je kuncinya. Berdiam adalah lebih baik. Tutup aib orang. Sabar bila Allah uji. Doa orang teraniaya ni makbul. Doa lah banyak-banyak mintak dapat Suami baik ke, mintak dapat rumah ke, mintak kebahagiaan ke, mintak lah apa pun. Berkat y buat aku macam ni, Allah bagi macam-macam kebahagiaan kat aku sekeluarga. 

Tapi jangan sesekali doakan keburukan untuk orang. Sia-sia je doa mintak keburukan orang, Allah tak makbulkan pun. Tapi aku terkejut bila sorang hamba Allah ni cakap depan aku "nak kata mewah, tak nampak pun". Padahal y layak hidup senang hasil tangkapan beliau. Tapi nak buat macam mana, Allah Maha Berkuasa.

Dulu, beberapa tahun lepas aku terpaksa biarkan y burukkan aku.

Sekarang, aku terpaksa buat-buat tak dengar bila orang burukkan y depan aku.

Sampai satu tahap sorang lagi hamba Allah ni kutuk fizikal y depan orang lain. Aku pun ada jugak masa tu. Nauzubillah.. Sampai macam tu sekali orang lain bercakap tentang y. Y pernah kutuk fizikal aku.. Takpe lah, y lupa mungkin yang aku tak mampu nak cipta fizikal sendiri. Huhuhuhu.

Walau sebenar mana pun kamu, diam jelah. Allah ada. Aku akui, seksanya aku memaksa diri berdiam dan bersabar selama ni. Rupanya Allah tahu. Allah Maha Mengetahui kan? 

Jadi? Jangan lah sibuk jaja buruk orang. Kalau betul orang tu bersalah sekali pun diam jelah. Allah akan bagi balasan yang setimpal.

Aku tak pernah harap Allah balas apa-apa kat y. Aku pun tak sangka Allah beri balasan yang setimpal secepat ini. Aku ingatkan dalam TV je anatogis dapat balasan dalam masa sejam dua. Realiti pun ada rupanya. Betul lah kot orang-orang cakap "Allah bayar cash sekarang ni".

Apa-apa pun aku simpati jugak dengan y. Hidup dia susah sekarang ni. Dulu masa dia hidup senang, dia hina-hina je aku. Terasa betul time tu. Taktau kat mana silapnya, hidup y makin lama makin susah. Aku tau pun, orang lain yang sampaikan siap dengan bukti lagi. Adoi.

Tapi y tak selesai lagi dengan kerja dia. Aku tau, lepas ni ada lagi. Tapi takpe lah, aku tetap akan berdiam diri je. Tak perlu cakap apa-apa. Satu per satu dia tunjuk siapa diri dia. Buat apa aku nak bercakap lagi kan? Biar dia buat kerja dia.

Jauhkan lah aku dari orang-orang macam ni. Cukup lah sorang tu. Aku taknak dijumpakan lagi dengan yang lain, amin.

*takde niat nak memalukan y, pengajaran je kita ambil. bersabar lah dengan setiap ujian Allah, pasti ada hikmah.








Love,
Nursaila Norman!


Friday, July 10, 2015

DIY : Jubah Raya Ibu

Assalamualaikum.



Alhamdulillah, alhamdulillah.. Bulan puasa kali ni dapat banyak diy baju raya. Diri sendiri punya dapat 2 helai. Kawan sekolah sehelai, kawan uni sehelai, baju ibu 2 helai, baju adik sehelai. Baju Melissa je aku tak diy lagi. Seba baju kurung dia Tok kat kampung jahitkan. Sehari sebelum raya je time yang aku ada untuk tampal bunga sikit kat baju Melissa. Harap2 Allah perkenankan.

Baju kurung ibu aku tak dapat nak snap picha. Aku dapat share jubah raya Ibu je. Benda paling best bila Ibu happy tengok jubah dia. Aku cakap la design ni style baru, tengah in kat online shop. Jenis strips. Hehehe. Tapi Ibu jenis tak kisah.





Picha nombor 2 tu harap maaf ye, kalau boleh rotate, rotate lah. Kalau tengok guna PC jangan la rotate pulak. Hehehehehe! Lace yang sama dengan lace kat baju kurung kedah aku (see previous post).

I am a happy dotter, happy mother as well!




Love,
Nursaila Norman!




DIY : Bunga Teratai

Assalamualaikum.



Al-kisahnya kawan baik satu Uni dulu nak sangat, sangat, sangat aku cantikkan baju raya dia. Dah nama pun kawan satu Uni, dulu makan sama-sama, gelak sama-sama, nangis pun sama-sama, jadi macam mana susah pun aku cuba usahakan jugak untuk dia. Asalkan dia happy. Alamak, rindu pulak kenangan berbuka puasa kat dalam bilik dulu. Huhuhuhuhu.

Tunggu punya tunggu, baju raya kawan satu sekolah dah settle. Tapi baju kawan kat Uni tak sampai-sampai jugak. You know who you are, serious sayang sangat aku tak snap pic baju kau babe. Next baju sila pilih kain sendiri pastu aku touch up sikit bagi kau nampak macam Kak Mah eh. Harga insyaallah tak sampai Rm24juta. Insyaallah aku janji. *angkat tangan kiri*

Actually aku dah lupa macam mana nak buat.. Hehehehehehehehehehe! Memula tu salah, cancel semua 25pcs. Buat semula kot. Marah kat diri sendiri lah masa tu.. Padan muka sape suruh refer blog. Hehehe. Pastu recall balik, refresh balik.. Ting! Baru jadi.



Dulu masa aku buat bunga ni untuk baju resepai, aku panggil bunga ni bunga 3D (3D flowers). Tapi bila buat kaler pink ni, dengan melengkung2nya, nampak macam bunga teratai lah pulak. Hehe. Jadi aku bagi nama kat bunga ni Bunga Teratai.

Cantik kan? Eh, terpuji pulak. Hehehe. Kena puji, sebab bunga ni nak tampal kat baju kawan. For sure baju raya dia jadi cantik nanti. Kan? Hehehe. Amin.

Wa, Sela harap Wa happy. Wa mesti boleh punya jahit bunga ni kat baju. Mesti boleh!

Dah nak raya, ada sehelai lagi baju nak diy. Baju raya adik tercinta. Dah siap kita share, okay nak start menjahit, BYE!

Salam Ramadhan, 23Ramadhan



Love,
Nursaila Norman!



Wednesday, July 8, 2015

DIY : Baju Raya Kurung Kedah & Peplum

Assalamualaikum.




Dah 21 Ramadhan kan? MasyaAllah sekejap nya masa berlalu. Takut pun ada. Huhuhu. Rasanya baru je Ramadhan sambil bawak Melissa dalam perut. Huhu! Oh, cakap pasal Melissa dalam perut, memang tak berbaju raya lah kannnn.. Baju raya jenis apa yang sesuai? Hehehe.. Aku pakai jubah harian je kot. Selebihnya pakai dress. Tak sedih sangat lah sebab faham orang pregnant kena lah banyak berkorban lagi-lagi bab baju raya ni. Hihi. Tapi aku dah berazam, tahun akan datang aku nak pakai baju raya. Pakai sama-sama dengan Melissa pulak tu. Awwww.. Macam besttttt je kan, kan, kan. Hikhik.

Aku tak plan pun nak buat design canggih-canggih. Asalkan ada baju raya cukup dah. Alhamdulillah, Allah makbulkan cita-cita aku nak ada baju raya. Dua pasang pulak tu. Jadi sepasang tu aku buat jenis kurung kedah sebab aku akan beraya belah mertua tahun ni kat Kedah, jadi kita pakai kurung kedah k. Haha. Lagi sepasang tu aku buat jenis peplum. Fefeeling nak flowy-flowy. Hikhikhik. 

Dua-dua pasang baju aku tu plain je. Jadi aku letak detailing sikit supaya ada lah sesuatu kat baju tu. Heeeee. Diy orang kata. 

Tahun pertama raya aku diy jugak baju raya. Kalau nak tengok balik entry tu klik sini. Tahun kedua tak buat, masa tu dah nak masuk 8 bulan pregnant. Tahun ni tahun ketiga, jadi nak meriah sikitttttt je sebab tahun ni ada Melissa. iheeeeeee.

Okay lah, nak share sikit gambar. Tapi teaser jelah ye. Yang fulk version kena lah tggu raya nanti. Hehehehe.




Baju warna kuning tu baju kurung kedah, kain dia aku beli dalam instagram. Jenis kain thai silk. Tapi bukan la thai silk yang ori mori pun. Kain dia pulak jenis songket. Bila dah siap sepasang aku tak puas hati tengok kain songket dia. Kejung semacam je. So aku beli skirt Rm20 buat ganti kain songket tu. Puas hati. Hehehehe. Lace kat baju kurung kedah tu aku beli kat instagram jugak. Manik-manik dia aku mix and match je dengan manik-manik yang sedia ada kat rumah. Detailing buat kat hujung lengan je. Less is more.

Baju warna purple tu baju peplum. Kain chiffon beli kat Kamdar je. Hehe. Asalnya tak plan pun nak buat baju raya sampai dua pasang, tapi sebab Maksu aku belikan kain cotton untuk Melissa, terpaksa la aku beli jugak kain untuk matchy-matchy dengan dia. Disebabkan aku taknak keluar duit banyak sangat, aku tak letak lace kat peplum. Aku buat design crumble je, bunga fabric tu lebihan kain dari headband Melissa. Kat bahagian lengan aku tak letak pape detailing, sebab takut Melissa tarik-tarik. Hehehehe. Oh, first time buat crumble masa tu untuk customer. Nasib baikkkkk jadi. Tapi bila buat untuk diri sendiri susah pulak. Erk! Entry aku diy untuk baju customer tu ada kat sini, klik lah kalau nak tengok balik hehehe.

Boleh lah, nak merasa raya dengan Melissa tahun ni. Orang baru tu.. Hehehe. Taktau lagi outcome dia macam mana. Harap-harap cantiklah hendaknya. Wink! Wink!

Selamat berpuasa semua!





Love,
Nursaila Norman!